Pembentukan Kerangka Teori Sekolah Cemerlang

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Masalah Pendidikan Jilid 27 23

Pembentukan Kerangka Teori Sekolah Cemerlang


Shahril@Charii bin H], Marzuki Universiti Malaya Abstract This article explores the construction ofa theoretical framework of school effectiveness and leadership. School effectiveness is described as afunction offour majorfactors. principal appropriateness, teacher preparedness, student readiness and infrastucture adequacy. The most ineffective schools are those where the principal is inappropriate. the teacher is unprepared to teach, the student is unready to learn and the school infrastructure is inadequate, while in the most effective schools the opposite occurs. Suggestions are given for transforming ineffective schools into effective ones. Pendahuluan Kebanyakan ibu bapa ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah cemerlang atau sekolah berkesan. Malah ada ibu bapa yang sanggup menghantar anakanaknya ke sekolahsekolah cemerlang yang jauh dari rumahnya. Misalnya bagi ibu bapa yang tinggal di Lembah Kelang, mereka sanggup menghantar anakanak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bintang Utara, SK Sri Bintang Selatan, SK Damansara Heights, SK St John dan lain-lain lagi dengan harapan anakanaknya akan menjadi pandai atau cemerlang dari segi akademik. Mengapa ini berlaku? Ini di sebabkan ibu bapa beranggapan bahawa sekolah cemerlang akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi kokurikulum, kurikulum, akhlak dan rohani mereka. Keberkesanan sekolah atau sekolah cemerlang boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan itu. Hasil ini berbentuk pencapaian dalam bidang akademik dan bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan keadaan sekolah yang bersih dan ceria. Keberkesanan sekolah boleh diukur melalui proses iaitu proses pengurusan dan pentadbiran sekolah efektif, pengwujudan iklim budaya sekolah yang positif untuk pengajaran-pembelajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan guru, guru dengan guru dan guru dengan pelajar, dan guru dengan ibu bapa. Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam pendidikan, tetapi

24 Masalah Pendidikan Jilid 27 dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosioekonomi (SES) ibu bapa pelajar, latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah (value added) kepada kebolehan pelajar. Definisi Sekolah Cemerlang at au Sekolah Berkesan Sekolah cemerlang atau sekolah berkesan mempunyai maksud yang sarna, iaitu di Amerika Syarikat dan di United Kingdom bagi sekolah cemerlang, ia menggunakan istilah sekolah berkesan (effective school), manakala di Malaysia menggunakan istilah sekolah cemerlang yang bermaksud sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar iaitu daripada pencapaian akademik yang rendah meningkat kcpada pencapaian akademik yang tinggi. Mengikut Hussein Mahmood (1993) sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer tetapi sekoLah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat dan guru-guru merasa puas hati bekerja. Brookover dan Lezotte (1979) dan Teddlie et al., (1985, 1989) mengatakan bahawa sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dari golongan keluarga yang SES rendah. Manakala Edmonds (1979a) mendefinisikan sekolah cemerlang sebagai: ... bring the children of the poor to those minimal masteries of basic school skills that now describe minimally successful pupil performance for the children of the middle class. Mortimore (1991) pula mendefinisikan sekolah cemerlang sebagai: ... as one in which students progress further than might be expected from consideration of its intake. An effective school thus adds extra value to its students' outcomes in comparison with other schools serving similar intakes. Abdul Shukor Abdullah (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan.

Masalah Pendidikan Jilid 27

25

Pendapat Abdul Shukor Abdullah (1991) telah dipersetujui oleh Sharifah Md. Nor (2000) yang mengatakan bahawa konscp sekolah cemerlang berkait dengan kecemerlangan akadernik; walau bagaimanapun guru-guru perlu rnenentukan perkembangan seirnbang pelajar dan kemampuan pentadbir membantu guru menjalankan tugasnya dengan baik. Bagi rnembantu pelajar pula, sekolah cemerlang ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajamya bijak, rnernpunyai sahsiah dan disiplin yang baik. Dalam situasi di USA, UK malah di Malaysia di dapati tidak semua sekolah, sarna ada sekolah rcndah atau sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai sekolah berkesan. Mengikut Stoll dan Fink (1996), Rosenholtz (1985) dan Hopkins et a1, (1994) melabelkan sekolah berkesan sebagai sekolah bergerak (moving) dan sekolah cruising manakala sekolah kurang berkesan disifatkan sebagai sekolah strolling, dan sekolah tidak berkesan sebagai sekolah merangkak (struggling) dan sekolah tenggelam (sinking). Ini dapat digambarkan pada Rajah 1.

