Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG LEMAN, JALAN SRK ABANG LEMAN, 94650 KABONG.

Kod Sekolah : YBA2208 Tel./Fax : 083 411294 Email : skal_kbg@rocketmail.com

MINIT MESYUARAT STAF SK ABANG LEMAN BIL 1/ 2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : 31 Disember 2013 (Isnin) : 9.30 12.00 Tengah hari : Dewan RMT SK Abang Leman : Rujuk Lampiran A

Agenda Mesyuarat: 1. Bacaan Doa Guru Besar memulakan majlis dengan menjemput Ustaz Mohd Zatar b. Palanchor untuk membaca doa. 2. Ucapan alu-aluan Pengerusi 2.1. Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua untuk berkhidmat dan menyambung tugas serta mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat staf bil 1 sesi 2013. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat staf akan diadakan 3 kali setahun secara am dan menyeluruh. Turut mengucapkan selamat datang buat Cikgu Allysha Abdullah ke sekolah ini. 2.2. Tujuan: Guru Besar menerangkan tujuan mesyuarat bagi merancang focus sekolah dalam menghadapi GTP 2.0 yang direncanakan kerajaan bagi menzahirkan pendidikan maju susulan NKRA 1.0. Mesyuarat juga diadakan bagi merancang takwim berdasarkan visi sekolah SK Abang Leman Cemerlang 2015. Beliau turut menyeru agar semua pihak menggembling tenaga agar melahirkan kejayaan cemerlang para pelajar seperti yang digapai sepanjang tahun 2012. 3. Pengagihan Subjek Pengajaran dan Pembelajaran sesi 2013 3.1. Guru Besar memaklumkan agar semua guru menerima seadanya jadual waktu yang diagihkan serta berharap tiada sebarang perubahan melainkan beberapa pembetulan selepas kedatangan GPK 1 yang baru memandangkan En. Bujang b. Hj. Lee akan berpindah kerana dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar. Tindakan: Semua guru
1

4. Pengurusan Pentadbiran Sekolah 4.1. Merujuk kepada Mesyuarat Khas Kepimpinan Guru Besar yang diikuti baru-baru ini, Guru Besar memaklumkan terdapat borang permohonan kebenaran meninggalkan pejabat sewaktu sesi P&P yang perlu diisi guru yang terlibat serta prosedurnya. Tidak boleh melebihi 4 jam sekiranya berlaku demikian perlu mengisi borang Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit atau sebagainya. 4.2. Beliau turut menegaskan etika berpakaian penjawat awam perlulah sesuai termasuk guru jasmani perlu memakai baju sukan, penggunaan tag nama dan tidak mencolok mata. 4.3. Buku Rekod pengajaran perlu disiapkan dan dihantar kepada beliau sama ada hari Khamis atau Jumaat. Tindakan: Semua guru dan staf sokongan 5. Perisian SAPS dan SPPBS 5.1. Guru besar menyatakan bahawa sekolah masih lagi menghadapi masalah dalam pengisian SPPBS dan berharap agar semua guru terlibat menyempurnakan fail dan rekod pencapaian murid bagi sesi 2013 ini. Tindakan: Semua guru tahap 1 5.2. Tarikh peperiksaan yang ditetapkan tahun 2013 ialah: 4-8 Mac PKSR 1 6-10 Mei Peperiksaan Pertengahan Tahun 8-12 Julai Percubaan UPSR 28-1 November Peperiksaan Akhir Tahun Tindakan: Untuk makluman 6. Bayaran 6.1. Semua staf perlu membayar yuran bagi Badan Kebajikan Sekolah yang diuruskan Pn. Zubaidah iaitu RM 5 (guru) dan RM 3 (staf sokongan) untuk 10 bulan manakala bagi kewangan zon pula, RM 5 (guru) dan RM5 (Khairat Kematian) maka jumlahnya RM 10 seorang. Tindakan: Semua guru dan staf sokongan 7. Ucapan GPK 1: En. Bujang b. Hj. Lee 7.1. Beliau memaklumkan agihan mata pelajaran telah disiapkan awal sebelum cuti namun sedikit rombakan dibuat terhadap jadual Cikgu Yusuf, Cikgu Noraini Ramli dan Cikgu Widayatie kerana perlu mengambil alih kelas beliau. 7.2. GPK 1 memaklumkan agar semua guru merujuk tugas berdasarkan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah sesi 2013. Tindakan: Semua guru

8. Ucapan GPK HEM: En. Opandi b. Dris 8.1. Beliau meminta agar semua staf merujuk jawatankuasa HEM sesi 2013, semua guru kelas mengemas kini nama murid dan no surat beranak mereka serta mengambil jadual kedatangan. 8.2. GPK HEM mengingatkan semua guru jalankan tanggungjawab untuk memantau murid mengutip sampah dikawasan sekolah seperti yang ditetapkan dalam jadual agihan tugas. Tindakan: Semua guru dan guru kelas 9. Ucapan GPK KOKU : En. Yusuf b. Hj. Sanyut 9.1. Beliau memaklumkan Cikgu Noraini akan memegang jawatan setiausaha Koku, Cikgu Aziz sebagai Penyelaras Unit Beruniform, guru rumah sukan kekal mengikut rumah masing-masing hanya Ketua dan Penolong sahaja berubah. 9.2. Aktiviti Koku akan bermula awal Februari dan latihan rumah sukan akan dilaksanakan sebulan 2 kali 9.3. Setiap unit perlu beri gred kepada pelajar mengikut panduan yang akan disediakan. Tindakan: Semua guru 10. Hal-hal Berbangkit 10.1 Peruntukan dan mesyuarat kewangan akan diadakan pada mesyuarat akan datang. 10.2 Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih buat semua dan semoga tahun 2013 akan melakarkan lebih banyak kejayaan buat sekolah sama ada akademik mahupun kokurikulum.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 pagi.

Disediakan oleh, ...................................................... (MOHD NAZMI BIN JAAFAR) Setiausaha

Disahkan oleh, ......................................................... (WAHAB@AYAHAP B. HJ. JALAHI) Guru Besar

You might also like