Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Implikasi Teori Piaget Pada peringkat awal, kanak-kanak contohnya di tadika yang berumur sekitar lima hingga tujuh tahun ini perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek yang besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Dalam erti kata lain ialah benda yang maujud atau dalam bentuk 3 dimensi (3D). Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar lapan dan sembilan tahun, mereka ini lebih bersikap egosentrik. Oleh itu, tajuk-tajuk seperti Rumah Saya, Rakan Karib Saya, Keluarga Saya adalah sesuai disediakan sebagai bahan bacaan dan tulisan. Sebenarnya, pelbagai jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah disebabkan perkembangan kognitif mereka yang terhad. Malahan, mereka ini masih belum bersedia untuk menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid sekolah rendah. Di samping itu, isi dan aktiviti-aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran yang disediakan perlulah selaras dengan peringkat perkembangan kognitif mereka. Jika tidak, bahan atau aktiviti bagi pelajaran tersebut mungkin akan membosankan murid-murid atau didapati terlalu sukar bagi mereka. Setiap tajuk pelajaran perlulah disusun dan dibuat secara peringkat. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah. Cara seperti ini akan menjaminkan murid-murid memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum.

2. Implikasi Teori Bruner Kajian teori Burner yang popular adalah berkenaan perkembangan kognitif. Beliau lebih menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara mendalam. Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa experience is the best teacher. Bersesuaian dengan konsep teori Burner ini, murid-murid sebenarnya belajar melalui pengalaman. Oleh itu, guru perlu memberikan peluang untuk mereka belajar meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna di mana murid dapat merasai semua pengalaman itu. Jadi, aktiviti-aktiviti seperti projek, lawatan dan kajian luar perlu diadakan dari semasa ke semasa. Bagi murid-murid terutamanya murid Tahun 1, BBM seperti gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep. Bagi yang berumur 12 tahun dan ke atas, hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka berupaya untuk mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian masalah. Bruner lebih menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid dengan guru, interaksi dengan pelajar lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlulah diadakan dari semasa ke semasa. Penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang bermakna.

Selain itu, Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkah laku yang diingini itu ditonjolkan. Dalam jangka masa panjang, Bruner lebih menegaskan motivasi intrinsik. Seorang guru perlu berusaha untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang merupakan satu bentuk motivasi semula jadi. Keinginan untuk mencapai kecekapan dan meniru orang lain juga merupakan motivasi intrinsik. Oleh itu, guru perlu cuba menunjukkan teladan yang baik dari segi kerajinan, kekemasan dan ketepatan masa. Di samping itu, kesediaan murid untuk belajar turut ditekankan. Jadi, seseorang guru tersebut perlu mengambil kira kesediaan murid-muridnya ketika membuat perancangan untuk mengajar. Kemahiran menyusun, menganalisis, membuat sintensis, mengaplikasi dan membuat penilaian serta pembelajaran penemuan ditekankan juga. Guru perlu memainkan peranan dengan mewujudkan peluang bagi membina kemahiran-kemahiran tersebut. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan seperti ini.

3. Implikasi Teori Vygotsky Berdasarkan teori ini, Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

You might also like