Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK. PENGKALAN CHEPA 2, PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN. TEL.

: 09-7747043

TEMA : Memupuk Minda Bakal Pemimpin Nama : Ummu Syaiza Nadia bt. Hassan No. Kp : 960402-03-5264 Kelas : 4 Sains 1

"Saya bangga menjadi anak Malaysia kerana Negara kita telah bebas daripada jajahan British.Saya juga berasa amat bertuah tinggal di Malaysia ini kerana Negara ini aman dan makmur.Saya amat beruntung mempunyai Perdana Menteri yang adil dan saksama.Saya juga berasa bangga kerana Negara Malaysia ini telah mencapai Kemerdekaan yang ke-52.Demi Negara yang tercinta,saya sanggup berkorban untuk menjaga keamanan Negara Malaysia. Sempena menyambut sambutan hari Kemerdekaan yang ke-55,saya hendak menyeru agar rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme.Saya berharap agar Negara ini akan berkembang maju dari segi ekonomi dan aman damai kepada masyarakat di Negara Malaysia ini. " "Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 dengan tema " Janji ditepati.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah memajukan Negara dan menjaga keamanan Negara ini. Negara ini bertuah kerana tiada berlakunya peperangan,perpecahan kaum dan rusuhan besar yang berlaku di Negara ini.kami juga berterima kasih kepada semua pejuang-pejuang Negara yang berkorban nyawa demi keamanan Negara ini." "Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.Walaupun berbilang kaum dan agama,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.Selain itu,Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai dan menarik.Apabila tiba musim perayaan,rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan agama.Selain itu,rakyat Malaysia juga menghormati adat,kaum dan agama masing-masing.Malaysia juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Saya berbangga kerana pemimpin yang telah menerajui negara Malaysia tidak mengamalkan sikap pilih kasih." "Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa bangga menjadi anak Malaysia. Saya berterima kasih kepada pemimpin Negara Malaysia yang bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan. Kepada rakyat Malaysia, pertahankanlah kemerdekaan Negara kita yang ke-52 tahun. Demi Negara yang tercinta ini, kami ingin berterima kasih dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya juga berterima kasih kepada perjuang-perjuang Malaysia yang sanggup berkorban masa, harta mahupun nyawa demi tanah air yang tercinta. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara kita untuk memajukan Malaysia dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga pada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra AL-haj yang memerdekakan Negara dengan tanpa pertumpahan darah."

"Pada tahun ini kita telah mencapai kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Saya sebagai rakyat Malaysia, berasa bangga di atas kemerdekaan yang kami kecapi dari tahun 1957 sehingga tahun 2009 ini.Kami juga menghargai segala jasa tokoh-tokoh pejuang kerana telah membenarkan

kami bebas daripada penjajahan.Kami juga berterima kasih kerana telah dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu. Ini membuatkan kami berasa amat bangga sekali.Dengan ini,kami sebagai rakyat Malaysia sungguh berbangga dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang yang telah berjuang dan sokongan rakyat Malaysia." "Saya ingin meluahkan rasa bangga saya sebagai rakyat Malaysia kerana disebabkan kemerdekaan yg kami kecapi tahun ini dan membuat kami sedar bahawa kemerdekaan Negara ini seharusnya dikekalkan selama-lamanya.Disebabkan kemerdekaan yang telah kami kecapi walaupun berbilang kaum.Kami sungguh berbangga dengan Negara Malaysia kerana keadaannya tenteram dan tidak seperti Negara luar yang sentiasa berada di dalam keadaan darurat seperti Negara Iraq,Pakistan,Afghanistan,Thailand dan Indonesia.Dengan ini kami bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana kemakmuran dan kedamaian yang telah kami kecapi hari ini.Dengan ini juga,semoga generasi yang akan datang dapat merasai kemerdekaan ini dan akan terus mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara ini" "Dengan ini marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan rukun negara dalam kehidupan kita yang seharian.. -Kepercayaan kepada tuhan -Kesetiaan kepada raja Negara -Keluhuran perlembagaan -Kedaulatan undang-undang -Kesopanan dan kesusilaan "Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik Negara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasa-jasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan Negara kita daripada jajahan kuasa asing.Rakyat juga harus memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Negara. Dengan adanya pemimpin yang berwibawa dan sanggup berkorban untuk Negara, keselematan rakyat akan sentiasa terjamin.Selain itu, kita haruslah mengharumkan nama Negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan lain-lain yang boleh mengharumkan nama Negara kita. Sebagai contoh Nicol Ann David yang cemerlang dalam sukan skuash dan sekali gus menjadi pemain nombor satu di dunia. "

You might also like