Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan dan integrasi merupakan satu keperluan untuk menjamin rakyatnya hidup dalam aman dan damai. Bagi merealisasikan perpaduan dalam sesebuah masyarakat, kerjasama dan tolak ansur antara mereka amat penting demi memastikan kesejahteraan dapat dikecapi bersama. Rentetan dari masyarakat berbilang kaum, Malaysia juga semakin terkenal dengan latar belakang yang berbeza-beza termasuklah adat, budaya, keturunan, bahasa dan agama. Negara Malaysia juga dianggap unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namun begitu konflik antara etnik jarang berlaku. Senario ini menunjukkan bahawa wujudnya perpaduan di Negara kita. Sehubungan dengan itu, perpaduan nasional adalah penting untuk kestabilan Negara. Negara yang stabil menjamin kelancaran program-program pembangunan sosio ekonomi yang dijalankan. Sementara itu, pembangunan sosio-ekonomi yang pesat, yang hanya boleh berlaku dalam Negara yang stabil, dapat menjamin kemakmuran masyarakat. Kemakmuran masyarakat itu seterusnya berfungsi besar dalam mewujudkan integrasi nasional. DEFINISI PERPADUAN NEGARA Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai salah satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992).

DEFINISI INTEGRASI NASIONAL Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu

bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991). DEFINISI BANGSA MALAYSIA Satu bangsa yang bersatu padu , mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. SAtu bangsa Malaysia yang kesetiaanya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr Mahathir Mohamad, September 2003). TEORI DAN MODEL PELAKSANAAN Teori Hubungan Kaum Proses Integrasi Nasional di Negara kita boleh dianalisis berdasarkan model kontak di antara kumpulan etnik yang berbeza. Berdasarkan teori ini , hubungan antara kaum dilihat dari segi darjah kedekatan yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati. Proses Integrasi

Integrasi Rendah

Integrasi Tinggi

Segrerasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Berdasarkan gambarajah di atas,proses integrasi mempunyai dua tahap iaitu integrasi rendah dan intgerasi tinggi.

Segregasi Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah Negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya kawasan tempat tinggal, system persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Akomodasi Proses ini melibatkan etnik-etnik sentiasa mempertahankan budaya dan norma hidup masingmasing tetapi pada masa yang sama mereka tetap menghormati antara satu sama lain. Akulturasi Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima budaya golongan minority tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Ini terjadi apabila golongan minority menerima nilai, norma dan pola tingkahlaku golongan budaya. Asimilasi Konsep ini menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan atau perkaitan rapat. Sebagai contoh apabila antara etnik-etnik tersebut yang mengamalkan kahwin campur. Keempat-empat proses ini menggambarkan bagaimana golongan minoriti menjadi sebahagian daripada arus masyarakat serta menggambarkan tahap-tahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat. SEJARAH HUBUNGAN KAUM Sebelum sesebuah masyarakat mencapai tahap integrasi, ia biasanya melalui empat tahap perubahan. Antaranya: 1. Tahap hidup secara co-existance. Pada tahap ini kaum-kaum yang berbeza latar belakang mempunyai hubungan yang minimum. Mereka ini tinggal dalam satu kawasan tetapi kurang berhubung jika adapun hanya berkaitan dengan hubungan ekonomi. Ini dapat digambarkan ketika zaman penjajahan Inggeris.

2. Tahap kekerapan kontak luaran Walaupun berlakunya kontak yang kerap persefahaman tidak dapat diwujudkan kerana kekerapan ini didasari oleh adanya saling pergantungan dalam ekonomi. Ini dapat dilihat di zaman penjajahan Inggeris dan menjelang kemerdekaan. 3. Tahap kompromi Kompromi berlaku didalam bidang ekonomi dan politik kerana kaum-kaum tersebut menyedari kepentigan bersama dan mereka perlu berkompromi demi menjaga kepentingan masing-masing. Ini dapat dilihat dengan jelas pada zaman awal kemerdekaan. 4. Tahap perpaduan Tahap ini dicapai apabila kaum-kaum hidup berkompromi dan banyak bekerjasama dalam pelbagai perkara seperti social, ekonomi , budaya dan politik. 5. Tahap integrasi Kerjasama antara kaum, lama-kelamaan boleh mewujudkan perasaan punyai mempunyai dan ikatan kebatinan antara mereka. Hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab antara mereka telah berkongsi nilai yang sama.

Di Malaysia sudah melampaui tahap hidup secara co-existence dan tahap kekerapan kontak luaran iaitu pada zaman penjajahan Inggeris. Selepas mencapai kemerdekaan,Malaysia pada tahap kompromi , ini dapat dilihat dengan Parti Perikatan kemudiaannya Barisan Nasional iaitu percampuran parti yang mewakili setiap etnik. Bagaimanapun semakin lama kompromi itu wujud dalam kalangan rakyat malahan tahap perpaduan itu sudah dicapai dan seterusnya lama kelamaan integrasi itu akan wujud di Negara ini.

