Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 38

BAB 5: KUALITI UJIAN

AHLI KUMPULAN:
NOORFAZILA BINTI ABD JALIL AZIRA BINTI ZAKARIA DIANA BINTI HAMAD HAZAM HASLINDA BINTI MOHAMAD NOORAIDA BINTI MAHYUDIN L20112008591 L20112008590 L20112008577 L20112008578 L20112008574

TOPIK PERBINCANGAN
5.1 KEBOLEHPERCAYAAN 5.2 PROSEDUR MENENTUKAN KEBOLEHPERCAYAAN 5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN 5.4 KESAHAN 5.5 KESAHAN BERKAITAN KANDUNGAN

5.1 KEBOLEHPERCAYAAN

Menurut Lord & Novick (1968) -suatu ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan jika keputusan individuindividu dalam ujian berkenaan mempunyai persamaan apabila ujian yang sama diambil sekali lagi.

Mok Soon Sang (2009) ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa.

Sidek (2000)-sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang diperolehi oleh individu yang sama dengan melakukan ujian yang sama pada masa yang berbeza.

Sambungan

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan dan kestabilan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur.

Ini bermaksud, instrumen yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama atau hampir sama jika ditadbirkan pada salah satu daripada situasi berikut: a) ditadbirkan kepada kumpulan yang sama pada waktu yang berbeza, atau b) ditadbirkan kepada kumpulan yang berlainan, atau c) jawapan calon yang sama diperiksa oleh guru yang berlainan

Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan keputusan yang konsisten dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian yang menghasilkan keputusan yang berubahubah dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

Pekali Kebolehpercayaan
Korelasi (perkaitan) antara skor dalam ujian selari. Ganda dua korelasi (perkaitan) di antara skor yang diperolehi dengan skor sebenar bagi sesuatu pengukuran. Lagi banyak perselisihan skor ujian dalam suatu kumpulan, lagi tinggi kebolehpercayaan

PRINSIP PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN


Semakin tinggi pekali kebolehpercayaan, maka semakin tinggi kebolehpercayaan

Pekali

Hubungan

.80 to 1.00 .60 to .79


.40 to .59 .20 to .39 .00 to .19

Tinggi Sederhana tinggi


Sederhana Rendah Tiada perkaitan

5.2 PROSEDUR MENENTUKAN KEBOLEHPERCAYAAN


1. Pentadbiran Dua Ujian Kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method)
Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method) Kaedah ujian bentuk setara

2. Pentadbiran Satu Ujian


Kaedah belah dua (Split Half Method) Kaedah berdasarkan kovarian item

3. Cronbach - alpha
4. Formula Kuder-Richardson 20 5. Formula Kuder-Richardson 21

1. Pentadbiran Dua Ujian


a) Kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method) Kaedah ini memerlukan guru membina dua bentuk ujian yang sama untuk menguji perlakuan atau konstruk yang sama dan mentadbirkan ujian berkenaan kepada kumpulan pelajar yang sama juga. Hendaklah ditadbirkan dalam tempoh yang terdekat Lebih tinggi pekali persamaan, lebih tinggilah kebolehpercayaan penggunaan ujian skor daripada bentuk ujian berlainan.

Samb
b) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method) Ujian yang sama ditadbirkan kepada satu kumpulan pelajar yang sama pada waktu yang berbeza. Didapati skor yang diperoleh pada ujian yang pertama menghampiri skor untuk ujian yang diuji sekali lagi. Semakin sama skor pada ujian yang dijalankan pada selang masa tertentu, semakin stabil skor ujian tersebut.

Samb
c) Kaedah ujian bentuk setara Ujian dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu dari segi bilangan item, sama bentuk, sama arahan, sama tempoh ujian, sama format, sama kandungan, sama julat, sama aras kesukaran tetapi mempunyai soalan-soalan yang berbeza

2. Pentadbiran Satu Ujian


a) Kaedah Belah Dua (Split half method) Ujian dibahagikan kepada dua sub-ujian. Tujuan mendapatkan dua ujian yang dianggap setara Kedua-dua bentuk ujian diskorkan secara berasingan dan pekali korelasi antara kedua ujian dihitung

Samb
Formula: Kebolehpercayaan, rxx = 2r1/2,1/2 ----------1 + r1/2,1/2 yang mana, rxx = kebolehpercayaan ujian r1/2,1/2 = korelasi antara dua sub-ujian

Samb
b) Kaedah berdasarkan kovarian item Terdapat 3 prosedur yang biasa digunakan dan menghasilkan keputusan yang sama. i. Pekali alpha ii.Formula Kuder-Richardson iii.Kaedah HOYTS

