Perancngan Strategik smkbt2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Lagu Sekolah WARGA CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG SMK Bandar Tenggara 2 Namanya gemilang warganya cemerlang Tersohor seluruh

negara Di sini kami belajar, menimba ilmu Menjana intelek Untuk menjadi insan mulia Berbakti pada negara Mari bersama ayuh tingkatkan Julang sekolah ke puncak jaya Sekolah kita tanggungjawab kita Pastikan bertaraf dunia Sekolahku syurgaku Menjadi idaman semua Kebanggaan semua warga Cemerlang, terus cemerlang Ulang 2x

Sejarah Sekolah
SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya terletak kira-kira 77 kilometer dari Johor Bahru dan 44 kilometer dari Bandar Kulaijaya. Sekolah ini mula dibina pada 19 Jun 2000. Kontraktor yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini ialah Anjaria Properties Sdn. Bhd dan Syarikat Perunding Urusbudi Consult Sdn. Bhd. Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada tahun 2002 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 Oktober 2002. Ketika itu penyelaras sekolah ialah Encik Juhari bin Ahmad dari SMK Bandar Tenggara di mana beliau dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Segala urusan penerimaan bekalan dan perabot diuruskan oleh beliau. Proses penyerahan sekolah yang dibuat dalam satu majlis ringkas telah melibatkan Anjaria Sdn. Bhd, Syarikat Perunding Urusbudi, wakil dari JPNJ, waan wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Kulai dan wakil dari sekolah ini. Pada 16 November 2002, seramai 14 orang guru dari SMK Bandar Tenggara telah diarahkan bertukar ke sekolah ini. Kemudian 2 orang guru dari SMK sultan Alauddin dan 6 orang guru dari luar Bandar Tenggara mohon bertukar ke sekolah ini. Pentadbiran baru ketika itu ialah Encik Abdul Rahim bin Ahmad (GPK 1), Encik Juhari bin Ahmad (GPK HEM), Encik Kamalulail bin Toha (GPK KOKO) dan Encik Alihan bin A. Rahman (Kaunselor). 6 Januari 2003 merupakan hari pelancaran operasi SMK Bandar Tenggara 2 yang disempurnakan oleh Tuan Hj A. Hamid bin Abdul Hassan, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Pelancaran telah diadakan pada jam 7.30 pagi bertempat di dataran perhimpunana sekolah. Seramai 22 orang guru telah bertugas pada sesi pertama persekolahan dengan 6 orang kakitangan sokongan. Pada ketika itu, seramai 275 orang murid bersekolah di sekolah ini dengan 11 buah bilik darjah iaitu lima kelas tingkatan 1, dua kelas tingkatan 2, dua kelas tingkatan 3 dan dua kelas tingkatan. 4. Kesemua pelajar adalah dari SMK Bandar Tenggara yang terdiri daripada sekitar Bandar Tenggara, Felda Penggeli Timur, Felda Sungai Sibol dan Felda Inas. Sekolah ini tidak mempunyai pengetua sehinga 15 Mac 2003. Pada 16 Mac 2003, Pn Hjh Tumirah binti Samat dari SMK Sultan Abd Jalil, Kluang telah dilantik sebagai pengetua pertama. Pada bulan Disember 2004, Pn Hjh Tumirah binti Samat telah bertukar ke SMK Seri Intan, Kluang dan digantikan dengan Pn. Hjh Kamariah binti Sarep bermula pada 01 Disember 2004 sehingga 24 Mac 2011. Kini, pengetua yang menerajui SMK Bandar Tenggara 2 ialah Tn. Hj Shahrom bin Sukari yang mula berkhidmat mulai 20 April 2011 SMK Bandar Tenggara 2 merupakan Sekolah Kawalan yang diselia oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR di Daerah Kulaijaya yang tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), SMK Agama dan MRSM akan ditempatkan di SMK Bandar Tenggara 2. Sekolah ini juga menyediakan asrama yang boleh menampung sehingga 400 orang murid yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sehingga kini SMK Bandar Tenggara 2 mempunyai lebih 500 orang pelajar dan lebih 40 orang guru. Terdapat banyak kemudahan fizikal yang disediakan iaitu : Pejabat Pentadbiran Bilik Darjah Makmal Bahasa Melayu Bilik Pengawas Bilik Pengurusan Sukan Makmal Sains Sukan Bilik Kokurikulum Bilik Gerakan Bilik BOSS Bilik Rawatan Bilik Guru berhawa dingin Makmal Bahasa Inggeris Bilik Geografi Dewan Peperiksaan Bengkel KHB dan Bengkel Masakan

Makmal Sains Bilik Kejuruteraan Makmal Komputer berhawa dingin Perpustakaan berhawa dingin Bilik Tayang Studio Seni Bilik Kaunseling Koperasi Kantin Surau Dewan Terbuka Tandas dan Bilik Persalinan

You might also like