Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

FALSAFAH AKHLAK KRISTIAN; YAHYA IBN cADI


Al-Faqir Ibn El-Merg
-FALSAFAH AKHLAK-

Pendahuluan
Disiplin ilmu yang mengkaji tentang kondisi kejiwaan manusia telah bermula sejak berabad lama, iaitu sebermulanya perkembangan akal fikiran manusia dalam memahami sesuatu perkara. Setelah sampai ke satu tahap, di mana pemikiran manusia mula tertumpu kepada soal kejiwaan, perasaan dan moraliti dalam kehidupan yang mana dianggap sebagai puncak terakhir disiplin ilmu pengkajian tentang konsep ketuhanan. Moral, etika dan akhlak adalah suatu situasi kejiwaan yang terbentuk dalam diri seseorang dan menjadi punca kepada semua perbuatan. Falsafah Akhlak pula merupakan disiplin ilmu yang mengkaji tentang akhlak ataupun tabiat semula jadi yang terdapat dalam jiwa seseorang. (Nasir. 2010:26). Ia meliputi pelbagai teori, kaedah dan proses menjana pendorong (quwa) yang terdapat dalam jiwa manusia. Perbincangan tentang Akhlak juga seperti ilmu-ilmu lain yang berkembang dari zaman ke zaman. Di barat, falsafah akhlak telah wujud dan berkembang di kalangan bangsa Greek beratus-ratus abad sebelum kelahiran agama Kristian, begitu juga dunia Islam mempamerkan keterlibatan ramai tokoh moralis yang memperbincangkan tentang ilmu etika. Secara umum dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian, pertama zaman awal Greek. Kedua, zaman Halennistik dan Kristian. Ketiga, zaman Islam. (Nasir. 2010:55). Antara ketiga-tiga bahagian tersebut saling bersangkutan dalam memahami konsep akhlak, namun terdapat perbezaan teori mengikut kesesuaian dan keadaan masyarakat. Pertembungan antara zaman Kristian dan Islam menyebabkan lahirnya moralis-moralis agama yang cuba mengharmonikan konsep pemahaman tentang akhlak mengikut kesesuaian agama mereka. Tokoh moralis Kristian yang terkemuka ialah Yahya Ibn cAdi. Beliau banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan falsafah akhlak,
1

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

sekaligus menjadi rujukan kepada moralis-moralis islam tentang konsep tiga fakulti atau pendorong (quwa) dalam jiwa manusia. Walaupun beliau beragama Kristian tetapi persekitaran dizamannya telah membuatkan beliau dapat menyesuaikan konsep dengan moralis Islam. Perbincangan tentang etika bukanlah sesuatu ilmu yang baru namun ia berkembang mengikut kesesuaian zaman.

Biografi Yahya Ibn Adi.


Nama penuh beliau ialah Abu Zakariyya Yahya Ibn cAdi Ibn Hamid Ibn Zakariyya al-Takriti al-Mantiqi. Semasa kelahiran beliau diberi nama Yahya juga dikenali sebagai John. Abu Zakariyya ialah gelaran yang diberi mengikut adat masyarakat arab yang bermaksud bapa kepada Zakariyya iaitu salah seoranga anak lelaki beliau. cAdi ialah nama bapa beliau, manakala Hamid ialah datuknnya dan Zakariyya pula ialah moyangnya. Gelaran al-Takriti merujuk kepada tempat kelahirannya dan gelaran alMantiqi pula diberi kepadanya setelah penglibatannya dalam ilmu logik (Nasir. 2003:35). Yahya dilahirkan di Takrit, utara Iraq pada 893 M dan meninggal dunia pada 930 M pada usia 81 tahun, beliau merupakan salah seorang penganut Kristian yang beraliran Jacobite atau Monophysite. Kehidupan Yahya tidak terikat dengan hanya satu bidang kerjaya, beliau dikenali sebagai ahli fizik, logik, teologi, pengajar, penterjemah dan penjual buku. Selain itu beliau juga mewarisi pekerjaan ayahnya sebagai pembuat roti dan keju untuk masyarakat zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal di Takrit berkaitan ilmu agama Kristian. Sepertimana para ilmuan lain, beliau melanjutkan pencarian ilmu ke kota Baghdad dalam lingkungan usia tujuh belas ke dua puluh satu tahun. Di antara guru yang mengajar ilmu falsafah dan logik kepada beliau ialah Abu Bishr Matta Ibn Yunus (W.940) dan Abu Nasr al-Farabi (W.950). Menurut Al-Baihaqi, Yahya merupakan pelajar al-Farabi yang terulung, beliau berjaya merumuskan hasil kerja gurunya, seterusnya melakukan penambah-baikkan terhadap karya-karya gurunya. Yahya juga tertarik untuk menelaah karya-karya alRazi sepanjang kesempatannya di Kota Baghdad (Nasir. 2003:39). Ibn cAdi ialah salah seorang ahli falsafah Kristian yang berjaya mempelajari ilmu dari pelbagai lapangan tradisi yang berbeza, seperti Falsafah Greek, Kristian dan Islam secara serentak. Faktor yang
2

