sn3 Ex1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

AMALI SAINS 1 SEMESTER 2 EKSPERIMEN 1 Tujuan : Penyulingan berperingkat minyak tanah Teori : Petroleum ialah sejenis cecair organik

yang kompleks yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu secara semula jadi dan terperangkap di bawah bantuan di perut bumi. Petroleum mengandungi tiga kumpulan utama sebatian hidrokarbon iaitu Paraffin, Napthene dan Aromatik. Paraffin terdiri dari struktur hidrokarbon berhenti lurus dan bercabang, molekul yang mempunyai C1 C4 berupa gas pada suhu bilik. Napthene mengandungi cincin-cincin karbon, kadangkala mempunyai rantai karbon pada sis, mempunyai sifat sama seperti paraffin. ( Contoh: Cyclohexane dan dimethyl cyclopentane). Aromatik adalah sebatian hidrokarbon yang mengandungi satu cincin terdiri dari enam atom karbon dengan ikatan ganda dua antara C=C berselang seli dengan ikatan tunggal C-C, struktur ini dinamakan cincin benzene ( Contoh: Benzene C6H6, Toluene/ methyl benzene C7H8, Xylene/ dimethyl benzene (C8H10). Bilangan atom karbon dan struktur molekul yang berbeza menyebabkan campuran sebatian hidrokarbon dalam petroleum mempunyai takat suhu didih yang berbeza. Semakin rendah takat didih semakin mudah pecahan untuk terbakar dan semakin bersih nyalaan (kurang berjelaga). Asas ini digunakan untuk mengasingkan campuran petroleum kepada beberapa pecahan pada julat suhu yang berbeza untuk kugunaan yang berbeza. Biodiesel merupakan bahan bakar alternatif yang dapat menggantikan petroleum sebagai bahan api.

Alat/ Radas: Kelalang tapak bulat berlengan, termometer (0-360C), kaki retot, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, rak tabung uji dan 5 tabung uji bertutup, alas asbestos, mangkok pijar, kasa dawai/ segi tiga posulen, pemetik api, biker, biker (150ml), kapas, kapas kaca, kertas turas, dan botol air suling Bahan kimia: Minyak mentah, larutan kalium mangganat (VII) berasid (0.01M) di dalam botol penitis Prosedur: 1. Pasang kelalang tapak bulat pada kaki retot. 2. Gunakan forsep, masukkan kapas kaca ke dalam kelalang tapak bulat. 3. Masukkan minyak mentah ke dalam kelalang tapak bulat menggunakan corong turas. 4. Tutup kelalang tapak bulat menggunakan penutup gabus yang dipasang dengan termometer. 5. Lengkapkan alat/ radas seperti yang tertera pada rajah di bawah.

6. Alirkan air melalui kondenser liebej. 7. Panaskan kelalang tapak bulat yang berisi minyak mentah menggunakan penunu Bunsen pada julat suhu 25C hingga 70C, kumpul hasil sulingan yang keluar dari kondenser liebej ke dalam tabung dan labelkan sebagai pecahan I. 8. Ulang prosedur nombor 7 bagi pecahan-pecahan II, III, IV, V dan VI pada julat-julat suhu yang berbeza dan catat warna cecair yang terkumpul. 9. Jalankan ujian-ujian berikut ke atas hasil-hasil pecahan I hingga VI untuk membandingkan sifat-sifat dan kimia pecahan petroleum. i Kelikatan

Tuangkan sedikit pecahan ke dalam mangkok pijar yang berbeza, perhatikan bagaimana pengaliran pecahan cecair-cecair ke dalam mangkok pijar dan gunakan hujung jari sentuhkan pada kemudian gosokkanya pada ibu jari. ii Kebolehbakaran/ keupayaan terbakar (inflammability) dan peratus kandungan karbon.

Setiap pecahan dari (i) dalam mangkok pijar dinyalakan menggunakan pemetik api. Jika pecahan sukar membakar, gunakan kapas sebagai sumbu. Bandingkan warna nyalaan dan jelaga yang terbentuk. iii Keterlarutan dalam air Masukkan sedikit air ke dalam tabung uji kemudian tambahkan hasil pecahan I, tutup dan goncang campuran. Ulang eksperimen ini bagi pecahan-pecahan II hingga VI. iv Tindak balas dengan agen pengoksida Masukkan sedikit pecahan I ke dalam tabung uji, tambahkan beberapa titis larutan kalium mangganat (VII) berasid, tutup dan goncang tabung uji, perhatikan perubahan warna pada larutan kalium mangganat (VII) berasid.

Perbincangan: Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul dan takat didih yang berbeza-beza. Dengan melakukan penyulingan pecahan, minyak mentah akan diasingkan kepada beberapa pecahan berdasarkan julat suhu takat didih. Setiap pecahan mempunyai sifat-sifat yang tersendiri terhadap suhu takat didih, kelikatan, warna pecahan, warna nyalaan dan kualiti jelaga yang terhasil apabila terbakar. Soalan: 1. Nyatakan peranan kapas kaca dalam eksperimen ini dan nyatakan bahan lain yang boleh mengantikannya. Kapas kaca digunakan sebagai pencegah hentakan dalam kelalang penyulingan bagi mengelakkan petroleum daripada melompatmasuk ke dalam salur pengantar apabila dididihkan. Kapas kaca digunakan juga sebagai bahan untuk mengelakkan lonjakan minyak mentah semasa dipanaskan. Bahan lain yang boleh menggantikan ialah serpihan porselin.

