PPSMI, Jawab Mahathir, Shahril

You might also like

Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 13

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (1)

Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)

Mahathir 1: Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan


Matematik dalam bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak
bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

Shaharir 1: Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuan


sepenuhnya daripada UMNO!

Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana
jelas makna “semangat kebangsaan” beliau berbeza daripada kebanyakan
orang; dan makna “utamakan bahasa” beliau juga amat berbeza daripada
sesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat logik yang betul
tetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap. Umpamanya
“semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa” tetapi
beliau menterbalikkannya “orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orang
yang tidak bersemangat kebangsaan”. Lojiknya betul tetapi beliau
menyelewengkan makna “bangsa” pula kerana beliau tidak menerima “bahasa
menunjukkan bangsa” atau lebih dalam lagi “bahasa jiwa bangsa”.

Lagi satu, “Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lain


berada di tangga bawah”, atau terbaliknya “Orang yang tidak meletakkan
bahasa lain di tangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasa
sendiri”; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secara
lojiknya betul ini dengan mengatakan “Orang yang ingin menguasai bahasa lain
tidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri”. Betul, tetapi dia
menutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu,
sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukan
sahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri atau
mematikan langsung bahasa sendiri.

Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidak
membenarkan bahasa sendiri digunakan dalam Sains dan Matematik itu kerana
dasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah berada
di aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalam
bahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepada hakikat ini.
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (2-3)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)
Mahathir 2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

Shaharir 2: Baiklah.

Mahathir 3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu


tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga
melihat bangsanya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-
bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa
sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita
mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan
dianggap setaraf dengan mereka.

Shaharir 3: Pertama: Seperti yang disebut di atas, Dr. Mahathir memang


berpegang pada makna “semangat kebangsaan” yang salah. Sesuatu dasar
yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan “semangat
kebangsaan B” . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana
sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau
Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India,
Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang
tidak layak menjadi model kemajuan). Sudah pastinya bangsa B ini akan
menentang sekeras-keras kepada pemimpinnya yang mahu menjadikan bahasa
bukan bahasa B sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan
matematik, walaupun hujah yang muluk-muluk dapat diutarakan akan kewajaran
dasar itu.

Di Malaysia ini suku kaum China umpamanya tidaklah begitu marah kepada Dr.
Mahathir dengan dasar pendidikannya itu kerana Dr. Mahathir telah bertindak
lembut terhadapnya dengan membenarkan bahasa Cina juga boleh terus
digunakan. Kalau dia berkeras sama seperti terhadap suku kaum Melayu, maka
Dr. Mahathir layak dituduh “tidak bersemangat kebangsaan Malaysia” oleh
semua kaum di Malaysia. Nasib baik Dr. Mahathir tidak mendapat tentangan
yang keras daripada orang Melayu (UMNO terutamanya) pada masa dia
berkuasa dahulu kerana sifat Melayu UMNO yang feudal (“Ketua mesti betul!”)

Kedua dan ini lebih penting lagi: Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak
mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam
bahasa sendiri. Dia juga sengaja membuat andaian yang salah, dan diulang-
ulangnya pada mana-mana kesempatannya, bahawa orang bersemangat
kebangsaan tidak hirau bahasa lain dan tentu maksudnya bahasa Inggeris,
malah kadang kala ditegaskan nasionalis ini tiak mahu orang lain menguasai
bahasa Inggeris dan berjaya seperti nasionalis itu. Sungguh jahat! Dia sengaja
cuba memfitnahkan bahawa selama 30 tahun lebih ini orang Malaysia belajar
sains dan matematik dalam bahasa sendiri (tentu bahasa Melayu maksudnya)
tidak berjaya dalam sains dan matematik dan tiada fasih berbahasa Inggeris ke
tahap yang sewajarnya.

Semua ini semata-mata prasangka buruknya sahaja atau kejahilannya


mengenali ahli sains dan matematik Malaysia selama ini. Tentunya apabila kita
kata “ahli sains dan matematik Malaysia” ini bermakna orang Malaysia yang
dahulunya belajar sains dan matematik sekolah hingga universiti dalam bahasa
Melayu, atau sekurang-kurang belajar sains dan matematik sekolah dalam
bahasa Melayu tetapi kemudian berkarya ilmu sains atau matematiknya di arena
antarabangsa (menerbitkan karyanya dalam jurnal atau pascasidang dalam
bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu).