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

mendorong kejayaannya itu mungkin sahaja boleh dianggap sebagai kemahiran atau kelebihan, tetapi usaha beliau menterjemah dan menulis banyak karya falsafah menjadi pendorong yang utama kepada kejayaannya dalam memahami pelbagai konsep falsafah. Menurut Ibn alNadim (W.990), Yahya menterjemah karya-karya Aristotle seperti Categories, Topica, Sophistica, Poetica, Physica dan Metaphysica (Nasir. 2003:50).

Pengertian Akhlak
Akhlak menurut etimologi bermaksud tabiat, adat, marwah, sikap, nilai, etika dan cara hidup seseorang. Akhlak terdapat didalam al-Nafs (jiwa) manusia yang menjadi faktor kepada perbuatan manusia. Dengan kata lain, akhlak bertindak sebagai kilang kepada sesuatu produk (perbuatan) manusia. Akhlak bukan suatu ilmu yang zahir, bukan sesuatu kudrat dan bukan perbuatan, melainkan ianya hanyalah sumber kepada pembentukan semua itu. Yahya mendefinisikan akhlak (khuluq) sebagai suatu situasi atau kondisi kejiwaan, dengannya manusia akan menzahirkan perbuatan. Akhlak juga adalah hal jiwa yang menyebabkan sesuatu perbuatan manusia tanpa melalui proses pemikiran dan renungan yang teliti terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara (Nasir. 2003:161). Pendefinisian akhlak sebagai suatu hal kejiwaan telah dipelopori terlebih dahulu oleh ahli fasafah Greek sebelumnya, iaitu Aristolte melalui karya agungnya seperti Ethica Nicomachea, Magna Moralia dan Eudaimian Ethics. Konsep bahawa akhlak adalah suatu hal kejiwaan yang menyebabkan manusia menzahirkan segala perbuatan tanpa melalui proses pemikiran juga diterima baik oleh ramai moralis islam seperti, al-Ghazali (W.1111), alRazi (W.1209), al-Tusi (W174) dan al-Dawwani (W.1502) (Nasir. 2003:164). Akhlak dan perbuatan manusia adalah berbeza. Sebagaimana diketahui, akhlak adalah hal dalaman melibatkan situasi jiwa, manakala perbuatan pula merupakan manifestasi luaran (jasad). Akhlak menjadi faktor pendorong dalaman, manakala perbuatan adalah hal luaran akibat pantulan daripada kondisi kejiwaan tersebut.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Tahdhib al-Akhlaq
Sejarah mempamerkan wujudnya dua buah karya yang berkongsi kontek perbahasan yang sama, iaitu masing-masing memperbincangkan tentang moral, etika dan akhlak tetapi berbeza pengarang. Karya utama di kalangan moralis yang dimaksudkan itu adalah kitab Tahdhib al-Akhlaq. Persoalan yang diperbahaskan seterusnya milik siapakah kitab Tahdhib al-Akhlaq? Polemik ini berpanjangan dikalangan para pengkaji. Namun penekanan diberikan kepada penjelasan terhadap Kitab Tahdhib alAkhlaq karangan Yahya Ibn cAdi. Semasa hayat Yahya, tajuk Tahdhib al-Akhlak tidak muncul, tetapi karya itu telah ada. Menurut Ibn Abi Usaybia (W.1270) Hasil karya Yahya dikenali sebagai Siyasa al-Nafs. Jika dirujuk kepada Yahya sendiri (Naji: 1978). Perkataan Siyasa al-Nafs, Siyasa al-Akhlaq, Tahdhib al-Nafs dan Tahdhib al-Akhlaq membawa maksud yang sama iaitu memajukan, memelihara dan meningkatkan jiwa (soul) yang merujuk kepada memperbaiki akhlak (Nasir. 2003:18). Oleh sebab itu zaman terkemudian karya Yahya dikenali sebagai Tahdhib al-Akhlaq. Namun, terdapat beberapa perbezaan pendekatan yang digunakan oleh Yahya dengan kitab Tahdhib al-Akhlaq karangan Ibn Miskawayh. Pertama, tidak ada rujukan Al-Quran dan al-Hadith dalam karangan beliau, tidak sepertimana kitab-kitab moralis Muslim yang lain akan bermula denga lafaz basmalah diawal kalam. Kedua, Yahya menggunakan istilah-istilah yang tidak merujuk kepada Islam, contohnya; ahli al-ilm, al-ruhban, al-kanais dan rucasa. Dimana istilah-istilah ini diguna pakai oleh moralis Islam seterusnya diganti sebagai, al-ulama, alawliya, al-masajid dan al-imam. Ketiga, contoh-contoh yang digunakan dalam kitabnya ada yang bertentangan dgn Islam. Contohnya; barangsiapa yang mahu meningkatkan akhlaknya hendaklah berada dipertengahan antara meminum arak dan dahaga yang melampau. (Nasir. 2003:19). Keempat adalah isi kandungan atau fahrs berbeza dengan Ibn Miskawayh. i. ii. iii. Muqaddimah Tiga fakuti atau pendorong (quwa) Senarai akhlak yang baik
4

