JWPN Seni

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

1.0TOKOH KREATIVITI - ELLIS PAUL TORRANCE

Paul Torrance atau Ellis Paur Torrance adalah merupakan salah seorang daripada penyelidik dan pemikir akademik yang sangat terkenal di dunia. Berbagai kajian dan teori-teorinya dalam bidang kreativiti digunakan dalam bidang pendidikan sehingga hari ini. Berdasarkan kepada penulisan dan kerja-kerja penyelidikannya di dalam bidang kreativiti dan pendidikan akhirnya beliau telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti (Fathers Of Creativity).. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Beliau telah mengaris dan memperkenalkan tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu. Antaranya adalah seperti berikut;1. Penyoalan yang bertujuan untuk merangsang pemikiran pelajar,teknik ini sangat penting dan wajar dipratikkan.Teknik penyoalan dapat merangsang daya pemikiran berkenaan.Dalam proses pembelajaran PSV sesi kritikan seni dapat membantu mencetuskan pemikiran kritikal yang bijak.

Page 1

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

2. Penemuan iaitu merupakan perkara yang berguna dan penting dalam usaha memberikan rangsangan serta galakan oleh guru kepada pelajar.Pelajar digalakkan mencuba melalui ekplorasi dan membuat eksperimen bagi mencari penemuan terkini. 3. Percubaan adalah satu proses yang sangat baik diamalkan dikalangan pelajar bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. 4. Penerokaan iaitu eksplorasi/persekitaran.Guru digalakkan membimbing murid menjalankan penerokaan dan eksplorasi dengan bahan yang terdapat disekeliling.Pelajar digalakkan menggunakan bahan terpakai dalam proses menghasilkan kerja. 5. Memanipulasi bermaksud seseorang individu mampu bertindak menghasilkan sesuatu melalui bahan yang ada disekelilingnya untuk menghasilkan kerja seni 6. Aktiviti Bermain iaitu bermain untuk tujuan pembelajaran yang menyeronokkkan. 1.1 Pemikiran kreativiti kanak-kanak persekitaran (Menurut Torrance ) Perkataan kreativiti berasal dari perkataan Barat creativity yang bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk memenuhi (Young 1999). Namun begitu menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan (Torrance 1988). Tambah beliau lagi sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. Pada tahun 1961Torranc telah mengajar guru-guru di beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat lima prinsip pengajaran kreatif iaitu: 1. menghormati soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar; 2. menghormati idea-idea imaginatif yang dikeluarkan oleh pelajar; Page 2

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

3. tunjukkan kepada pelajar bahawa idea-idea yang mereka keluarkan mempunyai nilai tersendiri; 4. benarkan pelajar melakukan perkara-perkara tertentu untuk tujuan latihan semata-mata tanpa sebarang penilaian; 5. kaitkan sebarang penilaian yang guru lakukan dengan sebab dan akibat. Para guru tersebut telah menjalankan pengajaran dengan mengikut kelima-lima prinsip ini selama empat minggu. Satu lagi kumpulan guru yang dikawal telah menjalankan pengajaran mereka mengikut prosedur biasa untuk tempoh yang sama. Ujian kreativiti yang dilakukan terhadap pelajar sebelum dan sesudah kajian ini dilakukan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang mendadak terhadap pelajar yang diajar oleh guru menggunakan lima prinsip pengajaran kreativiti berbanding dengan pelajar yang diajar oleh guru mengikut prosedur biasa. Mereka mendapat markah yang lebih tinggi untuk keaslian , keluwesan, kefleksibelan dan penghuraian (Stein, 1974). Torrance telah mencadangkan beberapa aktiviti bagi pelajar melalui penggunaan persekitaran iatu meningkatkan kreativiti

guru seni boleh menggunakan kaedah

penyoalan sebelum guru menyuruh murid membuat lakaran sesuatu benda contohnya apakah perbezaan yang kamu dapati jika kamu melihat sesuatu secara dekat dan jauh atau yang tinggi dan rendah.Daripada soalan ini murid boleh melakarkan gambar ikut kreativiti dan gaya imiginasi masing-masing. Melaui aktiviti pemerhatian pula guru boleh menunjukkan contoh-contoh wau yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar lepas jika ingin mengajar cara membuat wau .Melalui aktiviti ini murid diminta membuat pengamatan menggunakan pelbagai deria seperti deia sentuh dan lihat.Kemuadian murid berbincang dengan guru untuk mengolah idea.sebelum memulakan aktiviti seni.. Aktiviti penemuan merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk lebih kreatif.Dalam aktiviti ini pelajar digalakkan mencari satu kelainan hasil dari penerokaan ,pemerhatian dan percubaan.Contonya pelajar dibawa melawat ke gua murid Page 3