Ahli sains dan matematik ini sudah ribuan banyaknya! Tentunya kita belum
berjaya mendapat Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Hadiah Nobel
boleh dimenangi oleh orang yang tidak berapa tahu bahasa Inggeris pun!
Telaahlah senarai pemenang Hadiah Nobel ini. Lagi pun, adakah Negara
Membangun yang memang dasar pendidikannya semuanya sejak tadika bukan
dalam bahasa sendiri, tetapi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, yang
diagungkan oleh pemimpinnya masing-masing, selama ini sudah melahirkan ahli
sains atau ahli matematik yang menerima hadiah sains atau matematik yang
besar-besar yang mungkin menjadi kayu ukur Dr. Mahathir ?
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (4-5)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)

Mahathir 4: Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri


China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari
bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

Shaharir 4: Ini Dr. Mahathir sengaja menyelewengkan maksud hadis ini sahaja.
Dia pun memang tahu! Pemimpin Zaman Tamadun Islam dahulu, apatah Nabi
Muhamad SAW, tidak pernah mengajar orang-orang di Timur Tengah atau di
wilayah tamadun itu dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa “China”
(atau Hindia atau Yunani dsbnya) walaupun mereka tahu dalam bahasa-bahasa
itulah ilmunya tinggi pada masa itu.

Hadis ini semua orang tahu maksud sebenarnya cuma sengaja dipermainkan
oleh Dr. Mahathir untuk membodohkan orang Malaysia yang disangkanya
sebahagian besarnya masih boleh diperbodohkan begitu. Hadis ini memang
telah pun kita laksanakan sejak zaman Tun Razak dahulu lagi. Dr. Mahathir
meneruskan tradisi ini dengan mengukuhkan lagi melalui penghantaran pelajar
ke negara-negara yang sistem pendidikannya sains dan matematiknya bukan
dalam bahasa Inggeris sekali pun; dan ini dapat dilakukan dengan jayanya
walaupun sistem pendidikan kita dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Mahathir 5: Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik
dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan
ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk
memperluas ilmu-ilmu ini.

Shaharir 5: Ini betul dan memang menjadi hukum pembinaan tamadun.


Malangnya kita (terutamanya pada zaman Dr. Mahathir berkuasa) tidak percaya
pada hukum ini, lalu lambatlah kita membina pusat terjemahan yang boleh
melaksanakan hukum itu. Pada akhir-akhir regimnya sahaja barulah
ditubuhkannya (atas desakan puluhan tahun) Institut Terjemahan Negara tetapi
belum pun sempat bergerak, Institut itu dijadikan tak relevan olehnya dengan
menjadi bahasa Melayu, bahasa yang haprak, yang tidak layak membawa ilmu,
menerima ilmu, mengungkap ilmu dan dibangunkan menjadi bahasa ilmu.

Kononnya kita lupakan dahulu bahasa Melayu, kita ajar semua dalam bahasa
Inggeris dan lepas itu baru ramai yang boleh terjemah seperti yang cuba
dibayangkannya berlaku di dalam Tamadun Islam itu. Dr. Mahathir sengaja
memutar belit fakta. Pendidikan sains dan matematik (apa ilmu pun) pada
Zaman Tamadun Islam itu bukan dalam bahasa ilmu masa itu (yang disebut oleh
Dr. Mahathir bahasa Yunani). Bahasa ini diketahui oleh segelintir sarjana pada
masa itu, dan sarjana-sarjana inilah yang dimobilisasi oleh khalifah untuk
melaksanakan gerakan penterjemahan besar-besaran itu. Penterjemahan ilmu
ke dalam bahasa sendiri oleh para sarjana dan pendidikan dalam bahasa sendiri
dilakukan serentak!

Model Dr. Mahathir, kalau betullah begitu model dan wawasannya, iaitu “tinggal
dahulu bahasa sendiri dan kemudian apabila sudah maju dalam bahasa asing
maka barulah kita kembali kepada bahasa sendiri”, adalah satu wawasan di
kayangan. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah tamadun di mana-mana dan
insya-Allah mustahil berlaku pada masa akan datang (walaupun kita masih
boleh bermain-main melaungkan “Malaysia boleh”!).

