Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

PLASTIK

J3022/12/1

PLASTIK

OBJEKTIF AM
Memahami dan mengetahui jenis-jenis plastik, kebaikan, keburukan dan proses pembuatanya.

12
Unit

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Menerang dan melakarkan bentuk struktur ikatan polimer. Menyenaraikan perbezaan di antara plastik termoset dengan plastik termo. Menyenaraikan jenis-jenis plastik termo dan plastik termoset dengan betul. Menerangkan bagaimana produk plastik dihasilkan . Menerangkan perbezaan proses-proses penghasilan Plastik. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan plastik dengan betul.

PLASTIK

J3022/12/2

INPUT
PLASTIK

Dalam unit yang lalu kita banyak membincangkan tentang bahan-bahan logam seperti logam ferus dan logam bukan ferus. Kali ini mari kita lihat pula berkenaan bahan plastik dari segi sifat, jenis, kegunaan dan proses penghasilan, yang dikatakan mampu menghalang kadar kakisan daripada berlaku. Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan. Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik. Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut. Gambarajah 12.1 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik. Bahan plastik Termoplastik Polisterina Polietilena Polyamida Akriliks Plastik Vinil Plastik Selulos
Gambarajah 12.1: Pengkelasan Plastik

Termosetting Epoksida Polyester Urea / Amino Melamin Fenolik

PLASTIK

J3022/12/3

12.1 Polimer Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lainlain bahan organik dan bukan organik. ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur. iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang. Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Istilah-istilah:i. Amorfus : Tidak berhablur ii. Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai mer iii. Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unitunit monomer dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran.

Contoh:

X Monomer

X-X-X-X-X-XPolimer

12.3 Struktur Polimer Polimer mempunyai ikatan struktur yang panjang (beribu-ribu Angstrom). Rantai molekul diikat bersama oleh daya yang lemah dan mempunyai sifat boleh ubah (flexible) sebab setiap ikatan karbon boleh berputar di dalam tetulang rantai. Satu ikatan karbon selalunya berada pada sudut 109 C kepada ikatan lain. Ini menerbitkan konfigurasi molekul yang kompleks. Polimer boleh wujud dalam 2 struktur iaitu Amorphous (tidak berhablur) dan Separa berhablur.

PLASTIK

J3022/12/4

12.3.1 Struktur Armorphous ( tak berhablur) Pada suhu yang tinggi, polimer akan menjadi cair likat (viscous) di mana rantai-rantai dapat bergerak dan mengelonsor satu sama lain dalam keadaan kekusutan. Susunan rantai polimer adalah rawak dan tidak mengikut corak geometri tertentu. Apabila suhu dikurangkan, sifat boleh ubah molekul akan tersekat dan keadaan akan menyamai kaca seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.2 di bawah.

Gambarajah 12.2 : Struktur Amorphous

12.3.2 Struktur Separuh Hablur Sekiranya penyejukan cukup perlahan dan molekul mempunyai struktur tertentu. Hasil daripada lipatan molekul menurut susunan tertentu. Keadaan ini menyebabkan molekul rapat dan menambah daya antara molekul serta menghasilakan kekuatan yang tinggi, ketegaran dan kerapuhan. Polimer hablur selalunya mengandungi 90% rantai yang tersusun dan bakinya dalam keadaan amorphous. seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.3 di bawah.

PLASTIK
Gambarajah 12.3: Struktur Separuh Hablur

J3022/12/5

12.4

Jenis-jenis Rantaian Polimer Terdapat empat jenis rantai ikatan molekul yang dihasilkan melalui proses pempolimeran seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.4 di bawah. Di antara ikatan tersebut : i. Polimer lelurus:dibentuk dari rantai molekul gentian panjang, boleh jadi rantaian homopolimer atau kopolimer. ii. Polimer bercabang:- Rantai lelurus dengan suatu siri rantai sisi bercantum iii. Polimer barpaut silang:- terdapat pautan pendek yang menyambung rantai polimer yang berdekatan antara satu sama lain. iv. Polimer rangkaian:- struktur molekul berada dalam bentuk jaringan 3 dimensi. Struktur biasa bahan termoset.

