Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

TUGASAN 1 KRITIK ARTIKEL

Tajuk Artikel The Impact of Music on PACER Test Perfomance,Enjoyment and Workload

Penulis Joe Deutsch, Kristen Hetland

NAMA: Karthik Raj A/L Arumugum NOMBOR MATRIK : M 20112001218 PENSYARAH : Prof Madya Dr Ahmad Bin Hashim

PENGENALAN Pada tahun 2009 Persatuan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat melaporkan bahawa kadar obesiti di kalangan kanak-kanaknya berumur 6 hingga 11 tahun telah berganda dua kali dalam 20 tahun dan di kalangan dewasa berumur 12 hingga 19 tahun berganda tiga kali. Menurut (Hill & Wyatt 2005) remaja yang obese pula mudah mendapat penyakit yang berkaitan kardiovaksular seperti kolestrol dan tekanan darah yang tinggi. Kegiatan-kegiatan fizikal yang berkaitan dengan aerobik dan anaerobik mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan. Kegiatan fizikal dan latihan bersama-sama dengan muzik boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mengikut Mohammadzadeh, Tatibiyan & Ahmadi 2008, muzik dapat meningkatkan tahap psikologi murid dengan menentukan set minda yang efektif, memberi motivasi dan mencegah kelesuan dari segi mental serta emosi. Mereka juga mengatakan apabila berlatih tanpa sebarang gangguan pasif seperti muzik mereka mudah menjadi letih. Dalam satu oleh Ward dan Dunaway (1995) mereka mendapati aspek muzik berkesan dalam meningkatkan bilangan pusingan yang dibuat oleh murid sekolah tinggi semasa kelas pendidikan jasmani. Oleh itu kajian ini dibuat untuk menguji skor murid gred 4 dan gred 5 dan kesan muzik, keriangan dan usaha mereka sepanjang ujian PACER. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan penerimaan mereka terhadap ujian PACER.

METADOLOGI KAJIAN Subjek kajian terdiri daripada 72 murid yang berumur 9 hingga 11 tahun dari sekolah rendah Midwest Amerika Syarikat. Daripada 72 murid hanya 69 orang iaitu 37 murid lelaki dan 32 murid perempuan yang mendapatkan borang persetujuan daripada ibubapa mereka.

Kebenaran didapatkan daripada Penolong Pegawai Akademik Daerah, ibubapa murid dan murid itu sendiri terlebih dahulu sebelum menjalankan kajian. Ujian PACER dijalankan sebanyak tiga kali secara berasingan semasa kelas pendidikan jasmani dan sejurus setiap kali pada akhir ujian subjek akan menjawab borang penilain kendiri prestasi (SRP) . Dalam setiap kelas murid diperdengarkan dengan tiga versi dalam PACER iaitu versi A dengan muzik latar tempo tinggi; versi B dengan muzik latar tempoh sederhana dan satu lagi versi tanpa muzik. Guru pendidikan jasmani yang menjalanka ujian ini juga mengukur ketinggian subjek dalam unit inci, berat dalam unit pound dan umur mereka untuk mendapatkan purata umur dan BMI bagi tujuan analisa statistic diskriptif. Ujian memerlukan subjek berlari antara dua garisan yang berukuran 20 meter apbila bunyi beep dimainkan dalam cakera padat. Apabila bunyi beep pertama subjek perlu berlari dari garisan permulaan ke garisan tamat. Mereka perlu kembali ke garisan asal pada bunyi beep kedua. Sekiranya mereka sampai ke garisan tamat sebelum bunyi beep kedua, mereka dikehendaki menuggu di garisan tamat sehingga bunyi beep keduan sebelum kembali ke garisan asal. Jika subjek tidak dapat sampai ke garisan sebelum bunyi beep untuk kali pertama mereka perlu kembali ke garisan dimana mereka bermula dan peerkara yang sama berlaku pada kali kedua, mereka dianggap sebagai telah menyempurnakan ujian tersebut. Kadar bunyi beep akan bertambah pada setiap tahap sehingga subjek tidak dapat menghabiskan larian mereka. Mereka perlu mengisi borang penilaian kendiri prestasi setelah percubaan mereka dalam ujian PACER. Data daripada borang penilaian yang berkaitan dengan perasaan mereka terhadap PACER dan keputusan ujian PACER akan digabungkan dalam analisa. Jawapan-jawapan daripada borang penilaian dinilai dengan 4 skala Likert. Ianya mengandungi sebanyak empat penyataan iaitu 1.Nilaikan usaha anda dalam ujian hari ini, 2.Adakah anda berasa riang dengan muzik yang dimainkan semasa ujian PACER hari ini ? ,

