Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

ADLINA ANAK SOJEP Tutorial 1: Multimodality

PT 122005 CT

Multimodality of learning results from the intertextual relationship between multimodal design and other meaning-making modes. Meaning making is becoming more multimodal because language is continually reshaped by new forms of communication media. Kress and Van Leeuwen's ( 2001) literacy learning. defined multimodal theory as the concept of design relates to In this theory, it offers students in literacy education courses the

opportunity to engage in multimodal learning about effective literacy instruction by adding visuals to verbal (text and/or auditory) to their teaching tools. Multi-modality instructions is when the educators, in practice make fully use of the multimedia to make their teaching approach more attractive so that the students perform and understand their teaching better. The multi-modality in learning can be accomplished through the informed use of visual and verbal multimodal learning. An interactive multimodality instruction includes simulations, modelling and real world experiences. For example, the students can share their experiences among themselves. . From very early on, children develop a variety of cultural experiences, by dealing with texts combining words, symbols, images, movement, graphs and sound, as well as with new types of printing and digital technology (e.g. newspapers, advertisements, magazines, movies, television and radio shows, the web, etc.) Meanwhile, the non-interactive way includes using text with illustrations, watching and listening to animations, listening with graphics on devices such as whiteboard. It involved from little to no interactions. The multi-modality evolves with the development of multimodal technology which includes Web 2.0 onwards as the digital era requires new approaches to the development of literacy. Therefore, the multi-modality instruction is really importance in order to provide the students with enough information through the modern way of teaching and learning so that they can succeed in their education.

Tutorial 2: Penggunaan video Soalan 1 Sila respon untuk isu ini pula : i) cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran - Penggunaan video merupakan satu cara yang boleh digunakan bagi menambahkan daya ingatan pelajar. Ia boleh dengan mengaplikasikan strategi pembelajaran berpusatkan guru atau pelajar. Setiap pelajar mempunyai stail pembelajaran. Sesetengah pelajar mungkin dapat memahami bahan yang ditayangkan melalui teks, ada juga melalui audio mahupun visual yang ditayangkan. Walau apa pun, penggunaan video amat penting dan bermakna jika guru dapat memilih video yang sesuai untuk ditayangkan untuk pelajarnya. ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning Penggunaan video melalui pembelajaran ubiquitous menggunakan kedua-dua fungsi audio dan visual yang membolehkan pengajaran berbentuk berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar sendiri. Para pelajar dan guru boleh belajar dan mengajar melalui tayangan video yang dimuatkan dalam laman web. Walau bagaimanapun, ia harus digunakan bersama bahan-bahan lain. Dalam erti kata lain, guru perlu menyediakan tambahan dan panduan kepada pelajar tentang video tersebut. Guru perlu memberi arahan yang jelas kepada pelajar tentang apa yang harus dibuat selepas menonton tayangan tersebut. Guru juga perlu memberikan maklumat tambahan ataupun bahan-bahan tambahan kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari sendiri sesuatu topik yang hendak diajar. Oleh itu, ia boleh menggalakkan pelajar menjadi high order thinking skills. iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) Melalui penggunaan video, ia boleh menggalakkan higher order thinking skills pelajar. Penggunaan video menggalakkan pelajar berfikiran logik dan analitikal. Pelajar perlu mengenal pasti dan menganalisis sebab sesuatu kejadian iaitu bergantung pada inti pati video tersebut. Pelajar akan menilai video tersebut dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta menggalakkan proses berfikir pelajar. Ini kerana pelajar perlu mengaitkan video yang ditayangkan dengan isi pembelajaran serta mengenal pasti idea-idea tersirat di sebalik tayangan video tersebut. Selain itu, pelajar perlu memikirkan perkaitan video tersebut dan menjawab soalan yang diberikan oleh guru. iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar Melalui penggunaan video, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan bermotivasi. Selepas tayangan video, guru boleh memberi satu tugasan yang berkaitan dengan video tersebut untuk dibuat dalam berkumpulan sebagai satu strategi pembelajaran berpusatkan