Sebenarnya, sejak awal lagi dan semakin ramailah orang sangsi akan “niat
murni” Dr. Mahathir yang ingin memajukan bangsa Melayu dengan dasar seperti
lamunannya itu. Katanya “dia sebenarnya mahu bangsa ini menghayati bahasa
Inggeris sahaja. Dia sebenarnya terpesona dengan gaya Inggeris. Kalau
akhirnya orang Malaysia tak pandai sains dan matematik pun tak apa, sekurang-
kurangnya rakyat Malaysia rata-rata petah berbahasa Inggeris. “biar pape ase
bergaye”….(“pape” dalam ilmu tetapi tetap boleh “bergaye” semacam Mat
Saleh!). Dia tak mahu macam Jepun yang tak tahu bercakap Inggeris!”. Yang
lain lagi dasarnya beliau itu sebenarnya dimotivasikan oleh kehebatan implikasi
kewangannya sahaja!
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (6-8)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)
Mahathir 6: Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki,
Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-
bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan
percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

Shaharir 6: Setuju! Namun dia perlu berhati-hati dengan ungkapan “percaya


kepada kuasa-kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam” itu kerana
Islam juga mewajibkan umatnya percaya kepada benda ghaib (jin, syaitan,
malaikat dan Yang Maha Berkuasa). Satu daripada kelemahan besar sains
sekarang ialah tidak mengiktiraf makhluk yang ghaib ini dan berpegang pada
falsafah tabiisme atau lebih teruk lagi ateisme.

Mahathir 7: Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun


kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam
bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang
berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam.
Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses
kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam
lain.

Shaharir 7: Betul! Tetapi orang yang telah ada asas ilmu seperti (pada masa
itu) para paderi itu memang sepatutnya demikian. Semua bangsa yang ingin
maju demikianlah. Selama ini pun, pada tahap tertentu, kita, iaitu para rakyat
yang berpengetahuan lebih tinggi daripada orang awam mempelajari sesuatu
bahasa untuk mencungkil ilmu dalam bahasa itu. Cuma tahap keghairahan kita
tidak sama dengan mereka di Eropah dahulu. Itulah satu daripada puncanya kita
lambat maju sehingga Dr. Mahathir menggelabah dan tidak sabar untuk
melakukan sesuatu tetapi tersalah fikir atau langkah itu. Beliau tidak mendapat
iktibar sepenuhnya daripada sejarah tamadun Eropah itu sendiri.

Mahathir 8: Mereka mempelajari semua ilmu ini dalam bahasa Arab dan
menterjemahkannya ke dalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-
bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluas
semua ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke
zaman sekarang.

Shaharir 8: Selama ini kita tidak demikian; dan kerajaan di bawah Dr. Mahathir
dahulu sekali-kali tidak menggalakkan para ilmuwan Malaysia melakukan seperti
yang berlaku di Eropah itu. Ilmuwan kita mengejar apa yang Dr. Mahathir
impikan (menerusi wawasan kayangannya yang bergaya itu). Inilah hasilnya….
kita ada “sarjana” (ribuan banyaknya dalam satu-satu bidang seperti sains
matematik, sains hayat, kejuruteraan… ) yang tidak pernah menterjemah hingga
tamat usianya! Penyelesaian daripada Dr. Mahathir ialah “paksa semua orang
belajar dalam bahasa Inggeris”… lupakan terjemahan, lupakan bahasa sendiri,
apa tujuan Dr. Mahathir bawa sejarah tamadun Islam dan Tamadun Eropah itu?
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (9-12)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)

Mahathir 9: Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada
bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

