Sejarah Penubuhan Kementerian Belia Dan Sukan

You might also like

Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 2

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian


Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang
telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada
tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di
bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama
berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin
berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau
perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di
bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian
Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei


1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut.
Pada tahun 1972, Bahagain Kebudayaan telah diwujudkan dan
dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah
kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga
tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di
bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelacongan.
Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali
kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan,
sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk


melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam
pembangunan Belia dan Sukan.

You might also like