Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEBAIKAN ALTERNATIVE BOOK Setiap Smart School dipenuhi dengan pelbagai kemudahan dan sistem canggih serta berteknologi

bagi memudahkan para pelajar menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Alternative Book merupakan sejenis buku yang direka khas bersama Dual Mode Overturning Calculator untuk kegunaan para pelajar di Smart School. Buku ini dilengkapi pelbagai kemudahan untuk kegunaan pelajar di Sekolah Smart seperti kalkulator, jam digital, alarm clock, tempat meletakkan kad matrik, jadual, sifir, matlumat diri dan waris, kertas catatan dan dua batang pen ekslusif serta pelbagai kemudahan lain selain mempunyai ciri unik iaitu Dual Mode Overturning Calculator yang boleh berdiri dengan sendiri apabila ditekan butangnya. Walaupun mempunyai pelbagai kemudahan, Alternative Book ini ringan dan mempunyai saiz yang kecil iaitu 17 cm x 13 cm. Oleh hal demikian, buku ini mudah dibawa ke mana saja selain cantik serta unik yang menjadi pilihan pelajar. Kebaikan lain tentang Alternative Book ini ialah mempunyai PVC hard cover dalam bentuk kotak yang kalis air dengan pelbagai warna yang dibahagikan mengikut tingkatan. Oleh itu, ini menjadikan buku ini tidak mudah rosak dan tidak perlu dibalut. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti jam digital, kalendar, kalkulator, sifir, jadual dan nota, pelajar dapat untuk membuat rujukan pantas selain dibawa ke perhimpunan dan program-program sekolah untuk catatan. Tambahan pula, disebabkan buku ini boleh dijadikan buku nota ringkas pelajar, maka ini dapat membantu pelajar untuk mengulang kaji pelajar tidak kira masa, tempat dan waktu. Ini sekali gus dapat mengelakkan pelajar dari pembaziran masa berlaku dengan aktiviti tidak berfaedah seperti bersembang dan berbual kosong. Selain itu, jam digital yang dicipta khas sebagai aksessori juga boleh digunakan bila-bila masa tidak kira tempat di mana pelajar berada. Ini kerana jam digital yang direka khas untuk Alternative Book ini dapat memberi masa mengikut tempat yang dikehendaki penggunanya. Selain dapat melihat waktu Malaysia, kita juga dapat melihat waktu di tempat lain seperti London, Paris, Moscow, Tokyo dan banyak lagi. Selain itu, jam jangka masa (stopwatch) yang ditempatkan bersama-sama kalkulator boleh

digunakan oleh pelajar dalam menjalankan aktiviti seperti eksperimen dan juga peperiksaan. Kelebihan lain Alternative Book ini ialah mempunyai jam loceng (alarm) yang boleh memberi peringatan kepada pelajar tentang sesuatu perkara yang perlu mereka lakukan. Bagi kegunaan di dalam kelas pula, pelajar boleh menggunakan butang senyap (silent button) untuk menggelakkan gangguan ketika belajar. Kelebihan Alternative Book lain ialah mempunyai kalendar digital yang merangkumi 200 tahun bermula tahun 1900 sehingga 2099. Faedah lain yang tentang Alternative Book ini ialah kemudahan apabila kertas atau pun dakwat pen yang disediakan kehabisan iaitu buku ini menggunakan khidmat refill (mengisi semula) yang boleh didapati di koperasi sekolah. Ini sekali gus dapat mengelakkan berlakunya pembaziran dengan membeli buku baru bagi menggantikan buku lama. Selain itu, buku ini mempunyai kelebihan berbanding buku catatan yang lain iaitu mempunyai tempat meletak kad matrik pelajar sejajar dengan penggunaan card scanning system, kad matrik yang diletakkan didalam poket khusus ini dapat menjalan tugas mengimbas dengan baik iaitu pelajar hanya perlu ke mesin pengimbas dan letakkan kad matrik pada skrin pengimbas tanpa perlu menanggalkannya dari buku tersebut. Kelebihan fungsi buku ini yang menempat tempat kad matrik ini juga dapat mengurangkan masalah seperti tertinggal kad matrik. Kebaikan lain Alternatif Book ini ialah mempunyai ciri keselamatan iaitu buku ini adalah hak cipta terpelihara dan persendirian. Buku ini tidak boleh ditukar, dipindah milik mahupun dicuri kerana mempunyai nombor matrik pelajar bagi setiap komponen yang terdapat dalam Alternatif Book termasuklah bagi setiap helaian kertas didalamnya mempunyai nombor matrik pelajar. Selain itu, dengan kepelbagaian warna mengikut tingkatan, ini akan memudahkan lagi mentor untuk memantau dan menyemak buku catatan pelajar mengikut tingkatan. Buku ini juga memberi kebaikan kepada warden dan pelajar dalam membantu proses untuk pelajar keluar ke pekan atau bermalam dengan menempatkan stiker keluar ke pekan ataupun bermalam. Ini secara tidak langsung dapat