Gambarajah 12.4: Jenis-jenis struktur polimer (a) Bentuk Rantai Lelurus. (b) Polimer bercabang (c) Polimer barpaut silang (d) Polimer rangkaian

PLASTIK

J3022/12/6

12.5 Proses Pempolimeran (Polymerisation) Proses ini adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk membentuk satu molekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi. Proses ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu i) Proses Pempolimeran tambahan (addition) Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang mengandungi ikatan karbon C = C, apabila diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu. ii) Proses Pempolimeran kondensasi ( Pemeluapan) Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas bersama untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan.

12.6 Jenis-Jenis Plastik. Plastik boleh terbahagi kepada dua kategori umun iaitu Plastik Termo dan Plastik Termoset.

12.6.1 Sifat Umum Plastik Haba atau Plastik Termo i. Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali dengan dikenakan kepanasan dan tekanan yang sesuai. Ia boleh terurai jika suhu kepanasan yang terlalu tinggi dikenakan. ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang yang terikat secara kovalen. iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis, rod dan bahan-bahan pengacuanan. iv. Pembentukan boleh dilakukan pada suhu di atas sedikit dari suhu didih air dan memerlukan daya yang sedikit untuk mengubah bentuknya. v. Di antara kegunaannya ialah bahan-bahan elektrik, hulu alatan, penebat, pembungkus dan pakaian.

PLASTIK

J3022/12/7

12.6.2 Sifat Umum Plastik Termoset i. ii. iii. iv. Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut. Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan tekanan dikenakan. Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding plastik termo. Kegunaannya: peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat haba.

Anda perlu rehat sekejap/ Untuk itu mari kita ikuti aktivi untuk menguji ingatan anda

PLASTIK

J3022/12/8

AKTIVITI 12 A
12.1 Berikan 4 (EMPAT) jenis ikatan rantai bagi polimer i. ii. iii. iv. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12.2 Berikan istilah-istilah berikut i. ii. iii. iv. Amorfus Monomer Polimer Pempolimeran

12.3 Berikan ciri-ciri bagi Plastik Termoset

MARI KITA LIHAT JAWAPAN KAMU .. OK ?

PLASTIK

J3022/12/9

MAKLUM BALAS 12A

12.1 i. ii. iii. iv. 12.2 i. ii. iii. iv. Amorfus : Tidak berhablur Monomer : Unit tunggal. Molekul-molekul mudah atau kecil yang diikat secara kovalen kedalam rantai yang panjang. Dikenali juga sebagai mer Polimer : Molekul rantai panjang yang terhasil daripada ulangan unit-unit monomer dan tindakbalas itu dipanggil pempolimeran. Pempolimeran : Adalah proses kimia di mana molekul-molekul dihubungkan untuk membnetuk satu molekul yang lebih besar dengan berat serta jisim yang tinggi. Polimer lelurus. Polimer bercabang Polimer barpaut silang. Polimer rangkaian.

12.3 Plastik Termoset i. ii. iii. iv. Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut. Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan tekanan dikenakan. Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding termoplastik. Kegunaannya : peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat haba.

PLASTIK

J3022/12/10

INPUT
Tahukah anda jenis-jenis plastik termo dan jenis-jenis plastik termoset?. Untuk memahaminya dengan lebih mendalam tentang jenis, sifat dan kegunaanya mari ikuti unit ini sampai akhir. 12.6.3 Jenis-Jenis Plastik Haba atau Plastik Termo i) Polietilena (PE) Ini merupakan bahan plastik yang paling banyak digunakan. Ia tegar dan boleh dilentur apabila melalui satu julat suhu yang besar dan memperolehi kestabilan dimensi yang baik. Ianya mudah diacu dan digunakan dalam membuat barangan seperti bekas makanan, bekas air, beg, botol minuman. Untuk kegunaan dagangan, ia banyak digunakan untuk membuat paip air, alat-alat kelengkapan kimia, kabel dan tahan untuk bahan pelarut biasa. Kelemah bahan ini mudah pudar apabila terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 2 jenis polietilena yang mempunyai Ketumpatan Rendah (LDPE) dengan struktur rantai bercabang.dan yang mempunyai Ketumpatan Tinggi (HDPE) dengan struktur rantai lurus. Sifat-sifat semulajadinya:Takat lebur : 110C - 137C LDPE - kurang bercabang penghabluran kurang Ketumpatan rendah HDPE - lebih bercabang rantai cenderung bergabung dekat - lebih kehabluran. lebih kekuatan lutsinar (translucent) Kos lebih tinggi Sifat industri - Kaku (tough) pada suhu bilik dan suhu rendah Kekuatan lebih untuk aplikasi produk Kelenturan (flexibility yang baik sehingga 73C) Merintang kakisan Sifat penebat yang baik Tidak menjerapkan

