Strategi Penulisan Rumusan SPM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

STRATEGI PENULISAN RUMUSAN SPM Strategi 1 : Menganalisis soalan a) Baca arahan soalan dengan teliti.

b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus pertama dan fokus kedua. Strategi 2: Membaca petikan a) Baca petikan yang diberi dengan teliti b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan. Strategi 3: Menulis Pendahuluan Bagaimana menulisnya? a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan tentang) b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan Petikan membincangkan c) Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja. Contoh: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pencemaran alam sekitar di negara kita dan langkahlangkah mengatasinya.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-faktor pencemaran alam sekitar di Malaysia. Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar . Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan punca-punca terjadinya pencemaran alam sekitar di Malaysia. Starategi 4: Menulis Isi Tersurat Patuhi fokus pertama dalam arahan soalan. Tulis 6-8 isi tersurat. Mulakan ayat pertama dengan frasa pertama dalam arahan soalan . Kaedah Mengesan/mengenal pasti isi tersurat Cari dan kenal pasti ayat yang menjawab fokus pertama. Garisi ayat tersebut. Tulis semula ayat dalam satu perenggan. PERINGATAN: =Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. -Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan.

-Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat. PANDUAN MENGENAL PASTI PERKATAAN / RANGKAI KATA DALAM AYAT YANG MERUJUK ARAHAN SOALAN CONTOH Arahan Soalan: Kesan Kata/rangkai kata yang mungkin digunakan; -menyebabkan, kebaikan/keburukan, implikasi, kesan, impak, akibatnya dll . Arahan Soalan: Faktor Antara rangkai kata yang mungkin digunakan; disebabkan oleh,punca / berpunca, akibat daripada, didorong oleh, kerana ISI TERSIRAT -Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: langkahlangkah mengatasi pencemaran alam sekitar. -Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan. -Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat. -Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat. Strategi Menulis Isi Tersirat 1. Jika Fokus Soalan Langkah. Pelajar boleh fikir a)Apakah tindakan ibu bapa b)Apakah tindakan sekolah c)Apakah tindakan kerajaan. 2. Jika Fokus Soalan Faktor.Pelajar boleh fikir a)Apakah faktor persekitaran b)Apakah faktor ibu bapa c)Apakah faktor media massa 3. Jika Fokus Soalan Kesan.Pelajar boleh fikir a) Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa b) Apakah kesan pada masyarakat c) Apakah kesan pada negara.

KESIMPULAN / PENUTUP RUMUSAN Wajib ada dua unsur penting iaitu CADANGAN dan HARAPAN Kesimpulannya, semua pihak perlu_____________(cadangan)___________________ supaya/agar ________________(harapan)______________________________ . Contoh A: Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar supaya/agar masyarakat dapat hidup selesa. Contoh B: Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk minat membaca supaya/agar dapat melahirkan warganegara yang berilmu.

You might also like