Banding Oum Oub Usm

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BANDINGKAN CORAK PENDIDIKAN JARAK JAUH SEPERTI YANG DIURUSKAN DI OPEN UNIVERSITY, MALAYSIA DAN OPEN UNIVERSITY BANGLADESH.

APAKAH PERKARA PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SISTEM-SISTEM TERSEBUT DENGAN SISTEM PENDIDIKAN JARAK JAUH DI USM?

ISI KANDUNGAN

1.0PENGENALAN......................................................................................................... 1 Pernyataan Masalah.........................................................................................1 Latarbelakang ................................................................................................. 2 Objektif dan Skop Perbincangan......................................................................2 APA ITU PENDIDIKAN JARAK JAUH?..............................................................................3 Definisi ............................................................................................................3 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Malaysia............................5 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Bangladesh........................8 Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia.................................9 PERBANDINGAN PENDIDIKAN JARAK JAUH DI OUM, OUB DAN USM..........................10 Persamaan.....................................................................................................10 Perbezaan......................................................................................................10 KESIMPULAN.............................................................................................................10 BIBLIOGRAFI.............................................................................................................10

1.0

PENGENALAN

Pernyataan Masalah Di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Malaysia, 2006), kerajaan telah menetapkan salah satu daripada misi nasional adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia dengan minda kelas pertama. Persaingan sengit akibat arus globalisasi dan liberalisasi kini memerlukan negara mengalih fokus daripada kekayaan sumber semulajadi kepada sumber manusia yang berpengetahuan. Di alaf baru ini, ekonomi berasaskan pengetahuan membawa kepada keperluan melahirkan gunatenaga yang berkemampuan bukan sahaja dalam pengetahuan tetapi juga kemahiran dan sikap yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (PIPP, 2006). Demi mencapai misi nasional ini, kerajaan telah memberi galakan kepada amalan pembelajaran sepanjang hayat dan meluaskan lagi peluang pembelajaran kepada golongan dewasa yang sedang bekerja. Pendidikan jarak jauh menjadi satu tren semasa yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran yang meningkat (Mlaaysia, 2006). Keterbukaan peluang ini telah menghasilkan terdapatnya pelbagai institusi pengajian tinggi sama ada swasta atau awam, maupun dalam dan luar negara untuk dijadikan pilihan pusat pembelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Setiap daripada institusi pengajian tinggi ini pula menawarkan peluang-peluang pembelajaran yang unik dan mengikut corak pendidikan yang tertentu.

Latarbelakang Di negara Malaysia, institusi pengajian tinggi swasta dan awam menyediakan dua jenis pengajian iaitu pengajian secara konvensyenal yang biasanya ditawarkan kepada pelajar lepasan sekolah dan pengajian jarak jauh atau separuh masa bagi memenuhi keperluan golongan dewasa dan yang sedang bekerja untuk meningkatkan tahap akademik mereka. Di luar negara, peluang pembelajaran juga semakin terbuka dengan kemajuan teknologi komputer, multimedia dan internet. Ini menyebabkan kebolehaksesan kepada program pendidikan di luar nengara juga sudah menjadi sesuatu yang nyata. Warga Malaysia juga boleh mengikuti program pendidikan jauh daripada universiti-universiti antarabangsa tanpa perlu meninggalkan negara. Konsep universiti terbuka telah diperkenalkan untuk menambah lebih banyak peluang pembelajaran dewasa. Di Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia menawarkan pengajian separuh masa dan pendidikan jarak jauh kepada golongan dewasa dan sedang bekerja. Di negaranegara lain, tren yang sama juga dapat dilihat seperti Universiti Terbuka Bangladesh. Dalam menawarkan masa program yang sama, universiti-universiti konvensyenal juga awam yang

pendidikan

menyediakan

program pendidikan jarak jauh. Universiti Sains Malaysia dan lain-lain institusi pengajian tinggi awam di negara ini juga memberikan tawaran pendidikan jarak jauh kepada pelajar dewasa.