PLASTIK

J3022/12/11

Kegunaan bekas (container), penebat elektrik, Tiub kimia, peralatan dapur. Polipropilena (PP) Sifat-sifat Takat lebur :165C - 177C Tahan suhu sehingga 120C tanpa perubahan bentuk. Kuat tetapi flexible. Rintangan Kimia - kelembapan, haba. Ketumpatan rendah Kekuatan pengikat yang baik Kestabilan dimensi Kegunaan Alatan dapur, packaging, alat makmal, Ware, botol, bahagian alat elektrik (appliance part). iii) Polistirena Bahan ini adalah plastik yang liat dan tumpat, keras dan tegar serta mempunyai kestabilan yang baik tetapi mudah menjadi rapuh disebabkan suhu peralihan kaca yang tinggi. Ia kurang tahan kepada petrol dan pelarut organanan. Sifat

Takat lebur : 150C - 243C Tidak berbau. Amat rapuh kecuali diubahsuai. Tegar (rigid), inflexible pada suhu bilik. Mudah diproses tapi cenderung menjadi rapuh. Sifat hentaman boleh diperbaiki dengan kopolimeran (copolymerization) dengan elastomer polybutadiene.

Kebaikan Kestabilan dimensi yang baik Sifat penebat yang baik Kecutan tuangan yang rendah Mudah diproses Kos yang rendah Keburukan Kelembapan yang kurang baik Diserang secara kimia oleh pelarut organik dan minyak

PLASTIK

J3022/12/12

Kegunaan iv) Bahagian dalam kereta, perkakas plastik, alatan dapur.

Polivinyl Klorida (PVC) PVC yang tidak diplastikan adalah keras dan liat. Ianya boleh diacuankan menjadi beberapa barang bergerongga seperti pasu dan paip. Jika PVC diplastikkan, ia menjadi mudah untuk diubahsuai dan bergetah di mana dapat dijadikan untuk kalis air yang rendah, tiub paip dan kabel elektrik. Ia juga mempunyai rintangan yang cukup baik menentang serangan asid, alkali dan pelarut-pelarut biasa. Sifat-sifat

Takat lebur : ~ 204C Kehadiran atom Cl yang besar pada atom C menyebabkan PVC bersifat amorfus tidak menghablur. Kurang anjal dan boleh lentur Kekuatan tinggi (7.5 - 9.0 ksi) Rapuh Sifat elektrik yang baik Rintangan pelarut (solvent) yang baik Jika kandungan klorin tinggi, PVC akan merintang kimia dan api.

Kegunaan PVC sahaja kurang kegunaannya. Jika ditambah pestabilan haba, pengisi (fillers) dan sebagainya maka kegunaan boleh diperluaskan seperti paip, bingkai (frame) tingkap.

v)

Polimetil Metakrilat (PMMA) Sifat

Takat lebur :160C Tegar (rigid) Lutsinar (transparent) Kerintangan hentaman lebih baik dari kaca. Kerintangan kimia yang baik. Kerintangan lembapan yang baik.

Kegunaan Glazing pada kapal, boat.