Rajah 1. Jenis-jenis sekolah: Sekolah cemeriang, sekolah kurang cemeriang dan sekolah tidak cemeriang Sumber: Stoll dan Fink (1996\ dan Hopkins (1999). Mengapa sekolah boleh bergerak sebagai sekolah cernerlang, sekolah kurang cemerlang, atau sekolah tidak cernerlang? Ini disebabkan oleh perubahan dari segi kcpimpinan sekolah, guru, pelajar, taraf sosioekonomi ibu bapa pclajar dan lain lagi. Jika terdapat perubahan, sekolah akan bergerak seperti tertera dalam Rajah 1.

26

Masalah Pendidikan Jilid 27

Jenis-jenis Sekolah: Sekolah Cemerlang, Kurang Cemerlang dan Tidak Cemerlang Sekolah Tenggelam (Sinking)

Sekolah-sekolah seperti ini bukan sahaja tidak cemerlang tetapi merosot kerana stafnya tidak kisah dan tidak tabu cara meningkatkan pre stasi. Selalunya sekolah-sekolah ini berada dalam kawasan yang status sosioekonominya rendah, ibu bapanya tidak kisab dan guru-guru sering menyalahkan pelajar yang tidak memberangsangkan sebagai penyebab punca kegagalan mereka. Sekolah-sekolah ini memerlukan perubahan budaya yang drastik dan kepimpinan pengetua/guru besar yang mantap, berani membuat perubahan, kreatif dan bijak serta pelbagai bantuan perlu diberikan untuk menyelamatkan sekolah daripada tcrus tenggelam. Sekolah Merangkak (Struggling)

Sekolah-sekolah ini adalah sekolah yang kurang cemerlang dan scmua pihak menyedari hakikat ini dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki keadaan. Mereka akan berjaya jika dibantu oleh semua pihak kerana mereka sedar akan kelemahan mereka dan memang menginginkan bantuan. Sekolah-sekolah di kawasan-kawasan yang kurang beruntung seperti di luar bandar dan dipinggir bandar yang berusaha untuk meningkat pencapaian akademik adalah dalam kategori ini. Sekolah-sekolah ini mengamalkan budaya bekerjasama dan mencari rakan kongsi (ibu bapa, komuniti dan sebagainya) untuk mcnolong mereka. Sekolah sebegini memerlukan perubahan transformatif untuk meningkat. Sekolah Berkembang dengan Sederhana (Strolling)

Sekolah-sekolah ini hanya sederhana dari segi pencapaian akademik. Sekolah seperti ini cuba bergerak ke arah keberkesanan tetapi tidak cukup untuk menghadapi kadar perubahan yangpesat. Sekolah tersebut memerlukan ciri-ciri seperti pcngetua/guru besar bam dan dinamik, bantuan semua pihak termasuk pegawai dan labatan Pedidikan Negeri, dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dan sebagainya. Sekolah ini mempunyai warga yang bersikap 'tidak kisah " 'apa nak buat' 'entahlah' dan terdapat sebahagian guru telah mengalami burn out. Sekolah sedemikian terdapat di kebanyakan temp at.

Masalah Pendidikan Jilid 27 27 Sekolah Mengekalkan Prestasi (Cruising)

Sekolah jenis ini dilihat sebagai cemerlang oleh semua pihak. Pelajar mereka memanglah sedia berkebolehan dan mencapai kejayaan walaupun kualiti pengajaran tidak berapa baik. Sekolah seperti ini hanya mengekalkan prestasi tetapi kurang berusaha meningkatkan dan menyediakan pelajar mereka menghadapi dunia yang sentiasa berubah dan mencabar. Sekolahsekolah menengah berasrama penuh dan sekolah-sekolah elit yang tidak berusaha menyerlahkan potensi pelajar mereka sepenuhnya mengamalkan budaya cruising. Sekolah Bergerak (Moving)