Objektif dan Skop Perbincangan

Perbincangan ini bertujuan untuk membandingkan corak pendidikan jauh di beberapa pusat pengajian tinggi iaitu di Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Terbuka Bangladesh dan Universiti Sains Malaysia. Objektif perbincangan ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan program pendidikan jauh yang ditawarkan oleh universiti terbuka dalam (OUM) dan luar negara (OUB); dan
2. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan program pendidikan jauh

yang ditawarkan oleh universiti terbuka dan universiti konvensyenal (USM)

APA ITU PENDIDIKAN JARAK JAUH?

Definisi Pendidikan boleh diertikan sebagai the knowledge of skill obtained (Microsoft Encarta, 1997). Dalam konteks pendidikan negara kita, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi teras dan tonggak kepada pembangunan sistem pendidikan negara iaitu: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke

arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah Malaysia bertujuan yang untuk berilmu melahirkan warganegara
3

pengetahuan, sumbangan

berketrampilan, terhadap

bertanggungjawab dan

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi keharmonian kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
(Akta Pendidikan, 1996)

Pendidikan jarak jauh merupakan komponen penting dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara maju dan negara sedang membangun. Ia telah menjadi strategi pendidikan ke arah meningkatkan jumlah gunatenaga berkualiti dalam bidang akademik, vokasional, teknikal dan profesional. Di Malaysia, pendidikan jarak jauh telah lama wujud. Keperluan penerusan dan pendidikan separuh masa dinyatakan dalam Kenyataan Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Tinggi 1964, yang menjadi titik tolak kepada pendidikan jarak jauh di Malaysia. Pada tahun 1971, Malaysia menawarkan pendidikan jarak jauh yang pertama di peringkat tertiari, yang mana telah dipelopori oleh Universiti Sains Malaysia melalui kursus yang ditawarkan oleh Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial. Pendefinisian istilah pendidikan jarak jauh telah dilakukan oleh ramai penulis. Namun, Keegan (1988) memberikan definisi yang paling komprehensif. Beliau menggunakan istilah pendidikan jarak jauh kerana ia melibatkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran jarak jauh merupakan pembelajaran yang berjauhan dengan pendidik biasanya dibantu oleh bahan pembelajaran yang sedia terekod. Pelajar terpisah daripada pendidikan dari segi masa dan ruang tetapi masih dipimpin oleh mereka (Rowntree, 1992). Keegan (1988) menjelaskan beberapa elemen dalam definisi pendidikan jarak jauh iaitu:
4

Pemisahan guru daripada pelajar yang membezakannya daripada belajar sendiri

Pengaruh organisasi pendidikan yang membezakannya daripada belajar sendiri

Penggunaan media teknikal, biasanya bercetak untuk menyatukan guru dan pelajar di mana ini mengandungi kandungan pendidikan

Penyediaan komunikasi dua hala supaya pelajar mendapat faedah darinya atau memulakan dialog

Kemungkinan berlaku beberapa perjumpaan bagi tujuan didaktik dan sosialisasi

Penglibatan dalam bentuk terindustri, bentuk pendidikan yang mana, jika diterima, mengandungi genus pemisahan radikal pendidikan jarak jauh daripada bentuk yang lain.

Ciri pembeza utama pendidikan jarak jauh adalah pelajar terpisah secara fizikal daripada pendidikan dalam sebahagian besar daripada proses pembelajaran. Pembelajaran jarak jauh adalah berpusatkan pelajar di mana ia memerlukan pelajar belajar mengikut tahapnya sendiri dan di tempatnya sendiri. Pendidikan jarak jauh melibatkan komitmen kepada pelebaran akses kepada pendidikan dan menggalakkan autonomi pelajar (Holmberg, 1990). Menurut Holberg (1995), pendidikan jarak jauh sering dilihat sebagai satu inovasi yang memberikan pelajar darjah kebebasan yang tinggi. Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Malaysia