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

iv. v. vi.

Senarai moral yang buruk Kaedah atau metod meningkatkan akhlak Akhlak insan yang sempurna dan cara mencapai kesempurnaan.

Setelah diketahui kandungan kitab tersebut, maka dapat mengetahui tentang persoalan yang diperbincangkan dalam kitab Tahdhib al-Akhlaq karangan Yahya Ibn cAdi. Penumpuan yang diberikan oleh beliau adalah terhadap tiga daya pendorong bagi manusia mencapai kebahagiaan dan cara-cara mencapai kebahagiaan dalam menuju insan al-tamm.

Kebahagiaan Melalui Kawalan Tiga Fakulti


Persoalan yang sering muncul dikalangan moralis, tidak ketinggalan juga Ibn cAdi, apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan? Bagaimana manusia mampu mencapai kebahagiaan? Mengapakah kebahagiaan menjadi matlamat akhir yang perlu dicapai oleh manusia? Persoalanpersoalan ini dirangka satu persatu oleh beliau bagi menjelaskan jawapan. Secara ringkasnya kebahagiaan menurut Yahya Ibn cAdi adalah kecukupan (al-tamam), kesempurnaan (al-kamal) dan kebaikkan (alfadail) (Nasir. 2003:135). Namun kebahagiaan yang dimaksudkan berada dalam kondisi kejiwaan bukan pada luaran atau jasad. Menurut beliau, hanya ada satu-satunya cara bagi manusia mencapai kebahagiaan, iaitu melalui akhlak yang sempurna (Nasir. 2003:25). Seterusnya akan muncul pula persoalan bagaimanakah manusia mampu membentuk akhlak yang sempurna bagi memperolehi kebahagiaan? Yahya Ibn cAdi menjelaskan bahawa manusia terdiri daripada dua komponen iaitu jiwa dan jasad. Manusia berada diantara darjat haiwan dan malaikat dengan mempunyai fakulti serta daya pendorong yang dimiliki oleh haiwan yang mempunyai daya keinginan dan nafsu manakala malaikat mempunyai daya rasional. Rasional, keinginan dan nafsu adalah sebahagian daripada kehidupan manusia itu sendiri. Manusia mampu mencapai tahap malaikat sekiranya dapat mengawal daya rasional dalam jiwa, dan jika manusia gagal mengawal kehendak jasad dan cenderung kearah keinginan serta nafsu maka tidak ada bezanya manusia dengan haiwan (Nasir. 2003:130). Kebahagiaan yang diterima oleh jasad tidak akan berkekalan, berlainan dengan kebahagian jiwa yang tidak akan hilang.
5

