Panduan Mengisi Borang EWS

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 4

Panduan Pengisian Borang EWS Unit HEP, KK Kuala Langat

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

PANDUAN PENGISIAN BORANG


ELAUN WANG SAKU PELAJAR PROGRAM MODULAR KEBANGSAAN

Panduan Pengisian Borang EWS Unit HEP, KK Kuala Langat

PANDUAN AM PENGISIAN BORANG PERMOHONAN ELAUN WANG SAKU

1. DAKWAT Sila gunakan pen/ball pen hitam atau biru sahaja. 2. TULISAN i. Jangan gunakan liquid paper. Sebarang kesilapan hendaklah dipalang dan ditulis pembetulan dengan tulisan tangan serta ditandatangani ringkas disebelahnya. ii. Salinan karbon (carbon copies) TIDAK BOLEH digunakan. 3. CETAKAN BORANG Borang yang dimuat turun atau dicetak hendaklah menggunakan kertas A4 berwarna putih sahaja. 4. SENARAI SEMAK DOKUMEN Perlu dilengakapkan dan dikepilkan di bahagian hadapan borang permohonan. 5. BORANG PENDAFTARAN ELAUN WANG SAKU (KPT/B/600.27) i. Perlu dihantar bersama borang-borang lain semasa permohonan. ii. Rujuk Lampiran Contoh Pendaftaran EWS.

6. BORANG PENYATA PENDAPATAN BULANAN KELUARGA i. Rujuk Lampiran Contoh Penyata Pendapatan EWS. ii. Pendapatan Kasar Bulanan A. Pendapatan kasar bulanan yang diperolehi daripada penggajian, perniagaan dan pendapatan-pendapatan lain seperti sewa, pencen dan bayaran berkala yang lain serta apa-apa perolehan atau keuntungan. B. Pendapatan kasar bulanan adalah jumlah gaji pokok bersama elaunelaun lain (tidak termasuk elaun lebih masa) = + iii. Salinan dokumen asal yang disahkan perlu disertakan. A. Pendapatan bulanan o Slip gaji terkini o Disahkan oleh majikan tempat bekerja

Panduan Pengisian Borang EWS Unit HEP, KK Kuala Langat

B. Bekerja Sendiri/ Pesara/ Tidak Bekerja/ Lain-lain o Bagi pekerjaan yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mendapatkan pengesahan pendapatan menggunakan Borang Pengesahan Pendapatan (Rujuk Contoh Pengesahan Pendapatan) yang disahkan oleh individu yang memenuhi syarat pengesahan seperti dalam panduan ini. iv. Pengesahan A. Rujuk Syarat-syarat Saksi/Pegawai Pengesah

7. MAKLUMAT AKAUN BANK TERKINI i. Maklumat akaun pemohon diperlukan bagi pembayaran elaun yang berjaya. ii. Bank yang terlibat adalah Bank Islam, CIMB, Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) 8. SYARAT-SYARAT SAKSI/ PEGAWAI PENGESAH i. Warganegara : saksi perlulah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. ii. Saksi Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas di Kementerian/ Jabatan Persekutuan dan Negeri/ Pejabat Daerah/ Badan Berkanun: A. Pegawai Perubatan/ Kesihatan Semua doktor yang bertugas di hospital dan pusat kesihatan kerajaan

B. Pegawai Kehakiman dan Perundangan Semua pegawai Gred 41 ke atas dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan kerajaan. Contoh: Hakim, Majistret, Peguam Persekututan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang dan Pendaftar Mahkamah C. Pegawai Pendidikan Pensyarah di IPTA termasuk Politeknik & Kolej Komuniti gred 41 ke atas; Pegawai Pendidikan Negeri/ Daerah Gred 41 ke atas; Pengetua/ Penolong Kanan di sekolah menengah kerajaan; Guru Besar di sekolah kebangsaan kerajaan D. Pegawai Beruniform Tentera: kapten dan ke atas

Panduan Pengisian Borang EWS Unit HEP, KK Kuala Langat

E.

Polis : ASP/ Penolong Penguasa dan ke atas Pegawai Penjara : Penguasa penjara dan ke atas Bomba : Penguasa Bomba dan ke atas Jabatan Perhutanan : Pegawai Gred 41 ke atas Jabatan Laut : Pegawai Gred 41 dan ke atas Kastam : Penguatkuasa Kastam dan ke atas

Lain-lain Wakil Rakyat/ Senator Pesuruhjaya Sumpah Penghulu/ Ketua Kampung/Penggawa/ Temenggung/ Tuai Rumah/ Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)/ Ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/ Penyelia Pembangunan Mukim (PMM)

iii.

Pengesahan selain dari kumpulan yang dinyatakan di atas adalah tidak sah.

** Sekiranya didapati terdapat sebarang maklumat atau dokumen yang diberikan adalah PALSU, pihak kolej berhak untuk membatalkan/memberhentikan serta menarikbalik Elaun Wang Saku yang telah diberikan dengan serta-merta.

You might also like