PANTUN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pantun ~ Si Celik BM - blog*spot

sicelikbm.blogspot.com/2011/12/pantun_19.html - Translate this page Pantun enam kerat. 4. Pantun lapan kerat. 5. Pantun dua belas kerat, dan sebagainya. Jenis-jenis Pantun. Jenis pantun bergantung kepada tema pantun yang ...

Pantun
Di bawah Kategori: Komsas , Pengajaran Komsas Pengenalan 1. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dan sering digunakan oleh masyarakat Melayu sehingga kini. 2. Isi pantun sering merangkumi ilmu seperti adat resam, falsafah, nasihat, peringatan, budaya dan sebagainya.

Fungsi Pantun Pantun digunakan sebagai alat untuk: 1. Menyampaikan kiasan, nasihat, pesanan, sindiran dan teguran. 2. Mengungkapkan perasaan gembira, hiba, rindu dan sedih. 3. Menyatakan penghargaan dan terima kasih. 4. Menegaskan pendapat dan menjelaskan maklumat. 5. Menguji ketangkasan dan ketajaman fikiran.

Ciri-ciri Pantun 1. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu: i) Bahagian pembayang maksud atau sampiran - biasanya membayangkan apa-apa yang dikemukakan dalam bahagian maksud pantun (lazimnya pantun 4 kerat pada bahagiam 2 baris di atas). ii) Bahagian maksud atau isi pantun - maksud atau isi sebenar yang hendak disampaikan 2. Jumlah baris pembayang maksud dan maksud adalah sama kerana pantun terdiri daripada angka genap. 3. Jumlah kata bagi setiap baris pantun biasanya antara empat hingga lima patah kata.

4. Jumlah suku kata pada setiap baris pantun pula biasanya lapan hingga dua belas suku kata. 5. Rima akhir pantun ialah: i) abab bagi pantun empat kerat; ii) abcdabcd bagi pantun lapan kerat

Bentuk Pantun Antara bentuk pantun ialah: 1. Pantun dua kerat 2. Pantun empat kerat 3. Pantun enam kerat 4. Pantun lapan kerat 5. Pantun dua belas kerat, dan sebagainya.

Jenis-jenis Pantun Jenis pantun bergantung kepada tema pantun yang hendak disampaikan seperti: 1. Pantun cinta dan kasih sayang 2. Pantun kanak-kanak 3. Pantun nasihat, agama dan adat 4. Pantun puji-pujian 5. Pantun teka-teki 6. Pantun masyarakat - pantun budi, pantun nasib, pantun dagang, pantun jenaka, pantun kiasan, pantun sindiran dan sebagainya.

You might also like