Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

WACANA

DEFINISI WACANA
Wacana ialah keseluruhan penglahiran bahasa oleh sistem bahasa dan unsurunsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sesebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi. (Asmah Hj. Omar 1986 )

DEFINISI WACANA
Wacana dimaksudkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan,ucapan,pertuturan,percakapan. (Kamus Dewan,1996:1540) Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh(novel,buku,siri ensiklopedia dan sebagainya),paragraf,kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. (Harimurti Kridalaksana, 1982)

Ciri-ciri Wacana
Wacana yang bemaksud kesatuan bahasa ujaran atau tulisan yang lengkap mempunyai ciri-cirinya: a. Perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat sama ada gaya formal atau tidak formal. Cth : komunikasi guru pelatih-pensyarah . komunikasi murid guru. komukasi rakan-rakan .(dialek)

b. Mempunyai tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Cth: perbuatan- ayat perintah. Maklumat- ayat tanya.

c. Berlandaskan hubungan penutur -pendengar-(lisan). penulis - pembaca -(tulisan)

d. Tidak memasukkan maklumat bertentangan dengan terdahulu. cth : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.

e. Mempunyai susun aturmenurut sebab,akibat,tempat,waktu, keutamaan dan sebagainya. Cth : Cikgu Azlina mengajar dengan penuh dedikasi. Dia mendapat pujian daripada guru besar. (ada sebab dan akibat0

f. Mempunyai maklumat pertama dan maklumat baru yang disebut sebagai andaian dan inferensi. Cth: Budak itu rajin. (andaian) (inferen) Budak itu pandai.

Cth : Berdiri di sini!

Andaian: a. Ada orang yang diperintah. b. Orang yang diperintah memahami bahasa Melayu. c. Orang itu berada di tempat yang sama. d. Penutur mempunyai kuasa mengawal keadaan. e. Penutur bersikap tegas.

g.Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat sebelumnya.Ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh di masukkan dalam wacana

cth: Dia membaca buku sepanjang hari.


Dia membaca buku dari pagi hingga

hingga larut malam.

JENIS-JENIS WACANA.
Wacana Lisan. -wacana yang disampaikan secara lisan. -pendengar mesti menjadi penyemak dan pendengar yang baik. cth: radio,televisyen,khutbah ,ceramah dll.

Wacana tulisan. -wacana yang disampaikan secara bertulis. cth: akhbar,majalah,buku dsbg. -wacana tulisan juga boleh berupa wacana tidak lansung (cth:pantun),wacana penuturan ,wacana prosa,wacana puisi.

Wacana Langsung.
-Kutipan wacana yang sebenarnya dibatasi dibatasi oleh intonasi ( Kridalaksana, 1984) cth: Pak Guntur bercerita,Mula-mula saya ragu mengambil keputusan berhenti menjadi guru. Tetapi. (ambil semua kata-kata yang diungkap)

Wacana Tidak Langsung.


-Pengungkapan kembali wacana,tanpa mengutip harfiah kata-kata yang dipakai oleh pembicara. Cth: Pak Guntur bercerita bahawa mulamula memang dia ragu mengambil keputusan berhenti menjadi guru. Tetapi .

Wacana Pembentangan.
-wacana yang tidak mementingkan waktu dan penutur,berorientasi pada pokok pembicaraan. Cth: Komunikasi yang berkesan memain kan peranan yang penting dalam menghasilkan pendidikan yang bermutu.

Wacana Penuturan. -wacana yang mementingkan urutan waktu.


Cth: Sebelum kami tidur malam atau dinihari tadi, kami berpesan kepada pegawai hotel,supaya mengejutkan kami jam 6.00 pagi dan memberikan kami sarapan pagi lebih awal.

Wacana Prosa.
-wacana yang disampaikan dalam bentuk prosa . Wacana ini boleh secara lisan atau tulisan,berupa wacana langsung atau tidak langsung,boleh juga secara pembentangan atau penuturan. Cth: Cerpen,novel,skrip,artikel,kertas kerja,tesis dsbg.

