Professional Documents
Culture Documents
Seminar Ipgm
Seminar Ipgm
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah untuk,
mengenal pasti aspek pemikiran yang yang terdapat dalam puisi-puisi Mahaya Mohd Yasin, meneliti suara wanita dalam puisi-puisi Mahaya Mohd Yasin berdasarkan teori konseptual kata kunci.
OBJEKTIF KAJIAN
membincangkan konsep kasih sayang yang terdapat dalam puisi Mahaya Mohd Yassin, dan menghuraikan konsep kasih sayang yang terdapat dalam puisi Mahaya Mohd Yassin.
KEPENTINGAN KAJIAN
dapat membantu masyarakat memahami idea seseorang penulis wanita dalam menghasilkan sesebuah puisi. untuk mengembangkan stail atau gaya penghasilan atau penulisan sesebuah puisi dengan lebih menyeluruh kajian ini penting untuk memudahkan peminat puisi memahami dan menghayati makna di sebalik sesebuah puisi yang telah dihasilkan oleh penulis
ILMU TANGGA KEJAYAAN
BATASAN KAJAIN
Kajian ini hanya dibataskan kepada dua buah kumpulan puisi Mahaya Mohd Yassin. Kumpulan puisi tersebut adalah, Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi ini mengandungi 120 halaman. Suara Hati yang diterbitkan pada 1993 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi ini mengandungi 93 halaman.
KAEDAH KAJIAN
kajian ini adalah secara kualitatif iaitu menganalisis teks. menggunakan kaedah kepustakaan
TEORI KAJIAN
Teori Konseptual Kata Kunci- diasaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan Prinsipnya dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu: Kepengaruhan Pemilihan kata Kesan
PRINSIP-PRINSIP
Kepengaruhan
konseptual seseorang pengarang terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek atau sebagainya sedikit sebanyaknya dipengaruhi oleh latar belakang pengarang termasuk keluarga, pendidikan, pekerjaan, masyarakat, budaya, kepercayaan, idelogi, politik, pertubuhan yang diperjuangkan dan sebagainya. Faktor umur, masa dan peredaran zaman
ILMU TANGGA KEJAYAAN
PRINSIP-PRINSIP
Pemilihan Kata
Pengarang akan menggunakan kata-kata yang berada dalam lingkungan dirinya untuk menyatakan konseptualnya terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek dan sebagainya. Kata-kata itu bagi sesuatu konsep itu akan sentiasa melingkari minda seseorang pengarang itu.
PRINSIP-PRINSIP
Dalam pemilihan kata-kata kunci bagi konsep kemiskinan misalnya dalam karya-karya sastera seseorang pengarang, langkah pertama menentukan konsep kemiskinan, dengan membahagikan kepada beberapa aspek kemiskinan, misalnya fizikal, mental, emosi,. Hal ini dapat dirajahkan seperti berikut: Kemiskinan
Fizikal
mental
ILMU TANGGA KEJAYAAN
emosi
PRINSIP-PRINSIP
Kesan
Konseptual seseorang pengarang terhadap sesuatu isu, hal, perkara, objek dan sebagainya pula dapat dirasai dan ditemui oleh khalayak pembaca dengan meneliti karya atau beberapa karya yang dibaca dan ditelitinya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang.
DAPATAN KAJIAN
DAPATAN KAJIAN
Sekuntum Mawar Biru Suara rasa dari segenap penjuru alam dalam sekuntum mawar biru mekar mesra mekar mesra. Di bawah bumbung ini merata-rata dalam hasrat rela pendaki damai damai. Piala dan anggur kemilau warna untuk ronga setiap yang bernafas penawar racun penawar racun. Rumah tanga ini Sekuntum mawar biru di pinggir tasik; wajahnya pada hati-hati sendiri.
ILMU TANGGA KEJAYAAN
Suara Rasa:12
Berdasarkan puisi di atas ini terdapat beberapa kata kunci bagi kata fokus dan konsep berumah tangga yang diutarakan oleh Mahaya Mohd Yassin. mesra -mekar mesra Merata-rata -Di bawah bumbung ini merata-rata Damai -pendaki damai Penawar -penawar racun
Kata-kata kunci menunjukkan bahawa kehidupan berumah tangga penuh dengan onak dan duri serta perlu saling memahami antara satu sama lain. Kehidupan berumah tangga boleh menjadi madu atau sebaliknya racun. Kata kunci penawar dan damai diulang sebanyak dua kali, manakala kata mekar pula diulang sebanyak 3 kali. Kata kunci-kata kunci ini kalau dierti mempunyai maksud bahawa bahawa jika rumah tangga di bina di atas rasa kasih sayang, maka ia akan dapat membina sebuah kehidupan berumah tangga yang harmoni
Poskad daripada Ibu. (untuk Shazmee Rizal Agus Salim) Himpunkanlah manis perpisahan Aroma setanggi Menyemarak semangatmu. Adunkanlah lunak nikmat rindu Haruman mindamu Menyegar kalbu. Dandanlah era juangmu Hasrat suci sewangi usahamu. Kau pun dewasa Mengutip mutiara prakarsa Mengapung asyik ujian Lalu kasih dan doa ibumu Memeriahkan perjalanan Meski kita berjauhan.
ILMU TANGGA KEJAYAAN
Berdasarkan puisi di atas terdapat beberapa kata kunci bagi kata fokus dan konsep kasih sayang ibu iaitu: Perpisahan -himpunkanlah manis perpisahan Rindu -adunkanlah lunak nikmat rindu Kasih, doa -lalu kasih dan doa ibumu
Berdasarkan kata-kata kunci perpisahan, rindu , kasih dan doa berhubung dengan perasaan sayang dan rindu yang dialami oleh Mahaya Mohd Yassin terhadap anaknya. Begitu juga dengan kata kunci doa yang juga ada hubungannya dengan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Doa seorang ibu itu sentiasa mengiringi perjalanan seorang anak dalam mencapai sesuatu impian. Jelas bahawa berdasarkan kata-kata kunci yang digunakan oleh Mahaya Mohd Yassin dalam puisinya itu, menunjukkan bahawa perpisahan akan menerbitkan rasa kerinduan dan kasih sayang.
ILMU TANGGA KEJAYAAN
KESIMPULAN
Melalui penerapan prinsip-prinsip TKKK ini, menemukan konsepsi Mahaya Mohd Yassin terhadap kasih sayang serta ketabahan. Jika dilihat dengan teliti keduadua buah kumpulan puisi ini banyak melahirkan konsepsi wanita terhadap makna kasih sayang dan ketabahan.