PLASTIK

J3022/12/13

Papan tanda iklan Pelindung keselamatan (shield) Goggle keselamatan

vi)

Poliamides (NYLON) Bahan ini adalah kuat, liat dan mudah diubahsuaikan. Mempunyai rintangan lelasan tetapi kestabilan dimensi dan sifat penebat elektrik terjejas kerana nilon menyerap air. Ianya mempunyai rintangan yang baik atas serangan bahan pelarut biasa. Malangnya ia mudah luntur apabila didedahkan kepada cuaca yang berterusan. Struktur Terdapat beberapa jenis nylon seperti nylon 6, nylon 6,6,6,10 dan nylon 6, 12. Unit ulangannya berbeza antara satu sama lain. Sifat-sifat Takat lebur - Nylon 6, 6 : 250 - 266C Nylon 6 : 216 - 225C

Nylon mempunyai darjah kehabluran yang tinggi. Kekuatan yang tinggi kerana ikatan hidrogen antara rantai-rantai molekul. Rintangan kimia yang baik Kebolehlenturan (flexibility) rantai -rantai karbon menyebabkan kelinciran yang baik, geseran pengikatan yang rendah. Menyerap air. Nylon 11 & 12 dengan rantaian karbon yang lebih panjang antara kumpulan-kumpulan amida adalah kurang sensitif kepada penyerapan air.

Kegunaan Membuat gear, injap, alas, sesondol dan alat-alat pembedahan yang tidak memerlukan pelinciran yang lain. Ia juga banyak dijadikan bahan gentian untuk tekstil, tali pancing, tali mendaki.

PLASTIK

J3022/12/14

12.6.4 Jenis-Jenis Plastik Termoset i) Fenol-Formaldehid Fenol-formaldehid atau bakelit terhasil daripada pempolimeran kondensasi di antara fenol yang bermulti fungsian dengan formaldehid. Dalam tindakbalas ini, molekul air dibebaskan dan molekul-molekul monomer fenol bersambung dengan kumpulan _CH2_. Mekanisme paut silang yang dihasilkan, menghasilkan bahan plastik yang tegar dan keras. Bagi memperolehi ciri tertentu, berbagai-bagai jenis pengisi dan pigmen dimasukkan. Bahan-bahan plastik yang berasaskan bahan jenis ini dikenali sebagai fenolik. Sifat bahan = rintangan elektrik yang tinggi, konduksi haba yang rendah, rintangan terhadap minyak dan gris yang tinggi dan stabil hingga suhu 150C. Kegunaan = telefon, komponen plastik dalam kenderaan dan komponen elektrik yang memerlukan penebatan yang tinggi. ii) Urea-Formaldehid / Amino-Formaldehid Sebatian yang mempunyai kumpulan amina, _NH2, yang boleh bertindakbalas dengan formaldehid yang menghasilkan polimer. Terhasil daripada pempolimeran diantara urea yang mempunyai 4 fungsian dengan formaldehid. Tindak balas kondensasi menghasilkan air dan menghasilkan sejenis plastik termoset. Sifat hampir sama dengan bakelit. Kegunaan sama seperti bakelit dengan suhu kerja sehingga 80C. iii) Melamina-Formaldehid Melamina, sejenis sebatian amino siklik, boleh dikondensasi dengan formaldehid untuk menghasilkan melamina-formaldehid,MF. Sifat dan kegunaan sama seperti Urea-formaldehid tetapi rintangan terhadap haba yang lebih baik sedikit dengan suhu kerja mencapai kurang 95C. iv) Polyester Polyester termoset adalah sangat keras dan kuat, dengan berat molekul yang besar.

PLASTIK

J3022/12/15

Kegunaan utma adalah untuk komponen plastik dalam kenderaan, topi keledar, kerusi, kipas dan sebagainya.

v)

Epoksida Bahan bahan epoksida terdiri daripada molekul-molekul polimer yang mengandungi kumpulan epoksida yang sangat relatif. Untuk menghasilkan satu bahan epoksida yang kuat, satu agen pengeras hendaklah dicampurkan, ianya biasa terdiri daripada sebatian dalam kumpulan amina. Digunakan sebagai pelekat dan penyalut kerana sifatnya yang mudah melekat pada kebanyakkan bahan.

vi)

Silikon Silikon sama seperti karbon boleh membentuk molekul-molekul polimer. Polimer yang berasaskan silikon dikenali sebagai silikona. Silikona boleh terhasil dalam bentuk cecair, lilin, elastomer dan plastik, berdasarkan darjah pempolimeran. Kegunaan = untuk berbagai-bagai kegunaan selepas diperkuat dengan serabut kaca dan penebat kepada suhu tinggi. Boleh digunakan sehingga 200C dan boleh mencapai sehingga 800C untuk kegunaan singkat.

