Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

WAJARKAH INSIDEN 13 MEI 1969 DISAMBUT?

2 NOVEMBER 2010

Mungkin terdapat alasan yang baik mengapa kebanyakan orang mengingati apa yang mereka telah lakukan di saat sesuatu tragedi berlaku seperti peristiwa 13 Mei 2010. Namun demikian, ada yang mengalami kesulitan mengingati semula nostalgia indah seperti ulang tahun perkahwinan, kelahiran anak, ulang tahun konvokesyen dan hari peringatan rasmi seperti Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan dan Hari Pembentukan Malaysia. Walau bagaimanapun, ternyata bahawa mengingati memori yang buruk memberi kesan yang amat mendalam dalam jiwa seseorang. Kejadian ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Persekutuan 1969. Perikatan mendapat 66 kerusi, DAP (Parti Tindakan Demokratik) 13 kerusi, (Parti Islam SeMalaysia) PAS (12 kerusi), Gerakan Rakyat Malaysia (8 kerusi) dan Parti Progresif Rakyat (4 kerusi). Sebagai perbandingan, pada Pilihanraya Umum 1964, Parti Perikatan keseluruhannya mendapat 89 kerusi (58.37%) dalam Dewan Rakyat dengan UMNO mendapat 59 kerusi (38.14%), MCA 27 kerusi (18.68%) dan MIC 3 kerusi (1.55%). PAS (PMIP) pula mendapat 9 kerusi (14.45%), DAP 1 kerusi (2.06%), Parti Progresif Penduduk (PPP) 2 kerusi (3.65%), Barisan sosialis 2 kerusi (16.15%) dan UDP 1 kerusi (4.3%). Keseluruhannya sebanyak 104 kerusi dipertandingkan. Hal ini menunjukkan bahawa undi Parti Perikatan berkurangan berbanding dengan pilihanraya sebelumnya iaitu Pilihan Raya Umum 1964. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa Parti Perikatan untuk pertama kalinya dalam sejarah gagal untuk mencapai majoriti dua pertiga di Parlimen. Perikatan gagal untuk mengalahkan PAS di Kelantan, hampir kalah di Terengganu, kalah di Pulau Pinang dan kehilangan majoriti di Perak dan Selangor. Berikut adalah Jadual Perbandingan Keputusan Pilihanraya Umum 1964 dan Pilihanraya Umum 1969. Jadual Perbandingan Keputusan Pilihanraya Umum 1964 dan Pilihanraya Umum 1969
BIL PILIHANRAYA UMUM 1964 KERUSI (%) PILIHANRAYA UMUM 1969 KERUSI (%) SISIHAN ANGKA KURANG

Parti Perikatan

89 kerusi Parti Perikatan 66 (58.37%) (Alliance) (48.41%)

23

UMNO

59 kerusi Pertubuhan 51(33.67%) 8 (38.14%), Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 27 (18.68%) Persatuan Malaysia Cina 13 (MCA) (13.50%) 14

MCA

MIC

3 kerusi Kongres India Se- 2 (1.55%). Malaysia (MIC)

(1.24%) 1

PAS (PMIP)

9 kerusi Parti Islam 12 (14.45%), SeMalaysia (PMIP) (23.75%)

Bertambah 3 kerusi

Parti Gerakan 8 Rakyat Malaysia (Gerakan)

(8.57%) -

DAP

1 kerusi Parti Tindakan 13 (2.06%), Demokratik (DAP) (13.73%)

Bertambah 12 kerusi

Parti Progresif 2 kerusi Parti Penduduk (PPP) (3.65%) Rakyat

Progresif 4 (PPP)

(3.87%) Bertambah 2 kerusi

Barisan Sosialis

2 kerusi (16.15%) UDP 1 kerusi (4.3%). Keseluruhannya Keseluruhannya sebanyak 104 sebanyak 103 kerusi kerusi dipertandingkan. dipertandingkan.

Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa kita mengingati kenangan yang buruk lebih mudah, terperinci dan lebih besar daripada memori yang baik. Para penyelidik mengatakan emosi negatif seperti tercetusnya rasa takut dan kesedihan merupakan peningkatan aktiviti di bahagian otak yang berkaitan dengan kenangan atau memori tertentu. Memori berbentuk emosional dipelihara secara terperinci oleh seseorang berbanding kenangan indah atau memori yang lebih neutral. Memori seseorang kemungkinan mengalami perubahan jika ia melibatkan memori emosional. Contohnya, saksi pembunuhan sering melaporkan mereka melihat senjata pembunuhan dengan jelas, tetapi mereka mungkin tidak ingat butiran tepat mengenai apa yang berlaku dalam persekitaran mereka. Insiden negatif merangsang aktiviti dalam pemprosesan otak-emosi. Semakin banyak pusat-pusat emosi dihidupkan oleh suatu peristiwa, semakin besar
2

kemungkinan seorang individu untuk mengingati butiran khusus berkaitan dengan aspek emosional setiap peristiwa seperti bentuk dan jenis senjata pembunuhan dan mungkin kecil kemungkinannya untuk mengingati lebih detail elemen-elemen yang menjadi perkara biasa seperti alamat jalan atau alamat pejabat. Para penyelidik mengatakan teknik memelihara kenangan buruk mungkin telah berubah untuk melindungi masa depan yang mengancam nyawa atau insiden negatif yang lain daripada berlaku. Maknanya, jika seseorang memperingati sesuatu insiden yang buruk, maka ia mengambil langkah berjaga-jaga daripada ia berulang. Kenangan indah biasanya diperingati. Kenangan buruk biasanya mudah dilupakan orang. Mengingati yang muluk-muluk akan menggembirakan seseorang. Mengingati peristiwa yang buruk dan hiba biasanya menyedihkan seseorang. Apakah kita merasa sedih dan hiba jika kita mengingati peristiwa 13 Mei? Apakah kita akan berasa teruja jika kita menyambut ulang tahun peristiwa berdarah itu? Apakah peristiwa berdarah 13 Mei boleh mencegah kita daripada terjebak dengan konflik dan pergaduhan kaum jika kita memperingatinya? Ramai orang akan bersa sedih dan hiba apabila mengingati insiden tersebut. Ketika insiden tersebut berlaku saya masih lagi kecil. Apa yang saya ingati, ramai polis dan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berada di sekeliling rumah saya di Chulia Street, Pulau Pinang ketika itu. Ketika itu berlaku curfew di seluruh bandaraya Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Khabar angin tersebar luas menyatakan berlakunya pergaduhan kaum. Khabar angin ini sebenarnya menyebabkan konflik kaum semakin serius dan bukannya meredakan keadaan. Perbuatan balas-membalas menyebabkan pergaduhan yang makin serius dan merebak dengan cepat. Saya bersedih kerana negara yang kita cintai ini terbantut pembangunannya sekurang-kurangnya dua tahun. Kita mungkin berasa gembira jika kita diberikan cuti kerana mengingati insiden tersebut. Kita risau jika orang bercuti semata-mata kerana ia adalah cuti umum rasmi dan bukan mahu menghadiri program pengisian untuk tujuan pencegahan. Dalam konteks peristiwa 13 Mei 1969, maka ulang tahun sambutan Insiden 13 Mei 1969, jika diisi dengan program yang berfaedah akan menjadi suatu memori berdarah yang mengesankan untuk mencegah masyarakat Malaysia daripada terjebak dengan konflik dan rusuhan kaum. Dengan ertikata lain, sesuai dengan konsep 1Malaysia, rakyat Malaysia akan faham dan sedar bahawa keharmonian kaum, perpaduan, ketenteraman awam, kemakmuran, keamanan, keselamatan negara, integrasi nasional dan solidariti kaum adalah penting, perlu difahami dan dipertahankan demi masa hadapan yang lebih terjamin. Jika kerajaan mengisyhtiharkan cuti pada 13 Mei semata-mata kerana mahukan rakyat memperingati dan mengambil iktibar daripadanya, maka kita juga perlukan cuti pada ulang tahun Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun sebab keduanya merupakan insiden buruk kepada kita. Di Jepun, rakyatnya menyambut Constitution Day berdasarkan cuti umum yang diberikan oleh kerajaan. Di Malaysia, kerajaan patut mengisytiharkan hari penggubalan Perlembagaan Persekutuan sebagai cuti umum kerana pada tarikh itulah merupakan titik tolak bermulanya ikatan kontrak
3

sosial yang menjamin perpaduan antara kaum, kerukunan bermasyarakat, keharmonian antara kaum dan kesejahteraan negara yang berkelangsungan. Langkah kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah adalah satu langkah yang bijak dan patut dipuji. Bagaimana pula dengan silibus mata pelajaran sejarah? Adakah ia benar-benar menepati aspirasi negara dan kerajaan agar pelajar-pelajar kita mengambil iktibar dan manfaat daripadanya? Adakah para guru dan pelajar bersedia menghadapinya?

You might also like