Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Kepada: Semua Pelajar Ijazah Tahun Akhir dan Staf UniMAP, MAKLUMAN PENDAFTARAN

KURSUS KURATIF (BAGI PELAJAR IJAZAH TAHUN AKHIR YANG KEKURANGAN KREDIT TERKUMPUL) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi kursus kuratif adalah pada 18 hingga 20 Julai 2012. Pendaftaran kursus kuratif akan dijalankan secara manual, di mana pelajar diharuskan untuk mengisi Borang HEA 09c-Borang Pendaftaran Kursus Kuratif (seperti di lampiran) atau boleh didapati di Pusat Pengajian masing-masing. Sila isi dan lengkapkan borang tersebut dan pelajar perlu mendapatkan pengesahan daripada RPS atau Pengerusi Rancangan di Pusat Pengajian masing-masing sebelum diserahkan kepada Unit Kemasukan dan Rekod, Jabatan Pendaftar untuk diproses. Hanya Unit Kemasukan dan Rekod sahaja yang akan bertanggungjawab untuk mendaftarkan kursus kuratif ke dalam sistem pendaftaran kursus pelajar. Untuk makluman, kuliah kursus kuratif akan bermula pada 23 Julai hingga 5 Ogos 2012. Kursus kuratif ini hanya dibuka kepada pelajar-pelajar tahun akhir yang masih kekurangan kredit terkumpul iaitu kurang daripada 135 kredit bagi pelajar program Kejuruteraan dan 122/120 kredit bagi pelajar program Perniagaan. Selain daripada kes kekurangan kredit, pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus kuratif untuk memperbaiki keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK/CGPA). Sehubungan itu, mohon kerjasama daripada semua Pusat Pengajian yang terlibat supaya dapat mematuhi dan membantu dalam menguruskan pendaftaran kursus kuratif pelajar masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar Bahagian Akademik, Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Perlis 01000 Kangar Perlis Ext: 04-9797941/8701/8706 Fax: 04-9798703

You might also like