PENSTRUKTURAN DASAR

Dasar Integrasi Nasional ini digubal memandangkan wujudnya beberapa isu-isu perkauman dalam masyarakat di Negara kita.

Sejarah menceritakan, pada awal abad ke 16,di zaman Kerajaan Melayu Melaka, hubungan kaum adalah dalam keadaan harmoni. Meskipun setiap kaum mempunyai kawasan tempat tinggal masing-masing, mereka hidup dengan cara sentiasa berhubung antara satu sama lain demi kepentingan ekonomi dan perdagangan. Mereka merupakan rakan dagang antara satu sama lain. Terdapat juga kumpulan minoriiti yang cuba mengasimilasikan individu daripada kaum-kaum tertentu ke dalam budaya dominan seperti Melayu, contohnya Kaum Baba di Melaka. Keadaan berubah apabila Inggeris mula menjajah Negara kita , bermula dengan pendudukan Pulau Pinang pada 1786, diikuti dengan pendudukan Singapura Hubungan kaum yang paling getir dalam sejarah Malaysia telah ditandai oleh peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini merupakan kemuncak konflik di antara kaum di Negara ini. Berikutan peristiwa tersebut kerajaan telah berusaha untuk membawa perpaduan dan seterusnya integrasi di kalangan penduduk di Negara ini. Berbagai dasar telah diwujudkan ke arah mencapai matlamat ini, di antaranya Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Usaha-usaha untuk memperseimbangkan kedudukan ekonomi dan merapatkan hubungan antara kaum, khususnya selepas peristiwa tersebut telah menghasilkan kejayaan. Ekoran daripada peristiwa buruk itu, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan bagi memandu hidup beretika dan bertanggungjawab sepaya sejarah hitam tidak berulang lagi. Proses Pelaksanaan Proses pelaksanaan polisi ialah di mana keputusan dan tindakan yang dibuat kerajaan dilaksanakan(Kiviniemi, 1986;Lester et al., 1987). Realiti pelaksanaan sesuatu dasar ialah suatu proses tindakan interaksi yang berterusan antara perubahan situasi dasar dan niat (Kiviniemi, 1986,p.258). Dari segi pelaksanaan dasar untuk memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, proses pelaksanaannya telahpun bermula semenjak sebelum merdeka lagi. Ia bermula apabila parti-parti politik yang mewakili kepentingan etnik masing-masing bergabung untuk membentuk satu

pakatan politik bertujuan mencapai kemerdekaan. Jika dilihat dari sudut pengajian dasar, proses pelaksanaan ini merangkumi perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan yang teliti sebelum ia mula dirangka. Perkara-perkara tersebut ialah: i. Pelaksana yang terlibat, ii. Kepentingan-kepentingan pelaksana, iii. Sumber-sumber kewangan dan manusia, iv. Pemangkin kepada polisi berkenaan, v. Halangan-halangan yang dijangka dan vi. Jangka masa Memantapkan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah suatu usaha berterusan oleh kerajaan untuk memastikan pertalian hubungan antara kaum-kaum di Malaysia sentiasa terpelihara dan tidak tergugat oleh mana-mana sentimen yang diutarakan oleh pihak-pihak yang suka menangguk di air keruh. Antara dasar-dasar yang berkaitan dengan pemantapan perpaduan dan integrasi nasional ialah:i. Dasar Ekonomi Baru, ii. Dasar Perpaduan Negara dan iii. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. iv. Dasar Pembangunan Nasional Dasar pendidikan untuk menggalakkan perpaduan kaum dan integrasi nasional pula ialah hasil daripada laporan:i.

Penyata Razak 1956 diwartakan menjadi Ordinan Pelajaran 1957,

ii. Laporan Rahman Talib 1960 diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961, iii. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan

iv. Akta Pendidikan 1996 Sebenarnya tiga dasar negara di atas dan juga dasar-dasar pendidikan yang dirangka semenjak Penyata Razak 1956 adalah merupakan pelengkap dan juga tambahan kepada strategi-strategi pemantapan hubungan kaum kepada asas-asas yang telah diperkenalkan. Perlembagaan Negara dan Rukun Negara merupakan asas kepada perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan Negara yang digubal pada tahun 1957, telah meletakkan asas yang penting kepada perpaduan kaum di Malaysia. Ia menjamin persamaan semua warganegara Malaysia mengikut peruntukkan undang-undang dan kebebasan serta hak-hak asasi semua warganegara tanpa didikriminasi mengikut agama, kaum, keturunan dan kedudukan geografi. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua telah memperformulasi Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip asas yang bertujuan memupuk semangat perpaduan kaum. Prinsip-prinsip tersebut ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Murid-murid di sekolah rendah dan menegah di seluruh Malaysia akan membaca ikrar rukun negara pada setiap pagi perhimpunan rasmi yang biasanya diadakan pada hari Isnin. Ia diharap dapat dihayati oleh generasi muda Malaysia dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan kaum di negara ini. Rukun Negara merupakan satu dokumen penting yang menjadi medium dalam menyebarkan dasar pembinaan negara bangsa dan dasar integrasi nasional. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletakan satu sasaran iaitu Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Beliau percayai ia boleh menjadi kenyataan melalui 9 cabaran. Asas kepada 9 cabaran ini ialah perpaduan kaum di mana kaum-kaum di negara ini akan benar-benar berintegrasi dan menjadi Bangsa Malaysia dengan berkongsi tujuan dan matlamat yang sama. Misi Nasional yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima adalah pemangkin ke arah Wawasan 2020. Ia menekankan 5 asas utama iaitu meningkatkan ekonomi, menghasilkan masyarakat yang berilmu, innovasi dan mempunyai pemikiran kelas pertama, mengurangkan juran ketidaksamaan dari segi sosio-ekonomi, memperbaiki taraf hidup rakyat dan mengukuhkan institusi pelaksanaan untuk kepentingan rakyat.

1Malaysia diperkenalkan oleh Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri keenam. Asas kepada 1Malaysia ialah bersatupadu dalam kepelbagaian, keadilan sosial, Nilainilai moral dan aspirasi 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Proses pelaksanaan dasar-dasar di atas dalam pendidkan sekolah rendah dan menengah di Malaysia semenjak merdeka hinggalah hari ini terkandung dalam Pnyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pendidikan 1961, Akta bahasa Kebangsaan 196, falsafah pendidikan kebangsaan, pelan induk pembanguan pendidikan dan seterusnya Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Jika diteliti kesemua dasar dan akta pendidikan ini, terkandung unsur perpaduan yang sangat penting dicapai melalui medium bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu diadikan sebagai asas kepada perpaduan. Mana-mana negara di dunia ini, di mana masyarakat majmuk mereka telah menjadi satu bangsa hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa kebangsaan mereka. Penggunaannya bukan sahaja pada urusan-urusan rasmi di pejabat, sekolah atau urusniaga tetapi juga di rumah sebagai bahasa pertuturan utama. Dari segi praktis dalam pendidikan, bahasa Melayu diajadikan mata pelajaran wajib dipelajari di semua sekolah rendah dan menengah dan wajib lulus juga dalam peperiksaan-peperiksaan awam. Ia juga merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan. Namun begitu, penghalang kepada usaha-usaha ini ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan di negara ini yang semakin bertambah dan berkembang dari segi bilangan. Mereka menggunakan bahasa ibunda masingmasing sebagai bahasa pengantar dan ini sebenranya merencatkan menjadi bahasa Melayu sebagai medium untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Matapelajaran Sejarah dan pengajain am Malaysia di ajar di sekolah-sekolah menegah di Malaysia. Bermula tahun 2014, mata pelajaran sejarah akan diperkenalkan semula di sekolah rendah bertujuan supaya murid-murid tahu asal usul negara ini dan memahami polarisasi kaum dan sejarah mereka. Ini adalah bertujuan untuk menyemaikan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah rendah dan diharap dapat menyemai semangat perpaduan di kalangan mereka. Seperti yang telah disebut sebelum ini, murid-murid akan membaca ikrar rukun negara setiap pagi Isnin pada perhimpunan rasmi samada sekolah menengah atau rendah. Adalah diharap

