Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Pendidikan Abad ke-21. Pendidikan adalah kepentingan awam yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan satu usaha berterusan untuk membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan perancangan strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani keupayaan cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan dari aspek ekonomi, budaya dan politik. Apabila kita bersikap alpha dan leka kita akan terpinggir dan tersingkir daripada persaingan yang sengit. Oleh itu, sistem pendidikan dan persekolahan perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara dalam usaha menghadapi gelombang perubahan alaf baru. Sebuah Program pendidikan yang lebih dinamik dan interaktif dapat dibina kerana teknologi multimedia interaktif mempunyai kekuatan untuk berfungsi dalam pelbagai aspek program pendidikan seperti proses pengajaran, pembelajaran, penggunaan masa pembelajaran, penilaian pencapaian murid, peranan guru dan murid serta pengurusan pendidikan kata Nik Azis Nik Pa dalam Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Abad ke-21 (1998). Oleh itu, kemudahan teknologi terkini dapat meningkatkan kualiti pendidikan sesuai dengan keperluan abad ke-21 jika digunakan secara optimum. Malaysia ke Arah pendidikan bertaraf dunia sejajar dengan matlamat untuk mencapai hasrat wawasan 2020 iaitu mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Pendidikan merupakan agen perubahan yang utama di mana ia merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia akan menentukan kejayaan perubahan insan. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap bekerjasama, mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dipersembahkan kepada negara-negara lain di dunia.

Menjelang abad ke-21 setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Berasaskan prinsip Pendidikan untuk semua, yang merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap kanak-kanak mendapat tempat di sekolah dan kanak-kanak yang kini bersekolah didekati secara proaktif, serta memastikan semua murid memenuhi standard minimum yang diterima. Selain itu, semua murid juga berpeluang memperoleh pendidikan berkualiti yang unik bagi Malaysia dan setanding dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Sistem pendidikan di Malaysia perlu menyediakan penambahbaikan prestasi yang lebih hebat berdasarkan penanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa. Penambahbaikan yang dibuat adalah bertujuan untuk mencapai aspirasi negara iaitu berada dalam kalangan negara sepertiga teratas dari segi pencapaian prestasi penilaian antarabangsa. Bagi mencapai matlamat ini, komitmen yang tinggi daripada seluruh masyarakat diperlukan. Kemahiran Abad ke-21. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri secara seimbang. Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Hal ini amat penting untuk menentukan kurikulum yang sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi enam elemen yang bertujuan untuk menyeimbangkan pendidikan, antaranya adalah menekankan kemahiran dalam pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Ini adalah selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajar-pelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya ia merupakan satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat. Ini bermakna kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut. Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan sesuai dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Peralatan seperti komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu, kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat dan internet perlu disediakan untuk kegunaan warga sekolah terutama pelajar dan guru-guru. Hal ini demikian akan menimbulkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Pendidikan yang disalurkan kepada murid seharusnya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid. Keadaan sistem pendidikan hari ini menjadi penentu terbaik kepada daya saing Malaysia. Malaysia berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi.

Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan. Globalisasi juga menuntut individu yang berbakat di Malaysia bersaing dengan mereka yang terbaik di peringkat antarabangsa. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan, terdapat lima hasil yang ingin dicapai oleh pihak kementerian iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi untuk menjayakan transformasi sistem pendidikan terdiri daripada aspek aspirasi keseluruhan sistem pendidikan, dan aspirasi setiap murid. Pelajar Abad ke-21. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai kemahiran mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi seharian Setiap murid mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan terutama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan yang mewujudkan pengetahuan baru. Pelajar Abad ke-21 juga menguasai pelbagai kemahiran kognitif seperti pemikiran kreatif dan inovatif iaitu mampu menginovasi, menjana kemungkinan baru dan mencipta idea atau pengetahuan baru. Selain itu, mereka juga mampu menyelesaikan masalah dan menaakul. Keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif dan deduktif semasa mencari penyelesaian menghasilkan keputusan pada akhirnya. Pelajar abad ini juga berkeupayaan memacu pembelajaran sendiri kerana mereka menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Sejarah bagi membuktikan bahawa yang sistem kurang pendidikan mampu memerlukan penambahbaikan membolehkan pelajar mengaplikasikan

pengetahuan serta berfikiran secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, sistem pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.