Open University Malaysia (Universiti Terbuka Malaysia) atau lebih dikenali OUM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2000 di bawah Akta IPTS 1996. OUM dimiliki oleh 11 institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniversitiPutra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti TeknologiMalaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa(UIA), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kaedah pembelajaran OUM adalah unik dan fleksibel untuk membolehkan pelajar dewasa yang bekerja dan bekeluarga merancang pengajian mereka mengikut keperluan masing-masing. Kaedah pembelajaran iaitu Pedagogi Teradun (Blended Pedagogy) merupakan kaedah pengajaran yang digunakan. Pedagogi teradun merupakan gabungan tutorial bersemuka, pembelajaran kendiri dan penyertaan atas talian. Pelajar boleh mengakses bahan-bahan pembelajaran di manamana sahaja melalui talian Internet. OUM juga memberi tawaran peluang pembelajaran kepada caloncalon yang tidak memenuhi syarat kemasukan biasa melalui saluran Kemasukan Terbuka (Open Entry). Ini bermakna pelajar yang mempunyai sijil PMR atau setaraf dengannya, berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada tahun permohonan serta mempunyai pengalaman berkaitan diberi peluang melanjutkan pengajian mereka. Ini selaras dengan hasrat OUM mendemokrasikan pendidikan di samping menambah bilangan modal insan untuk memenuhi keperluan negara. OUM menggunakan dua kaedah pembelajaran iaitu Pembelajaran Paduan (BL) dan Pembelajaran Atas Talian (Online Learning atau OL).
6

Pembelajaran Paduan adalah berdasarkan kepada tiga komponen utama iaitu pembelajaran urus kendiri di mana pelajar bebas untuk belajar mengikut jadual sendiri. Bahan utama pembelajaran dibekalkan seperti modul bercetak, pita video/audio dan CD-ROM apabila bersesuaian. BL juga bercirikan pembelajaran atas talian yang dijalankan melalui portal pembelajaran OUM dikenali sebagai myLMS. Portal myLMS membolehkan pelajar mengakses maklumat yang dimuat naik oleh Unit Kemasukan dan Rekod, Peperiksaan, Pentadbir dan lain-lain melalui Pemakluman; mengakses dan memuat turun bahanbahan pembelajaran seperti soalan tugasan, modul, i-Tutorial, soalansoalan peperiksaan lepas dan nota-nota dari tutor menerusi LCMS; berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan tutor menerusi forum, chat dan emel; berkingsi fail dengan rakan atau tutor melalui Pengurusan Fail; dan mengakses glosari. Portal myLMS juga menyediakan saluran perkhidmatan untuk beberapa perkhidmatan seperti Sistem Maklumat Pelajar, Perpustakaan Digital, E-mel, Bantuan Meja Atas Talian, UKR Atas Talian, Peperiksaan Atas Talian dan Kajiselidik. Selain pembelajaran atas talian, pertemuan bersemuka berjadual (Face-to-face Learning) juga diadakan untuk menemukan pelajar-pelajar dengan tutor. Dalam sesi ini, tutor membincangkan kandungan kursus untuk topik-topik tertentu dan memahami kehendak tugasan dan ujian yang diberikan. Sesi perjumpaan lazimnya diadakan pada hujung minggu sebanyak 3 5 kali bagi setiap semester. Kaedah OL juga menjadi salah satu kaedah pembelajaran di OUM. Kaedah ini berbeza daripada BL kerana OL bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran atas talian. Pembelajaran OL biasanya dipilih kerana kekangan dari segi kerja,ya, peribadi atau masalah tertentu yang menyebabkan pelajar tidak dapat mengikuti sesi tutorial berjadual.

Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Bangladesh Universiti Terbuka Bangladesh (OUB) merupakan sebuah universiti kebangsaan yang beribupejabat di Board Bazar, Dhaka, Bangladesh. OUB telah ditubuhkan pada 21 Oktober 1002 apabila Parlimen Bangladesh meluluskan Akta Universiti Terbuka Bangladesh 1992 (Akta BOU, 1992). OUB merupakan satu-satunya universiti awam di Bangladesh yang menggunakan pendidikan jarak jauh sebagai kaedah penyampaian. BOU diberi mandat untuk menggalakkan melalui multimedia; penerangan mengenai setiap standard dan pengetahuan samada am atau saintifik melalui apa jua bentuk teknologi komunikasi, meningkatkan taraf pendidikan dan memberi peluang pembelajaran kepada masyarakat dengan mendemokrasikan pendidikan dan menghasilkan kelas masyarakata yang berketrampilan dengan meningkatkan taraf pendidikan masyarakat ini secara am (Islam dan Md Sellim, 2006). BOU menyediakan dua jenis program: formal dan formal. Sebanyak 21 program akademik formal ditawarkan oleh BOU. Program akademik forma ini menghasilkan penawaran kelayakan akademik sehingga Sarjana. Program tidak formal pula mengambilkira tahap literasi awam di Bangladesh yang rendah. Program tidak formal memberi kesedaran dan menyebarkan pengetahuan mengenai kesihatan, alam sekitat, pengurusan bencana, sains am, pertanian, makanan, pemakanan dan cabang-cabang perkembangan manusia yang lain (Islam et al, 2006). Walaupun BOU menggunakan pendidikan jarak jauh, taraf teknologi maklumat dan komunikasi yang masih rendah di Bangladesh menyebabkan BOU masih menggunakan bahan bercetak, televisyen, radio, kaset audio dan kadang-kadang tuisyen bersemuka untuk mengajar pelajar (Islam et al, 2004). Menurut Rumble (1995), OUB belum
8

