Topik 7

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Topik7

Pembinaan Soalansoalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menjelaskan konsep penilaian dan Aras Taksonomi Bloom; Menyediakan item-item pelbagai soalan objektif untuk Tahun 5 dan 6; Menyediakan item pelbagai soalan struktur untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6; dan Menyediakan soalan esei untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.

PENGENALAN
Topik ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ujian, perkaitan antara ujian dan pemeringkatan ujian mengikut Taksonomi Bloom, penyediaan item pelbagai soalan objektif untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6, penyediaan item pelbagai soalan jenis struktur dan juga penyediaan item soalan untuk Tahun 5 dan 6.

196

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

7.1

KONSEP UJIAN DAN PEMERINGKATAN TAKSONOMI BLOOM

Dalam dunia pendidikan pencapaian sesuatu objektif pengajaran hanya boleh dilihat melalui sistem penilaian ataupun pembinaan ujian yang bersesuaian. Pembinaan ujian di peringkat persekolahan pada kebiasaannya akan menekankan tiga aspek utama iaitu: (a) (b) (c) Kognitif; Afektif; dan Psikomotor.

Dalam konteks pendidikan moral elemen afektif ialah elemen yang banyak diberikan penumpuan berbanding kognitif dan psikomotor. Namun demikian, sebagai seorang guru kita seharusnyalah membina ujian yang lebih seimbang agar ketiga-tiga elemen ini dapat dicernakan mengikut wajaran mata pelajaran berkaitan. Ini amat bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada keseimbangan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Secara ringkas ujian yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor boleh dijelaskan seperti dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Konsep penilaian

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

197

Setiap item pembinaan ujian yang di atas memerlukan pemeringkatan yang bersesuaian berdasarkan dengan mata pelajaran tertentu. Dalam Pendidikan Moral, pemeringkatan elemen pengujian juga perlulah diketahui oleh guru. Dalam konteks ini, ia bagi menentukan setiap item soalan yang dibina oleh guru dapat mengukur apa yang perlu diukur. Pemeringkatan item berdasarkan Taksonomi Bloom ialah suatu cara yang sering digunakan untuk membina ataupun menentukan tahap sesuatu item ujian itu dibuat. Taksonomi Bloom mengambil kira enam hierarki atau pemeringkatan soalan, iaitu: (i) (ii) Pengetahuan; Kefahaman;

(iii) Aplikasi; (iv). Analisis; (v) Sintesis; dan

(vi) Penilaian. Dalam bentuk pembinaan item ujian, pemeringkatan Taksonomi Bloom ini boleh dijelaskan seperti jadual berikut:

198

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Jadual 7.1: Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. Pengetahuan Menguji pengetahuan murid-murid Mengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah mereka pelajari. Kefahaman Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Contoh soalan Nyatakan lima prinsip Rukun Negara

2.

Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapa.

3.

Salmi ialah seorang murid yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya dengan betul. Dia selalu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk menyempurnakan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Salmi agar dia boleh menyamai dirinya dengan murid lain yang cemerlang. Banding bezakan antara dua watak yang terdapat di dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

4.

Analisis Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Sintesis Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

5.

Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang anda telah baca. Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

199

Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom di atas amat penting untuk kita membuat kewajaran atau peratusan jumlah item yang akan kita bina. Kita dengan mudah akan dapat membina item soalan berdasarkan kewajaran atau nisbah jumlah darjah kesukaran berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Ini juga secara tidak langsung, memberikan peluang kepada kita membina item soalan secara menyeluruh merangkumi aspek pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

AKTIVITI 7.1
Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom amat penting dipraktikkan oleh guru dalam usaha menyediakan bentuk soalan yang baik dan relevan. Bincangkan.