PLASTIK

J3022/12/16

12.7

Sifat-sifat Am Plastik i. Graviti tentunya rendah. ii. Perintang haba dan elektrik yang baik. iii. Kemasan muka yang baik. iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar. v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam. vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi. vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab. Kebaikan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. Harga murah Tahan lama Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik Sebahagian kalis air

12.8

12.9 Keburukan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan Suhu operasi yang rendah Mudah rapuh pad suhu yang rendah Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian plastik amat mudah terbakar Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu Rayapan pada semu keadaan suhu

PLASTIK

J3022/12/17

12.10 Kaedah Bagi Pembentukan Bahan Plastik:Tahukah anda di dalam proses pembuatan produk plastik, berbagai jenis mesin digunakan bergantung kepada apakah bentuk produk dan jenis resin yang digunakan . Di antara mesin mesin pembuatan plastik yang terdapat ialah:Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding). Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding). Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding). Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding). 12.10.1 Pengacuanan Penyemperitan. Proses pengacuan penyemperitan secara amnya adalah hampir sama dengan proses pengacuan suntikan. Berbeza utama proses ini dengan proses pengacuan suntikan ialah ia melibatkan operasi menghasilkan produk panjangan berterusan serta mempunyai bentuk keratan rentas yang sekata. Proses penghasilan produt dilakukan dengan cara serbuk plastik dibawa ke bahagian hadapan dan ditekan oleh penyuap skrew. Pemanas akan meleburkan plastik dan menolaknya melalui die. Bentuk dan saiz die adalah mengikut spesifikasi yang dikehendaki dalam pengeluaran. Gambarajah 12.5 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan penyemperitan

PLASTIK

J3022/12/18

Gambarajah 12.5 : Kaedah Pengacuan Penyemperitan.

Contoh penghasilan : paip, tiub, dawai, kabel, kepingan, rod, kepingan.kerangka tingkap dan lain lain. Kelebihan:a) Ekstrusi berterusan. b) Ukuran tepat. c) Kemasan baik. d) Ekonomik untuk penghasilan yang banyak. Kekurangan;a) b) c) Kos membuat acuan yang tinggi. Acuan cepat haus. Perlu pengawalan rapi

12.10.2 Pengacuanan Penyuntikan Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik untuk dilembutkan semula dengan pemanasan dan dikeraskan semula ke bentuk tertentu dengan penyejukan.Proses ini sesuai untuk pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya. Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan. Gambarajah 12.6 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan penyuntikan.

PLASTIK
Gambarajah 12.6: Kaedah Pengacuan Penyuntikan

J3022/12/19

Merujuk kepada Gambarajah 12.6, bahan plastik dimasukkan kedalam ruang suntikan dan ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 - 220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila dikenakan tekanan oleh pelocok. Seterusnya plastik alan masuk kedalam acuan tertutup yang sejuk. Apabila acuan telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastik memejal dan komponen dikeluarkan. Kelemahan proses pengacuanan penyuntikan Masalah-masalah yang biasa berlaku semasa proses pengacuanan penyuntikan ini ialah:i. ii. iii. iv. v. Lekuk (sink) = disebabkan oleh suhu pengacuanan terlalu tinggi atau tekanan terlalu tinggi. Kilat (flashing) = disebabkan oleh acuan yang tidak rapat. Buih (bubble) = acuan terlalu sejuk atau tekanan yang rendah. Pengacuanan tidak lengkap = bahan plastik tidak dapat masuk dengan sempurna cth ; gate yang kecil. Garis kimpal (weld line) = acuan sejuk, suhu pengacuanan rendah dan masa plastik disuntik terlalu singkat.