mereka akan dapat menghayati kesemua prinsip rukun negara yang memang dirangka untuk tujuan perpaduan antara kaum di negara ini. Logo 1Malaysia digunakan di semua urusan surat-menyurat rasmi kerajaan dan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga disertakan sekali. Media-media cetak dan elektronik milik kerajaan sentiasa memaprkan logo 1Malaysia supaya perasaan dipunyai dan mempunyai diharap dapat disemat di kalangan rakyat Malaysia. Batik 1Malaysia juga diperkenalkan dan kakitangan kerajaan digalakkan memakainya pada setiap hari Khamis. Memupuk perpaduan bukan sahaja terhad pada bahasaMelayu sebagai medium pengantar dan bacaan ikrar rukun negara tetapi para pendidik juga perlu menerapkannya sewktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan nama-nama yang mencerminkan kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia di dalam buku teks adalah satu usaha yang baik untuk menyemai perpaduan di kalangan murud-murid. Seperti dasar-dasar lain di Malaysia, pelaksanaan sesuatu dasar itu perlulah melalui proses dari atas ke bawah seperti gambarajah di berikut. Gambarajah tersebut menunjukkan contoh sesuatu dasar pendidikan yang digubal dan diluluskan dari atas akan diturunkan ke bawah. Aras yang paling bawah sekali adalah pelaksana yang paling penting tugasnya. Ini kerana tugas yang mereka laksanakan akan menetukan hala tuju sesuatu dasar. Hasil daripada pelaksanaan mereka akan dilihat dan dinilai oleh kepada rakyat dan juga kerajaan samada berjaya atau tidaknya sesutau dasar itu. Justeru sekolah melalui guru-guru dan pentadbir perlu memastikan kejayaan dasar pendidikan supaya hala tuju yang dirangka oleh kerajaan dapat dilihat dan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.

10

Peringkat Pelaksanaan dan Pelaksana Yang Terlibat Pusat kepada proses pelaksanaan ialah hubungan antara kerajaan dan bukan kerajaan (Kiviniemi, 1986). Di Malaysia, dan di mana-mana kerajaan adalah subjek iatu yang membuat dasar dan melaksanakannya melalui agensi-agensi kerajaan sementara oreang awam adalah objek iaitu kumpulan sasaran. Proses memantapkan perpaduan dan integrasi di Malaysia telah melalui pelbagai peringkat. Ia juga telah melalui proses penjenamaan mengikut kehendak dan peredaran zaman.Tiga (3) peringkat yang digunakan sebagai strategi merelisasikan apa yang terkandung di dalam perlembagaan persekutuan, rukun negara dan dasar-dasar kerajaan yang telah dibincangkan sebelum ini ialah peringkat politik, ekonomi dan sosial dan kebudayaan. Melalui usaha politik, kerajaan persekutuan melalui perlembagaan yang telah digubal telah mewujudkan pelbagai akta seperti akta hasutan yang bertujuan mencegah individu daripada membangkitkan isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa

11

rasmi dan hak kerakyatan bukan bumiputra. Akta ini bertujuan menjaga persefahaman antara kaum. Usaha yang penting sekali di peringkat politik ini ialah melalui perkongsian kuasa terutama diantara 3 komuniti terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Usaha ini telah dibuat apabila negara menuju ke arah kemerdekaan di mana UMNO yang mewakili orang Melayu, MCA yang mewakili orang Cina dan MIC yang mewakili orang India bergabung membentuk Perikatan dan memenangi Pilihanraya Majlis Persekutuan 1955. Perikatan yang akhirnya bertukar menjadi Barisan Nasional terus menerajui pemerintahan negara hingga hari ini melalui perkongsian kuasa. Ini membuktikan rakyat Malaysia rata-ratanya mahukan perpaduan sesama mereka yang hidup dalam masyarakat majmuk. Perkongsian kuasa merupakan wadah yang sesuai menyampaikan hasrat kaum masing-masing supaya semua kaum terlibat dalam proses pembangunan negara. Dari sudut ekonomi pula, kerajaan mengambil langkah terutamanya sejak Peristiwa 13 Mei 1969 untuk menseimbangkan agihan kekayaan negara supaya ia tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja. Pertumbuhan ekonomi yang positif dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan dapat juga mengurangkan tuntutan-tuntutan mereka. Salah satu usaha kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru yang melaluinya wujudlah agensi-agensi kerajaan seperti FELCRA, FELDA, MARA, FAMA, MAJUIKAN dan MARDI. Agensi-agensi ini telah berjaya membantu khususnya orang Melayu mengurangkan kadar kemiskinan dan juga mampu menjana pendapatan lumayan daripada hasil perladangan dan perikanan. Dalam masa yang sama, kerajaan menggalakkan pasaran bebas yang memberi keuntungan kepada kaum Cina yang ramai terlibat dalam perniagaan. Justeru usaha ini pada dasarnya telah dapat menyusun semula masyarakat di mana taraf hidup adalah lebih baik lagi terutamanya kaum bumiputra. Kerajaan juga telah melancarkan projek tabungan amanah melalui penubuhan Permodalan Nasional Berhad sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Pada mulanya ia hanya dibuka kepada kaum bumiputra sahaja tetapi sejak abad ke 21 ini ia telah diperluaskan kepada semua kaum untuk memiliki saham di dalam tabung amanah ini. Antara tabung amanah ini ialah Amanah Saham Bumiputra (ASB) Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Wawasan (ASW). Disamping itu beberapa anak syarikat kerajaan (GLC) telah ditubuhkan untuk memantapkan lagi pemilikan ekuiti bumiputra dalam bentuk