murid. Oleh itu, ia dapat mewujudkan pembelajaran koperatif, sifat kepimpinan dan peningkatan kendiri di mana pelajar berusaha memberi jawapan dan pandangan masingmasing tentang tayangan video tersebut. Ia juga meningkatkan kemahiran bersosial pelajar dari segi pemilikan iaitu berada dalam satu kumpulan. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran Apabila sesuatu video dikaitkan dengan isu-isu sosial ia dapat meningkatkan kesedaran seseorang. Contohnya, tayangan video tentang keselamatan jalan raya semasa subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat meningkatkan rasa berhati-hati dalam diri pelajar. Apabila balik ke rumah, pelajar akan menceritakan kepada keluarganya tentang tayangan video tersebut dan dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang keselamatan jalan raya setelah mengetahui kesan jika tidak berhati-hati. Ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat secara tidak langsung. Soalan 2 Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? 1) 2) 3) 4) Bekalan elektrik terputus Kos perbelanjaan bagi membeli alat kemudahan tayangan video di sekolah Tiada alat yang boleh digunakan untuk tayangan video seperti LCD dan projektor Gangguan persekitaran dan audio yang kurang jelas menghadkan tumpuan pelajar(kelas sebelah bising-gangguan bunyi) 5) Terdapat segelintir pelajar yang kurang menumpukan perhatian 6) Kesesuaian video mengikut aras kognitif murid (bagi pelajar lemah tidak memahami kandungan video) 7) Guru kurang mahir untuk menyediakan (set up) LCD sebelum P&P bermula 8) Mengambil masa yang lama bagi menyampaikan isi kandungan P&P 9) Audio yang terhad (mengganggu kelas lain) 10) Tiada kemudahan untuk tayangan video yang lengkap 11) Memerlukan guru yang mahir dalam bidang ICT 12) Pelajar kurang memberi tumpuan semasa tayangan video

Soalan 3

Bagaimana mengguna video dalam kelas? Sebelum, semasa dan selepas.


a) Sebelum i) Penyediaan ruang kelas untuk tayangan - Sudut pandangan yang jelas dan berkesan untuk kegunaan bila-bila masa - Memastikan kelas dapat meminumkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan pengamatan murid yang lebih berkesan ii) Penyediaan peralatan

Menyediakan kelengkapan LCD, laptop dan projektor dan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik sebelum tayangan video Menyediakan penunjuk laser bagi meningkatkan tumpuan murid kepada perkara yang hendak difokuskan kepada layar Memastikan video yang hendak ditayangkan dapat dimainkan

iii)

Audien - Mengenal pasti audien/pelajar - Isi kandungan video haruslah terkini dan sesuai dengan kognitif pelajar bagi meningkatkan tumpuan murid (saiz tulisan, grafik, warna) - Memastikan bahasa yang digunakan dalam video sesuai dengan aras pelajar agar tidak menggunakan bahasa terlalu tinggi yang sukar difahami pelajar

b) Semasa Tidak bercakap semasa tayangan video berlangsung Memberi arahan yang jelas sebelum tayangan video bagi memastikan murid memberi tumpuan Memastikan masa tayangan adalah tidak terlalu lama agar tidak membosankan Jika tayangan video lama, berhenti pada bahagian yang sesuai dan beri soalan kepada pelajar agar mereka tidak bosan Memastikan audio dan visual adalah jelas Memastikan tiada sebarang gangguan semasa tayangan berlangsung

c) Selepas Memastikan alat yang digunakan dikemas dan disimpan dengan baik Menyediakan salinan video untuk kegunaan murid Menyimpan semula peralatan yang telah digunakan di tempat sepatutnya agar boleh digunakan oleh orang lain

Tutorial 3 : Manipulatives Question 3

Obtain an example of a manipulative(s) that you could use for instruction. Submit the manipulative(s) and a description of how you would use it, including an objective.
Salah satu contoh manipulative yang boleh digunakan dalam pengajaran adalah objek sebenar seperti artifak, syiling dan tumbuhan yang boleh dilihat secara nyata oleh murid

sebagai satu bahan pembelajaran. Sebagai guru Sejarah, antara objek yang boleh digunakan dalam pengajaran adalah artifak seperti tugu dan monumen-monumen yang terdapat di muzium. Ia boleh dilihat dengan membawa pelajar tersebut ke muzium. Contohnya, guru mungkin membawa pelajar melawat Muzium Melaka ataupun Muzium Samudera yang terdapat di Melaka yang banyak memiliki sumber/input yang sesuai dengan pembelajaran mengenai sejarah Melaka. Berdasarkan pengamatan pelajar daripada artifak dari muzium, guru boleh meminta atau menyoal pelajar untuk mengaitkan apa yang mereka lihat dengan isi pembelajaran. Guru mungkin boleh menyediakan set soalan/ tugasan berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk diberikan kepada pelajar. Salah satu objektif melakukan pengajaran dengan melihat objek sebenar adalah pelajar dapat melihat sendiri fakta/ artifak yang merupakan bahan bersejarah. Selain itu, dengan melihat objek sebenar, pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka dengan pengalaman baru mereka semasa lawatan ke muzium. Pelajar juga dapat mengaitkan apa yang mereka lihat dengan kehidupan seharian mereka. Berdasarkan fakta yang dilekatkan bersama monumen(penerangan) membolehkan pelajar lebih mudah untuk mengingat fakta. Pelajar juga boleh berfikir secara lebih kreatif dan kritis dan mampu melakukan perbandingan, memberi penjelasan, membuat pengelasan berdasarkan pengetahuan baru mereka yang telah diasimilasikan bersama pengetahuan sedia ada mereka. Question 4