Sekolah bergerak ialah sekolah cemerlang kerana berjaya meningkatkan pencapaian murid mereka jauh melebihi jangkaan dan warganya terutamanya pengetua/guru besar dan guruguru sentiasa bergerak untuk meningkatkan kejayaan sekolah. Biasanya sekolah seperti ini bergerak juga dari aspek lain seperti kokurikulum yang menyumbang kepada perkembangan pelajar. Contohnya sekolah-sekolah yang mendapat anugerah sekolah harapan negara merupakan sekolah efektif dan sentiasa bergerak. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keherkesanaan Sekolah Cemerlang Apabila mernbincangkan mengenai 'sekolah cemerlang', terlintas di fikiran kita pertanyaan mengenai mengapa sekolah itu dilabel sebagai sekolah cemerlang, sekolah kurang cemerlang dan sekolah tidak cemerlang. Oleh yang demikian kita perlu meninjau faktor-faktor atau input yang rnempengaruhi sekolah cemerlang. Input ini adalah amat penting dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah. Input ini tennasuklah kepernimpinan pengetua/guru besar, visi dan misi sekolah, iklim sekolah, guru, pelajar, ibu bapa dan infrastruktur sekolah. Namun kajian-kajian awal tentang sekolah cemerlang oleh Weber (1971) mengatakan terdapat empat faktor utama penentu keberkesanan sekolah, iaitu: Kepemimpinan pengetua/guru besar yang teguh; Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar; Iklim sekolah yang kondusif; dan Penekanan kepada kemahiran asas.

Manakala Edmonds (1977) yang telah membuat kajian mengenai sekolah cemerlang, terutama di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar dari golongan keluarga yang miskin di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat

28

Masalah Pendidikan Jilid 27

di bawah tajuk Search for Effective Schools: The Identification and Analysis of the City Schools that are Instructionally Effective for Poor Children mendapati terdapat lima faktor utama penentu sckolah cemerlang: Kepemimpinan pengetua/guru besar yang teguh dan mampan; lklim sekolah yang selamat dan kondusif; Penekanan kepada pembelajaran kemahiran asas; Harapan guru yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar; dan Kekerapan penilaian akademik pelajar.

Kajian-kajian awal tentang sekolah cemerlang di United Kingdom telah dilakukan oleh Rutter et al. (1979) yang bertajuk Fifteen Thousand Hours: Secondary Schools and their Effects on Children. Beliau mengatakan sekolah cemerlang tertakluk kepada: , .. the balance of intellectually able and less able children in school. the rewards system, the school s physical environment, the opportunities for children to take responsibility, the use of homework. the possession of academic goals, the teacher operating as a positive role model, good management of the classroom and strong leadership combined with decision-making from the Head Teacher. (Dalam Reynolds et al., 1994, ms. 39) Kajian-kajian sekolah cemerlang di United Kingdom telah diteruskan oleh Mortimore et al. pada tahun 1988. Didapati bahawa terdapat 12 faktor atau input yang mempengaruhi keberkesanan sekolah, iaitu: Kepemimpinan pcngetuaiguru besar yang mampan dan teguh; Penglibatan penolong pengetua/guru bcsar dalam pentadbiran sekolah; Pcnglibatan guru yang aktif Guru yang konsisten dalam pengajaran; Bahan pengajaran yang tersusun; Kandungan pengajaran yang mencabar, kreatif dan kritis; Suasana pembelajaran yang menyeronokkan; Selalu membuat pemantauan kemajuan akadcmik pelajar; Terdapat komunikasi dan hubungan yang mesra dan baik diantara guru dan pelajar; Sistem simpanan rckod pelajar yang teratur; Penglibatan ibu bapa yang aktif; dan lklim sekolah yang positif dan memberangsangkan.

Masalah Pendidikan Jilid 27

29

Manakala Mortimore (1995) dalam Seminar Sekolah Berkesan di Malaysia menyatakan bahawa sekolah berkesan dipengaruhi oleh II faktor iaitu: Kepemimpinan profesional; Perkongsian visi dan matlamat; Kewujudan budaya pembelajaran; Penumpuan terhadap pengajaran pembelajaran; Pengajaran bermatlamat; Pengharapan yang tinggi; Pengukuhan yang positif; Pemantauan terhadap perkembangan; Hak dan tanggungjawab murid; Pemuafakatan rumah-sekolah; dan Oganisasi pembelajaran.

Manakala kajian-kajian sekolah cemerlang yang dilakukan oleh Shahril @ Charil Marzuki (1997) di Sekolah-sekolah Kebangsaan atau SK, Sekolahsekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) atau SRJK(C), dan Sekolahsekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) atau SRJK(T) mendapati terdapat lima faktor utama mempengaruhi sekolah cemerlang, iaitu: Kepemimpinan pengetua/guru besar yang mampan dan iklim sekolah yang positif; Harapan guru yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar; Penekanan kepada kemahiran asas; Kekerapan pcnilaian kemajuan akademik pelajar; dan Keadaan fizikal sekolah yang sempurna.