12

pegangan saham di syarikat-syarikat besar di mana kerajaan melabur. GLC seprti Penerbangan Malaysia (MAS), Sime Darby Corporation, KUB, Petronas dan Tabung Haji. Tabung Haji sebagai contoh adalah khusus untuk orang Islam menyimpan duit sebagai perbelanjaan untuk menunaikan haji. Ia merupakan objektif utama sewaktu penubuhannya. Walaubagaimanapun, melalui Tabung haji pemilikan ekuiti oleh orang Islam secra tidak langsung telah bertambah melalui pelaburan yang dibuat samada dalam atau pun di luar negara. Antara bidang pelaburan diterokai Tabung Haji ialah di sektor perladangan dan pertanian, sektor hartanah dan sektor pelancongan. Dari sudut sosial dan kebudayaan, kerajaan menggalakkan perkongsian nilai di antara kaum. Nilai-nilai yang baik yang boleh membawa kepada kemakmuran kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan memperkenalkan konsep kebudayaan nasional, kerajaan berharap dapat mewujudkan identiti nasional. Untuk merealisasikan ini, kerajaan telah mengambil langkahlangkah seperti melalui dasar Peprpaduan Nasional, Dasar Kebudayaan Kebangsan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan juga melalui sistem pendidikan. Tujuan utama DPN ialah untuk menghapuskan polarisasi kaum. Di peringkat sekolah, kerajaan telah menjalankan usaha untuk menaiktaraf sekolah kebangsaan supaya ia menjadi pilihan kepada semua pelajar dan ibu bapa tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Antaranya ialah mewujudkan kelas-kelas bahasa ibunda seperti bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsan. Disamping itu juga untuk menggalakkan interaksi antara kaum sesama murid, program Rancangan Integrasi untuk Perpaduan (RIMUP) telah diadakan. Meskipun ia hanya sehari dalam setahun, namun itu lebih baik daripada tiada langsung. Satu lagi usaha kerajaan dalam menggalakkan integrasi kaum ini ialah dengan memperkenalkan sekolah berasrama penuh 1Malaysia dan memberi tajaan biasiswa kerajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang tanpa mengira kaum dan agama. Sebelum ini sekolah berasrama penuh dan biasiswa kerajaan seperti JPA hanya untuk pelajar-pelajar cemerlang bumiputra sahaja. Namun begitu, atas desakan pihak-pihak tertentu dan juga dengan harapan akan dapat merapatkan hubungan kaum di negara ini dan seterusnya berintegrasi, maka kerajaan telah membuka ruang untuk kaum bukan bumiputra dalam hal ini. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga telah membuka kuota 10% untuk kemasukan bukan bumiputra dengan harapan persaingan akan lebih tinggi antara pelajar.

13

Beberapa program lain juga diperkenalkan di peringkat kebangsaan untuk menggalakkan interaksi sosial seperti Rukun tetangga dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Rukun Tetangga adalah bertujuan untuk menjaga kawasan kejiranan disamping menganjurkan aktivitiaktiviti yang boleh disertai semua kaum seperti majlis Hari Raya dan permaian sukan. PLKN pula adalah bertujuan mendedahkan remaja yang berumur 18 tahun kepada semangat patriotik dan kerja-kerja sosial selama 6 bulan melalui latihan ala tentera. Semua remaja pelbagai kaum di Malaysia dan berumur 18 tahun adalah wajib menyertai kem ini. PLKN merupakan satu lagi rencana kerajaan untuk merapatkan hubungan kaum di Malaysia. Jika dilihat huraian di atas, kita boleh mengenalpasti pelaksana-pelaksana yang terlibat dari mula dasar diperkenalkan hingga kepada kumpulan sasaran. Terdapat tiga jenis pelaksana iaitu:i. Kumpulan berkepentingan, ii. Kumpulan sasaran dan iii. Kumpulan yang mendapat faedah Kumpulan berkepentingan selalunya ialah menteri atau ahli politik. Mereka selalunya akan mencanangkan sesuatu dasar dan kemudian akan dihuraikan. Kementerian yang terlibat dan unit-unit dalamnya juga adalah termasuk dalam kumpulan berkepentingan. Kumpulan sasaran ialah selalunya orang awam. Orang awam termasukalah peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta, murid sekolah, pelajar universiti, pekebun, penoreh dan seluruh rakyat jelata. Sesuatu dasaritu akan mensasarkan kumpulan sasaran bergantung kepada untuk bidang apa ia diperkenalkan. Dalam hal perpaduan dan integrasi ini sasaran utama ialah guru dan muridmurid di sekolah kerana sekolahlah yang diharapkan kerajaan untuk menyemai semangat perpaduan antara kaum. Kumpulan yang mendapat faedah pula ialah kumpulan yang mendapat keuntungan hasil pengenalan sesuatu dasar itu. Dalam hal perpaduan dan integrasi ini, jika dilihat dalam skop pendidikan, maka pengedar dan penerbit buku teks, alat bantuan mengajar seperti CD, carta dan sebagainayalah yang mendapat keuntungan. Tidak ketinggalan juga pengusaha-pengusaha pakaian yang akan memasarkan batik logo 1Malaysia sebagai contoh kepada kakitangan kerajaan.