3. Cronbach-alpha
Pekali alpha () yang kerap kali digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan ketekalan dalaman. Digunakan untuk menghitung ketekalan dalaman bagi item yang diskor secara dikotonomi dan politomi Dikotonomi item yang diskor secara salah atau betul sahaja seperti dalam ujian objektif pelbagi pilihan. Jawapan betul- 1markah, jawapan salah 0 markah Politomi item berkenaan diberikan skor lebih dari 1, seperti skor untuk soalan jawapan ringkas - skor maksimum 3-5 poin

Samb
Formula Cronbach alpha: Kebolehpercayaan, = k i2 ------- ( 1 - ----- ) k1 x2 yang mana, k = bilangan item i2 = jumlah varian bagi semua item x2 = varian bagi ujian berkenaan

4. Formula Kuder-Richardson 20
Digunakan untuk item yang diskor secara dikotonomi (betulsalah) seperti dalam ujian objektif pelbagai pilihan Formula KR20:

KR20 =

k pq ------- ( 1 - ----- ); yang mana k1 r2

p = perkadaran calon yang dapat jawapan betul; (0<p<1) q = perkadaran calon yang dapat jawapan salah atau (1-p) r2 = varian bagi jumlah skor k = bilangan item pq = varian kepada item

5. Formula Kuder-Richardson 21
Menentukan tahap kehomogenan item-item dalam ujian bagi item yang diskor secara betul-salah Mudah dihitung tetapi nilainya kurang tepat berbanding KR20 Semua item dalam ujian mempunyai aras kesukaran yang sama

Samb
Rumus untuk KR21: KR21 = k m ( k m) -------- [ 1 - --------------- ] k1 ks2

yang mana k = bilangan item dalam ujian m = min ujian s2 = varian ujian

5.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

Panjang Ujian

-Ujian yang panjang akan meningkatkan kebolehpercayaan Keheterogenan kumpulan -Apabila pelajar yang mengambil ujian tu lebih heterogen, maka pekali kebolehpercayaan ujian berkenaan adalah lebih tinggi. Kebolehan pelajar yang mengambil ujian -Aras kesukaran ujian mempengaruhi kebolehpercayaan ujian- kerana item yang sukar akan membuat pelajar meneka jawapan. -Kesukaran sesuatu ujian dipengaruhi oleh: i. jenis ujian

Sambungan

Teknik menganggarkan kebolehpercayaan ujian

i. Teknik bentuk setara memberi anggaran kebolehpercayaan lebih rendah dari uji dan uji lagi dan prosedur belah dua. ii. Kebolehpercayaan teknik belah dua lebih tinggi dari kebolehpercayaan menggunakan kaedah berbentuk selang seli. Keadaan pembolehubah yang diukur -Pembolehubah yang menjadi tumpuan penyelidik memberikan pengukuran yang tekal dari lain-lain pembolehubah. -Kebolehpercayaan ujian akademik mempunyai kebolehpercayaan tinggi . -Ujian pembolehubah sahsiah mempunyai kebolehpercayaan yang sederhana.

Batasan masa

-Kebolehpercayaan mengehadkan batasan atas ( upper limit) kpd kesahan pengukuran. -Kebolehpercayaan perlu tetapi belum mencukupi sebagai syarat pengukuran yg sah. -Semua ujian yang sah adalah boleh dipercayai. -Ujian yang tidak boleh dipercayai adalah tidak sah.

Merujuk

kepada takat sesuatu alat itu mengukur apa yang seharusnya diukur. Contoh:
1) Ketinggian : pembaris 2) Berat : penimbang Oleh itu, penimbang tidak mempunyai kesahan untuk mengukur ketinggian.

SAMBUNGAN.

EMPAT JENIS PENDEKATAN UNTUK MENGUJI KESAHAN


5.5 Kesahan Berkaitan Kandungan

5.6 Kesahan Muka

5.7 Kesahan Berkaitan kriterion

5.8 Kesahan Berkaitan konstruk

5.5 Kesahan Berkaitan Kandungan (Content Validity)


Kesahan berkaitan kandungan amat berkait rapat dengan ujian pencapaian .

Ujian pencapaian merupakan ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur pencapaian murid, sejauh mana murid dapat menguasai tajuk atau kemahiran yang telah diajarkan . Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif). Oleh itu, ujian berkenaan mesti mengandungi sampel atau soalan yang representatif terhadap tajuk dan proses kognitif bagi satu mata pelajaran atau unit. Kesahan kandungan bagi sesuatu pengukuran boleh dibuat berdasarkan penyemakan terhadap item-item ujian berkenaan bersandarkan kepada objektif mata pelajaran atau kursus berkenaan. Antaranya:
i) Adakah kandungan ujian selari dengan objektif kurikulum dari segi kandungan dan proses. ii) Adakah penekanan kurikulum yang dibuat dalam ujian seimbang. iii) Adakah ujian berkenaan bebas daripada keperluan awal yang tidak relevan atau tidak disengajakan wujud dalam pengukuran tugasan. ( contoh: aras perbendaharaan kata di luar kemampuan pelajar)