Melalui perubahan dalam sistem pendidikan, pelajar Abad ke-21 membentuk setiap pelajar agar berpotensi penuh sebagai pemimpin dan bekerja dalam kumpulan. Kepimpinan pelajar yang dibincangkan merangkumi empat unsur utama antaranya termasuklah keusahawanan yang mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri dan bagi tujuan itu pelajar sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dilaksanakan. Selain itu, pelajar abad ke-21 juga mempunyai daya tahan untuk membangunkan cara pemikiran yang konstruktif serta mampu berhadapan dengan rintangan. Unsur yang seterusnya membincangkan tentang kecerdasan emosi di mana pelajar berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif. Unsur yang terakhir meliputi keterampilan komunikasi iaitu pelajar mampu memberikan pendapat serta hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas. Menjelang abad ke-21 setiap kanak-kanak menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua serta bahasa komunikasi antarabangsa. Setiap kanak-kanak berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Seterusnya, pelajar berani berhadapan dengan cabaran masa hadapan dalam usaha menyelesaikan konflik secara aman. Penekanan diberikan kepada setiap pelajar agar mereka dapat mewujudkan satu set prinsip yang meliputi nilai bersama yang kukuh dan didukung oleh semua masyarakat Malaysia. Setiap pelajar tanpa mengira etnik, kepercayaan dan taraf sosioekonomi atau tempat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat profesionalisme memerlukan semangat yang merangkumi belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. Identiti national juga memerlukan setiap pelajar memahami sejarah Malaysia, berkongsi pengalaman di dalam dan luar sekolah serta berkongsi aspirasi untuk masa depan Malaysia. Pelajar Abad ke-21 seharusnya mampu berfikir, menaakul, membuat keputusan yang bijak, bekerja sebagai ahli pasukan dan melihat perhubungan serta perkaitan antara ilmu yang dipelajari. Pelajar-pelajar abad ini terdedah dengan pelbagai bentuk informasi yang bukan sahaja maklumat berbentuk cetak, malah dalam bentuk elektronik dan dalam talian.

Menurut Hamann, Pollock dan Wilson (2009), terdapat pertalian yang nyata antara interaksi murid dengan pemikiran kritis. Apabila murid terlibat dalam perbincangan dalam talian, mereka berkomunikasi sesama sendiri dalam situasi yang fokus. Hal ini meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir dengan lebih jelas. Murid yang terlibat dalam perbincangan dalam talian, didapati menjadi pembaca yang kritis dan konstruktif. Apabila seseorang guru itu dapat memahami akan kewujudan kepelbagaian pelajar ini, maka guru-guru dapat merancang dan menentukan dengan baik proses pengajaran dan pembelajaran (Wood,2002). Guru Abad ke-21. Kerjaya sebagai seorang guru melibatkan implikasi yang jauh ke hadapan, tanggung jawabnya adalah bersifat futuristik. Ini kerana guru merupakan pendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dan sensitif kepada tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21. Menurut Rizuan Kamis, 2012 profesion keguruan cukup mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab guru terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan tanggungjawab guru sebagai individu yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru dicapai dengan jayanya. Guru sebagai tunjang dalam sistem pendidikan negara kerana mereka merupakan individu yang menjadi faktor kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu program pendidikan. Oleh itu, keberhasilan program pendidikan negara yang menjadi tunjang kepada pengisian wawasan pendidikan juga terletak di tangan guru. Guru yang berdedikasi, bermotivasi, mempunyai komitmen dan semangat yang kental diperlukan dalam merealisasikan cita-cita pendidikan negara ini di samping memenuhi tuntutan kecemerlangan dan melonjakkan transformasi pendidikan negara ke arah wawasan pendidikan menjelang tahun 2020. Bersesuaian dengan tema sambutan hari guru yang diadakan pada tahun 2012 iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara (Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2012). Antara cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh para pendidik dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang juga dikenali sebagai generasi Y ini perlu membudayakan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi

sejajar dengan pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang bertanggungjawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil akhir secara dimensi intrinsik mahupun dimensi instrumental. Oleh itu, guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futuristik, analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru. Hal ini demikian memberi kesan kepada proses pembentukan sahsiah pelajar. Kebanyakan pelajar sudah mahir menggunakan kemudahan komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Oleh itu, guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan selain daripada memahami tanggungjawab serta memberikan komitmen sepenuhnya dengan melaksanakan pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. (Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, 2011)