menghadkan kadar keluar ke pekan atau bermalam pelajar dan sekali gus dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah tanpa bersebab. Selain itu, buku ini juga mempunyai stick note yang boleh digunakan untuk menandakan maklumat penting.

CADANGAN DAN PENUTUP Alternatif book ini banyak mendatangkan faedah dan membuka dimensi baru dalam penghasilan buku catatan yang lebih inovatif, berkualiti dan canggih. Namun begitu, ciri keselamatan dan kemudahan haruslah dipertingkatkan dari masa ke semasa bersesuaian dengan perkembangan teknologi. Antara cadangan bagi meningkatkan kualiti Alternatif Book ini ialah dengan mewujudkan skrin sesentuh (touch screen) untuk kemudahan pelajar dan menghasilkan buku catatan yang lebih ringan serta dijual dengan harga yang berpatutan walaupun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih. Selain itu, dengan mewujudkan perisian (software) khas misalnya dengan menghubungkannya secara tanpa wayar (wireless) kepada Intranet. Melalui peningkatan teknologi ini pelajar dapat berhubung antara satu sama lain di dalam sekolah melalui intranet. Tambahan pula, dengan adanya jaringan intranet pelajar dapat mengakses bahan-bahan rujukan melalui buku ini tanpa perlu ke makmal komputer. Cadangan lain yang boleh kita lakukan bagi penambahbaikan produk ini ialah dengan mewujudkan sistem walkie-talkie. Melalui sistem ini, pelajar boleh menghubungi pelajar lain dengan hanya perlu mendail nombor matrik pelajar tersebut di luar waktu kelas. Selain itu, sistem ini juga boleh digunakan untuk sesi melawat pelajar pada hari yang dibenarkan. Misalnya penjaga atau pelawat hanya perlu menunggu pelajar diruang menunggu yang disediakan manakala pelajar akan dihubungi melalui sistem ini oleh pihak asrama ataupun pejabat sekolah bagi menggantikan PA system yang digunakan hari ini. Sistem ini juga mendatangkan faedah terutamanya sekiranya berlaku kes-kes kecemasan. Antara cadangan lain untuk penambahbaikan buku ini ialah dengan mewujudkan sistem perakam suara. Sistem perakam suara ini boleh digunakan bila-bila masa dan tidak kira tempat. Misalnya di dalam kelas pelajar boleh menggunakan buku ini untuk merakam suara guru yang mengajar dan sekiranya pembelajaran dalam kelas kurang jelas

ataupun pelajar tidak dapat fokus di dalam kelas, pelajar tersebut boleh mendengar semula rakaman pembelajaran tersebut untuk memahaminya. Sistem perakam suara ini juga boleh menambahkan lagi kefahaman pelajar di mana pelajar dapat mendengar rakaman tersebut berulangkali ketika mengulang kaji pelajaran sehingga mereka betulbetul manguasai pembelajaran tersebut. Selain itu, buku perakam suara ini juga boleh digunakan untuk melakukan tugasan lain seperti temu ramah. Selain itu, buku ini juga boleh ditukarkan dari penggunaan bateri kepada tenaga solar dan ini dapat mengurangkan kos pembelajaran pelajar memandangkan terdapatnya pelbagai kemudahan di dalam buku ini bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Tambahan lain yang boleh dibuat untuk menambahbaikan produk ini ialah dengan mewujudkan kompas sebagai petunjuk arah dalam aktiviti seperti jungle tracking dan aktiviti geografi selain digunakan untuk mencari arah kiblat .Oleh itu, semua sekolah dapat mengaplikasikan Alternatif Book ini sebagai keperluan wajid pelajar bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran pelajar sekali gus dapat melahirkan insan berkualiti pada masa hadapan.

You might also like