14

Pemantauan Dari segi pemantauan, kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah mengadakan persidangan 1Malaysia Lab yang bertujuan meninjau kemajuan konsep 1Malaysia ini. Antara lain ialah tahap perpaduan di mana ukurannya ialah penerimaan rakyat Malaysia terhadap budaya bangsa yang pelbagai. 1Malaysia Lab ini terdiri wakil daripada sektor awam dan swasta, ahli akademik dan

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil bahagian dan memberi input serta maklum balas. Selain itu 1Malaysia Lab juga mengambil kira pandangan-pandangan daripada orang ramai melalui temuramah, perbincangan kumpulan serta perbincangan meja bulat. Pendapat pelajar-pelajar dari 30 pusat pengajian tinggi juga di ambil kira melibatkan 4000 orang pelajar. SMS, laman web dan hari terbuka juga antara cara untuk mendapatkan maklum balas orang awam. Di samping itu Jabatan Perpaduannegara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertanggungjawab dalam memberi tumpuan pemantauan terhadap perpaduan rakyat Malaysia. JPNIN telah distruktur kepada dua unit iatu Jabatan Rukun Tetangga yang akan fokus kepada aktiviti aktiviti Rukun Tetangga dan unit kedua ialah Unit Perancangan Perpaduan dan Integrasi Nasional (UPPIN). UPPIN akan fokus kepada penyelidikan polisi, perancangan strategik dan pembangunan dan juga pemantauan dan penilaian sesuatu polisi. Kedua-dua unit ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Indikator-indikator yang digunakan sebagai instrumen pemantauan ialah:
i.

Ekonomi Mengurangkan kadar kemiskinan terutama di kalangan bumiputra untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati antara kaum. Dasar ekonomi Baru yang dilaksanakan selama 20 tahun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 50% pada tahun 1957 hingga hanya 3.6% sahaja pada tahun 2010. Peratus ini menunjukkan yang DEB telah berjaya mendekatkan jurang perbezaan antara kaum. Saham bumiputra juga telah meningkat dalam sektor korporat daripada 2% pada tahun1970 kepada 19% pada tahun 1990.

15 ii. Interaksi sosial Kerajaan melaksanakan pelbagai program bertujuan menggalakkan

interaksi sosial. Antara progarm-program tersebut ialah Rukun Tetangga, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), progarm-program sukan, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan juga progarm-program yang melibatkan seni dan budaya seperti Cuti-cuti Malaysia dan Jalan-jalan Cari Makan.
iii. Menangani isu-isu agama dan budaya Antara yang hangat diperkatakan ialah tempat

ibadat dan perkahwinan campur. Kerajaan sedang memerhati dengan cermat samada masyarakat bukan Islam boelh bertolak ansur dengan Masyarakat Islam terutama dalam perkahwinan campur. Sejak akhir-akhir ini masyarakat bukan Islam terutamanya orang hindu semkain mendesak untuk membina tempat ibadat mereka tanpa mengira sensitiviti masyarakat. Justeru perkara ini harus ditangani kerana sebelum abad ke 21 perkara seperti ini tidak pernah kedengaran bahkan masyarakt bukan Islam amat menghormati masyarakat Islam yang telah lama bertapak di negara ini. iv. Kerajaan Antara inisiatif kerajaan ialah dengan menggalakkan penyertaan bukan bumiputra ke dalam sektor kerajaan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan integrasi di kalangan penjawat awam.
v. Media Media cetak dan elektronik digalakkan membuat laporan tentang semua kaum di

Malaysia supaya generasi yang sedia ada dan akan datang dapat memahami kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia. Melaui media juga keistimewaan sesuatu kaum dapat ditonjolkan dan dipromosikan seperti budaya, adat resam dan makanan kegemaran mereka. vi. Pendidikan Pendidkan juga salah satu instrumen petunjuk yang penting. Hasrat kerajaan menjadikan sekolah kebangsaan pilihan ibu bapa semua kaum amatlah dialualukan. Namun kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang semakin banyak harus dipantau dan ditangani dengan bijak agar hasrat kerajaan untuk menyemai perpaduan di sekolah tidak terbantut. Malaysia juga mengambil inisiatif dan membuat perbandingan dengan lain-lain negara mengenai tahap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam konteks ini dua indikator adalah relevan untuk Malaysia iaitu:

16 Global Peace Index (GPI) yang dinilai oleh Organisasi Wawasan Antarabangsa untuk

Kemanusiaan yang membandingkan 144 buah negara. Ia menilai tentang konflik, keselamatan social dan tahap keselamatan. Pada tahun 2009, Malaysia berada di tempat ke 26 di hadapan Sepanyol, Perancis dan United Kingdom. Namun berada di belakang tempat teratas New Zealand, Denmark, Norway dan 14 negara Eropah lain serta Kanada, Australia, Jepun dan Singapura.
Societal Stress Index (SSI) dipantau oleh JPNIN yang mengukur konflik kumpulan yang

melibatkan kaum dan agama berlainan, demonstrasi jalanan dan kontroversi yang yang melibatkan kaumdan agama yang dilaporkan oleh media.

MASALAH PELAKSANAAN Terdapat beberapa faktor penghalang integrasi nasional. Faktor-faktor ini yang kesemuanya menyangkut soal nilai dan sikap masyarakat ialah prasangka, perkauman dan etnosentrisme.
1. Prasangka. Ia merupakan sikap terhadap kumpulan-kumpulan lain yang yang berasaskan

generalisasi umum (stereotaip), atau penjenisan, atas bukti-bukti yang tidak konkrit. Prasangka merupakan tindakan :menyangka dahulu (prejudgement), dan yang menjadi masalah di Negara kita ialah prasangka itu biasanya berupa sangkaan buruk terhadap kaum lain. Masalah ini terus wujud kerana sekalipun ada maklumat-maklumat baru yang positif mengenai kumpulan-kumpulan lain, prasangka yang sedia ada sukar diubah.
2. Perkauman. Ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Dalam Negara

kita, fenomena ini wujud dengan agak jelas dalam bidang ekonomi, politik, social atau kebudayaan di mana satu-satu kumpulan etnik mementingkan orang-orang kumpulannya sendiri. Sikap perkauman mudah menghasilkan hubungan yang tegang dan jarak social di antara individu-individu atau kelompok-kelompok yang berlainan etnik.
3. Etnosentrisme: Ia merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri

adalah lebih agung (superior) daripada unsur-unsur budaya lain. Kerana ada kepercayaan

17

begini, apa juga unsur-unsur budaya dan manisfestasi budaya lain, kalau berbeza daripada yang terdapat dalam budaya sendiri, akan dianggap salah , tidak baik, dan mungkin membahayakan.

Gabungan ketiga-tiga istilah di atas adalah lahir dari rasa di dalam yang boleh dizahirkan dalam tindakan-tindakan berat sebelah atau tidak adil terhadap kumpulankumpulan lain. Tingkahlaku ini juga dikenali sebagai diskriminasi .

Sebab-sebab Penghalang Integrasi 1. Kejahilan tentang kumpulan-kumpulan etnik lain. Masyarakat yang tidak begitu memahami tentang cara hidup, keadaan hidup dan juga masalah kaum lain adalah punca penyebab ini. Kejahilan ini berpunca dari pemisahan fizikal seperti berlainan wilayah dan kurangnya pendedahan tentang budaya kaum lain. 2. Proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik yang tersendiri. Proses pemasyarakatan yang berlaku dalam kalangan sesebuah kumpulan etnik tidak menggalakkan pendedahan kepada sesuatu unsur budaya lain dengan seluas-luasnya. 3. Politik Perkauman Malaysia adalah sebuah Negara di mana sistem politiknya lebih bersifat politik perkauman . Ini kerana Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia telah menggabungkan pelbagai parti politik yang mewakili kaum masing-masing.

4. Perbezaan Sosioekonomi.

18

Perbezaan ini dikaitkan dengan sejarah penjajahan/kolonialisme dan kini dengan faktor struktural adalah satu punca tidak puas hati di setengah-setengah pihak. Mereka berasa tidak dapat mengecap nikmat kemewahan Negara. 5. Perbezaan Kebudayaan . Perbezaan ditonjolkan melalui berbagai-bagai kegiatan social dan kebudayaan. Kadangkala pendukung sesuatu budaya menjadi pelampau dan secara sengaja menonjolkan lambang-lambang budaya sendiri. Ini akan mencetuskan rasa prasangka dan perkauman yang boleh menggugat integrasi nasional. 6. Segregasi atau pemisahan fizikal Segregasi fizikal sememangnya menyebabkan kesukaran hubungan fizikal dan mengakibatkan sesuatu etnik tidak mengenali etnik yang lain. Bila terpisah begini sikap prasangka mementingkan kaum sendiri lebih mudah menebal. . CADANGAN MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN

PELAKSANAAN Dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar perpaduan dan integrasi nasional, Kerajaan Malaysia perlu memberi fokus kepada pembangunan diri. Pembangunan diri merujuk kepada pembentukan sikap dan tingkah laku yang positif terhadap kumpulan-kumpulan lain. Ia penting supaya satu kaum dapat menjiwai kaum-kaum lain dan sebaliknya. a) Pembangunan Fizikal dan Sosial i.Pengemasan dan peningkatan strategi-strategi sosioekonomi. Kerajaan sentiasa mengemaskan dan meningkatkan dasar-dasarnya untuk memastikan satu struktur sosioekonomi yang sesuai dengan keadaan semasa untuk mencapai matlamat pembangunan dan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik. ii. penukaran konsep-konsep yang bersifat memecahbelah.

19

Tujuan penukaran ini untuk memudahkan urusan pentadbiran Negara. Konsep-konsep seperti Malaysia Timur, Malaysia Barat ditukar kepada Semenanjung Malaysia. Ini adalah untuk tidak menonjolkan unsur pemisahan antara wilayah. iii.peningkatan peranan institusi-institusi sosial. Peranan institusi sosial dan agensi kerajaan mempunyai peranan yang besar dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara aktiviti yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti gotong royong dan kegiatan sukan.

b) Pembangunan Sosiopsikologi i. Pendidikan formal Sistem pendidikan Negara seawal peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti lebih memberi tumpuan kepada semangat untuk bersatu dan pengetahuan tentang kumpulan etnik di Malaysia. ii. Aktiviti-aktiviti kokurikulum. Semua institusi pengajian telah digalakkan untuk mengadakan aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua etnik. iii. Media massa Peranan media massa adalah sangat penting sebagai mendekatkan berbagai etnik dan wilayah mahupun dari segi fizikal ataupun kerohanian.

c) Pembangunan Sosioekonomi i. Peningkatan infrastruktur pendidikan

20

Peningkatan ini biasanya dikaitkan dengan sekolah luar Bandar kerana

terdapat

banyak kekurangan berbanding sekolah Bandar. Kerajaan telah memperuntukkan dana yang besar kepada sekolah luar Bandar dan menggalakkan guru yang berkelayakan dan berdedikasi bertugas di sekolah ini. ii. Melahirkan usahawan dan golongan professional bumiputera. Kerajaan telah menggalakkan siswazah untuk menjadi usahawan dengan memberi latihan, bimbingan dan sokongan. iii. Pembangunan Penduduk Desa. Pendidikan kepada wanita luar Bandar juga dititikberatkan terutamanya surirumah berkaitan bidang pertanian. Kanak-kanak dan penduduk miskin diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, kemudahan atau pemakanan supaya dapat menikmati peluang pendidikan asas.

PENUTUP Sebagai kesimpulan, perpaduan dan integrasi nasional adalah dua elemen yang sangat penting dalam pembangunan Negara. Negara yang mana rakyatnya selalu bersengketa dan bertelagah adalah amat susah mencapai kemajuan. Tanpa perpaduan, kestabilan Negara amat mudah goyah dan musuh mula mencari peluang untuk mempengaruhi serta menakluk sesebuah Negara. Usaha-usaha bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum masih diteruskan. Perpaduan yang jitu masih dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama Negara.

21

Rujukan ___________. (2010). Government Transformation Programme: The Roadmap. Putrajaya: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Glenn,W. The Process of Policy Implementation: A Literature Review. Dimuat turun daripada http://www.associatedcontent.com. Nazaruddin Hj. Mohd Ali, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashis. (2001). Pengajain Malaysia: Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall. Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ishak Saat. (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Karisma Publications Sdn. Bhd.

22

PXGM 6108 PENGURUSAN DASAR STRATEGIK DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN 3 TAJUK PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

PENSYARAH PROF. DR. DATUK ABDUL RAHMAN IDRIS

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD NAZRI OTHMAN (PGD 100006) ROSZITA YUSOFF(PGD 090034)

PXGM 6108

23

PENGURUSAN DASAR STRATEGIK DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN TAJUK PELAN PENDIDIKAN 2001-2010 PENDIDIKAN PRA SEKOLAH DAN RENDAH

PENSYARAH PROF. DR. DATUK ABDUL RAHMAN IDRIS DISEDIAKAN OLEH: AHMAD NAZRI OTHMAN (PGD 100006) ROSZITA YUSOFF(PGD 090034) KARMELLIA RIDZUAN (PGD 090045)

You might also like