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

dapat melihat keindahan landskap dan kehidupan dalam gua tersbut.Apabila pulang guru menyuruh murid melukis apa yang teah diperhatikannya. Aktiviti percubaan juga merupakan aktiviti yang paling penting dalam meningkatkan kreativiti pelajar,sebagai contohnya murid diberi peluang untuk melihat proses membuat corak pada kain batik,selepas itu murid dibenarkan mencuba melakukan aktiviti melukis,percubaan ini memberi pengalaman estatika semasa penghasilan corak .Ini penting kerana melalui pengalaman ini murid akan dapat menghasilkan corak batik yang lebih baik dari sebelumnya. Kreaktiviti kanak-kanak juga boleh di pertingkatkan melalui aktiviti penerokaan misalnya guru-guru boleh menggalakkan pelajar mencari bahan-bahan terbuang untuk dijadikan kolaj bagi pembelajaran matapelajaran p.seni,aktiviti ini boleh meningkatkan kreativiti pelajar. Penerokaan biasanya boleh berlaku didalam dan diluar bilik darjah. Kreativiti para pelajar juga dapat dirangsangkan melalui aktiviti permainan .Bermain pada pelajar merupakan satu aktiviti yang menyeronakkan dan penuh cabaran.Kreativiti seseorang kanak-kanak itu akan terbentuk tanpa disedari melalui aktiviti aktiviti yang disusun secara terancang.ini secara tidak langsung dapat merangsangkan kreativiti kanak-kanak.

1.2 Pemikiran kreativiti kanak-kanak persekitaran (Menurut Pandangan Tokoh seni ) Ada beberapa kajian ( Niu & Sternberg 2003; Torrance 1961) yang telah dilakukan untuk menjawab persoalan pertama yang penting itu. Niu & Sternberg (2003) telah menjalankan satu kajian untuk menganalisa dua cara yang digunakan untuk meningkatkan kreativiti 96 orang pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di Beijing, China. Para pelajar ini telah diminta untuk menghasilkan satu hasil seni iaitu kolaj. Dalam kajian ini para pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan pertama tidak menerima sebarang arahan supaya menjadi kreativiti apabila menghasilkan kolaj, kumpulan kedua telah menerima arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan Page 4

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

kolaj dan kumpulan ketiga pula telah diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif. Kolaj yang dihasilkan oleh para pelajar tersebut telah diadili secara subjektif dan objektif. Hasil kajian ini mendapati bahawa para pelajar yang telah diminta menjadi kreatif telah menghasilkan kolaj yang kreatif berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak menerima sebarang arahan supaya menjadi kreatif. Kajian juga mendapati bahawa pelajar yang diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif telah menghasilkan kolaj yang paling kreatif. Dapatan kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dalam bilik darjah melalui arahan-arahan yang disampaikan oleh guru kepada para pelajarnya. Beberapa orang pakar dalam bidang pengajaran kreatif telah mencadangkan asasasas kepada pengwujudan persekitaran pengajaran kreatif. Salah seorang darinya ialah Amabile (1989), yang menyatakan bahawa persekitaran pengajaran kreatif akan terbentuk apabila; a. pembelajaran dilihat sebagai penting dan menyeronokkan kepada pelajar dan guru; b. pelajar merasakan dirinya dihargai, disayangi dan dihormati; c. pelajar aktif dalam bilik darjah; d. pelajar bangga dan merasakan bilik darjah dan sekolah adalah kepunyaannya; e. guru bertindak sebagai penasihat, jurulatih dan sumber ilmu; f. pelajar merasakan mereka boleh membincangkan masalah mereka secara terbuka; g. strategi pembelajaran yang menggalakkan kerjasama lebih banyak digunakan berbanding dengan strategi pembelajaran yang menggalakkan persaingan; dan h. pengalaman pembelajaran diolah supaya ia relevan dengan kehidupan pelajar. Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk Page 5

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong keduaduanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. Penggunaan persekitaran dapat membangun pemikiran kreativiti kanak-kanak menerusi pembelajaran seni visual. Contohnya dengan melakukan aktiviti melukis. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatakan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Oleh itu, penggunaan persekitaran sememangnya membantu mereka berfikiran kreatif. Ini dapat dibuktikan dengan lukisan kanak-kanak tahun 5 seperti dibawah.

Page 6

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

2.0PERSEKITARAN SEBAGAI TEMA PEMBELAJARAN Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat. Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual. Berikut adalah cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menilai kefahaman murid mengenai bahasa tampak iaitu menyuruh murid mencari beberapa gambar dan tampal dalam folio.Kemudian murid di minta membuat ulasan mengenai bahasa tampak yang terdapat dalam lukisan.

Unsur seni yang terdapat dalam lukisan diatas adalah rupa, bentuk, ruang dan warna. Manakala prinsip rekaan yang terdapat dalam lukisan ini adalah prinsip harmoni ,penegasan, kontra dan imbangan. Page 7

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Rupa

mesti

mempunyai

garisan

luar

(outline)

dan

sempadan

yang

mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Gambar buah-buahan yang dilukis pelajar merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan ilusi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi.. Bentuk lukisan lukisan. Manakala ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Ruang turut merupakan unsur dalam hasil lukisan pelajar seperti di atas. Ruangan jelas pada merah jambu. Selain itu, warna juga merupakan unsur yang terdapat dalam lukisan 1 ini. Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Selain unsur terdapat juga prinsip rekaan dalam hasil lukisan iaitu harmoni, penegasan, kontra dan imbangan. Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. ini merupakan bentuk ilusi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, dan

Page 8

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Kontra pula wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciriciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Prinsip rekaan penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Lukisan 1 ini menarik perhatian kerana hasil lukisannya yang jelas dilihat. Dan prinsip rekaan yang terakhir adalah imbangan. Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan. Terdapat imbangan dalam lukisan 1 diatas.

