Teks Ucapan Pengarah Penyerahan Plak Sijil Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Sesi 20112012

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PROGRAM PENYERAHAN PLAK SIJIL PENYERTAAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR SESI 2011/2012 PERINGKAT

NEGERI MELAKA Terima kasih, Pn. Pengacara Majlis, Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Selamat datang ke Program Penyerahan Plak Sijil Penyertaan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Sesi 2011/2012 Peringkat Negeri Melaka. Yang dihormati dan diraikan Pengetua-pengetua dan Guru-guru besar yang hadir Yang berusaha Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Pn. Dzuriyati Noor Binti Ya'akub Yang berusaha Ketua Penolong Pengarah Operasi, En. Hedzir bin Zakaria Pengawai-pegawai JAS, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pertama kali, saya memanjatkan kesyukuran ke-hadrat ALLAH S.W.T atas kesempatan kita untuk berkumpul bagi melaksanakan program pada petang ini. Saya mewakili warga JAS seluruh negara khususnya dari Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar mengucapkan ribuan terima kasih atas kesungguhan tuan puan dalam melaksanakan Sekolah Lestari di sekolah masing-masing. Tuan puan, Pelaksanaan Sekolah Lestari adalah harapan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan dan nasihat dari JAS serta Perunding UKM Lestari dalam membentuk suasana sekolah yang lebih kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. Secara tidak langsung melahirkan aura-aura positif dikalangan warga sekolah dengan masyarakat serta komuniti sekitar. Untuk makluman tuan puan, Pelaksanaan Sekolah Lestari telah bermula pada pusingan pertama iaitu pada tahun 2005/2006 dan kini telah masuk pusingan ke-5 iaitu sesi 2013/2014. Pelaksanaan ini adalah hasil rentetan daripada Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk PengetuaPengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka. Jika dilihat idea Sekolah Lestari ini tercipta di Melaka maka seharusnya, kita perlu bekerja keras bagi merealisasikan Pelaksanaan Sekolah Lestari di Melaka.

Tuan puan, memenangi Anugerah Sekolah Lestari adalah satu pengiktirafan yang tidak ternilai setelah berpenat lelah melaksanakan Sekolah lestari tetapi hasil pelaksanaan Sekolah lestari yang perlu kita renung dan garap sebaik mungkin bagi

bergerak lebih maju dan mantap dalam merealisasikan pencapaian ilmu yang lebih tinggi selari dengan kemajuan, sosial dan alam sekitar yang mampan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Penyertaan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar bagi sesi 2011/2012 adalah amat membanggakan JAS dan Jab. Pelajaran Melaka kerana merupakan penyertaan paling banyak setakat ini. Pada pusingan pertama hingga ke-tiga iaitu sesi 2005/2006, 2007/2008 dan 2009/20010 hanya sebanyak 3 sekolah yang menyertai setiap tahun tetapi pada pusingan ke-empat pada sesi 2011/2012 sebanyak 13 sekolah iaitu 6 buah Sekolah Menengah dan 7 buah Sekolah Rendah. Adalah menjadi hasrat Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia bagi mempromosikan Sekolah Lestari keseluruhan negara. Justeru itu, program "Flagship Sekolah Lestari Rakan Alam Sekitar telah dilaksanakan pada tahun 2011 di mana sekolah terpilih melalui Parlimen akan disalurkan peruntukan sebanyak RM5,000.00 setiap sekolah. Melalui program ini lah, maka tuan-tuan dan puan-puan telah menerima peruntukan bagi melaksanakan Sekolah Lestari. Hasrat ini juga dilaksanakan pada tahun 2012 dan tahun seterusnya. Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi, Adalah menjadi harapan Jabatan agar pelaksanaan Sekolah Lestari ini diteruskan di peringkat sekolah masing-masing. Ingatlah tuan puan bahawa bukan anugerah yang dikejar tetapi hasil jaringan yang kuat yang terbina daripada pelaksanaan Sekolah Lestari. Ini adalah bukti kesungguhan tuan puan dalam menghasilkan suasana lestari di sekolah bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah dengan terhasilnya pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi kerohanian, sosial dan jasmani. Inilah yang dipanggil hasil lestari kerana merangkumi semua aspek. Mereka ini adalah permata-permata negara yang tidak ternilai dalam menerajui Malaysia pada masa akan datang. Terima kasih kepada tuan puan kerana sudi mendidik mereka dengan nilai-nilai terpuji dalam perangkaan, perancangan dan pelaksanaan Sekolah Lestari. Akhir kata, saya berharap tuan puan akan terus berusaha bagi menjayakan pelaksanaan Sekolah Lestari di sekolah masing-masing. Hanya melalui tuan puan sahaja hasrat ini boleh diteruskan dan semoga tuan puan tidak menghampakan hasrat Jabatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjadikan semua sekolah di seluruh Melaka khasnya dan semua sekolah di seluruh negara menjadi Sekolah Lestari. Sekian, terima kasih. Wasalam

You might also like