Sejarah 08 Ya..

You might also like

Download as docx
Download as docx
You are on page 1of 9

VISI DAN MISI SEKOLAH

Visi Sekolah - Menjelang tahun 2010 SMKA Naim Lilbanat akan menjadi sekolah
TERBILANG dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berteraskan agama dan
teknologi.
Misi Sekolah
• Mewujudkan masyarakat yang berwawasan dan cintakan ilmu sepanjang
hayat
• Mewujudkan masyarakat yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing.
• Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan bersahsiah tinggi berteraskan
Islam Hadhari.
• Melahirkan masyarakat yang mampu menguasai teknologi terkini dalam
era globalisasi.

SEJARAH SMK (A) NAIM LILBANAT


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat (SMKANL) yang nama asalnya
Madrasatun Naim Lilbanat telah ditubuhkan oleh Tn. Hj. Nik Yahya bin Nik Daud pada
Januari 1941. Idea penubuhan sekolah ini diperolehi pada tahun 1931 daripada nasihat
seorang Guru Agama daripada sebuah sekolah Arab untuk pelajar perempuan di
Singapura iaitu Tuan Guru Haji Muhamad Fadhullah Al-Zahari. Beliau menyatakan
bahawa menjadi Fardhu Kifayah mewujudkan sekolah ini kerana pada waktu itu belum
ada sekolah agama untuk perempuan.
Pada peringkat awal penubuhannya, proses pembelajaran dan pengajaran telah dijalankan
di tingkat atas kedai (Syarikat Qamar) Tuan Haji Nik Yahya Nik Daud sendiri yang
terletak di Jalan Petra Semerak dengan pelajar perintisnya seramai 7 orang. Pada ketika
itu terdapat hanya seorang tenaga pengajar iaitu Encik Hussain Muhammad yang
berkelulusan dari pondok Kuliah Al-Atta, Johor. Apabila muridnya meningkat kepada 70
orang, sekolah ini dipindahkan kesebuah rumah sewa kepunyaan Che Ibrahim (Syarikat
Ibrahim) di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada tahun 1947. Pada ketika itu terdapat
hanya 7 buah kelas iaitu dari darjah 1 hingga 7, manakala gurunya pula terdiri daripada 3
orang warganegara Indonesia.Pada tahun 1949, murid-murid telah meningkat kepada 120
orang dengan 2 orang tenaga pengajar iaitu Tuan Haji Fadhullah Suhaimi dan Tuan Haji
Yaacub Idris, manakala pengetuanya pula ialah Haji Idris b. Haji Omar.
Usaha yang bersungguh-sungguh ini akhirnya telah menampakkan hasilnya di mana pada
tahun 1954 seramai 7 orang pelajarnya telah menjadi tenaga pengajar di madrasah ini.
Mereka ialah Ustazah Fatimah yusof (Bendahari Sekolah), Nik Kamariah Nik Yahya,
Karimah Abdullah, Wan Maimunah Wan Hassan, Nik Zaharah Nik Yahya, Ustazah
Salamah Hassan dan Ustazah Naimah.
Pada tahun 1956, bangunan madrasah ini telah dipindahkan pula ke Jalan Sultan Yahya
Petra sehinggalah sekarang.
Yang Teramat Mulia Tengku Zainab Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Raja Perempuan
Zainab 2) dan abangnya Tengku Ibrahim Ibni Al Marhum Tengku Muhamad (Tengku Sri
Utama Raja) mengurniakan tanahnya dan dijual dengan harga yang murah dan ditukar
nama dengan serta merta kepada Tuan Haji Nik Yahya Nik Daud dengan harga
$24,000.00 dengan bayaran secara ansuran. Bagi menjelaskan bayaran ini, Tuan Haji Nik
Yahya telah memohon sumbangan daripada Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman
Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dan telah menyumbangkan
sebanyak $70,000.00 di samping beliau sendiri telah meletakkan batu asas pembinaan
sekolah ini pada 3 Ogos 1958 bersamaan 17 Muharram 1378H.
Bagi membina bangunan sekolah ini, sebuah syarikat cina (Syarikat Keng Be Kurlia,
Kota Bharu) telah menerima tender pembinaan berjumlah $82,500.00 dengan
mengeluarkan modal syarikat. Bayaran dibuat secara ansuran dengan sumbangan
daripada Tengku Abdul Rahman dan sehingga siap bangunan sekolah ini pada waktu itu,
hutang masih tertonggak sebanyak $32,500.00. Bagi menjelaskan hutang ini, Dato' Nik
Hassan Nik Yahya iaitu anak Tuan Haji Nik Yahya sendiri telah berjumpa dengan Tengku
Abdul Rahman bagi memohon sumbangan. Untuk itu, Tengku telah menyumbangkan
sebanyak $30,000.00 dan baki hutang $2500.00 lagi telah disumbangkan oleh syarikat
pembinaan tersebut sebagai hadiah.
Selain daripada itu juga terdapat beberapa pihak lain yang turut menyumbang. Mereka
termasuklah Majlis Agama Islam Kelantan yang telah menyumbang sebanyak $1000.00,
Syarikat Lee Rubber Bhd sebanyak $1000.00, Ayah Ji Syeik, Syarikat mancis sebanyak
$1000.00, Che Ismail Sultan Kedai kain sebanyak $900.00, Syarikat Bombay (Abdul
Ghafar) sebanyak $500.00 dan lain-lain penyumbang yang terdiri daripada ahli-ahli
perniagaan India, Melayu dan Arab. Pihak Majlis Agama Islam Kelantan juga sekali lagi
menyumbangkan $1000.00 di masa permulaan pembinaan Asrama pada tahun 1971.
Ketika itu, Madrasah ini hanya mempunyai bangunan 2 tingkat dengan 9 bilik darjah dan
sebuah asrama puteri 2 tingkat.