Unsur seni yang terdapat bagi lukisan diatas adalah garisan, bentuk dan warna. Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Ia merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis. Ini kerana, melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Lukisan ini mempunyai garisan yang kurang jelas dan kasar. Bentuk yang terdapat di dalam lukisan ini adalah bentuk ilusi dan unsur warna turut terdapat dalam lukisan ini. Ini kerana terdapat warna kuning, merah dan biru pada hasil lukisan ini. Warna asas boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan Page 9

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. Prinsip rekaan bagi hasil karya ini pula adalah harmoni dan kontra. Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Kontra wujud apabila salah satu daripada unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Ini dapat dilihat pada perbezaan warna setiap buah-buahan yang dilukis dan diwarna.

3.0PENILAIAN PORTFOLIO Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS) Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya. Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan seseorang pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar dan kemajuan di dalam pembelajarannya.

Page 10

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan cara terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan Bahasa dan Pustaka: 1983) Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk transformi idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi: a. Komunikasi/ekspresi b. Keyakinan diri c. Perkembangan persepsi d. Pengetahuan seni e. Ketekalan organisasi estetika f. Kreativiti g. Kemahiran h. Keupayaan Saya mencadangkan satu bentuk penilaian portfolio yang mana dapat menilai aspek-aspek asas seni reka ke atas hasil lukisan pelajar yang bertemakan penggunaan persekitaran. Berikut adalah contoh bagi lukisan pelajar di dalam portfolio yang dilampirkan.

Page 11

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Kriteria yg dinilai Pengetahuan dan PenggunaanWarna Idea dan Bentuk Teknik Kemahiran Alat/Bahan yg digunakan Produk Sahsiah/Nilai

Cemerlang 7-10 9 8 7 7 8

Baik 4-6

Lemah 1-3

Jadual 1 : Penilaian Hasil lukisan Jadual di atas menunjukkan contoh cadangan penilaian porfolio yang dinilai pada portfolio (lampiran) . Pada kreteria kefahaman dan penggunaan warna, 9 markah diberikan kerana pelajar berkebolehan mengolah idea secara kritis dan kreatif mengikut tajuk yang diberi dan pelajar juga berkebolehan menggunakan warna yang digunakan jelas dan menarik.Pelajar dapat mengilustrasikan penggunaan warna mengikut sistem pengcahayaan. Penilaian kreteria perkembangan idea dan bentuk pula diberi nilai 8 markah kerana pelajar berkebolehan mengolah motif kepada idea yang baru. Pelajar juga berjaya menghasilkan bentuk sebenar buah-buahan dalam hasil karya.

Page 12

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Begitu juga dengan teknik yang digunakan. Teknik lukisan yang menggunakan warna lilin menunjukkan kreativiti pelajar dalam mengembangkan idea dan mengaplikasikan teknik mengikut proses. Kreteria ini diberi nilai 7 markah. Bagi kreteria penggunaan alat dan bahan 7 markah telah diberikan kerana pelajar berkemahiran menggunakan alat dan bahan dengan cara yang kreatif. Bagi kreteria produk atau penghasilan 8 markah diberikan kerana pelajar berjaa menghasilkan folio mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Penilaian yang terakhir adalah bagi kreteria sahsiah/nilai murni. Kreteria ini diberi nilai sebanyak 6 markah kerana pelajar menunjukkan komitmen dalam menghasilkan tugasan. 1.0 PENUTUP Kreativiti boleh diransang melalui aktiviti melukis. Seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan juga tidak tepat. Prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumus data yang diperolehi. Kesimpulannya, kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.

Page 13

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Rujukan Open University Malaysia (2009).HBAE1403 Menggambar.Selangor Darul Ehsan:Meteor Doc. Sdn Bhd Kementerian Pendidikan Malaysia(1998).Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: DBP. Md. Nasir Ibrahim & Ibrahim Hassan(2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan University. Selangor: PTS Publications and Distributors Pusat Perkembangan Kurikulum(2003).Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Seni Visual. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Kathleen Chee. (2009). Pendidikan Seni Visual .Selangor: Penerbitan Pelanggi Sdn Moskal,Barbara et.Al (2002) Validity, Realibility and The Assessment of Engineering Page 14

ZAINUN IBRAHIM 730805115206

PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK HBAE 1203

Education; Journal of Enginnering Education. Thorndike,et.Al (1991). Measurement and Evaluation in Psychology and Education.(5th Edition) New York;Macmillan. Van Krieken,R (Dr).(1995);Writing and Administring Examinations,CITO. Van Dallen,D.P (1979); Understanding Educational Research 4th Edition.Mc Graw Hill Inc. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001);Penilaian Kendalian Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Page 15

You might also like