2. Apakah proses yang berlaku dalam kondensar leibej? Dalam kondenser leibej proses kondensasi berlaku. Penyulingan berperingkat petroleum menggunakan kondenser leibej di mana berfungsi untuk menukarkan wap air yang panas kepada cecair. Air yang dialirkan secara berterusan dapat menyejukkan wap air yang panas dimana proses kondensasi telah berlaku di sini. Perubahan keadaan yang berlaku adalah daripada wap air kepada cecair. Cecair yang dihasilkan seterusnya telah mengali keluar daripada condenser leibej dan masuk ke dalam tabung uji sebagai hasil penyulingan. 3. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi perbezaan takat suhu didih molekul-molekul dalam campuran petroleum? Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang mempunyai saiz molekul dan takat didih yang berbeza-beza. Bilangan atom karbon dan struktur molekul yang berbeza menyebabkan campuran sebatian hidrokarbon dalam petroleum

mempunyai takat suhu didih yang berbeza. 4. takat suhu didih pentena (C5H12) adalah 36.1C. I. Apakah keadaan fizikal pentane pada suhu dan tekanan bilik. Cecair II. Kira peratus kandungan karbon dalam molekul pentane. Nombor proton karbon, C = 12 Nombor proton hidrogen, H = 1 Peratus kandungan karbon, C = ( ) ( )

Kesimpulan: Kelikatan pecahan bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 6. Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin likat pecahan. Pecahahan yang lebih tinggi akan mempunyai molwkul-molekul yang mempunyai saiz yang lebih besar. Saiz yag besar menyebabkan daya tarikan daya tarikan yang besar antara molekul-molekul. Ini

menyebabkan molekul-molekul besar lebih sukar mengalir. Jadi, jika saiz molekul bertambah, kelikatan juga akan bertambah. Petroleum merupakan cecair yang mudah terbakar yang terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat. Apabila tiap-tiap pecahan dituang ke dalam piring petri yang berlainan dan dinyalakan dengan mancis, pecahan yang dikumpulkan pada julat suhu yang terendah menyala dengan paling mudah. Pecahan yang dikumpulkan pada julat suhu yang tinggi didapati lebih susah untuk menyala. Apinya juga mengeluarkan jelaga yang hitam. Jadi, kesenangan setiap pecahan minyak mentah dinyalakan berubah mengikut takat didihnya. Kejalagaan nyala bertambah dengan takat didih pecahan. Ini kerana saiz molekul menjadi semakin besar. Apabila bilangan karbon dalam hidrokarbon adalah tinggi, pembakaran tidak lengkap berlaku karbon yang tidak membentuk gas karbon dioksida akan dikeluarkan sebagai butir-butir karbon. Maka, jelaga terbentuk. Saiz molekul yang semakin besar juga menyebabkannya semakin susah untuk terbakar.

Namun begitu, semua pecahan tersebut mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu, keterlarutan dalam air keranan semua pecahahan petroleum tidak larutr dalam air. Apabila setiap pacahan dicampur dengan beberapa cm 3 air di dalam tabung uji yang berlainan dan digoncong serta diarkan pegun, dua lapisan akan terbentuk. Lapisan yang di atas ialah lapisan minyak sementara lapisan yang di bawah ialah lapisan air. Jadi, minyak dan air tidak boelh terlarutcampur. Petroleum mempunyai molekulmolekul kovalen yang neutral manakala molekul-molekul air adalah molekul-molekul air adalah molekul-molekul berkutub. Ini menyebabkan kedua-dua jenis cecair ini tidak melarut dalam satu sama lain. Ketumpatan minyak petroleum adalah lebih rendah daripada ketumpatan air. Jadi, jika air dicampurkan kepada minyak petroleum, minyak akan tertimbul di permukaan air. Selain itu, kesemua pecahan yang bertindakbalas dengan kalium mangganat (VII) berasid, KmnO4, semua pecahan dinyahwarnakan. Hal ini kerana larutan pecahan I hingga Vi meraupakan sebatian alkena yang mempunyai ikatan ganda dua.Warna jingga kalium mangganat (VII) berasid dilunturkan kepada warna yang jernih dan tidak terlarut. Dengan ini dapat diringkaskan bahawa pengoksidaan pecahan berlaku

diantara molekul kovalen. Proses penurunan ion Mn 7+ke ion Mn2+ menyebabkan kelunturan warna berlaku. Semakin tinggi takat didih, semakin tambah kelikatan apabila saiz molekul bertambah, semakin sukar kebolehbakaran kerana semakin tambah panjang rangkaian karbon, kejelagaan nyalaan bertambah dan warna juga semakin bertambah gelap kerana pertambahan bilangan karbon per molekul hidrokarbon. Pemacahan tidak larut dalam air dan pengoksidaan berlaku semasa bertidak balas dengan agen pengoksidaan (KmnO4). Daripada ujian-ujian yang dijalankan, boelhlah dikatakan bahawa dengan

bertambahnya takat didih bagi komponen hidrokarbon: (a) kelikatan akan bertambah, iaitu pecahan minyak menjadi lebih pekat. (b) pembakaran menjadi lebih sukar. Jika dibandingkan warna keenam-enam pecahan itu, akan didapati pecahan yang dikumpulkan pada julat suhu yang rendah akan mempunyai warna yang lebih cerah.

You might also like