Berdasarkan kajian sekolah cemerlang seperti di atas, didapati faktor utama atau input utama yang mempengaruhi sekolah cemerlang ialah kepemimpinan pengetua/guru besar yang marnpan, iklim sekolah yang kondusif, guru-guru berdedikasi mengajar, pelajar yang bermotivasi untuk belajar dan keadaan fizikal sekolah yang sempurna dan lengkap. Oleh itu di dalam membincangkan faktor utama sekolah cemerlang, faktor kepemimpinan pengetua/guru besar yang mampan merupakan faktor yang pcnting dalam sekolah cemcrlang, kerana ianya mcrupakan faktor utama menentu matlamat sekolah tercapai. Pengetua adalah orang yang utama membentuk iklim sekolah yang kondusif. Beliau juga yang memotivasi guru untuk mengajar bersungguh-sungguh supaya matlamat sekolah dapat tercapai. Pengetua juga bertindak untuk membentuk

30 Masalah Pendidikan Jilid 27 pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan belajar bersungguh untuk memastikan keputusan peperiksaan cemerlang. Walau bagaimanapun, keberkesanan peranan kepemimpinan pengetua/guru besar telah dipertikaikan dalam kajian Edmonds (1979a), Stringfield dan Teddlie (1988) dan juga Scheerens (1992) yang menyatakan terdapat faktor-faktor selain daripada kepemimpinan pengetua yang mempengaruhi sekolah cemerlang atau sekolah berkesan. Menurut Slater dan Teddlie (1992) sekolah cemerlang adalah dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kesesuaian kepemimpinan, kesungguhan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan kesediaan pe1ajar untuk belajar. Jika tidak ada tiga faktor ini maka sekolah itu adalah tidak cemcrlang. Kesesuaian Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Kajian-kajian sekolah cemerlang mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang adalah berfungsi atau berperanan sebagai pemimpin pengajaran. Di antara penulis-penulis terscbut ialah Sweeney (1982), Witte dan Walsh (1990), Hussein Mahmood (1993) dan Shahril Marzuki (1997). Menurut Sweeney (1982), enam ciri kepemimpinan pengetualguru besar yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah cemerlang ialah: Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik; Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran; Menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim

sekolah); Kerap menilai pencapaian akademik pelajar; Menyelaras program pengajaran; dan Membantu dan memberi seman gat kepada para guru.

Hussein Mahmood (1993) pula mengatakan bahawa kepimpinan pengetua/guru besar bertanggungjawab mengadakan falsafah, matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru meningkatkan kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum; pengetua juga mclaksanakan program perkembangan staf, dan menyelaras aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha. Witte dan Walsh (1990) menegaskan bahawa kepemimpinan pengetualguru besar di sekolah yang cemerlang seperti berikut: Mempunyai kepakaran dalam keadaan pengajaran; Menilai kembali pengajaran guru supaya dapat menghasilkan pelajar cemerlang dalam akademik;

Masalah Pendidikan Jilid 27

31

Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat kcputusan berhubung dengan pengajaran; dan Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program pendidikan dengan bantuan guru-guru untuk kejayaan sekolah.

Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997) menyatakan peranan pengetua/guru besar dalam kepirnpinan pengajaran adalah meliputi: rnenyelia, membuat cerapan dan memotivasi guruguru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, pencapaian matlamat dan misi sekolah. Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa kesesuaian peranan pengetua/guru besar penting dalam pembentukan sekolah cemerlang atau sekolah berkesan di mana pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran, mesti peka dengan perubahanperubahan dalam kurikulum, kaedah pengajaran pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-pernbelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mengemas kini pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan baru selari dengan perkembangan semasa. Selain itu, pengetua atau guru besar berperanan membentuk iklim sekolah yang kondusif untuk pengajaran-pembelajaran. Terdapat dua jenis iklim sekolah yang boleh dibentuk oleh pengetua atau guru besar, pertama iklim sekolah yang berbentuk fizikal, atau iklim luaran dimana wujud suasana keliling sekolah yang aman, nyaman, ceria dengan dipenuhi oleh pokok-pokok bunga, terdapat temp at untuk pelajar bersantai, atau belajar dan tiada gangguan daripada pihak luar atau pihak dalaman. Seperkara Iagi, iklim sekolah ialah iklim dalaman sekolah atau interpersonal relationship yang baik, dimana terdapat hubungan yang mesra diantara pengetua/guru besar dengan guru-guru, diantara guru dengan guru, guru dengan pelajar dan guru dengan ibu bapa, atau masyarakat luar (Rahimah Hj Ahmad & Zulkifli A Manaf, 1996). Jika kedua-dua iklim ini dapat dibcntuk dengan baik oleh pcngetua atau guru besar maka sekolah berkenaan boleh menjadi sekolah cemerlang atau sekolah yang berkesan. Kesungguhan Guru dalam Proses Pengajarau Mengikut Slavin (1997) kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran bergantung kepada empat faktor, iaitu QAlT (Quality, Appropriateness, Incentive. Time) yang bermaksud:

32 Masalah Pendidikan Jilid 27 Kualiti pengajaran (Quality of Instruction): merujuk kepada kualiti maklumat dan kemahiran guru di dalam memperscmbahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajarannya. Aras pengajaran (Appropriate Level of Instruction): yang memberi makna kesesuaian pengajaran guru dengan kebolehan pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar pelajaran yang baru. Insentif (Incentive): berrnakna kebolehan guru untuk memotivasi pelajar untuk terus belajar, menyiapkan kerja rumah dan tugas yang lain. Masa (Time): bcrmaksud jumlah masa yang diperuntukkan oleh guru untuk pengajaran.

Oleh itu kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah elemen yang penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah. Namun kajian-kajian yang lepas mendapati ada guru yang telah burn out sctelah lama mengajar, terdapat juga guru yang tidak bermotivasi dan 'hilang minat' untuk mengajar. Jika perkara ini tidak diatasi ianya akan menjadi duri dalam daging kepada sekolah khasnya dalam mengekalkan sekolah sebagai sekolah cemerlang. Kesediaan Pelajar untuk Belajar Mengikut Carroll (1989), kecemerlangan akademik pelajar adalah berasaskan kcpada lima elemen yang dimiliki oleh pelajar, iaitu: Kemampuan belajar (Aptitude): bermaksud, kemahuan dan kebolehan pelajar belajar, Pelajar yang mempunyai kemampuan belajar yang tinggi sepatutnya mampu untuk belajar dalam masa yang singkat. Kebolehan memahami arahan (Ability to Understand the Instruction): bermaksud pelajar memahami araban-araban dan memahami pengajaran guru. Ketekunan/kesungguhan (Perseverance): bermaksud sejauh mana pelajar bersedia memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Ketekunan adalah hasil daripada motivasi pelajar untuk belajar. Ini disebabkan ada setcngah pelajar berada di dalam kelas tetapi fikirannya 'melayang' atau khayal dan tidak memberi tumpuan kepada guru. Peluang belajar (Opportunity): bermaksud peluang pelajar untuk bclajar pada masa yang telah tetap, peluang untuk bertanya kepada guru dan peluang untuk mengulang kaji pelajaran. Pcrkara-perkara tersebut di at as mempengaruhi kesedian pelajar untuk belajar dengan tekun, berdedikasi bagi mencapai keccmerlangan dalam akademik dan kokurikulurn.

Masalah Pendidikan Jilid 27

33

Pengajaran yang berkualiti (Quality a/Instruction): bermaksud tahap kualiti sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan oleh guru di mana pengajaran guru itu mudah difahami oleh pelajar walaupun tajuk yang diajar agak sukar untuk diikuti.