TEORI PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan suatu perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin, 1991). Guru-guru perlu membantu murid-murid dalam memfokuskan proses pemerhatian dan mental mereka supaya mereka boleh memperoleh pengetahuan asas dan kemahiran secara berkesan. Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran pelajarnya. Bagi memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis tetapi mereka juga perlu mencipta pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Ini menyebabkan ahli psikologi membina pelbagai teori pembelajaran yang berbeza. Teori pula ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada beberapa teori yang utama namun melalui perbincangan ini kami akan memfokuskan kepada tiga jenis teori iaitu behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme.

Teori Behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan diperkembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan dengan menggunakan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan dan diramal. Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Teori pelaziman

klasik dipelopori oleh dua orang pengasas iaitu Pavlov dan Watson manakala teori pelaziman operan juga diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu Thorndike dan Skinner. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku. Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkah laku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan yang dipelajari iaitu melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama teori ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Hukum Latihan
Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan (Contohnya; pengulangan meletakkan kucing dalam sangkar.)

Hukum Kesan
Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu gerak balas yang dihasilkan dan ia disebut sebagai ganjaran. Ganjaran ini boleh diberikan secara fizikal, mental, emosi mahupun sosial. Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti oleh sesuatu yang tidak menyenangkan iaitu hukuman.

Hukum Kesediaan
Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya secara psikologi. Hukuman boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas dan menyebabkan gerak balas tadi aka dihentikan, contohnya; apabila individu itu mencuri mereka dirotan. Hukuman yang kedua pula merupakan sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi, sebagai contoh; pelajar membuat bising, mereka tidak dibenarkan keluar rehat. Namun begitu, Skinner tidak begitu bersetuju dengan kaedah hukuman dalam pembelajaran.

Teori Kognitif
Teori ini pula merupakan suatu proses yang berlaku di dalam pemikiran seseorang individu. Pendekatan ini menekankan proses mental dalaman yang menerima informasi melalui proses pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori yang baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gauge dan Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental yang berlaku dalam akal fikiran, di mana tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Dalam kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses pemahaman dan pemikiran kognitif yang menyeluruh. Melalui psikologi kognitif, guru perlu menerima perbezaan individu di mana kadar perkembangan kognitif murid yang berbeza memerlukan guru menyediakan aktiviti bagi sekumpulan pelajar, bukan untuk keseluruhan kelas. Hal ini berkait rapat dengan cara seseorang individu memproses maklumat yang diterima adalah berbeza. Pelajar yang lemah dan pelajar yang pintar tindak mempunyai cara memproses maklumat yang sama. Pelajar yang pintar lebih cepat memproses maklumat berbanding dengan pelajar yang lemah. Pandangan pelajar lemah dan pelajar yang bijak juga berbeza

Pembelajaran Melibatkan Proses Perolehan, Pindahan dan Penilaian


Aktiviti pembelajaran bermula daripada pemerolehan ilmu yang baru. Bruner berpendapat bahawa ilmu baru mungkin berasal daripada pengalaman sebelumnya, mungkin juga tidak berkaitan langsung dengan pengetahuan yang sedia ada. Sebagai contoh, pelajarpelajar mungkin telah mendapat gambaran konsep kitaran darah yang kabur dalam memberi penjelasan tentang sistem kitaran; sementara pengenalan Hukum Newton pula bercanggah dengan latar belakang ilmu pengetahuan yang bersifat sensori. Tidak kira bagaimana hubungan yang wujud antara ilmu baru dan lama, pengetahuan yang sedia ada tetap akan dipertingkatkan.

