Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Permainan tarik tali (Migazat dukug) Sejarah: 1. Dijalankan selepas upacara menuai padi. 2.

Lazimnya diadakan antara dua buah kampung. 3. Sesetengah sumber mengatakan ia diadakan antara dua orang pemain untuk beradu kekuatan. 4. Bahan yang digunakan adalah rotan atau kayu namun kini tali digunakan dengan meluas kerana lebih sesuai dengan bilangan peserta yang lebih ramai. 5. Hadiah bagi pemenang permainan ini berbentuk minuman tradisi iaitu tapai dan ia perlu diminum hingga habis oleh para pemenang pada masa itu juga. Cara bermain: 1. Kedua-dua pasukan hendaklah membuat satu barisan lurus sambil memegang seutas tali yang panjang. 2. Apabila pengadil memberikan isyarat, kedua-dua pasukan boleh mula menarik tali yang dipegang ke arah mereka. 3. Reben berwarna yang bertindak sebagai penanda perlu dikekalkan dalam kawasan pasukan untuk memenangi permainan ini. Peraturan permainan: 1. Setiap pasukan dianggotai oleh lapan (8) orang dan terdiri daripada jantina yang sama. 2. Para peserta dilarang daripada mula menarik tali sebelum isyarat diberikan oleh pengadil. 3. Pasukan yang berjaya mengekalkan reben berwarna di dalam kawasan pasukan mereka diisytihar sebagai pemenang. 4. Peserta yang didapati melakukan sabotaj diberikan satu (1) amaran sahaja, dan akan dikeluarkan daripada permainan sekiranya masih melakukan kesalahan. 5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

You might also like