Sebagai sebuah sekolah yang tersohor pada


Tn Hj Nik Yahya Nik ketika itu di negeri Kelantan, Madrasatun Naim
Daud merupakan Lilbanat telah menjadi tumpuan para ibubapa
pengasas SMKA Naim untuk menghantar anak-anak mereka menuntut
Lilbanat ilmu agama di samping beberapa kemahiran
lain yang turut diajar seperti jahitan dan
masakan. Terdapat ramai lepasan sekolah ini
telah berjaya menjawat jawatan penting dalam
bidang ilmuan di negeri ini. Contohnya Puan
Faezah Ismail yang menjawat jawatan
Pensyarah di Pusat Pengajian Tinggi Nilam
Puri (Akademi Islam Universiti Malaya) dan
Puan Hashimah Haji Ahmad.
Namun begitu, sekolah ini pernah meniti
zaman kemerosotan pada tahun 1974 hingga
1976. Walau bagaimanapun dengan bantuan
Kerajaan Negeri Kelantan, madrasah ini terus
bertahan. Pada tahun 1977, pihak kerajaan
pusat telah mengambil alih pentadbiran sekolah
ini, maka bermula dari saat itulah wujudlah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim
Lilbanat (SMKANL) berada di bawah
pembiayaan Kementerian Pelajaran Malaysia
sehinggalah ke hari ini. Proses pengambilalihan
sekolah ini telah disempurnakan oleh Dato'
Musa Hitam selaku Menteri Pelajaran Malaysia
pada waktu itu.
Pada tahun 1983, Blok B, Asrama B dan
sebuah Musalla telah dibina, selain daripada
Blok A dan Asrama A yang sedia ada sejak
1958 lagi.
Sehingga tahun 1983, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok pentadbiran
dan 2 buah asrama selain sebuah dewan makan. Bangunan blok C
SMKANL telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha MuliaTuanku Ismail
Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra pada tanggal 5 April 1984
bersamaan 3 Rejab 1401H.
Pembinaan Blok D pada tahun 1990 manakala Asrama C dan masjid
pula dibina pada tahun 1995. Setahun kemudian Blok E yang
menempatkan makmal sains telah dibina. Geleri Bahasa Arab pula
diwujudkan pada tahun 1998 atas usaha yang bersungguh-sungguh
oleh Pengetua pada waktu itu iaitu Tn Hj Abdullah Hussin. Upacara
Perasmian Geleri ini disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Alwi Yussof,
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan
Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan
Malaysia pada 23 Julai 1998. Pada tahun 1999 pula, dengan kerjasama
antara pihak PIBG sekolah dan Syarikat Crescent Network Sdn Bhd
telah mewujudkan Naim Cyber Centre (NCC). Setelah tamat tempoh
perjanjian pada tahun 2003 NCC dikelolakan sepenuhnya oleh PIBG
sekolah dan ditukarkan kepada nama baru Mesra Cyber Centre
(MCC)sehinggalah ke tahun 2006. Pada tahun 2004 sebuah makmal
komputer baru 2 tingkat yang menempat 40 buah komputer telah
dibina dengan peruntukan daripada KPM dan makmal ini mula
digunakan untuk proses P&P pada tahun 2006.
SMKANL telah dipilih sebagai Sekolah Rintis Bestari pada tahun 1999
oleh KPM merangkumi 4 mata pelajaran iaitu B Melayu, B Inggeris,
Sains dan Matematik. Untuk itu pihak kementerian telah membekalkan
39 PC beserta 2 Note Book. Di dalam pengendaliannya, Sistem
Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS) digunakan. Pada tahun 2005,
sekolah ini diiktirafkan sebagai sekolah Bestari dan pada tahun 2007,
satu sistem pengurusan sekolah bru diperkenalkan iaitu 'Webbase
SMS).
.Pusat Akses IT (PAKSI) diwujudkan pada september 2007 untuk
kemudahan guru, kakitangan dan pelajar bagi mengakses maklumat
dari Internet, menyediakan kerja penaipan dan percetakan. Sebanyak
10 buah komputer dan satu printer lazer disediakan secara percuma.
Pusat ini dibuka daripada pagi hingga ke malam termasuk hujung
minggu di bawah pengawasan petugas-petugas yang dilantik dengan
kerjasama warden asrama. Lokasinya terletak bersebelahan dengan
SAC dan perpustakaan sekolah.
Pada tahun 2007, 2 blok asrama baru mula dibina dengan peruntukan
terus daripada KPM. Asrama ini nanti akan menampung pelajar-pelajar
yang tinggal di asrama lama yang terletak dalam kawasan sekolah dan
blok asrama lama ini akan dijadikan kelas dan bilik-bilik untuk aktiviti
serta pengurusan lain.
Hingga ke hari ini, SMKANL telah termasyhur dan meniti di bibir
penduduk negeri Kelantan, khasnya dalam bidang kurikulum.
Kemuncak kejayaan, ketrampilan dan kecemerlangan SMKANL yang
menjurus ke arah kegemilangannya ialah termahkotanya sebagai Johan
Sekolah Harapan Negara, Bahagian Sekolah Menengah Bandar
Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999, Anugerah Kecemerlangan
Shell PMR terbaik 1998 Peringkat Kebangsaan, Anugerah Kualiti Juara
JPN Peringkat negeri Kelantan, Naib Johan Anugerah Kualiti YB
Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 dan Juara Antara Juara
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan beberapa tahun berturut sejak 1999
dan akhir sekali mendapat penghargaan Khas daripada JAPIM di atas
pencapaian terbaik SPM 2005 bagi SMKA seluruh Malaysia.
Para pelajar Naim
bergambar kenangan
bersama guru di awal
penubuhan sekolah di
tapak sekarang
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA Naim Lilbanat tahun 2005/06


Sepanjang tahun 2005/06 Jawatankuasa PIBG sekolah ini telah
mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali termasuk mesyuarat
khas.
Sepanjang sesi lepas PIBG telah merancang dan melaksanakan
pelbagai program serta perancangan jangka pendek dan jangka
panjang selain dari meneruskan program yang sedia ada, antaranya
ialah :-
1. Membantu pihak sekolah melaksanakan kelas-kelas tambahan,
seminar dan program motivasi bagi pelajar-pelajar, pihak PIBG juga
mengatur beberapa pertemuan dengan ibubapa untuk memberi
maklumat serta mendapat persetujuan untuk menanggung kos
pengurusan bersama pihak sekolah.
2. Pihak PIBG juga telah meneruskan pengendalian Pusat Kursus
Literasi Asas Komputer yang diserahkan pengendaliannya kepada
syarikat di bawah tajaan PIBG.
3. Pihak PIBG dalam mesyuarat AJK pada 10 April 2006 telah
meluluskan peruntukkan sebanyak RM10,000 untuk membina pondok
Bahasa di kawasan berdekatan juga untuk kepentingan pelajar dan
ibubapa menunggu anak-anak mereka.
AHLI JAWATANKUASA PIBG
PRESTASI AKEDEMIK