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Sebagaimana moralis terdahulu sebelumnya, beliau juga menerima bahawa jiwa manusia terdiri daripada tiga bentuk fakulti, daya pendorong (quwa). Istilah yang digunakan oleh Yahya adalah tiga jiwa yang dianggap daya pendorong yang dapat menentukan tingkah laku, etika, moral atau akhlak seseorang (Nasir. 2003:131) Daya pendorong yang lebih kuat akan memanipulasikan daya pendorong yang lemah seterusnya daya pendorong tersebut akan diterjemahkan sebagai akhlak samada akhlak yang baik atau akhlak yang buruk. Daya pendorong atau fakulti yang dimaksudkan adalah fakulti rasional (quwa al-natiqah), fakulti marah (quwa al-ghadabiyyah) dan fakulti syahwat (quwa alsyahwaniyyah). Jika seseorang mampu mengawal quwa al-natiqah, dia akan menjadi seseorang yang berilmu, bijak dan bertingkah-laku baik. Namun jika terjadi sebaliknya dengan membiarkan quwa al-natiqah ditawan oleh quwa al-ghadabiyyah dan quwa al-syahwaniyyah dia akan cenderung kepada sifat kebinatangan dengan bertopengkan manusia. Manusia menjadi manusia adalah disebabkan akhlak yang berada dalam jiwa bukan pada perwatakan luar atau tingkah laku jasad. Merujuk kepada itu, Yahya berpendapat bahawa hanya quwa al-natiqah mampu menjadikan seseorang itu manusia. Bagi mengatasi quwa al-ghadabiyyah dan quwa al-syahwaniyyah manusia perlu mengawal quwa al-natiqah secara langsung akan mempertingkatkan akhlak, dengan demikian akhlak yang baik akan muncul dan akhir sekali kesempurnaan akan terjadi, kesempurnaan tersebut dipanggil kebahagiaan (Nasir. 2003:133). Maka dengan itu dapat difahami hubungan antara tiga daya pendorong dengan kebahagiaan yang diberi penumpuan oleh Ibn cAdi. Bagi persoalan mengapakah kebahagiaan menjadi tujuan akhir kepada manusia, Yahya berpendapat bahawa hanya dengan akhlak yang baik mampu mencapai kebahagiaan jiwa. Pemikiran Yahya lebih tertumpu kepada konsep kejiwan serta kurang menumpukan aspek jasad, oleh itu bagi Yahya, kewujudan manusia adalah untuk mencapai kebahagiaan, manakala kebahagiaan itu sendiri dapat dicapai melalui fakulti rasional, dimana fakulti rasional itu berada dalam hal atau situasi jiwa. Kebahagiaan jiwa lebih tinggi daripada kebahagiaan jasad seperti kekayaan, wang atau pangkat. Kekayaan hanya ada pada jasad, jika kekayaan itu pergi maka manusia itu tidak lagi bahagia (Nasir. 2003:136).
6

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Namun Yahya tidak menolak manusia yang mempunyai kebahagiaan jasad (kekayaan), malah lebih baik manusia berakhlak baik dalam masa yang sama dia berharta, daripada berakhlak baik tetapi hidup memintaminta.

Cara Mengawal Jiwa


Al-Razi (W.925) mewakili moralis lain, membahagikan daya rasional terletak di otak, daya syahwat terletak di di jantung dan daya marah di hati. Jelas diketahui bahawa Yahya mempercayai terdapat tiga fakulti dan daya pendong jiwa iaitu daya rasional, daya syahwat dan daya marah. Namun, Yahya tidak menghubungkan ketiga-tiga daya pendorong tesebut secara lansung dengan jasad atau anggota badan manusia, sebagaimana yang dilakukan oleh moralis lain. Beliau menumpukan kepada perbincangan tentang hal jiwa semata-mata tanpa kaitan dengan organ manusia. Daya rasional menurut Yahya adalah sumber kepada kefahaman, ingatan, pertimbangan dan waras manusia. Daya al-ghadabbiyyah adalah sumber kepada kemarahan, emosi, tamak dan mendominasi. Manakala al-syahwaniyyah adalah sumber kepada keinginan dan kehendak jasad (Nasir. 2003:184). Oleh yang demikian, manusia harus meletakkan daya al-ghadabiyyah dan al-syahwaniyyah dibawah kawalan daya rasional. Oleh itu, hanya dua daya pendorong sahaja yang perlu dikawal, iaitu alghadabiyyah dan al-syahwaniyyah. Kedua-dua daya ini dikongsi oleh manusia dengan haiwan. Daya tersebut mampu membawa kepada kehancuran jika tidak dipandu kearah kebaikkan oleh daya rasional. Bagi mengawal daya al-syahwaniyyah Yahya berpendapat bahawa seseorang perlu sentiasa berada di bawah kawalan rasional, terutamanya terhadap sesuatu kehendak. Dengan berulang kali manusia melakukannya, manusia mampu mengawal sesuatu kehendak dan keinginan yang cenderung kepada keburukkan. Tambahan beliau, manusia yang ingin mengawal daya al-syahwaniyyah perlu mencari dan mendekatkan diri dengan kelompok manusia yang berakhlak tinggi. Kelompok yang mengamalkan pertapaan dan taat pada tuntutan agama. Persekitaran tersebut mampu mempengaruhi manusia supaya terikut cara hidup kelompok tersebut. Selain itu juga, manusia perlu mengkaji buku tentang etika, politik dan sejarah pembentukan akhlak hasil
7