Shaharir 9: Ini tidak berapa betul! Sarjana-sarjana Eropah dahulu yang


menguasai bahasa Arab itu sama ada mereka sudah pun berilmu dalam bahasa
Latin atau mereka belajar ilmu dalam bahasa Arab dan Latin (dwibahasa) hanya
di peringkat universiti sahaja. Di sekolah umpamanya mereka tetap belajar
dalam bahasa mereka sendiri atau bahasa Latin (walaupun pemimpinnya sedar
Latin ialah bahasa yang mengandungi ilmu yang lebih inferior daripada yang ada
di dalam bahasa Arab) tetapi mereka berwawasan dan beriltizam membina ilmu
untuk bangsanya dalam bahasa Latin (bahasa jiwanya, bahasa rasmi
agamanya). Akhirnya mereka agak berjaya sehingga pada satu tahap, malah
dapat mengalahkan sains tamadun Islam kerana kealpaan umat Islam, tetapi
yang masih tidak memuaskan para pemimpin mereka sehinggalah masing-
masing bangsa di Eropah itu membangun ilmu dalam bahasa kebangsaan
masing-masing. Apa yang Dr. Mahathir belajar daripada sejarah Eropah ini? Lagi
sekali Dr. Mahathir pandai membuat kesimpulan yang pendek itu untuk
mengelirukan rakyat yang pernah berada di bawah telunjuknya dahulu.

Mahathir 10: Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang
Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya
mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu
orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa
mempelajari bahasa Inggeris.

Shaharir 10: Ayat pertama itu tentu mungkin dan patut! Tetapi ayat kedua itu
berniat jahat semata-mata! Dia tahu ayat kedua itu tidak pernah berlaku pada
orang Inggeris pun. (Sarjana Inggeris masih menterjemah buku atau makalah
ilmu dalam bahasa-bahasa lain, malah jauh lebih banyak daripada kita lakukan
selama ini). Kita sebenarnya sudah buktikan selama 30 tahun lebih ini bahawa
“segelintir” itu agak banyak sehingga jika dasar kerajaan di bawah Mahathir
dahulu berwawasan yang tepat keadaan bangsa kita sekarang lain daripada
yang ada sekarang ini.

Mahathir 11: Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan
sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

Shaharir 11: Dr. Mahathir membuat rumusan yang melulu untuk menegak
benangnya yang basah atau tujuan mencapai hasrat yang dicita-citanya yang
tersasar itu sahaja. Dr. Mahathir tidak membuat kerja rumah yang cukup. Apa
bezanya sains dan matematik yang di ajar di sekolah dan universiti (ijazah
pertama) sekarang dengan zaman beliau dahulu (50 tahun dahulu)? Kalkulus
yang diajar di sekolah dan di universiti sekarang ialah ilmu abad ke-17 dan ke-
18 dan tidak berubah sebab perkara itu masih tetap menjadi asas yang perlu.
Begitu juga dengan asas-asas fizik, kimia dan biologi. Yang berbezanya
hanyalah aspek pengiraan dalam ilmu-ilmu itu kerana 50 tahun dahulu komputer
belum ada, malah ilmu sains komputer dan teknologi maklumat amnya belum
ada. Namun dalam bidang pengiraan (sains komputer dan teknologi maklumat
amnya) di peringkat asasnya yang perlu diajar di sekolah atau di universiti
peringkat pertama tiadalah perubahan sepantas yang cuba ditakut-takutkan oleh
Dr. Mahathir itu. Dia sengaja memomok-momokkan orang seperti menakut-
nakutkan kanak-kanak dengan cerita-cerita hantu-jembalang sahaja yang
pencerita itu sendiri tidak pernah mengalaminya!

Benar kadar perubahan ilmu sekarang jauh lebih pantas daripada abad ke-15
dahulu tetapi kadar kemampuan pelajar dan guru serta penyelidik sekarang
menangani perubahan ini juga demikian, sebahagiannya kerana teknologi juga.
Jadi kesannya yang sebenar tidaklah menakutkan seperti yang cuba ditakuti
oleh Dr. Mahathir. Jika gambaran Dr. Mahathir itu benar, semua negara
terutamanya negara-negara di Eropah tidak akan ada lagi dalam bahasa selain
daripada bahasa Inggeris! Ternyata bahasa rasmi Kesatuan Eropah pun bukan
bahasa Inggeris sahaja, malah terlampau banyak sehingga mereka mahu
mengurangkan kepada 4 atau 5 bahasa sahaja.

