Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Lapisan bumi

Dan fenomena alam

Lapisan bumi
Bumi terdiri dari 4 lapisan iaitu kerak bumi, mantel, teras luar dan teras dalam.

Kerak bumi

Mantel

Teras luar

Teras dalam

Suhu dan keadaan lapisan bumi


Kerak bumi iaitu lapisan terluar bumi disebut juga permukaan bumi. Merupakan lapisan bumi yang paling nipis. Terdiri dari batuan keras dan mempunyai suhu yang paling rendah. Lapisan yang didiami hidupan.

Mantel
Lapisan kedua bumi. Merupakan lapisan yang paling tebal. Terdiri dari batuan lebur.

Teras bumi
Teras bumi adalah lapisan bumi yang paling dalam dan mempunyai suhu yang paling tinggi. Teras luar terdiri dari logam lebur. Teras dalam terdiri dari logam pejal.

Fenomena alam
Kolam air panas
Letusan gunung berapi Gempa bumi

Kolam air panas


Kolam air panas ialah tempat takungan air panas keluar dari dalam bumi. Air hujan yang meresap kelapisan dalam bumi akan dipanaskan oleh haba yang tinggi dalam bumi. Air panas itu akan didesak keluar kepermukaan bumi melalui rekahan di lapisan bumi dan akhirnya bertakung dipermukaan bumi.

Gunung berapi
Letusan gunung berapi berlaku apabila batuan lebur yang panas mengalami tekanan yang kuat dan ditolak keluar melalui satu lohong dipermukaan bumi. Batuan lebur ini akan terus memancut keluar melalui lohong dan mengalir turun melalui lereng gunung sebagai lava. Lava ini akhirnya akan menyejuk dan menjadi batu. Letusan gunung berapi boleh menyebabkan kerosakan harta benda yang banyak dan mengorbankan banyak nyawa.

Gempa bumi
Gempa bumi berlaku apabila lapisan batuan dikerak bumi bergerak secara tiba-tiba. Pergerakan secara mengejut ini menyebabkan berlakunya gegaran yang kuat dan rekahan dipermukaan bumi. Gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada bangunan,jalan raya dan juga mengorbankan banyak nyawa.

You might also like