Wacana Puisi. - wacana yang disampaikan dalam


bentuk puisi ,baik secara lisan ataupun tulisan. Cth: Sebatang Kali Yang Ternoda.
Suatu waktu dahulu di dada putih terpampang wajah indahmu disolek flora dan fauna mengimbau kalbu batu-batu kaku mengisi perutmu mendingin air sesejuk salju

Wacana Drama.
- wacana yang disampaikan dalam bentuk drama atau dialog,baik secara lisan mahupun tulisan. Cth: PAK AJI : Maha Suci Tuhan Mencipta Alam. Setiap yang
hidup akan merasai mati.[ masuk hitam tergesa gesa] . HITAM : Assalamualaikum, Pak Aji !

PENANDA WACANA
Penanda wacana merupakan kata-kata dan rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian,hujah dan buah fikiran . Penanda ini boleh digunakan sebagai kata,ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Cth: akhirnya oleh sebab itu boleh jadi oleh itu begitupun oleh yang demikian dengan itu sebelum itu dengan demikian sekiranya di samping itu sesungguhnya justeru tambahan lagi lantaran itu walaupun demikian memandangkan walau bagaimanapun maka malah

KEUTUHAN WACANA
Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan dari aspek fonologi, semantik dan gramatis.

1. Kaitan dari aspek fonologi.


Dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara,nada suara,intonasi dan tinggi rendah. cth: Kau makan lembu? (pertanyaan) Kau makan lembu! (menyuruh makan lembu dengan perasaan marah.)

2. Kaitan dari aspek semantik.


i) Kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana dan dari segi konteks atau latar wacana.

a. Kaitan sebab dan tujuan. cth: Guru itu rajin mengajar. Ia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam UPSR. b. Kaitan sebab dan akibat. cth: Ramli sangat keletihan berlari jauh.Dia pengsan. c. Kaitan sebab dan hasil. cth: Pn. Maznah seorang usahawan yang gigih dan berjaya.Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan terbesar di Malaysia.

d. Kaitan syarat dan hasil. cth: Murid-murid mesti belajar bersungguhsungguh. Kesungguhan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. e. Kaitan perbandingan. Cth: Siti Musliha bijak. Abangnya lebih bijak lagi. f. Kaitan latar dan kesimpulan. Cth: Sajak itu sungguh indah bahasa bandin gannya. Sebenarnya Usman Awang yang menciptanya. g. Kaitan sampingan. Cth: Saya sudah mengulangkaji. Saya letih,jadi biarlah saya berehat sekarang. h. Kaitan memperkuatkan isi. Cth: Sungguh sopan pelajar itu. Berbudi bahasa dan lembut tutur katanya

ii) Kaitan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Kaitan ini dapat dilihat pada: a. Laras bahasa yang digunakan. Cth: Bersihkan keladi dan celur dengan kapur sirih. Sirih dibuang. Toskan.Belacan,bawanputih,bawang merah dan halia digiling hingga lumat.

(walaupun ayat diucapkan terputusputus tetapi masih boleh difahami)

b. Kesepaduan tajuk. cth: Kehidupannya senang. Dia berumah besar dan memiliki kereta mewah. Perubahannya sungguh tidak disangka. (Orang dimaksudkan itu dahulu susah dan miskin)

c. Kaitan sosial antara penutur dengan pendengar. Abu : Sudah siap? Ali : Belum. Masa tidak cukup. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan meskipun orang lain mungkin tidak memahaminya).

3. Kaitan dari aspek gramatis. Keutuhan wacana dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis. a. kata hubung. Sejumlah perkataan yang menghubungkan antara klausa dengan klausa,ayat dan kesatuan. Cth: atau,dan,lalu,sambil dll. b. Pelenyapan(penghilangan). Bertujuan mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat yang tersirat. Cth: Fatin datang petang semalam;ibunya pagi ini. (yang dilenyapkan ialah datang pada bahagian kedua)

You might also like