TEORI KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang membawa maksud falsafah membina. Ia berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori Konsrtuktivisme mempunyai erti yang serupa dengan Teori Konstruktivisme Kognitif. Menurut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian-andaian berikut: i. ii. iii. Ilmu pengetahuan adalah dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori zon perkembangan prokimal (Zone of Prokimal Development, ZPD) Vygotsky. Berdasarkan konsep ini, pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif. Menurut Vygotsky, idea zon perkembangan prokimal (ZPD) ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri yang akan membantu untuk mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi. Perkembangan peringkat potensi individu adalah di dalam ZPD seperti gambar rajah berikut:

Perkembangan potensi pelajar melalui usaha diri sendiri.

Zon Perkembangan Prokimal : Pelajar masih boleh belajar dengan bantuan orang lain.

Had Perkembangan Potensi : Pelajar tidak boleh belajar walaupun dibantu orang lain

Kerja tersukar yang boleh dilakukan diri sendiri

Kerja tersukar yang masih boleh dilakukan dengan bantuan orang lain

Rajah 1 : Zon Perkembangan Prokimal Vygotsky

Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Selain itu, Teori Konstruktivisme pula menegaskan perkembangan proses metakognitf, iaitu operasi pemikiran yang mengarah dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai pemikiranya. Hal ini bermakna, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Namun apa yang penting adalah pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru dalam proses pembelajarannya. Dalam Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan, mengikut konstruktivisme yang diperoleh oleh setiap individu adalah tidak serupa. Hal ini kerana, proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi, yang bukan tetap tetapi sering berubah. Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terdapat beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran yang diimplikasikan daripada Teori Konstruktivisme. Antaranya termasuklah: i. Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan teori ini, peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. ii. Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif. Kaedah dan teknik mengajar tradisi, seperti syarahan, menghafal dan mengingat, adalah tidak sesuai digunakan untuk membentuk ilmu lagi.

iii.

Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Hal ini bermakna tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar.

iv. v.

Keutamaan pembelajaran adalah ditumpukan kepada hasil perolehan berdasarkan konstruktivisme. Penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan. Bentuk dan alat penilaian terhadap tahap pembentukan ilmu hendaklah dibentukkan oleh guru dan murid bersama-sama. (Mok Soon Sang ,2008)

BAGAIMANA

ALAT-ALAT

WEB

2.0

DIGUNAKAN

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN PJK? FACEBOOK 1. KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN 2. TIPS FB UTK GURU 3. CARA2 GURU BOLEH MENGGUNAKAN FB 4. APLIKASI PENDIDIKAN MELALUI FB OLEH GURU & PELAJAR 5. GROUP FB UTK GURU DAN PENDIDIK UTK DIJOIN 6. ISU PRIVASI FB DAN BAGAIMANA UTK BERHADAPAN DGNNYA (HOW TO WORK ON THEM) FACEBOOK Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir dari perkembangan teknologi yang kian canggih dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat ini. Facebook diperkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark Zukerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College, iaitu antara kawankawan dan kenalan Mark Zukerberg sahaja. Namun, dua bulan kemudian penggunaanya diperluas kepada pelajar ke university lain di wilayah Boston (Boston College, Boston University, MIT, Trufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwesternn dan semua universiti yang termasuk dalam Ivy Leauge. Namun pada hari ini facebook telah digunakan di seluruh dunia. Sehingga hari ini, facebook telah memiliki jumlah anggota melebihi 350 juta di dunia. Statistik yang diperolehi melalui perkembangan dunia jaringan sosial mendapati 50% penggunanya aktif mendaftar masuk ke facebook setiap hari. Daripada jumlah itu, lebih 35 juta pengguna facebook mengemaskini statusnya setiap hari. Antaranya termasuklah mengemaskini profil peribadi dan gambar. Sekitar 2.5 juta gambar telah dimasukkan ke laman facebook setiap bulan iaitu peningkatan sebanyak 100%.