12.10.3 Pengacuanan Peniupan. Mesin ini digunakan untuk menghasilkan bekas lubang berdinding nipis. Proses ini bermula apabila bahan plastik di dalam bekas selinder yang dipanggil `parison dilunjur keluar secepat mungkin diantara dua acuan terpisah. Apabila acuan ditutup, udara akan ditiup dan menolak bahan plastik ke permukaan acuan. Sebaik sahaja produk disejukkan, acuan akan dibuka semula untuk membenarkan komponan dikeluarkan. Gambarajah 12.7 di bawah menunjukkan kaedah pengacuan tiupan.

PLASTIK

J3022/12/20

Gambarajah 12.7: Mesin Pengacuan Tiup

Di antara produk yang dihasilkan melalui cara ini adalah seperti pembungkus kosmetik, botol dan bekas sabun cecair.

12.10.4 Mesin Pengacuan Mampatan Proses pengacuan mampatan secara ringkasnya adalah satu proses dimana acuan dua bahagian dicantumkan bersama dibawah satu tekanan mampatan. Percantuman ini akan memberikan bentuk rongga (cavity) berdasarkan bentuk komponen. Sebelum dicantumkan, bahan plastik (biasanya termoset) diletakkan pada bahagian bawah acuan, selepas itu acuan bahagian atas akan ditolak (dimampat) dan pada masa yang sama acuan dipanaskan. Bahan plastik akan melembut dan membentuk kepada komponen yang dikehendaki dalam acuan rongga seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 12.8 di bawah.

Gambarajah 12.8 : Mesin Pengacuan Mampatan

Proses ini biasanya digunakan untuk menghasilkan produk produk seperti soket, palam, penebat voltan di dalam TV, kotak suis dan housing untuk komponen elektronik.

Kita dah habis tajuk pembelajara.. Bolehlah kamu semua mula ulangkaji dan tanya saya mana-mana yang tak faham

Aku rasa tidak ada masalah dalam subjek ini .A+

PLASTIK

J3022/12/21

AKTIVITI 12 B
12.4 Senaraikan 4 (EMPAT) jenis plastik termosett dan 4 (EMPAT) jenis plastik termo haba 12.5 12.6 Senaraikan 5 (LIMA) kebaikan dan 5 (LIMA) keburukan plastik Berikan 4 (EMPAT) jenis mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk daripada plastik Berikan 5 (LIMA) kelemahan proses pengacuanan penyuntikan

12.7

PLASTIK

J3022/12/22

MAKLUM BALAS 12B

12.4 Termoplastik Polistirena, polietelina, poliyamida, Akriliks, Vinil, Plastik selulusa Termosetting Eposkida, polyester, urea/Amino, Melamin, Fenolik 12.5 Kebaikan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. Harga murah Tahan lama Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik Sebahagian kalis air Keburukan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan Suhu operasi yang rendah Mudah rapuh pad suhu yang rendah Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian plastik amat mudah terbakar Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu

PLASTIK

J3022/12/23

vii.

Rayapan pada semu keadaan suhu 12.6

i. ii. iii. iv.

Pengacuanan Penyemperitan (Extrusion Moulding). Pengacuanan Penyuntikan (Injection Moulding). Pengacuanan Peniupan (Blow Moulding). Pengacuanan Pindah/Mampatan (Transfer/Compression Moulding).

12.7 Kelemahan proses pengacuanan penyuntikan Masalah-masalah yang biasa berlaku semasa proses pengacuanan penyuntikan ini ialah:i. ii. iii. iv. v. Lekuk (sink) = disebabkan oleh suhu pengacuanan terlalu tinggi atau tekanan terlalu tinggi. Kilat (flashing) = disebabkan oleh acuan yang tidak rapat. Buih (bubble) = acuan terlalu sejuk atau tekanan yang rendah. Pengacuanan tidak lengkap = bahan plastik tidak dapat masuk dengan sempurna cth ; gate yang kecil. Garis kimpal (weld line) = acuan sejuk, suhu pengacuanan rendah dan masa plastik disuntik terlalu singkat.