Mahathir 12: Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk
membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah
dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang
diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkaji
selidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan
perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka
panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit
supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

Shaharir 12: Ini cerita daripada periwayat hantu yang disebut di atas. Teori baru
yang terbukti berguna dan berjadi hanya berlaku jarang sekali, banyak bidang
sains dan matematik berlaku perubahan teorinya dalam kalaan puluhan tahun,
malah sains komputer yang dianggap terpantas itu pun biasanya dalam kalaan 3
atau 4 tahun (itu pun teknologinya sahaja). Yang digambarkan oleh Dr. Mahathir
itu ialah tesis baru yang belum mencapai tahap yang patut dikuasai oleh
kebanyakan orang di universiti, apatah lagi di sekolah. Ia berlaku di kalangan
sarjana berkenaan sahaja; dan sarjana tidak pernah menghadapi masalah
bahasa yang ditakuti dan menakutkan orang oleh Dr. Mahathir itu.

Berkenaan dengan “algorizmi” (sepatutnya alkhwarizmi atau algoritma) lagi


lambat munculnya. Yang diajar di sekolah atau di universiti hingga kini masih
yang asasnya yang dicipta ratusan tahun dahulu lagi (zaman belum ada
komputer lagi!). Teori dalam astronomi lagi lambat perubahannya, teori yang
terbaik setakat ini (terutamanya oleh orang Barat) ialah ciptaan sarjananya lebih
daripada 70 tahun dahulu (iaitu teori Einstein dan teori quantum) dan “algorizmi”
untuk mengira ke angkasa lepas tidak banyak berubah sejak pertama kali
Amerika berjaya ke Bulan (1974). Ilmu-ilmu yang lama inilah yang perlu dikuasai
oleh pelajar kita sebelum mereka boleh belajar sendiri kelak. Persoalannya
dalam bahasa apakah yang terbaiknya? Takkanlah dalam bahasa yang pelajar
tidak tahu atau tidak selesa? Logik mana yang Dr. Mahathir pakai?
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (13-15)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)

Mahathir 13: Di masa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang
berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science,
asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan
berbagai-bagai lagi.

Shaharir 13: Ini mengulang-ulang benda yang sama. Menakut-nakutkan tentang


benda yang sama … hantu yang sama. Cuma di sini lagi banyak Dr. Mahathir
cuba bercakap benda yang nampaknya dia tak berapa tahu. Sains atom tidak
banyak berubah sejak awal abad ke-20 ini kerana kadar penemuan atau
pembinaan teori baharunya memakan masa yang panjang kalaannya seperti
yang disebut sebelum ini. Teori Bohm (tentang atom) yang dikatakan sedang
membina kubu-kubu persaingan dengan teori sebelumnya dicipta pada 1950-an
dan berkemuncakkan pada tahun 1980-an dahulu (nah! Memakan masa 30
tahun dan masih tak menang!... menunjukkan lambatnya perkembangan sains
bidang ini).

Sains halus, jika dimaksudkannya nanosains, sebenarnya bukan sains baru


tetapi sains awal abad ke-20M; yang baharunya (dan belum berjaya) ialah
teknologi berasaskan sains itu. Jika sains halus itu bermaksud sains makhluk
halus, orang Melayu sudah tidak perlu kepada Barat, malah Barat sedang
menterjemah ilmu ini (dari Timur) ke dalam bahasa-bahasa mereka. Nampak
macam yang dalam kendong kita sedang berciciran dan yang dikejar mengikut
Dr. Mahathir tak dapat-dapat!

Mahathir 14: Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan


perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit
yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang
Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris,
tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan
mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang
seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur
hidup mereka.

Shaharir 14: Kalau Dr. Mahathir tidak berprasangka buruk dan membuat sedikit
aritmetik kedudukan buku-buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang, nescaya
dia tidak akan bercakap dengan nada kalah seperti itu terutamanya jika dia
berwawasan yang betul terhadap pembangunan sesebuah tamadun, bukan
sekadar berwawasan begayo” seperti Wawasan 2020 itu sahaja [iaitu
berwawasan bukan dalam bahasa sendiri dan bercakap segalanya dalam acuan
sendiri tanpa takrif yang betul tentang acuan itu].

Secara amnya bilangan buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang yang
mungkin sesuai dipertimbangkan untuk diterjemahkan ialah sekitar 400 buah
buku setahun dalam sesuatu bidang besar seperti sains matematik (termasuk
sains komputer dan teknologi maklumat amnya), sains hayat, sains fizik
(termasuk kimia dan geologi), sains kejuruteraan dan sains kesihatan dan
perubatan. Dalam setiap bidang ini sekarang ini dianggarkan ada kira-kira 1000
orang sarjananya (yang ada ijazah Sarjana sekurang-kurangnya) yang banyak
dahulunya belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidaklah debek bahasa
Inggerisnya (malah semuanya boleh menterjemah Inggeris-Melayu).