7.2
7.2.1

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN OBJEKTIF UNTUK TAHUN 5 DAN 6


Konsep Item Pelbagai Soalan Objektif

Ujian jenis objektif ini dikenali sebagai objektif kerana tidak kira siapa yang memeriksa markah yang sama juga akan diperoleh. Ia juga pada kebiasaannya hanya memerlukan jawapan yang pendek iaitu hanya terdiri daripada beberapa perkataan atau satu frasa sahaja. Contoh ujian objektif ini ialah ujian aneka pilihan, ujian salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan. Satu ciri yang utama ujian objektif ini ialah setiap calon dibekalkan satu tugasan berstruktur yang mengehadkan tindak balas. Untuk menjawab dengan betul setiap calon juga perlulah mempunyai pengetahuan serta kefahaman khusus berkaitan dengan bidang atau tajuk yang dipelajari. Oleh itu, ujian jenis ini tidak berupaya menguji kebolehan calon untuk memilih, menyusun, membanding beza, serta menyatukan idea dan fakta. Ujian jenis objektif ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok utama, iaitu (i) (ii) jenis yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon dan yang memerlukan calon membuat pilihan yang tepat atau betul daripada beberapa pilihan jawapan yang disediakan.

200

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

7.2.2
(a)

Jenis Item yang Memerlukan Sumbangan Calon

Jenis Jawapan Pendek Jenis soalan ini memerlukan calon menjawab jawapan secara pendek. Ia mungkin berbentuk satu soalan atau kenyataan dan setiap calon dikehendaki memberikan jawapan. Contohnya:
Nyatakan apakah nilai yang sesuai bagi perlakuan berikut:
Nina sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar dia mencapai kejayaan.

Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 Nilai _________

Beberapa peraturan haruslah diikuti oleh guru untuk memastikan item soalan objektif jawapan pendek ini bertepatan dengan keperluan. Antaranya ialah: (i) (ii) Tugasan soalan haruslah jelas dan jawapan yang diperlukan adalah ringkas dan tepat. Jauhkan daripada memetik perkataan atau ayat terus daripada buku teks atau petikan kerana ini dikhuatiri akan menyebabkan calon menghafal atau telah mengenal jawapan.

(iii) Soalan langsung adalah lebih baik daripada bentuk kenyataan yang tidak lengkap. (iv) Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu tempat kosong. (b) Jenis Item Melengkapkan Item soalan jenis ini ialah memerlukan setiap calon untuk melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya soalan jenis ini banyak memerlukan hafalan dan mengingat kembali fakta. Contohnya:

Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

201

Prinsip yang perlu diikuti oleh guru apabila hendak membina item jenis ini ialah: (i) (ii) Gunakan kenyataan yang tugasnya adalah spesifik dan jelas. Jauhkan daripada menggunakan terlalu banyak tempat kosong.

(iii) Setiap kenyataan hanya untuk satu jawapan sahaja. (iv) Tidak digalakkan memetik terus perkataan atau ayat daripada buku teks. (v) Garisan yang dibina hendaklah sama panjang.

(vi) Perkataan atau frasa yang ditinggalkan haruslah merupakan isi penting. (c) Jenis Ujian Objektif Pilihan Terdapat tiga jenis ujian objektif pilihan iaitu (i) (ii) Item benar atau salah; Item padanan; dan

(iii) Item aneka pilihan. (i) Item Benar atau Salah Item benar atau salah ialah jenis objektif yang hanya memerlukan calon menjawab sama ada benar atau salah ataupun dengan menandakan ( ) pada jawapan yang benar dan ( ) pada jawapan yang salah. Contohnya:

202

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Prinsip yang perlu dipraktikkan oleh guru untuk membina item jenis benar atau salah ini ialah seperti berikut: Elakkan daripada pokok soalan yang terlalu umum Elakkan daripada menggunakan kenyataan yang kurang penting Elakkan daripada kenyataan negatif atau mengandungi dua negatif Jauhkan daripada ayat yang terlalu panjang dan kompleks Kenyataan bagi jawapan benar atau salah seharusnya sama panjang Bilangan kenyataan benar dan salah seharusnya sama banyak Pastikan setiap kenyataan mengandungi satu idea utama sahaja Jauhkan daripada memetik pokok soalan terus daripada buku teks. (ii) Item Padanan Item jenis ini memerlukan setiap calon untuk memadankan gambar, perkataan atau apa sahaja bentuk yang mempunyai pertalian atau berpadanan dengan kenyataan yang diberikan di sebelah kiri dan padanannya di sebelah kanan. Contohnya

Prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru apabila membina item ujian jenis ini: Usaha memadankan dicadangkan supaya berbentuk homogen Jumlah butiran soalan di sebelah kiri perlulah berbeza dengan butiran sebelah kanan Asas padanan yang diberikan perlulah logikal

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

203

Pastikan setiap arahan jelas dan difahami calon Setiap soalan dan jawapan perlulah dalam halaman yang sama Susunan perlulah secara logik dan mengikut urutan yang jelas (iii) Item Aneka Pilihan Item jenis ini diperakui bahawa yang paling sesuai dan banyak digunakan. Item ini mempunyai reputasi yang jelas untuk mengukur hasil pembelajaran. Item aneka pilihan terdiri daripada satu masalah dan satu senarai jawapan cadangan. Cadangan jawapan mungkin terdiri daripada perkataan, nombor, simbol, frasa, dan ayat yang dikatakan sebagai pilihan-pilihan jawapan atau pengganggu. Hanya satu sahaja jawapan yang tepat. Contohnya: Dua sahaja jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul
Bulatkan amalan yang betul mengikut kenyataan yang diberikan di bawah ini: 1. Kaum Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan aman, damai serta harmoni. A. Sentiasa hormat menghormati B. Saling memaafi Kita mesti menghormati adat dan kepercayaan semua kaum di negara kita A. Menghormati agama kaum lain B. Mengikuti agama kaum lain

2.

Empat jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul
Pilih Jawapan Yang Paling Tepat 1. Apakah sikap yang perlu ada pengguna jalan raya? A. Mementingkan diri sendiri B. Berlumba-lumba di jalan raya C. Berhemah serta mematuhi undang-undang D. Lemah lembut Seseorang rakyat yang cinta akan negara kita patut I Menyokong program-program pembangunan negara II Memberi sumbangan ke arah kemajuan negara III Memastikan diri sentiasa berpakaian kemas untuk menjaga imej negara IV Bekerja kuat untuk meningkatkan pendapatan sendiri A. B. C. D. I dan II I dan III II dan III III dan IV

2.

204

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Ee Ah Meng (1998) menyenaraikan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi ketika membina item ujian jenis aneka pilihan adalah seperti berikut: Pokok soalan haruslah bermakna dan membayangkan satu permasalahan yang khusus. Pokok soalan perlulah mengandungi bahan yang relevan sahaja. Kurangkan pokok soalan dalam bentuk negatif. Semua pilihan jawapan hendaklah sejajar dengan pokok soalan dari segi bahasa. Satu item soalan mestilah mempunyai satu jawapan yang betul dan tepat. Penggangu yang baik adalah munasabah dan hampir-hampir sama. Panjang setiap penggangu perlulah sama atau hampir-hampir sama. Kedudukan jawapan A, B, C dan D perlulah diubah dan elakkan daripada membina satu corak pada kertas jawapan. Kurangkan penggangu dengan menggunakan perkataan Tiada jawapan atau Semua jawapan di atas. Sekurang-kurangnya sediakan empat atau mengurangkan peluang murid membuat tekaan. lima jawapan untuk

Pemeringkatan aras soalan boleh diubah-ubah untuk mengukur pencapaian murid di peringkat yang lebih tinggi. Setiap pilihan jawapan perlulah disusun mengikut tertib dan secara berkronologi.