Plan a lesson that would include a virtual trip(real/virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be a place to visit as a virtual field trip in your lesson.
Antara topik/pembelajaran yang boleh dilakukan dengan mengadakan lawatan adalah seperti tajuk Kegemilangan dan Kejatuhan Melaka. Guru boleh membawa rombongan pelajar untuk melawat Melaka yang merupakan salah sebuah bandar bersejarah. Terdapat banyak muzium dan bangunan lama yang menjadi hasil peninggalan bersejarah di situ. Sebelum ke Melaka, guru boleh memberikan tugasan kepada pelajar untuk mengenal pasti hasil peninggalan sejarah yang ada berdasarkan negara penjajah, menamakan 4 jawatan yang wujud dalam sistem pemerintahan Melaka serta peranannya serta apa-apa soalan lain yang boleh dikaitkan dengan topik pembelajaran. Selain daripada lawatan sebenar (field trip), pelajar juga boleh meneroka sendiri Melaka dengan melayari secara maya di laman web seperti http://www.virtualmuseummelaka.com/

Tutorial 5: Tugasan Video Pembelajaran Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video? Literasi video bermaksud penonton / orang yang melihat tayangan video itu berupaya untuk mentafsir mesej yang disampaikan oleh video tersebut, berdasarkan pengaruh daripada pergerakan gambar dan juga tulisan yang terkandung dalam video tersebut. Ia menguji bukan sahaja pengetahuan bahkan kemahiran seseorang individu untuk menginterpretasikan video yang dilihat malah kepakaran untuk menghasilkan video berdasarkan ilustrasi dan bayangannya sendiri tentang bagaimana sesuatu mesej boleh disampaikan kepada penontonnya.

Soalan 2: Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. a) Seseorang penulis membentuk/mengkonstruk mesej b) Format yang unik bagi setiap mesej yang ingin disampaikan c) Setiap penonton menginterpretasi mesej yang berbeza d) Pandangan dan nilai yang terkandung/ diterapkan dalam mesej e) Mesej yang tersusun/teratur bagi mencapai tujuan tertentu

Soalan 3: Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Pembelajaran menggunakan video dapat meningkatkan kognitif pelajar. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen jana kuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Pelajar akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Selain itu, penggunaan video juga boleh memperkembangkan domain afektif pelajar. Penggunaan video membantu pelajar dalam peningkatan proses pembelajaran dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Selain itu,

kandungan video tersebut harus sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga harus mampu mempengaruhi sikap dan emosi pelajar. Sebagai contoh, dalam tayangan dokumentari National Geographic, ia dapat mempengaruhi emosi dan tingkah laku pelajar. Seseorang pelajar tersebut mungkin akan menjadi lebih bertanggungjawab, bertimbang rasa dan mempunyai kesedaran tentang alam sekitar selepas menonton dokumentari tersebut. Melalui video pembelajaran, ia juga boleh meningkatkan domain seseorang pelajar. Melalui tayangan video, ia boleh melibatkan kemahiran motor. Semangat daya cipta, pemikiran analitis dan kreatif pelajar dapat dipupuk. Ia juga dapat membantu pelajar dengan menyediakan pengalaman sebenar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan selepas tayangan video, misalnya soalan menyelesaikan masalah dan perbincangan. Pembelajaran melalui video selalunya lebih mudah daripada melalui proses penerangan sahaja. Contohnya, melalui tayangan video tentang cara-cara membuat kek akan lebih banyak membantu pelajar yang mengambil subjek Ekonomi Rumah Tangga berbanding membuat kek berpandukan resipi yang diberikan oleh guru. Pelajar juga boleh merakam video semasa membuat kek tersebut untuk dikongsi bersama guru dan rakanrakan. Ini akan menjadikan mereka lebih berminat untuk belajar di samping meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Domain Interpersonal pelajar juga dapat dibentuk melalui pembelajaran dengan menggunakan video. Pelajar dapat saling berkongsi idea dan pendapat melalui proses perbincangan sebaik sahaja sesuatu video ditayangkan. Melalui proses perbincangan, pelajar dapat membentuk kemahiran kolaborasi yang melibatkan hubungan dengan rakan. Selain itu, mereka juga boleh belajar bagaimana mengendalikan sesuatu kumpulan dan bagaimana menangani konflik jika wujud sesuatu masalah. Soalan 4: Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? a) Dokumentari Melalui dokumentari, pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan kehidupan sekeliling mereka. Dokumentari biasanya mengandungi fakta, bukan fiksyen dan fiksyen yang telah diolah kepada fakta. Ia biasanya melibatkan kehidupan sebenar manusia dan persekitaran. Sebagai contoh dalam dokumentari seperti National Geographic ada ditayangkan tentang kepupusan haiwan seperti beruang kutub menyedarkan kita tentang

