Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT

4.0

PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan.

4.1 a. b. c.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.

61

4.2

MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia SK Bahasa Malaysia SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Cina Bahasa Cina SK Bahasa Tamil Bahasa Tamil SK Matematik Sains Reka Bentuk Dan Teknologi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR

62

Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Matematik Sains Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM

63

4.3

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 12 menunjukkan prinsip PP.

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT

Format dan tugasan disediakan oleh LP

Dilaksanakan di sekolah

Pelaporan ditentukan oleh LP

Tugasan berbeza setiap tahun

Ditaksir oleh guru mata pelajaran

Penjaminan Kualiti dan standard

Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP

Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi

Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat

64

4.4

JENIS INSTRUMEN

Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ; a. Tugasan bertulis Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan. Kerja amali Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk. Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan. Pemerhatian Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. Persembahan Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan. Demonstrasi Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan. Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau makmal untuk mendapatkan data dan maklumat. Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh. Ujian bertulis Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen ujian objektif atau subjektif. Ujian lisan Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan. Kuiz Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalansoalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j.

k.

65

4.5 a.

TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT Skop Tugasan Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.

b.

Jenis Tugasan Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)

JENIS TUGASAN

Tugasan Jangka Pendek (< 2 Minggu)

Tugasan Jangka Panjang (3 - 4 Minggu)

Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat i. TJPk TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu kurang daripada dua minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. ii. TJPg TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tiga hingga empat minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.

66

c.

Skor Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg. Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Penskoran Prestasi i. Markah Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan. ii. Gred Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.

Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP. ISTILAH Penskoran TAFSIRAN Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu. Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif. Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya. Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar. Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan. Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai. Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP

Pelaporan Pentaksiran semula Autentik Menentusahkan Rubrik

67

4.6

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT

Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP. Rajah 14 menunjukkan aktivit pelaksanaan PP.

MERANCANG
Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

MELAKSANA
Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan

MENSKOR
Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP

Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP

a.

Merancang Guru merancang aktiviti dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid.

b.

Melaksana Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi. Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran.

c.

Menskor Guru melaksnakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.

68

Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah. MULA Guru menerima arahan tugasan dari LP

Penyelarasan tugasan

Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan

Murid melaksanakan tugasan

Guru memberi skor hasil kerja murid Penskoran tidak menepati peraturan penskoran Penyelarasan Skor Penskoran menepati peraturan penskoran Guru merekod dan melapor penguasaan murid berdasarkan evidens

TAMAT

Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah

69

4.7

PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT

PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. a. Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP. Merancang pelaksanaan PP. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.

ii. iii. iv. v.

b.

Guru i. ii. iii. Melaksanakan pentaksiran. Memberi skor. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.

c.

Murid i. ii. iii. Mengetahui dan memahami tugasan. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan. Menghasilkan evidens.

d.

Ibu Bapa i. ii. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

e.

Pihak yang berkepentingan contoh PIBG i. ii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.

70

You might also like