7.2.3

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif


Jadual 7.2: Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif Kebaikan Kelemahan Pembinaan item ujian sukar dan memerlukan kepakaran serta masa yang panjang Kurang dapat menguji kebolehan calon pada aras yang lebih tinggi Murid tidak dapat menghuraikan idea Ada calon yang merasakan tidak perlu banyak membuat persiapan kerana setiap soalan ada jawapan. Ada murid yang cuba meneka

Berupaya menguji semua bidang mata pelajaran dengan luas Dapat menguji aras kognitif peringkat pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi dengan berkesan Masa menjawab dan memeriksa ringkas Keobjektifannya adalah tinggi kerana jawapan yang diperlukan adalah tepat. Item ujian dipersembahkan dengan bahasa yang mudah

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

205

Unsur emosi dapat dielakkan Calon yang lemah penguasaan bahasanya juga boleh menjawab Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi sebab banyak soalan yang boleh disediakan.

Item soalan sukar untuk diubah olah mengikut susunan bahasa.

SEMAK KENDIRI 7.1


1. 2. 3. Nyatakan empat jenis item soalan jenis objektif. Tuliskan dua kebaikan item soalan jenis objektif dan dua kelemahan item soalan jenis objektif. Jelaskan empat prinsip pembinaan soalan item jenis objektif.

7.3

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN STRUKTUR UNTUK TAHUN 5 DAN 6


Konsep Soalan Struktur

7.3.1
(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Soalan struktur ialah jenis soalan yang memerlukan murid-murid memberikan jawapan dalam bentuk tulisan atau lisan. Jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan seperti isu nilai, sikap dan tingkah laku. Tindak balas jawapan adalah terhad kerana ia memerlukan jawapan pada kadar ataupun penyelesaian masalah yang disoal sahaja. Jawapan pada kebiasaannya dalam bentuk satu ayat sahaja atau satu perenggan tetapi tidak begitu panjang. Ia adalah bersifat terhad kerana memerlukan jawapan yang berstruktur. Soalan juga boleh dibina berdasarkan aras Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

206

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

7.3.2

Prinsip Pembinaan Soalan Struktur

Ee Ah Meng (1998) telah menyenaraikan beberapa prinsip pembinaan soalan jenis struktur. Antaranya ialah: (a) (b) Setiap set soalan mestilah dirancang dengan menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Setiap soalan perlulah jelas dan boleh difahami dengan mudah oleh murid. Gunakan penanda soalan nyatakan, susunkan, jelaskan, bezakan, huraikan dan bincangkan. Pemarkahan bagi setiap soalan perlulah dinyatakan kerana ini akan membantu murid mengetahui tahap markah bagi setiap soalan. Pemilihan soalan perlulah dibuat dengan teliti agar ia dapat merangkumi keseluruhan topik. Arahan untuk murid perlulah jelas. Soalan struktur yang banyak pilihan adalah tidak digalakkan Bina soalan mengikut kesesuaian aras kebolehan mental murid. Soalan struktur lebih sesuai untuk aras analisis, sintesis dan penilaian.

(c) (d) (e) (f) (g) (h)

Contoh Soalan Struktur Soalan struktur memerlukan jawapan terhad.


1. 2. Berikan dua sebab mengapa kita perlu mengamalkan hidup secara sederhana.

(2 markah)

Nyatakan pandangan agama tentang kasih sayang terhadap keluarga. (2 markah)

Soalan struktur memerlukan jawapan panjang.


1. 2. Huraikan cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga mengikut ajaran agama.