Pelajar PMR Naim


2006 Fathin Nabilah
bt Abdul Rashid
telah diistiharkan
sebagai pelajar Bergambar
cemerlang 9A PMR kenangan
2006 peringkat bersama Tn Hj
Kebangsaan. Begitu Ismail PPD Kota
juga 13 0rang pelajar Bharu, Tn Hj
Naim telah Ismail Md Noor
diistiharkan sebagai Pengarah
pelajar cemerlang 9A Pelajaran
PMR peringkat negeri Kelantan, Pn Hjh
Kelantan. Pada tahun Maimunah
2006 ini juga seramai Ismail Pengetua
90 orang pelajar PMR dan Pn Hjh
telah memperolehi Senaini Long
keputusan 9A PKP (bertukar)

Peristiharan keputusan PMR 2006 Peringkat Negeri Kelantan telah disempunakan oleh
Yang Amat Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran negeri kelantan pada 29 Disember
2006 di SMKA Naim Lilbanat. Pada majlis yang sama, penyampaian sijil
kecemerlangan kepada 101 orang pelajar termasuk 13 pelajar daripada SMKA Naim
Lilbanat. Pencapaian PMR 2007 adalah merupakan pencapaian yang tertinggi setakat
ini yang diperolehi oleh sekolah ini.

Ketibaan Tn Pengarah Antara dif-dif jemputan Upacara penyampaian 13 pelajar cemerlang


Pelajaran Kelantan ke di Majlis Pengistiharan sijil 9A peringkat negeri
SMKA Naim Lilbanat keputusan PMR 2006 daripada SMKA Naim
turut disambut oleh dif Lilbanat
lain
Penyampaian keputusan SPM
2006 di SMKAN telah
diadakan pada 12 Mac 2007.
Dalam keputusan tersebut
seramai 7 pelajar mendapat
keputusan yang cemerlang.
Pelajar tersebut ialah dari
kiri, Siti Nur Syamimi Mohd
Kamil (11 1A, 2 2A), Fatma
Husna Abdul Razab (11 1A, 1
2A), Madiihah Mohamad
Nasriff (12 1A, 1 2A),
Nurultaqwa Sulaiman (7 1A,
5 2A), Nur Athirah Sanusi (12
1A, 1 2A), Hasnita Abdul
Halim (10 1A, 1 2A, 1 4B)
dan Nur Maisarah Abu Bakar
(10 1A, 2 2A)
Sekali lagi SMKA Naim
Lilbanat mengekalkan rekod
kecemerlangan dalam
keputusan PMR yang
diumumkan pada 27
Disember 2007 baru-baru
ini. Dalam keputusan yang
diumumkan baru-baru ini
yang turut diraikan oleh
Pengarah JPN Kelantan
mencatat 92 calon Ketika menerima yang Tuan Pengarah Pelajaran
mendapat 9A, 37 calon disampaikan oleh pihak Kelantan turut hadir meraikan
mendapat 8A, 10 calon pentadbiran sekolah pelajar yang cemerlang
mendapat 7A, 13 calon
mendapat 6A, 4 calon
mendapat 5A, 5 calon
mendapat 4A, 3 calon
mendapat 4A, 3 calon
mendapat 2A dan 1 calon
mendapat 1A.
Ketua Pelajar Naim 2007, Ezma Yanis bt Mohd Mahidin
merupakan pelajar terbaik SPM 2007. Beliau mendapat 12 1A
dan 1 2A. Selain daripada itu sekali lagi Naim membuktikan
keunggulannya dengan pencapaian SPM 2007 yang sangat
memberangsangkan.
Dalam keputusan SPM 2007, seramai 3 pelajar memperolehi
13A, 6 pelajar memperolehi 12A, 15 pelajar memperolehi
11A dan 11 pelajar memperolei 10A dengan Gred Purata
2.82. Subjek tertinggi ialah B Melayu dengan pencapaian
gred purata 1.40 dan matematik 1.58.

Ezma Yanis Mohd Mahidin

You might also like