kepentingan menjaga keindahan flora dan fauna. Selain itu, pelajar juga mempunyai kesedaran untuk menjaga dan melindungi haiwan tersebut agar tidak pupus. b) Dramatasi Melalui video dalam bentuk dramatasi, pelajar dapat menentukan kandungan drama yang dipertontonkan dan mampu menyimpulkan isi/mesej drama yang ditayangkan. Menonton drama seolah-olah melihat kejadian sebenar yang berlaku dalam masyarakat. Jika topik-topik pembelajaran seumpama ini hanya berlaku secara bacaan, penerangan atau catatan sahaja, pelajar mungkin cepat merasa bosan. Sebaliknya jika ianya dilakonkan dengan olahan skrip yang sesuai, makan proses pembelajaran akan berlaku dengan lebih responsif. Ada kalanya, tayangan video drama klasik seperti Puteri Gunung Ledang menguji kemahiran pelajar untuk mengintepretasi bahasa dalam yang digunakan dalam drama dan mentafsirkannya kepada bahasa moden yang lebih mudah untuk mereka fahami. Pelajar juga berupaya melihat nilai ketinggian bahasa yang digunakan. Tayangan video berbentuk drama seperti salah laku pelajar juga dapat memberi kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar yang menontonnya. Dramatasi ini juga boleh membantu membentuk keperibadian pelajar agar menjadi lebih berdikari dan optimis dalam mengharungi cabaran hidup berdasarkan pengalaman yang diperoleh melalui drama yang ditayangkan. c) Video Penceritaan(video storytelling) Cerita juga boleh dilustrasikan dalam bentuk video bagi memudahkan penyampaian mesej cerita. Selain itu, melalui bentuk video sesuatu cerita itu kelihatan lebih menarik dan mudah difahami pelajar. Apatah lagi dengan pemilihan warna, karikatur dan animasi yang sesuai, para pelajar pastinya tidak jemu untuk melihatnya berulang kali. Nilai dan pengajaran yang ingin disampaikan juga mudah dilihat oleh pelajar melalui video penceritaan ini. Antara video penceritaan yang mudah difahami pelajar adalah kisah Sang Kancil dan Singa. Selain itu, melalui pembelajaran menggunakan video penceritaan, ia mampu menghasilkan daya kreativiti pelajar untuk mengolah dan membuat sendiri video tentang apa yang ingin mereka ceritakan. Hasilnya, pelajar menjadi kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. d) Virtual Field Trips (Lawatan tapak secara maya) Bagi melaksanakan lawatan sebenar ke sesuatu tempat memerlukan kerja yang banyak dan menyukarkan program lawatan berjalan lancar. Oleh itu, melalui video lawatan tapak secara maya ini membolehkan pelajar meneroka apa yang mereka ingin pelajari dengan mudah. Sebagai contoh, tanpa ke negeri Melaka, mereka masih dapat melihat keindahan Melaka

serta mendapatkan sumber maklumat yang berkaitan dengan subjek Sejarah hanya melalui maya dengan meneroka sendiri laman cara web yang terdapat juga di dapat http://www.virtualmuseummelaka.com/. Dengan tersebut, pelajar

mengalami sendiri apa yang berlaku di sana. Pelajar juga dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mudah dengan menjimatkan masa dan kos lawatan sebenar. Soalan 5: Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. a) Proses memilih video Kesesuaian- bahasa, aras kognitif, menepati inti pati pembelajaran Peringkat penerimaan/kefahaman Pemerolehan-mengetahui sumber video yang diambil Harga-yang murah dan berpatutan Mutu-berkualiti dari segi maklumat dan gambar

b) Proses menilai video selari dengan standard, objektif dan hasil pembelajaran kualiti teknikal yang terbaik mengetahui sumber video yang dipilih mudah digunakan oleh guru dan pelajar penggunaan bahasa yang sesuai sesuai dengan aras kognitif murid serta mudah difahami kandungan maklumat yang tepat dan terkini alatan khas yang diperlukan masa kos