(4 markah)

Huraikan sikap yang perlu ada pada rakyat Malaysia terhadap kebudayaan pelbagai kaum. (4 markah)

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

207

7.3.3

Pembinaan Soalan Struktur Berasaskan Taksonomi Bloom


Jadual 7.3: Pembinaan Soalan Struktur Melalui Taksonomi Bloom

Aras Soalan Taksonomi Bloom Aras Pengetahuan

Tujuan Soalan Soalan-soalan ini menguji kebolehan murid untuk mengingati kembali maklumat, istilah dan fakta Soalan jenis ini bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan boleh menterjemah, menginterpretasi, membuat jangkaan atau ekstrapolasi Soalan jenis aplikasi memerlukan murid-murid menggunakan prinsip, konsep, dan fakta yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah Soalan jenis ini memerlukan murid-murid mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Ia juga bertujuan untuk menguji kebolehan murid-murid membuat perbandingan iaitu dengan mengkaji perbezaan dan persamaan serta cuba memahami perhubungan yang ada Soalan aras sintesis ialah soalan yang menggabungkan atau mengintergrasikan idea-idea untuk membina suatu rumusan atau kesimpulan. Soalan aras ini memerlukan murid- murid membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara melalui pemikiran yang rasional dan logik

Kata kerja digunakan Nyatakan Senaraikan Berikan Apakah Jelaskan, Huraikan, Terangkan, Mengapa, Bagaimanakah, Terangkan

Contoh

Nyatakan dua sebab mengapa aktiviti gotong royong itu amat berfaedah kepada masyarakat setempat. Jelaskan apakah faedahnya jika kita mengamalkan hidup secara bertoleransi. Bagaimanakah caranya masalah disiplin di dalam bilik darjah dapat dikurangkan?

Aras Kefahaman

Aras Aplikasi

Aras Analisis

Cerakinkan, Bezakan, Bandingkan, Jelaskan, dan Analisiskan

Jelaskan bagaimanakah prinsip Rukun Negara boleh membantu masyarakat Malaysia hidup secara aman dan bertoleransi

Aras Sintesis

Rumuskan, Buat Kesimpulan, Ciptakan

Bagaimanakah anda boleh mengintergrasikan ajaran agama dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia? Sejauh manakah kempen keselamatan jalan raya telah mencapai objektifnya?

Aras Penilaian

Apakah pendapat anda? Sejauh manakah?

208

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

AKTIVITI 7.2
Sejauh manakah item soalan jenis struktur dikatakan lebih baik daripada item soalan jenis objektif? Nyatakan perbezaan yang amat jelas tentang kedua-dua jenis item soalan ini untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.

7.3.4

Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur


Jadual 7.4: Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur Kebaikan Kelemahan Pemarkahan adalah bersifat subjektif Bidang penyoalan agak terbatas Pemarkahan panjang mengambil masa yang akan

Mudah dibina dan ditadbir Ia berupaya mencungkil kebolehan murid memberikan idea yang bernas dan logik Ia boleh digunakan untuk kebanyakan mata pelajaran Murid boleh diuji kematangan mereka menyusun idea, menterjemah idea, dan lain-lain. Peluang untuk meneka jawapan adalah sukar Ia menggalakkan murid sentiasa bersedia Peluang meniru dapat dikurangkan Dapat mengukur hasil pembelajaran yang lebih kompleks

Faktor tulisan dan kekemasan mempengaruhi pemarkahan

Kesan halo mungkin akan timbul di mana pemarkahan pada soalan pertama yang tinggi mempengaruhi berikutnya. Tahap penguasaan bahasa mempengaruhi murid memahami penyoalan Emosi juga mungkin akan mempengaruhi pemarkahan.

7.4
7.4.1
(a) (b) (c)

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM SOALAN ESEI UNTUK TAHUN 5 DAN 6


Konsep Soalan Jenis Esei

Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia memerlukan jawapan yang lebih panjang. Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangka jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan. Isu atau permasalahan yang ditimbulkan ringkas tetapi jawapannya adalah amat luas.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

209

(d) (e) (f) (g) (h) (i)

Idea dan fakta dibincangkan secara bersepadu untuk memperoleh jawapan yang tepat. Soalan jenis esei juga berbentuk perbandingan, huraian, perbincangan dan rencana. Murid menjawab soalan dalam tulisan atau perkataan sendiri. Murid bebas memilih, menerangkan dan membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri. Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik (mengikut kriteria pemarkahan). Soalan jenis esei memerlukan murid menguasai bahasa dengan baik.