3.Adakah muzik membantu anda berusaha dengan lebih gigih dalam ujian PACER hari ini? dan 4. Nilaikan pretasi anda dalam ujian. Korelasi koefisien Pearson dikira dalam aspek antropometrik iaitu berat, ketinggian, BMI, Skor PACER dan skor borang penilaian kendiri prestasi pula dianalisa berdasarkan jantina. Analisa varians untuk skor PACER dikira dan diasingkan berdasarkan jantina dan versi muzik pula dijadikan sebagai faktor tetap dengan BMI diguna sebagai kovariate. Penilaian analisa berulang bagi varians dijalankan kaedah yang sama untuk skor (SRP) dan skor PACER. Kaedah Chi-Square turut digunakan untuk menganalisa perbezaan jantina dan tahap signifikannya ditetapkan pada P 0.05.

DAPATAN Min dan sisihan piawai bagi aspek fizikal bagi murid lelaki adalah : umur 9.84 tahun (SD=0.60), ketinggian 56.36 inci (SD=3.04) dan berat 96.68 pound (SD=33.77). Manakala bagi murid perempuan pula umur 9.81 tahun (SD=0.74), ketinggian 55.51 inci (SD=2.82) dan berat 85.59 pound (SD=21.36). Dapatan daripada analisa korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi antara BMI dengan skor PACER murid lelaki dan perempuan. Faktor BMI mempengaruhi skor PACER subjek dengan murid lelaki yang mempunyai BMI tinggi mencatatkan skor PACER yang rendah dan murid perempuan yang mempunyai BMI tinggi mendapat skor PACER yang tinggi. Kaedah penilaian ulangan ANOVA untuk skor PACER dengan mengawal BMI menunjukkan kesan signifikan dalm jantina dengan murid lelaki memperolehi skor PACER yang tinggi berbanding murid perempuan secara signifikan.

Analisa varians dalam skor SRP tidak menunjukkan kesan signifikan terhadap BMI ataupun jantina namun keputusan menunjukkan perbezaan terhadap versi muzik yang digunakan. Perrbandingan Scheffe pos-hoc menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara versi muzik iaitu tempo sederhana, tempo tinggi dan tanpa muzik. Apabila versi tanpa muzik dibandingkan dengan tempo sederhana ia menujukkan nilai P=0.031 dan bagi versi tanpa muzik dengan tempo tinggi nilainya P=0.025.

Walaubagaimanapun tiada perbezaan signifikan didapati antara skor SRP dan dua jenis versi muzik ( A dan B). Iaitu P = 0.997. Penilaian Chi-square digunakan untuk menguji keserataan skor terbaik antara ketigatiga versi muzik. Dapatan menunjukkan hanya beberapa peserta mendapat skor terbaik dengan versi tanpa muzik. Iaitu murid lelaki = 8 (22%) dan murid perempuan = 9 (28%). Manakala kebanyakkan murid lelaki mendapat skor terbaik dengan muzik versi B (n =17; 46%) dan perkara yang sama berlaku kepada murid perempuan dengan versi muzik A ( n = 13; 41%). Ini menunjukkan kedua-dua murid lelaki mahupun murid perempuan beraksi dengan baik dalam ujian PACER dengan kehadiran muzik.

PERBINCANGAN Dapatan daripada kajian sebelum iaitu Mohammadzadeh, Tartibiyan, & Ahmadi (2008) menyatakan bahawa apabila ujian PACER diiringkan dengan muzik, skor murid lelaki dan murid perempuan meningkat walaupun tidak signifikan secara analisa. Perkara yang sama juga dapat dilihat dalam kajian Beckett (1990) dan Anil, Ashutosch, & Viveks (2004).