KELEBIHAN FB DALAM PENDIDIKAN Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, FB dilengkapi dengan: i. ii. iii. iv. v. Papan buletin Pemesejan segera E-mel Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem

Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti FB boleh menyediakan: i. ii. iii. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999) Menyediakan peluang dan struktur kepada pengajar untuk membolehkan pelajar membantu menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang telah diwujudkan oleh pelajar sendiri. iv. v. vi. vii. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. Pelajar juga boleh menggunakan FB untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet. viii. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan rakan-rakan yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007)

CARA MENGGUNAKAN FB DALAM PENDIDIKAN Pengenalan rangkaian sosial kepada pelajar amat penting oleh guru serta pensyarah. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: 1. Membuka akaun FB mereka sendiri dan menjadi kawan kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza. PENGGUNAAN FB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dengan membina peralatan dalam struktur sosial FB, kita akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya, melalui alat perpustakaan (library tool), pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada rakan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang Tanya Pustakawan, dan bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui FB sebagai satu cara untuk berhubung rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi FB yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika dipindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalan kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan ia kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka., seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (Penns ate 2007).

Selain itu menurut Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya (--------) penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai pereka bentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel. Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Ruang 'Search' Link Authoring Tag Forum Emel Hyperlink world contact/friend digital gift dinamik content Selain itu, melalui Facebook juga, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yang ada. Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook termasuklah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber-sumber maklumat yang releven. Sumber bukan berpusat kepada manusia. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.

Semua ketujuh-tujuh perkara di atas boleh membantu seseorang pengguna atau pelajar boleh membuat keputusan dengan tepat. (Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya , PTPM USM)

FACEBOOK

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

MATAPELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK). Dalam mata pelajaran PJK penggunaan Facebook amat penting dalam membantu seseorang guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Misalnya dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan, guru boleh menggunakan facebook untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat tentang sesuatu topik yang telah atau akan dibincangkan. Namun sebelum itu, guru haruslah menetapkan bahawa semua murid haruslah memiliki akaun facebook terlebih dahulu. Guru sebelum itu mestilah menubuhkan Group PJK di laman facebook. Setelah itu, guru hendaklah mewajibkan semua pelajar untuk menyertai segala perbincangan yang akan dimuat naikkan dalam aktiviti P&P berkaitan dengan PJK dalam kumpulan PJK dalam Facebook tersebut. Misalnya dalam topik Penyalahgunaan Bahan seperti ubat-ubatan serta dadah, guru boleh memuat naik satu atau dua gambar bahan yang selalu disalahgunakan. Setelah itu, guru boleh menanyakan pendapat pelajar tentang apakah jenis bahan tersebut, kesannya jika disalahgunakan, dan cara untuk mengelakkan diri dari terjebak dari penyalahgunaan bahan seperti dadah. Dengan mewajibkan semua pelajar untuk memberi komen terhadap gambar tersebut secara tidak langsung akan memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir. Selain itu, guru juga sebenarnya telah memberi peluang kepada pelajar yang jarang bercakap di dalam kelas dengan menilai kemampuan mereka memberi hujah atau idea mengenai sesuatu topik dalam PJK. Meskipun hakikatnya mereka tidak mengutarakan secara spontan sebaliknya mencari bahan, namun kesungguhan untuk melibatkan diri secara interaktif dalam talian haruslah diberikan pujian dan kredit kepada mereka. Facebook juga sangat berfaedah bagi pelajar yang kurang faham semasa guru mengajar di dalam kelas. Misalnya jika guru menerangkan tentang kepentingan daya tahan otot bagi topik Kecergasan, mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak memahami sesetengah istilah yang digunakan oleh guru dan mereka malu untuk bertanya di dalam kelas. Maka Facebook boleh memainkan peranan penting dengan menjadi medium perhubungan untuk guru menerangkan dengan lebih lanjut kepadanya.