menggunakan media dan teknologi komputer untuk mengajar kerana kos dan akses yang tidak baik tetapi OUB telah mengambil sejumlah empat daripada lima media dan menggunakan empat teknologi tersebut.

Corak Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia

Pendidikan Jarak Jauh di USM dikendalikan oleh Sekolah Pendidikan Jarak Jauh (SDE) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Kampus Luar ditubuhkan pada 1971 bagi memberi peluang kepada golongan dewasa sedang bekerja untuk mendapatkan pendidikan tertiari. USM merupakan pelopor dalam penyediaan pendidikan peringkat ijazah melalui pendidikan jarak jauh. Program pendidikan jarak jauh USM bergantung kepada bahan bercetak sebagai media utama digunakan dalam penyampaian kursus dan disokong oleh perjumpaan bersemuka semasa kursus dalaman selama dua minggu. Mod penyampaian berasaskan teknologi yang lain seperti persidangan video secara terus, portal elektronik dan media streaming digunakan untuk menokoktambah penyampaian kursus. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kelas praktikal juga diadakan di 12 pusat kawasan di seluruh negara. Selain program siswazah, SDE juga menawarkan program paska siswazah melalui penyelidikan iaitu Sarjana Sastera, Sains, Sosial Sains, Sains (Alam Sekitar), Sains (Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan) dan Falsafah Kedoktoran. Program-program ini ditawarkan secara sepenuh atau separuh masa di mana pelajar perlu menjalankan projek penyelidikan (Laman Web http://pppjj.usm.my/).

PERBANDINGAN PENDIDIKAN JARAK JAUH DI OUM, OUB DAN USM

Persamaan Perbezaan

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI Microsoft Encarta 97 Encyclopedia. 1993-1996 Microsoft Corporation. All rights reserved
Islam, M. T., Selim, A. S. & Rahman, M. M. (2004) Current status and prospects for elearning in the promotion of distance education in Bangladesh, Proceedings for IITC 2004, Colombo, (Submitted). Kabir, S. 1995. Academic plans of Open University. The Guardian, Dhaka. Rumble, G. (1995) Media use at Open University, The Guardian, Dhaka, Bangladesh

1. Heidelberg Bangladesh Law Translation Project: Bangladesh Open University Act, 1992 (URL last accessed
on April 30, 2007)

2. 3.

^ Clause 5, Bangladesh Open University Act, 1992 ^ The Turkish Online Journal of Distance Education: Current Status and Prospects for E-learning in

the Promotion of Distance Education in Bangladesh, Tofazzal Islam & Abu Sadeque Md. Selim, Vol. 7 Issue 1, 2006 (URL last accessed on May 1, 2007)

4.

^ BOU Website: Profile of BOU (URL last accessed on May 1, 2007)

10

Turkish Online Journal of Distance Education-TOJDE April 2006 ISSN 1302-6488 Volume: 7 Number: 2 Article: 12

QUALITY AND PROCESSES OF BANGLADESH OPEN UNIVERSITY COURSE MATERIALS DEVELOPMENT


Md. Tofazzal ISLAM School of Agriculture and Rural Development Bangladesh Open University Gazipur-1705, BANGLADESH Md. Morshedur RAHMAN School of Agriculture and Rural Development Bangladesh Open University Gazipur-1705, BANGLADESH K. M. Rezanur RAHMAN

11

You might also like