Murid-murid secara amnya dapat mencatatkan skor yang tinggi dalam ujian PACER dan borang SRP apabila muzik digunakan dalam ujian. Jika diperhatikan murid lelaki mendapat skor tertinggi dengan muzik versi B (tempo sederhana) dan murid perempuan mendapat skor tertinggi mereka dengan muzik versi A( tempo tinggi). Perbezaan ini wujud kerana dengan muzik tempo tinggi murid lelaki terlebih rangsang dan pecut semasa ujian PACER awal-awal lagi. Kajian ini juga menyatakan murid-murid yang menyukai sesuatu aktivti fizikal kerana unsur muzik yang digunakan manarik perhatian mereka. Ini secara tidak langsung membolehkan mereka meluangkan lebih masa untuk berlatih bagi menghadapi ujian PACER dan mendapatkan skor yang tinggi.

KRITIKAN Ujian PACER yang ditadbirkan di sekolah haruslah diiringi dengan muzik supaya ia dapat membantu murid-murid mencapai skor tertinggi dalamnya. Penggunaan muzik ini juga perlu divariasikan dengan tempo yang tinggi dan tempo yang rendah supaya kedua-dua murid lelaki dan murid perempuan mendapat faedah melaluinya. Selain ujian PACER ujian lain yang berkaitan juga boleh digunakan muzik untuk menilai hasil dengan dan tanpa muzik. Muzik digunakan secara beriringan dan untuk meningkatkan latihan dan aktiviti fizikal di dalam konteks program pendidikan jasmani (Crust & Clouch 2006). Ini boleh dilihat dengan senario di negara kita di mana program senamrobik dijalankan secara meluas dan disertai oleh ramai orang. Ini kerana aspek muzik merupakan sesuatu yang menggembirakan hati disamping membantu meluangkan masa secara berfaedah dan melepaskan tekanan. Ini dibuktikan oleh teori B.F. Skinner yang merumuskan kelakuan seseorang individu itu dipengaruhi faktor-faktor luaran seperti muzik.

Selain itu program yang dijalankan baru-baru ini di semua institusi pendidikan negara secara serentak iaitu program Senamrobik Serentak Satu Murid Satu Sukan Satu Malaysia pada 10 Julai 2012 menyaksikan penyertaan yang ramai kerana unsur muzik yang digunakan dalam tarian senamrobik. Unsur muzik ini juga boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Sebelum ini aspek muzik ini hanya digunakan dalam pendidikan

jasmani melalui topik pergerakan berirama dan selepas berakhirnya topik itu unsur tersebut jarang-jarang digunakan. Mungkin selepas ini unsur muzik ini boleh diaplikasi selalu semasa sesi memanaskan badan dan menyejukkan badan. Ini kerana regangan statik dan dinamik yang dilakukan sebelum ini sudah ketinggalan zaman dimana murid-murid pula tidak menunjukkan minat untuk melakukannya secara bersungguh-sungguh. Aplikasi unsur muzik yang dikenali sebagai regangan berirama akan membantu murid-murid ini bergerak secara bebas, berkoordinasi,berseorangan dan berkumpulan. Ini secara tidak langsung membantu mereka melepaskan tekanan, membentuk kreativiti pergerakan serta menimbulkan rasa ingin datang ke sekolah selalu. Di samping itu, guru juga boleh menggunakan muzik sebagai untuk mengawal murid. Contohnya sebelum sesuatu aktivti bermula guru memberi arahan supaya bergerak apabila muzik dimainkan dan berhenti apabila muzik berhenti. Ini merupakan salah satu cara yang menarik untuk mengawal murid murid daripada menjerit ataupun meniup wisel. Kesimpulannya, muzik yang digunakan sememangnya mempengaruhi seseorang dalam pergerakan aktivti fizikal dan prestasi mereka di dalamnya. Oleh itu guru haruslah menggunakan unsur muzik ini sebaik mungkin untuk menghasilkan individu yang cemerlang dari segi fizikal dan pergerakannya.

RUJUKAN Deutsch, J., & Hetland, K. (2012). The Impact of Music on PACER Test Perfomance,Enjoyment and Workload,Asian Journal of Physical Education Recreation Vol 18 No.1 &

You might also like