Ini bermakna dengan dasar-dasar yang betul, kita tidaklah tidak mampu
menghasilkan sebuah buku terjemahan setahun bagi setiap 2 orang sarjana. Di
samping itu para sarjana ini juga tentunya boleh menghasilkan karya aslinya
dalam bahasa Melayu, jika pengiktirafan terhadap penulisan buku tidak seperti
yang berlaku selama ini. Ini belum lagi mengambil kira sarjana dari alam Melayu
yang tentu sahaja boleh dimobilisasikan oleh Institut Terjemahan Negara itu
umpamanya. Cara ini yang dilakukan pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun
Eropah yang selalu disebut oleh Dr Mahathir dan disebut di sini juga (di atas
tadi) tetapi nampaknya tidak pernah menjadi iktibar beliau.

Dengan teknologi penterjemahan yang ada, kadar penerbitan penterjemahan ini


tentunya “secara teorinya kacang” sahaja. Anggaran perbelanjaan setiap buku
sekarang pun amat murah berbanding dengan cara lama, dan biasanya sarjana
memang tidak menagih bayaran kerja penulisannya, asalkan pengiktirafan
akademik yang sewajarnya diinstitusikan. Dengan dasar-dasar yang betul
seperti pengiktirafan bertaraf akademik kepada para penterjemah dari kalangan
ahli akademik itu, peruntukan pembangunan untuk “penterjemahan Negara”
yang patut diwujudkan itu amatlah kecil berbanding dengan peruntukan projek
pembangunan mega-mega selama ini. Pokoknya wawasan pemimpin negara
yang betul sahaja yang diperlukan, iaitu yang pastinya bukan wawasan ala Dr.
Mahathir itu.

Mahathir 15: Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang
diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih
bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita
menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu
pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

Shaharir 15: Ini yang sengaja Dr. Mahathir tidak atau buat-buat tidak faham-
faham asalkan orang hanyut bersamanya dalam wawasan sebenarnya, iaitu
menjadikan Malaysia ini bangsa yang kononnya lebih tahu berbahasa Inggeris
daripada bangsa-bangsa lain yang bukan Anglo-Saxon dan pada masa yang
sama dia tidak berapa kisah jika rakyat Malaysia memandang rendah atau tidak
peduli kepada bahasa sendiri.
Sejauh mana orang ramai sebenarnya lebih ramai/banyak boleh mencapai ilmu
menerusi bahasa Inggeris itu (berbanding dengan menerusi bahasa sendiri)
mungkin tidak begitu dipedulikannya. Persoalannya di manakah sandaran orang
seperti Dr. Mahathir ini lakukan untuk mengatakan dengan mengajar Sains dan
Matematik dalam bukan bahasa sendiri (di sini Inggeris) bagi lebih drp 90%
rakyat Malaysia ini (yang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya)
maka semakin ramailah rakyat Malaysia nanti faham sains dan matematik dalam
bahasa itu dan seterusnya boleh mendapatkan sendiri ilmu itu kemudiannya
menerusi teknologi maklumat?

Siapa yang belajar sendiri tentang sains kependudukan umpamanya jika dia
telah faham kalkulus sekolah? Siapa yang buka internet mencari ilmu baru
tentang atom dan nanoteknologi jika dia tidak faham hukum Newton pun?
Pastinya orang mahir berhabuk bercakap bahasa Inggeris sekarang pun jika dia
tidak faham kalkulus sekolah tidak akan berbuat demikian!

Hukum akal mana yang dia pakai: belajar dalam bahasa yang bahasa yang
pelajar tidak selesa lebih baik daripada belajar dalam bahasa yang pelajar lebih
selesa? Hasil kajian mana yang dia pakai yang menunjukkan pelajar berbahasa
ibunda A lebih baik belajar dalam bahasa bukan ibundanya B? Hasil
penyelidikan siapakah yang menunjukkan pelajar yang lebih selesa dalam
bahasa A akan lebih berminat atau lebih berdaya cipta kelak jika belajar dalam
bahasa bukan A?