Tutorial 6: Proses dan ciri-ciri reka cipta visual Terdapat beberapa proses dan 5 ciri reka cipta visual iaitu susun atur (arrangement),

keseimbangan (balance), warna (color), kebolehbacaan (legibility) dan tarikan (appeal). a) Susun atur (arrangement) Bagi mereka cipta visual, perkara pertama yang harus dilakukan adalah menentukan elemen yang hendak dimasukkan. Selepas itu, kita harus mengambil kira susun atur visual tersebut. Ia termasuklah bagaimana sesuatu corak itu mampu menarik perhatian seseorang terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Penyediaan tayangan slaid misalnya menggabungkan banyak visual, oleh sebab itu susun atur visual amat penting. b) Keseimbangan (balance) Proses seterusnya adalah dengan mengambil kira keseimbangan sesuatu elemen yang dimuatkan dalam sesuatu visual termasuklah gambar dan tulisan. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal pula bermaksud pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Teknik pemilihan keseimbangan ini amat perlu untuk menarik minat pemerhati. c) Warna (color) Seterusnya adalah pemilihan warna. Dalam reka cipta visual, pemilihan warna penting bagi menekankan sesuatu ton dan emosi. Warna juga boleh dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna iaitu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan, memudahkan sesuatu item dilihat, mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu. Penegasan warna tertentu ke atas sesuatu elemen adalah supaya ia menjadi tumpuan. Penggunaan warna latar yang kontras dengan subjek dapat menimbulkan kesan tumpuan. Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap. Bagi mewujudkan rasa

harmoni, ia boleh dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu warna warna yang terletak berhampiran roda warna. Terdapat tiga kategori warna:i. Warna panas : merah, jingga dan kuning. Warna-warna ini menimbulkan kesan

panas, kegarangan dan kekuatan ii. Warna sejuk : biru, ungu, hijau. Warna sejuk dikaitkan dengan alam dan

mewujudkan kelembutan, kedamaian dan kesayuan iii. Warna psikologi: warna yang dipengaruhi oleh budaya. Terdapat juga warna diterima sebagai suatu tafsiran dalam bidang ilmu. d) Mudah dibaca (legibility) Proses seterusnya adalah memastikan reka cipta visual tersebut mudah dibaca. Bagi memastikan visual mudah dibaca, kita harus memastikan kombinasi warna latar belakang dengan taip, visual , imej dan illustrasi bersesuaian supaya mesej mudah ditafsir dan difahami. Bagi tujuan tersebut, huruf memainkan peranan yang penting dalam penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam penggunaan huruf, tujuh perkara perlu diberi pertimbangan iaitu stail huruf, bilangan stail huruf, huruf besar dan huruf kecil, warna huruf, saiz huruf, jarak antara huruf dan jarak antara baris. Seterusnya, pastikan warna yang berbeza digunakan untuk memberikan penekanan kepada sesuatu mesej kerana ia adalah mudah untuk dibaca sekiranya warna tulisan adalah berbeza dengan warna latar belakang. Matlamat reka cipta visual yang baik adalah memastikan mesej yang disampaikan menerusi visual bukan sahaja menarik perhatian tetapi mudah difahami. e) Tarikan (appeal) Perkara terakhir yang perlu diambil kira adalah tarikan sesuatu visual. Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual. Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup. Visual akan menjadi tidak efektif sekiranya ia tidak dapat menarik perhatian pengguna yang menggunakannya. Terdapat tiga perkara yang dapat membantu dalam menyediakan ilustrasi yang lebih menarik iaitu keistimewaan, dimensi rupa luar, interaksi dan metafora. Bagi memastikan visual menjadi lebih menarik, kombinasi antara perkataan dan grafik amat perlu. Penggunaan rupa luar dua dimensi (2D) dan tiga dimensi(3D) dapat menarik perhatian

pengguna. Oleh itu, pengguna adalah digalakkan untuk berinteraksi dengan visual yang dipaparkan contohnya menjawab soalan daripada visual.

You might also like