PLASTIK

J3022/12/24

PENILAIAN KENDIRI PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan TIGA (3) kebaikan dan TIGA (3) kelemahan penggunaan plastik di dalam bidang kejuruteraan. 2. Dengan bantuan lakaran berikan 4 (EMPAT) jenis ikatan rantai polimer 3. Senaraikan 5 (LIMA) jenis plastik termosett dan 5 (LIMA) jenis plastik termo haba 4. Berikan perbezaan proses pempolimeran tambahan dengan pempolimeran pemeluapam. 5. Jelaskan perbezaan di antara termoplastik dengan plastik termoset serta berikan DUA (2) contoh bagi setiap jenis plastik tersebut. 6. Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan jelas proses pembuatan plastik secara kaedah Pengacuan Suntikan (injection Moulding).

PLASTIK

J3022/12/25

MAKLUM BALAS MAKLUM BALAS

1. Kebaikan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. Keburukan Plastik i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 2. Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan Suhu operasi yang rendah Mudah rapuh pad suhu yang rendah Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian plastik amat mudah terbakar Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu unggu Rayapan pada semu keadaan suhu Harga murah Tahan lama Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik Sebahagian kalis air

PLASTIK

J3022/12/26

IKATAN LELURUS

IKATAN CABANG

IKATAN SILANG

IKATAN RANGKAI

3. Termoplastik Polistirena, polietelina, poliyamida, Akriliks, Vinil, Plastik selulusa Termosetting Eposkida, polyester, urea/Amino, Melamin, Fenolik 4. Proses Pempolimeran tambahan (addition) Jenis pempolimeran ini berlaku di antara molekul-molekul monomer yang mengandungi ikatan karbon C = C. apabila diberikan suhu, tekanan dan pemangkin tertentu. Proses Pempolimeran kondensasi ( Pemeluapan) Jenis pempolimeran ini berlaku apabila dua sebatian monomer bertindak balas bersama untuk menghasilkan polimer dan molekul-molekul kecil (biasanya air) akan disingkirkan. 5. Plastik Haba atau Plastik Termo Haba Plastik jenis ini boleh dilembutkan dan dikeraskan berulang kali dengan dikenakan kepanasan dan tekanan yang sesuai. Ia boleh terurai jika suhu kepanasan yang terlalu tinggi dikenakan. ii. Merupakan polimer lelurus yang terbentuk daripada rantai karbon panjang yang terikat secara kovalen. iii. Termoplastik boleh diperolehi dalam bentuk kepingan, tiub, kepingan nipis, rod dan bahan-bahan pengacuanan. i.

PLASTIK

J3022/12/27

iv.

Pembentukan boleh dilakukan pada suhu diatas sedikit dari suhu didih air dan memerlukan daya yang sedikit untuk mengubah bentuknya. v. Diantara kegunaannya ialah bahan-bahan elektrik, hulu alatan, penebat, pembungkus dan pakaian. Plastik Termoset

i. ii. iii. iv. 6.

Merupakan bahan yang lebur semasa pemanasan kali pertama dan kemudiannya terset atau terawet kepada bentuk yang keras dan tegar pada suhu tersebut. Selepas pembentukan pertama, perubahan tidak akan berlaku lagi walaupun kepanasan dan tekanan dikenakan. Selalunya lebih keras, lebih kuat dan lebih rapuh berbanding termoplastik. Kegunaannya : peralatan penebat elektrik, lapisan gelas gentian, perkakas dapur dan penebat haba. Pengacuanan Penyuntikan Konsep asas mesin pengacuan suntikan adalah keupayaan termoplastik untuk dilembutkan semula dengan pemanasan dan dikeraskan semula ke bentuk tertentu dengan penyejukan. Proses ini sesuai untuk pengeluaran plastik haba seperti polietilena, polistirena dan sebagainya. Ia merupakan proses yang paling cepat dan meluas digunakan.

Kaedah Pengacuan penyuntikan bahan plastik dimasukkan kedalam ruang suntikan dan ditolak ke dalam bahagian zon pemanasan. Contohnya:- nylon akan dipanaskan pada suhu 190 - 220C. Plastik akan menjadi lembut dan ia akan mengalir melalui nozel apabila dikenakan tekanan oleh pelocok. Seterusnya

PLASTIK

J3022/12/28

plastik alan masuk kedalam acuan tertutup yang sejuk. Apabila acuan telah penuh, plastik tadi disejukkan dengan cepat. Acuan dibuka setelah plastik memejal dan komponen dikeluarkan.

You might also like