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

golongan moralis. Dalam kehidupan sehariannya pula perlu meninggalkan tabiat minum arak, jika tidak mampu mereka perlu bersederhana daripada mengambilnya (Nasir. 2003:186). Memandangkan beliau seorang Kristian, maka terdapat beberapa penjelasan yang agak sensitif. Namun pendekatan yang digunakan oleh beliau bersifat sederhana tanpa terus meminggirkan secara terus melainkan secara berperingkat. Manakala untuk mengawal daya al-ghadabiyyah manusia perlu bersabar dan menahan diri daripada sikap marah terhadap sesuatu perkara. Dengan itu manusia mampu melatih diri daripada membalas dendam dan menghukum. *Bersambung...

Kesimpulan

Falsafah akhlak atau pengkajian tentang kondisi kejiwaan bukanlah suatu perkara yang baru tetapi ia merentasi perkembangan zaman dan pengolahan teori oleh moralis-moralis. Jika disebut tentang tiga daya pendorong dalam jiwa manusia, ia sudah tidak asing lagi bagi ilmuan dalam lapangan falsafah akhlak. Namun tetap terdapat beberapa pendekatan yang berbeza. Yahya Ibn cAdi dan moralis sebelumnya seperti Aristotle, al-Farabi dan al-Razi menjadikan daya-daya tersebut sebagai perbahasan dalam mengkaji konsep kebahagiaan yang menjadi matlamat tertinggi dalam kehidupan manusia. Dalam kitab Tahdhib al-Akhlaq milik Ibn cAdi, beliau tidak memberikan penekanan yang khusus terhadap ilmu agama Kristian, tetapi jika diamati secara ilmiah, dapat disimpulkan bahawa Yahya cuba mengharmonikan teori etika Greek ke dalam dogma Kristian. Tidak dapat dinafikan juga, matlamat etika atau akhlak yang ditekankan oleh beliau adalah tentang kebahagiaan yang di bincangkan oleh Aristotle, namun turut dimanfaatkan ilmu dan dapatan yang diterima melalui gurunya, alFarabi. Oleh itu tidak hairanlah jika Yahya mampu menguasai tentang teori akhlak dari pelbagai sudut merangkumi, Greek, Kristian dan Islam. Perkembangan teori falsafah akhlak seterusnya dikembangkan oleh moralis terkenal Islam, Ibn Miskawaysh. Segala bentuk pemahaman tentang kebahagiaan dan tiga fakulti kemudiannya diasimilasikan oleh Miskawayh mengikut dogma Islam.

TUGASAN-TUGASAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM 2008/2011

Rujukan
Nashruddin Thaha. 1970. Achlak Etika. Semarang: C.V. Ramadhani. Nasir Omar. 2003. A Study Of How To Attain Happiness As Reflected In The Works On Thdhib al-Akhlaq By Yahya Ibn Adi (D.974) And Miskawayh (D.1030). Christian & Muslim Ethics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2003. Miskawayhs Ethical Thought And Its Sourses. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 2010. Falsafah Akhlak. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Takriti, Naji (pnyt). 1978. Tahdhib, Yahya Ibn Adi, Tahdhib al-Akhlaq. Yahya Ibn Adi: A Critical Edition & Study of His Tahdhib al-Akhlaq. Paris: Edition Oueidat.

Nukilan ini dibuat semasa penulis mula berkenalan dengan alam ilmu. Oleh sebab itu ia masih tertakluk kepada salah dan benar. Seandainya ada kesilapan harap dibetulkan. Dan penulis menyeru kepada saudara /ri yang membaca agar tidak hanya menerima mentah setiap tulisan, sila rujuk pada rujukan yang berautoriti dan bertanya kepada orang yang lebih mengetahui. Cintailah ilmu. Assalamualaikum.

You might also like