Jika semua soalan ini negatif jawapannya, apa maknanya Dr. Mahathir kata “jika
kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses
secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam
bahasa Inggeris” ? “Kita” itu siapa dan berapa keratkah? Hebat sangatkah sains
dan matematik orang Melayu di Singapura atau di Brunei kerana mata pelajaran
ini begitu lama diajar dalam bahasa Inggeris? Sudah berpuas hatikah kita
dengan prestasi sains dan matematik bangsa-bangsa di Afrika yang pendidikan
seluruhnya dalam bahasa Inggeris sejak begitu lama sehingga secara tak
langsung kita pun mahu mengikut jejak langkahnya?

(Sebenarnya, contohnya, Nigeria dan Afrika Selatan baru berusaha untuk


menggunakan bahasa sendiri dalam pengajaran sains dan matematik anak
bangsanya!) Apa hebatnya sains dan matematik di Filipina yang begitu lama
rakyatnya belajar ilmu ini dalam bahasa Inggeris? Adakah pendemokrasian
sains dan matematik di Hindia begitu bagus berbanding dengan Tiongkok
kerana pendidikan sains dan matematik di Hindia telah lama dalam bahasa
Inggeris dan Tionghua masih dalam bahasanya sendiri; dan adakah pencapaian
sains dan matematik di Hindia lebih baik drpd Tiongkok? Dan terlampau banyak
soalan yang jawapannya terang-terang menyangkal pandangan Dr. Mahathir itu.
Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

Jawapan Mahathir Terhadap PPSMI - Balasan Shaharir* (16-22)


Super Admin, 14 November 2008 10:12

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada
23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini
dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu. *Shaharir bin Mohd Zain
ialah mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT.)

Mahathir 16: Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu
ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam.
Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk
pertahanan.

Shaharir 16: Memang betul! Tetapi apa muslihatnya beretorik begini?

Mahathir 17: Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat
pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta
dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada
orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

Shaharir 17: Amat betul! Tetapi apa guna leteran begini?

Mahathir 18: Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan
pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu
menjadi sebahagian daripada fardu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular
seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib ke atas diri
kita.

Shaharir 18: Sebahagian besarnya betul! Tetapi Dr. Mahathir tidak boleh
menangkap borong semuanya bahawa ilmu sains dan matematik sekarang
“bukan ilmu sekular”. Ilmu mengikut Islam ialah pengetahuan yang tidak
menghakis iman sedangkan banyak teori dalam sains dan matematik sekarang
bukan sahaja boleh menghakis iman tetapi jelas mencabar beberapa ajaran
utama Islam. Kita perlu mengajar sains dan matematik kepada orang Islam
supaya dia faham bukan sekadar matannya sahaja tetapi faham juga selok-
belok ketakserasiannya dengan Islam sehingga orang Islam terpanggil untuk
memperbaiknya dan seterusnya menjadi nakhodanya. Itu yang pernah dilakukan
pada zaman Tamadun Islam dahulu dan Dr. Mahathir hanya buat-buat tak tahu
sahaja.

Dalam hubungan ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
tidak membantu mendidik orang Melayu khususnya ke tahap yang diingini ini,
kerana bahasa Inggeris itu membawa nilai-nilai kesekularan tersendiri yang
sudah teradun dalam pengolahan penyampaian sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris itu. Diakui bahasa Inggeris pun semakin menjadi satu daripada
bahasa yang berkesan untuk penyampaian Islam tetapi gaya ini masih belum
meresap ke dalam penyampaian sains dan matematiknya. Malah berdasarkan
tinjauan yang dibuat beberapa kali yang mendapati lebih daripada 90% ahli
sains teori Barat kini adalah ateis atau tak peduli agama (kalau sekular lagi
tinggi!), maka gaya penulisan sains dalam bahasa Inggeris khasnya tidak
mungkin akan berubah kepada yang tesis atau peduli agama, malah semakin
sebaliknya.

