Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Rancangan Mengajar Harian Matapelajaran : Matematik Tarikh : 05.08.

2011 Masa : 0730 0800 (30 minit) Kelas : Tahun 6 Topik : 12) Purata Subtopik : 12.1) Pengiraan Purata Kemahiran : Menulis kiraan dalam purata, melibatkan tidak lebih daripada lima kumpulan kuantiti, nombornya tidak lebih daripada 1000. Pengetahuan sedia ada murid : Murid-murid telah belajar operasi tambah dan operasi bahagi. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : Aras 2 a/ Mengira purata yang lebih daripada tiga kuantiti dengan menggunakan rumus. b/ Mencari jumlah kuantiti apabila diberi purata dan jumlah kuantiti. Bahan Bantu Mengajar : Bikar bersenggat, air berwarna, cucuk sate, kotak kecil, duit syiling 1 sen, carta dan kertas saiklostail. Langkah/Masa Set Induksi (4 minit) Isi pelajaran Aktiviti P&P Guru menyuruh dua orang murid mengisikan 200 ml dan 600 ml air berwarna dalam kedua-dua bikar bersenggat masing-masing. Kemudian guru menyuruh seorang murid lain menjadikan paras air yang sama dalam kedua-dua bikar bersenggat itu untuk mencari nilai sama rata air berwarna. Guru membimbing murid-murid dengan soalan-soalan sehingga mereka dapat menyenilai sama rata bagi air berwarna dalam kedua-dua bikar tersebut. Alatan Air berwarna, bikar bersenggat.

Nilai sama rata (400ml) terletak di antara nilai terendah (200ml) dan nilai tertinggi (600ml).

Perkembangan Pelajaran Langkah 1 (5 minit) Nilai purata terletak di antara nilai terendah dan nilai tertinggi. Purata untuk 9 dan 7 ialah 8

Berdasarkan aktiviti set induksi guru membimbing murid hingga mereka dapat menggantikan puratauntuk sama rata.

Kad perkataan

Guru memberikan 9 batang cucuk sate kepada seorang murid A dan 7 batang cucuk sate kepada murid B.

Batang cucuk sate

Kemuudian meminta kedua-dua orang murid itu membahagikan batang cucuk sate semula hingga mereka mendapat bilangan cucuk cucuk sate yang sama. Guru membimbing murid-murid menyebut purata bagi 2 kumpulan cucuk sate tersebut. Langkah 2 (3 minit) Purata untuk 3, 7 dan 5 ialah 5. Guru mengulang aktiviti di atas dengan 3 set kotak yang diberikan kepada 3 orang murid dan menyuruh mereka membahagikan 3 set kotak itu sama rata. Kotak Kecil

Guru membimbing murid-murid menyebut purata bagi 3 set kotak tersebut.

Langkah 3 (5 minit)

Terdapat 2 kumpulan cucuk sate. Jumlah bilangan cucuk sate : 9 + 7 = 16 2 Purata kedua-dua kumpulan : 9 + 7 = 16 = 8 2 2

Guru membimbing murid-murid mencari purata dengan cara mengira berpandukan carta yang dipamerkan. Dengan 2 kumpulan batang cucuk sate , guru membimbing murid menjumlahkan bilangan cucuk sate ke dalam kedua-dua kumpulan, kemudian membahagikan hasilnya dengan 2 untuk mendapatkan puratanya. Begitu juga dengan 3 set

kotak kecil tersebut. Terdapat 3 set kotak kecil. Jumlah bilangan kotak: 3 + 7 + 5 = 15 Purata ketiga-tiga set: 3 + 7 + 5 = 15 = 5 3 3 Jadi, Purata = Jumlah bilangan benda Bilangan kumpulan Langkah 4 (5 minit) Guru membahagikan duit syiling kepada 3 kumpulan dan meminta murid-murid mencari puratanya dengan menggunakan rumus. Duit syiling Dari kedua-dua contoh di atas, guru menyoal dan membimbing murid supaya mereka dapat menemui rumus purata.

Purata = 5 + 7 + 9 3 = 21 = 7 3 Contoh lain : 1. Bilangan kumpulan=3 Bilangan benda = 18, 12, 15 2. Bilangan kumpulan = 4 Bilangan benda = 10,2, 6, 6

Penutup (8 minit)

Latihan mencari purata

Guru mengulang aktiviti di atas dengan contoh lain dan menyuruh murid datang ke depan untuk menunjukkan cara mencari purata dengan rumus. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sambil membimbing murid yang lemah.

Lembaran Kerja

Refleksi Pengajaran:

1. Isu / Perkara yang difokus: Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan strategi pengajaran guru.

2. Analisis isu / perkara yang difokus: 2.1 Kekuatan: Pada pengajaran yang telah saya lakukan, murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif bermula dari set induksi sehingga ke penutup pengajaran. Pengajaran yang melibatkan penggunaan pelbagai bahan pengajaran telah menimbulkan situasi pengajaran pelbagai hala dan ini menjadikan murid-murid berebut untuk mencuba aktiviti di hadapan kelas. Perkembangan pelajaran yang dirancang dapat membantu murid memahami konsep dan keseluruhan pencapaian murid berada pada tahap yang sangat memuaskan.

2.2 Kelemahan: Walaupun penglibatan murid aktif namun terdapat kelemahan yang perlu saya perbaiki pada masa akan datang antaranya ialah dari segi kawalan kelas yang agak bising dan kurang teratur. Murid-murid saling berebut untuk tampil ke hadapan dan sekaligus menyebabkan kelas sedikit bising. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya penegasan dari saya sendiri. Satu lagi kelemahan yang dapat saya perolehi dari pengajaran kali ini ialah pada aktiviti penutup yang terlalu ringkas dan tidak begitu menarik perhatian murid.

3. Cadangan penambahbaikan: Pada pelajaran yang akan datang saya akan pastikan murid lebih berdisiplin dan mendengar arahan guru sebelum melakukan aktiviti pengajaran. Pada sesi penutup sepatutnya saya sediakan aktiviti yang lebih menarik misalnya aktiviti permainan ringkas atau pun nyanyian supaya pengajaran menjadi lebih kreatif dan menarik.

You might also like