Sambungan
Kesahan berkaitan kandungan didefinisikan sebagai takat (hingga , sampai, had atau peringkat) penyediaan item dalam sesuatu ujian yang benar-benar mewakili keseluruhan domain ujian yang hendak ditaksir oleh sesuatu ujian. Oleh itu, langkah yang paling penting dalam memastikan kesahan berkaitan kandungan bagi sesuatu ujian adalah dengan menentukan domain bagi semua item yang berkemungkinan untuk dimuatkan dalam sesuatu ujian. Ini dapat ditentukan oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang atau mata pelajaran berkenaan. Dengan melibatkan penggunaan Jadual Penentu Ujian (JPU) yang boleh memberi maklumat terperinci tentang setiap kandungan, aras kemahiran, taraf kesukaran, bilangan item dan perkadaran item dalam setiap kandungan atau kemahiran atau tajuk.

Sambungan
Dengan menyediakan blue print atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah JPU dapat memastikan kesahan kandungan ujian yang akan disediakan. Dalam JPU guru menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Sesuatu ujian itu biasanya dibuat dengan kadar 25% pada aras rendah (Pengetahuan -Kefahaman), 40% pada aras sederhana (kefahaman- Aplikasi), 35% pada aras tinggi (Analisis-Penilaian). Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada mata pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

Dua jenis kesahan Berkaitan kandungan:


1. Kesahan Item (Item Validity)

Merujuk kepada sama ada items ujian relevan dengan pengukuran kandungan mata pelajaran berkenaan.

2. Kesahan Persampelan (Sampling Validity) Merujuk kepada sejauh mana sampel ujian merangkumi jumlah kandungan mata pelajaran atau bidang diuji. Contoh: Satu ujian untuk menguji pengetahuan dalam fakta-fakta biologi menpunyai kesahan item yang baik jika semua item berkaitan dengan biologi tetapi kesahan persampelan lemah jika soalan tidak merangkumi semua kandungan biologi.

Ciri-ciri Kesahan Berkaitan Kandungan


Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji

Digunakan dalam ujian pencapaian Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JPU atau JSU Bergantung kepada relevensi atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau diketahui

SOALAN PENGUKUHAN

Soalan 1
1. Berikut adalah ciri-ciri kesahan berkaitan kandungan kecuali
a) Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. b) Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JPU atau JSU. c) Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji. d) Arahan pengendalian ujian hendaklah jelas .

Jawapan
1. Berikut adalah ciri kesahan berkaitan kandungan kecuali
a) Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu . b) Perlu memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran, JPU atau JSU. c) Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji . d) Arahan pengendalian ujian hendaklah jelas .

Soalan 2
Berat Arissa 50 kg. Bagi menentukan sama ada sesuatu penimbang lama masih boleh digunakan, dia menimbang dirinya berulang kali dan mendapati bahawa bacaan beratnya ialah 45kg setiap kali bacaan diperolehi. Antara pernyatan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kualiti bacaan yang dihasilkan oleh alat penimbang tersebut? A) Kebolehpercayaan tinggi, kesahan tinggi B) Kebolehpercayaan tinggi, kesahan rendah C) Kebolehpercayaan rendah, kesahan tinggi D) Kebolehpercayaan rendah, kesahan rendah

Jawapan
Berat Arissa 50 kg. Bagi menentukan sama ada sesuatu penimbang lama masih boleh digunakan, dia menimbang dirinya berulang kali dan mendapati bahawa bacaan beratnya ialah 45kg setiap kali bacaan diperolehi. Antara pernyatan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang kualiti bacaan yang dihasilkan oleh alat penimbang tersebut? A) Kebolehpercayaan tinggi, kesahan tinggi B) Kebolehpercayaan tinggi, kesahan rendah C) Kebolehpercayaan rendah, kesahan tinggi D) Kebolehpercayaan rendah, kesahan rendah

Soalan 3
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam mendapatkan kebolehpercayaan skor ujian. Antara kaedah yang berikut, pilih kaedah yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah, Ujian disediakan oleh guru dan diberikan kepada pelajar. Selang beberapa masa ujian yang sama diberikan kepada pelajar yang sama . Selang masa yang diberikan dapat membantu pelajar menambah ilmu.

A) B) C) D)

Kaedah bentuk Selang-seli Kaedah uji dan uji sekali lagi Kaedah Belah Dua Kaedah ujian bentuk setara

Jawapan
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam mendapatkan kebolehpercayaan skor ujian. Antara kaedah yang berikut, pilih kaedah yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah, Ujian disediakan oleh guru dan diberikan kepada pelajar. Selang beberapa masa ujian yang sama diberikan kepada pelajar yang sama. Selang masa yang diberikan dapat membantu pelajar menambah ilmu.

A) B) C) D)

Kaedah bentuk Selang-seli Kaedah uji dan uji sekali lagi Kaedah Belah Dua Kaedah ujian bentuk setara

You might also like