Mahathir 19: Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan
bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina
oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama.
Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang
sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
Shaharir 19: Lagi sekali Dr. Mahathir membuat andaian palsu, iaitu bangsa
yang mengutamakan bahasanya sendiri adalah bangsa yang mengabaikan ilmu,
bangsa yang kolot dan lemah, dan sebagainya itu. Lupakah dia tentang nasib
bangsa Inggeris itu sendiri? Begitu juga dengan bangsa-bangsa yang dianggap
maju dalam sains dan matematik sekarang, bangsa yang manakah yang tidak
mengutamakan bahasanya sendiri? Sebenarnya orang yang rela bangsanya
dihina dan sebagainya yang dikatakan dan dilakukan oleh Dr. Mahathir sedang
berlaku pada orang Melayu sekarang ini pun (sejak 2003) kerana dasar bahasa
yang mengabaikan bahasa Melayu sedangkan tahap pencapaian sains dan
matematik orang Melayu ada tanda-tandanya yang semakin merosot
sebagaimana yang dipaparkan oleh para penyelidik yang tidak terikat pada
kepentingan politik semasa.

Mahathir 20: Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu
bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua
bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan
kemungkinan berjaya.

Shaharir 20: Siapa yang tidak bersetuju dengan pandangan ini?

Mahathir 21: Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana
itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin
yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai
bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini
bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

Shaharir 21: Pemimpin dan pejuang yang dibayangkan oleh Dr. Mahathir ini
sukar dicari di Malaysia ini kerana sebahagian besar sejarah pascamerdeka
Malaysia ini berada di bawah zaman pemerintahan beliau. Dalam zaman
pemerintahannya yang lama itu, beliau mungkin merasakan banyak benda yang
dia buat yang tidak disukai ramai tetapi tetap dilakukan demi tidak “membiarkan
bangsanya kolot dan hina” . Ini perasan beliau sahaja dengan menganggapkan
setiap tindakan tidak popularnya tetap dilakukan kononnya demi kebaikan
bangsanya, nasionalis sebenarnya, dan tidak penyempatnya dia.

Orang boleh berhujah balik bahawa dasarnya menjadikan bahasa Inggeris


sebagai bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik sekolah dilakukan
demi sebaliknya sahaja. Umpamanya, penyempat (pandai mengambil peluang
situasi yang muluk-muluk)! Takrif nasionalis siapakah yang ciri-cirinya
mengizinkan pengabaian kebudayaan sendiri? Dia patut menilai semula
perasaannya itu atas sebab-sebab yang telah diutarakan sebelum ini yang
memberi kesimpulan bahawa tindakan tidak popularnya itu sebenarnya
“membiarkan bangsanya kolot dan hina”. “Kolot dan hina” kerana dasar itu
berkebarangkalian yang amat kecil akan melahirkan bangsa yang mampu
mencipta ilmunya sendiri dan berkebudayaan sendiri.

Mahathir 22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan
maruah bangsa.
Shaharir 22: Slogan “bahasa jiwa bangsa” kini sudah dikelirukan oleh tingkah
laku Dr. Mahathir selama ini kerana padanya ilmu dan bahasa terpisah sifatnya.
Padanya bahasa menjadi jiwa bangsa hanya dalam kebudayaan yang sempit
bagi sesuatu bangsa itu sahaja, dan kebudayaan yang sempit itu pun tidak
penting kalau bangsa itu tidak berilmu. Beliau menganggap ilmu itu neutral
malah terpisah daripada bahasa. Bahasa tidak mewarnai ilmu dan ilmu tiada
sumbangannya pada bahasa.

Pada Dr. Mahathir ilmu yang sedia ada ini (apatah lagi yang hendak dicipta
nanti) dalam bahasa apa pun memberi makna yang sama sahaja. Pandangan
sempit dan salah ini ditambah pula dengan sikapnya yang tidak memasukkan
ilmu sebagai komponen jiwa bangsa yang terpenting itulah menjadikan “bahasa
jiwa bangsa” itu tidak perlu dipedulikan lagi. Tidak hairanlah dia merasakan
slogan “bahasa jiwa bangsa” itu tidak tepat, tidak kena, dan kolot, sehingga dia
tambah satu ayat lagi itu. Inilah berbezanya Dr. Mahathir dengan kebanyakan
ilmuwan seluruh dunia.

Sumber: Prihatin. Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma! Klik
pautan yang berkenaan.

You might also like