Facebook juga dapat dijadikan saluran untuk guru menunjukkan demonstrasi kepada pelajar sekiranya topik yang berkaitan dalam PJK adalah mengenai Pendidikan Jasmani. Hal ini merujuk kepada pengajaran jenis sukan atau permaianan yang melibatkan ansur maju serta kemahiran. Misalnya dalam Topik Gimnastik, yang mana memerlukan kemahiran dan demonstrasi yang betul. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat membuat demonstrasi sewaktu sesi pengajaran, dia boleh menggunakan facebook dengan meletakkan link contohcontoh video dari youtube atau dengan memuat naik video berkaitan dengan gimnastik ke laman Kumpulan PJK itu tadi. Dengan itu, pelajar dapat melihat sendiri dengan lebih teliti secara berulang-ulang kali mengikut tahap kepuasan mereka sendiri. Melaluinya, tahap pembelajaran pelajar akan lebih meningkat serta pelbagai kerana mereka mempunyai banyak pilihan untuk belajar dalam suasana yang mereka rasa selesa. Setelah P&P secara alam maya atau facebook dilakukan, guru haruslah menilai semula keberkesanan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pelajar dan sistem pengajaran yang baru ini yang dilakukan oleh mereka. Dengan membuat perbandingan pencapaian pelajar sebelum penggunaan facebook dalam matapelajaran PJK dengan pencapaian kemudiannya dapat membantu menilai kerelevenan facebook dalam matapelajaran PJK. Selain itu, apabila sesi P&P di dalam kelas, guru boleh mengedar borang soal selidik kepada pelajar untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan facebook dalam matapelajaran PJK. Dengan itu, guru akan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan menambahbaik sesi P&P di facebook agar menjadi lebih menarik dan berkesan.

MULAKAN DENGAN FB Langkah 1: Pergi ke http:www.facebook.com/ Langkah 2: Daftar masuk / Pendaftaran i. ii. Untuk menggunakan FB, anda perlu membuat akaun FB dengan mengisi maklumat yang dikehendaki Kemudian klik pada Sign Up

iii. iv. v. vi.

Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar (Step1-Step 3). Anda perlu melengkapkan sekarang atau dilakukan kemudian. Untuk keluar dari halaman ini Skip this step FB akan menghantar email untuk mengesahkan pendaftaran anda Klik pada Get started dan anda boleh mula untuk log masuk

Langkah 3: Mencari rakan i. ii. iii. iv. Anda boleh mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau daripada aplikasi lain. Pilih rakan yang anda mahu untuk dijadikan sebagai rakan FB Pilih untuk dijemput (Jika rakan anda tidak mempunyai akaun FB) Pergi ke Find Friends

Langkah 4: Menyunting profil

i. ii. iii. iv.

Pergi ke Profile Klik pada Edit Profile Pilih perkara yang anda mahu sunting Kemudian klik pada Save Changes

Langkah 5: Pengumpulan rakan i. ii. iii. iv. v. vi. Pergi ke Account Klik pada Edit Friends Kemudian klik Create a List Masukkan nama pengumpulan rakan yang anda hendak tubuhkan, contohnya Students Kemudian, sunting senarai rakan untuk dikumpul/dijemput dalam senarai Students dengan pergi ke Edit Lists Pilih Students

Langkah 6: Privasi i. ii. iii. iv. Pergi ke Account Klik pada Privacy Settings Pilih jenis privasi yang anda mahu untuk akaun FB anda Kemudian klik pada Apply These Settings

Langkah 7: Menjadikan status (catatan dinding) privasi i. ii. iii. iv. v. Tulis status (catatan dinding) Pilih jenis privasi yang tersenarai atau sesuaikan mengikut kehendak anda Pilih status untuk dilihat These People Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan kepada individu-individu tertentu di sini. Kemudian klik pada Save Settings

Langkah 8: Album gambar

i. ii. iii.

Pada halaman utama FB anda klik Photos Pilih gambar daripada folder anda yang sudah sedia ada Kemudian klik Select Photos

iv. v. vi. vii. viii. ix.

Berikan nama untuk album anda Pilih jenis privasi perkongsian album gambar tersebut Klik pada Create Album Kemudian klik Publish Now atau Skip bahagian ini Tuliskan penerangan berkenaan album anda Klik pada Save Changes

Langkah 9: Menubuhkan kumpulan

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Pada halaman utama FB klik Create Group Masukkan nama kumpulan yang hendak ditubuhkan Pilih ahli untuk dimasukkan di dalam kumpulan ini Pilih jenis privasi kumpulan anda Kemudain klik pada Create Tuliskan topik untuk memulakan perbincangan Pilih aktiviti yang anda mahu lakukan

Langkah 10: Membuat acara (event)

i. ii. iii. iv.