7.4.2

Prinsp Pembinaan Soalan Esei

Ee Ah Meng (1998) dan Mok Soon Sang (1997) telah menyenaraikan beberapa prinsip soalan jenis esei. Antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Soalan esei perlulah ditulis untuk menyelesaikan satu masalah. Soalan esei dibina untuk memberikan peluang kepada murid menjelaskan idea atau atau fakta. Soalan esei seharusnya dibina berasaskan tahap kebolehan murid-murid. Soalan perlulah jelas dan mudah difahami oleh murid. Bina soalan esei menggunakan kekunci kata kerja seperti huraikan, bincangkan, bandingkan dan lain-lain.

7.4.3

Contoh Soalan Esei

Menangani isu sosial merupakan tanggungjawab bersama. Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan tersebut ? Bincangkan. Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak memainkan peranan membantu kerajaan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Huraikan kepentingan amalan baik hati terhadap pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
Ketiga-tiga soalan di atas memerlukan jawapan yang panjang dan lontaran idea serta fakta oleh murid. Penggunaan bahasa yang baik dalam bentuk ayat dan wacana yang sesuai juga diperlukan. Soalan jenis ini memang sesuai untuk menguji kebolehan murid menjelaskan idea serta fakta yang mereka ketahui.

210

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Murid bebas tetapi masih dalam lingkungan perbincangan untuk menjawab setiap persoalan. Pada kebiasaan setiap persoalan atau masalah yang dinyatakan telah dibincangkan atau dalam lingkungan pengetahuan serta kefahaman murid.

SEMAK KENDIRI 7.2


1. 2. 3. Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan soalan jenis esei Berikan empat kebaikan soalan jenis esei untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Dengan merujuk salah satu topik dalam Pendidikan Moral Tahun 6 bina soalan jenis esei aras penilaian mengikut pemeringkatan Taksonomi Bloom.

7.5
7.5.1
(a) (b) (c) (d) (e)

BANK ITEM SOALAN UNTUK TAHUN 5 DAN 6


Konsep Bank Item

Sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian. Soalan dibina oleh kelompok guru dalam sesebuah sekolah atau daerah. Setiap soalan perlulah diteliti dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi penambahbaikan. Setiap soalan adalah berasaskan unsur tempatan yang dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran murid. Soalan yang tersimpan di dalam bank soalan boleh digunakan pada bilabila masa.

7.5.2
(a) (b) (c) (d)

Langkah-langkah Menggunakan Bank Item

Tentukan apakah kemahiran yang hendak dinilai. Tentukan peringkat pengujian soalan. Rujuk pada kad yang mengandungi soalan-soalan dalam bank item. Buat pilihan mengikut keperluan.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

211

7.5.3
(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Penyediaan Bank Item di Peringkat Sekolah

Tugas penyediaan bank item ialah tanggungjawab bersama guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Setiap guru Pendidikan Moral diperlukan menghasilkan soalan selepas membuat penilaian murid di dalam bilik darjah. Soalan-soalan yang baru dimasukkan ke dalam bank item. Soalan yang kurang relevan dan tidak sesuai dikeluarkan. Bank item perlu disimpan di tempat yang paling selamat. Guru perlu membuat penilaian darjah kesukaran item setiap kali lepas ujian dilaksanakan.

7.5.4
(a) (b) (c) (d)

Penyediaan Bank Item di Peringkat PPD

Item diselia dan disimpan di peringkat daerah. Soalan ialah sumbangan setiap guru mata pelajaran Pendidikan Moral dalam daerah. Setiap guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral ialah panel penggubal soalan. Tabung soalan boleh digunakan oleh pihak sekolah melalui pemantauan dan pengurusan jawatankuasa tabung soalan.

