Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SAINS TAHUN 5

BIDANG 2: MENYIASAT ALAM FIZIKAL

TENAGA
PENGENALAN TENTANG TENAGA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat menyatakan: Kegunaan tenaga pada kehidupan Enam Sumber-sumber utama tenaga

KEGUNAAN TENAGA
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan proses-proses hidup seperti bernafas, bergerak dan untuk pertumbuhan.

KEGUNAAN TENAGA
Tenaga digunakan untuk bernafas

oksigen

Tenaga digunakan untuk bergerak

Tenaga digunakan untuk bertumbuh

KEGUNAAN TENAGA
Tenaga juga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan aktiviti dan kerjakerja harian. Tenaga juga diperlukan oleh bukan hidupan untuk menjadikannya berguna atau berfungsi.

SUMBER TENAGA
Terdapat pelbagai sumber tenaga, iaitu:
Matahari Bahan api Angin Makanan Air Sel kering

SUMBER TENAGA
Matahari
Matahari ialah sumber tenaga yang utama. Ini kerana kebanyakan tenaga adalah berasal daripada Matahari.

Tahukah anda? Tanpa tenaga Matahari, tidak akan terdapat apa-apapun. Tiada kehidupan, tiada pergerakan, tiada cahaya, tiada haba, dan juga tiada kamu.

SUMBER TENAGA
Bahan api
Bahan api ialah sumber tenaga yang dijana daripada bahan semulajadi termasuk haiwan dan tumbuhan. Bahan api boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahan api asli, iaitu bahan api yang tidak boleh diperbaharui dan bahan api bio yang dijana daripada tumbuhan. Contoh bahan api asli ialah petroleum, gas asli dan arang batu.

SUMBER TENAGA
Angin Tenaga juga boleh dihasilkan melalui angin. Sumber tenaga angin digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik.

SUMBER TENAGA
Makanan
Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir. Manusia perlu mengambil makanan seimbang supaya kekal sihat.

SUMBER TENAGA
Air Tenaga air merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga air digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik. Sistem ini sama seperti sistem tenaga angin

SUMBER TENAGA
Sel kering
Juga dikenali sebagai bahan api buatan. Sel kering ialah sejenis sel elektrokimia dengan elektrolit kelembapan rendah lekit. Ia merupakan sumber tenaga elektrik yang biasa digunakan dalam peralatan elektrik.

RUMUSAN
Hidupan sangat bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Hidupan memerlukan tenaga untuk bergerak, membesar, membiak dan sebagainya. Manusia memerlukan tenaga untuk memasak makanan dan minuman.
Tenaga diperlukan untuk mendidihkan air

RUMUSAN
Kenderaan memerlukan tenaga untuk dihidupkan dan bergerak. Oleh itu adalah penting untuk manusia memelihara sumber-sumber tenaga yang ada.
Kenderaan memerlukan tenaga untuk dihidupkan dan bergerak

PERBINCANGAN
oksigen

Kita memerlukan tenaga untuk _______

Gajah memerlukan tenaga untuk _______


Tumbuhan memerlukan tenaga untuk _____

Burung memerlukan tenaga untuk _______

You might also like