Syarat-Syarat Pencalonan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan Iskandariah (JPC) 2012

BERKAT, TELUS DAN CEKAP

1.

Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, 2. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan menjelaskan yuran sebelum membuat pencalonan. 3. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah: Tidak terlibat dalam politik wang Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina Tidak mengambil dadah Tidak minum arak Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim.

4. Borang pencalonan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN dan boleh dibeli daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah JPC bermula dari hari penjualan borang sehingga ke hari pencalonan.

5. Penyerahan borang pencalonan hanya boleh dilakukan pada hari pencalonan di lokasi yang disediakan.
6. Calon, Pencadang serta Penyokong mestilah hadir ke lokasi pencalonan pada hari pencalonan untuk menandatangani borang dihadapan pegawai JPC.

Pencalonan untuk jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi


Pencadang dan penyokong dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [Pengerusi boleh dicalon dan disokong oleh perempuan dan Timbalan Pengerusi boleh dicalon dan disokong oleh lelaki] Borang pencalonan dikeluarkan sebanyak 5 borang untuk setiap jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Borang pencalonan dijual dengan harga LE 10.

Pencalonan untuk jawatan AJKTPC


Pencadang dan penyokong dibuka kepada jantina yang sama sahaja [Calon lelaki hanya boleh dicalon dan disokong oleh lelaki dan calon perempuan hanya boleh dicalon dan disokong oleh perempuan] Borang pencalonan dikeluarkan sebanyak 20 borang untuk setiap lelaki dan perempuan. Borang pencalonan dijual dengan harga LE 5.

Lain-lain syarat

Pegawai JPC tidak boleh dicalonkan untuk bertanding Borang yang tidak diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tidak akan diterima dan dikenakan denda. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPC. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPC adalah muktamad.

MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN (MTP)


1. Calon mestilah pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PERUBATAN Cawangan. 2. Pencadang dan penyokong dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [Ahli MTP lelaki boleh dicalon dan disokong oleh perempuan dan Ahli MTP perempuan boleh dicalon dan disokong oleh lelaki] 3. Borang pencalonan dikeluarkan sebanyak 3 borang untuk setiap lelaki dan perempuan di setiap cawangan (mengikut universiti) 4. Borang pencalonan dijual dengan harga LE 10.
*Sesetegah syarat umum yang telah disebut dalam syarat pencalonan AJKTPC di atas turut diaplikasi untuk pencaloan MTP

You might also like