7.5.5
(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Langkah-langkah Pembinaan Bank Item

Pertama sekali ialah tentukan apakah kemahiran yang hendak dicapai oleh murid. Guru boleh menggubal sendiri ataupun dengan mengutip daripada latihan-latihan yang telah diberikan. Pastikan setiap soalan menepati keperluan objektif dan hasil pembelajaran. Buat penilaian dan saringan serta mengumpul soalan-soalan yang difikirkan baik dan sesuai. Soalan-soalan yang baik sahaja perlu disimpan dalam tabung soalan. Buat perbincangan bersama rakan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan nilai setiap soalan secara bersama.

212

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

(g)

Peringkatkan soalan mengikut aras untuk memudahkan penentuan soalan berdasarkan Jadual penentuan Ujian.

Pengujian amat penting untuk memastikan setiap objektif pengajaran dan pembelajaran dapat diukur pencapaiannya. Pembinaan ujian banyak dipengaruhi oleh pemeringkatan Taksonomi Bloom. Pemeringkatan Taksonomi Bloom bermula pada aras yang asas iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan yang paling tinggi sekali ialah penilaian. Item soalan jenis objektif dikatakan objektif kerana setiap soalan dan jawapan yang diberikan adalah sama dan pembahagian markahnya juga adalah bersifat objektif tidak dipengaruhi oleh perasaan, situasi, atau keadaan semasa penanda menanda jawapan. Item soalan jenis objektif terbahagi kepada item jenis jawapan sumbangan calon dan ujian jenis objektif pilihan. Jawapan sumbangan calon terdiri daripada jawapan pendek dan melengkapkan. Manakala jenis ujian objektif pula terdiri daripada padanan, benar/salah dan aneka pilihan. Beberapa prinsip pembinaan item ujian sama ada jenis objektif, aneka pilihan salah/benar dan padanan perlulah dipatuhi oleh guru agar setiap jawapan mempunyai kebolehpercayaan, kesahan, dan kredibilitinya tersendiri. Soalan jenis struktur ialah soalan yang memerlukan jawapan murid sama ada secara bertulis ataupun lisan. Soalan esei yang dibina perlulah berbentuk penyelesaian atau penghuraian sesuatu isu atau masalah. Soalan struktur mudah dibina jika dibandingkan dengan soalan jenis objektif tetapi ia berupaya mencungkil pengetahuan dan daya berfikir murid secara menyeluruh. Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia memerlukan jawapan yang lebih panjang.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

213

Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangka jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan. Isu atau permasalahan yang ditimbulkan ringkas tetapi jawapannya adalah amat luas. Soalan esei perlulah ditulis untuk menyelesaikan satu masalah. Soalan esei dibina untuk memberikan peluang kepada murid menjelaskan idea atau atau fakta. Bank item ialah sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian yang berikutnya. Dalam bank item, setiap soalan perlulah diteliti dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi penambahbaikan. Langkah membina soalan untuk bank item bermula di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Secara keseluruhannya setiap ujian yang dibina itu perlulah mempunyai tahap kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, keesahan, dan mengukur apa yang perlu diukur.

Afektif Bank item Item jenis esei Item jenis objektif Item jenis struktur Jadual penentuan ujian Keboletadbiran

Keesahan Keobjektifan Kognitif Psikomotor Taksonomi Bloom Ujian kecerdasan

214

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III: pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Fatimah Salleh (t.t). Siri Best Pendidikan Moral KBSR. Seri Kembangan: Cemerlang Publication. Gronlund, N. E. (1981). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: MacMillan Publishing Co. Inc. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983). Panduan penilaian dalam bilik darjah KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogo 3: Pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan, dan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Nur Munirah Teoh Abdullah et al. (2007). Pendidikan Moral Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahbuddin Hashim et al. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications Sdn Bhd.

You might also like