Pada muka utama FB anda, klik pada Events Klik Create an Event Masukkan tersebut. Kemudian klik pada Create Event maklumat berkenaan acara

ISU PRIVASI FB Sejak perubahan baru diperkenalkan oleh Facebook, privasi seperti tidak diutamakan oleh laman sosial terkemuka itu. Kini selepas satu demi satu laporan berkaitan dengan isu privasi dikeluarkan, kini laporan baru mengatakan log keluar Facebook pada pelayar web masih tidak mencukupi, dan segala aktiviti anda masih dirakamkan. Facebook telah memperkenalkan fungsi Ticker yang mana membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan aktiviti-aktiviti rakan mereka yang lain terus melalui bahagian Ticker yang dikemaskini dalam masa-nyata. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana segala aktiviti diperlihatkan, walaupun rakan anda itu komen pada status atau gambar rakan mereka lain yang bukannya rakan anda. Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi Subscribe pada Facebook, membolehkan para pengguna lain mengikuti segala kemaskini anda yang dilabelkan umum dengan mudah tanpa perlu menambah anda sebagai rakan padanya. Selain daripada itu,perkenalan fungsi Timeline terus melaporkan beberapa perkara dan isu lain berkaitan privasi, dimana beberapa aktiviti seperti bacaan artikel, penggunaan aplikasi Facebook dan sebagainya dikemaskini terus ke Timeline anda tanpa sebarang pengesahandaripada pemilik profil seperti sebelumnya.

Dan kini, melalui kajian baru, ia dilaporkan yang mana log keluar daripada Facebook sahaja masih tidak mencukupi, dimana ia dilaporkan yang mana Facebook masih boleh ketahui anda sedang melayari laman yang mana melalui cookie yang disertakan pada pelayar web, dan cara mengatasinya hanyalah dengan log keluar daripada Facebook sahaja. Jadi, adakah lebih isu privasi akan menghantui kembali para pengguna Facebook, apatah lagi dengan Facebook Timeline, segala sejarah hidup anda dirakamkan dengan mudah.

Rujukan Buku Grasha, A.F., 1996. Teaching with styles: A practical guide to enhance learning by

understanding learning and teaching styles. New York: Alliance Publisher


Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM. Wood, J.W. (2002). Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting:

Including all Students. New York: Pearson Education Inc.


Internet Mohamad bin Muda, 2000. Cabaran dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Sumber:

http://devadason.tripod.com/seminar/Muhd.html dilayari pada 6 November 2012


Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2012. Peranan Guru dalam Melonjakkan Transformasi Pendidikan

Negara. Pelita Bahasa Mei 2012 Sumber: http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=326


dilayari pada 4 November 2012. Rizuan Kamis, 2012. Cabaran Profesion Keguruan. Dewan Masyarakat Mei 2012 Sumber:

http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=3019 dilayari pada 4 November 2012


Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, 2011. Minda: Guru Pencetus Transformasi. My metro Jun 2011 Sumber:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Gurupencetustransformasi/Article
dilayari pada 4 November 2012 Wan Zah Wan, 1998. Masalah Pendidikan Jilid 21, 1998. Sumber: http://myais.fsktm.um.edu.my/5147/1/1.pdf dilayari pada 4 November 2012 Wan Alfida Suleiman, 2012. Mengasah Kemahiran Literasi Digital. Sumber: http://www.mlcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/Seminar2012Papers/7.%20Mengasah%20Kem ahiran%20Literasi%20Digital.pdf dilayari pada 4 November 2012

Zamri Mahamod, 2011. Memperkasa Guru, Mempercekap Pelajar: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Abad ke-21. Sumber: http://www.mlcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/seminar2011/ucaptama%20dr%20zam ri%20finalmain%20speaker.pdf dilayari pada 4 November 2012 Mohd Amin Embi, 2011. Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Sumber: http://www.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran-Dan Pembelajaran#page=73 dilayari pada 5 November 2012

You might also like