Keadaan Fizikal Sekolah yang Sempurna dan Lengkap Kajian-kajian sekolah berkesan atau sekolah cemerlang mengatakan sesebuah sekolah yang cemerlang mesti mempunyai infrastruktur sekolah yang lengkap seperti bilik darjah yang lengkap, Pusat Sumber, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Komputer, Bilik Guru yang lengkap dan juga mempunyai bekalan asas seperti air, elektrik dan kemudahan telefon (Shahril Marzuki, 1997). Oleh yang demikian, sekolah-sckolah yang tidak lengkap atau kurang lengkap dari segi infrastruktur terutarna sckolah di bandar, sekolah-sekolah di luar bandar atau sekolah-sekolah di pedalaman atau di pulau-pulau atau sekolah yang terpencil, adalah agak sukar untuk menjadi sekolah cemerlang atau sekolah berkesan kerana kekurangan kemudahan asas untuk pengajaran-pembelajaran. Berdasarkan perbincangan di atas, adalah nyata bahawa sekolah yang cemerlang dipengaruhi oleh empat faktor utama iaitu: kesesuaian kepimpinan pengetua/guru besar yang mampan, kesungguhan guru dalam proses pengajaran, kesediaan pelajar dan bermotivasi untuk belajar, dan infrastruktur sekolah yang lengkap. Ini dapat ditunjukkan oleh garnbarajah topografi sekolah cemerlang, sekolah kurang cemerlang dan sekolah tidak cemerlang pada Rajah 2. Topografi ini boleh di gunakan sebagai kerangka teori bagi kajian sekolah cemerlang di Malaysia. Rajah 2 menunjukkan, jika kesesuaian kepimpinan pengetua/guru besar adalah positif, kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah positif, dan kesedaran pelajar untuk belajar adalah positif dan keadaan fizikal sekolah lengkap dan sempurna maka sesuatu sekolah boleh menjadi sekolah cemerlang, tetapi jika kesesuaian kepimpinan pengetua adalah negatif, kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah negatif dan keadaan fizikal sekolah tidak lengkap dan sempurna, kesedaran pelajar untuk belajar adalah negatif juga, maka sesuatu sekolah akan berubah menjadi sekolah yang tidak cemerlang. Manakalajika kesesuaiaan kepimpinan pengetua/guru besar ncgatif dan keadaan fizikal sekolah adalah negatif tetapi terdapat kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah positif dan kesedaran pelajar untuk belajar adalah positif juga, maka sesuatu sckolah itu boleh menjadi sekolah kurang cemerlang, begitu juga jika kesesuaian kepimpinan pengetua/guru besar adalah positif, kesungguhan

34 Masalah Pendidikan Jilid 27 guru dalam proses pengajaran adalah positif, manakala kesedaran pelajar untuk belajar adalah negatif dan keadaan fizikal adalah negatif maka sesuatu sekolah itu boleh menjadi sekolah yang kurang cemerlangjuga.

Rajah 2. Sekolah cemerlang, sekolah tidak cemerlang dan sekolah kurang cernerlang Cadangan dan Saranan bagi Pembentukan Sekolah Cemerlang di Malaysia Dari perbincangan di atas didapati faktor utama kecemerlangan sekolah adalah dipengaruhi oleh kepemimpinan pengetua /guru besar yang mampan, wujud iklim atau budaya sekolah yang positif dan kondusif untuk pengajaran-pembelajaran, kesediaan pelajar untuk belajar, dan terdapat infrastruktur sekolah yang lengkap. Jika perkara itu diwujudkan di setiap sekolah, maka sekolah itu boleh menjadi sckolah cemerlang. Oleh itu adalah disarankan kepada pihak yang berwajib supaya setiap sekolah mernpunyai ciri-ciri berikut: Pengetua/guru besar mesti rnernpunyai kelayakan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengurus sekolah. Mereka ini mesti diberi latihan pengurusan sebelum dilantik sebagai pcngctua. Oleh itu program Latihan

Masalah Pendidikan Jilid 27 35 Kebangsaan Kelayakan Profesional Gurubesar (National Professional Qualification for Headship (NPQH) yang dianjurkan oleh pihak Institut Aminuddin Baki (lAB) perlu diteruskan. Adalah disarankan selepas guruguru ini diberi latihan, mereka dilantik ke jawatan pengurusan di sekolah seperti guru penolong kanan, penyelia petang atau ketua bidang. Pengetua atau guru besar sepatutnya mempunyai latihan yang khusus dalam bidang interpersonal dan berkomunikasi supaya terdapat komunikasi yang berkesan di antara mereka dengan guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Ini akan mewujudkan iklim sekolah yang menggalakkan pengaj aranpembelajaran. Setiap guru mesti bertugas dengan pcnuh dedikasi, mempunyai kemahiran mengajar, memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas, dan menaruh harapan yang tinggi bahawa semua pelajar boleh belajar dengan baik. Oleh itu guru-guru ini perlu diberi latihan atau kursus untuk memotivasi pelajar dan kursus menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Setiap pelajar semestinya bermotivasi untuk belajar bersungguhsungguh, sedar akan tugas sebagai pelajar dan bcrusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, Setiap sekolah baik di kawasan ban dar atau luar bandar sepatutnya mempunyai kelengkapan asas seperti air, elektrik dan komunikasi selain kecukupan bilik-bilik darjah dan bilik-bilik kemudahan yang lain. Sekolah sepatutnya mewujudkan smart partnership antara sekolah dengan ibu bapa atau masyarakat, supaya mudah mendapat bantu an kewangan, tenaga dan buah fikiran bagi memajukan sekolah, atau untuk mendapatkan bantuan bagi melengkapi infrastruktur, Kesimpulan Daripada perbincangan di atas didapati bahawa faktor utama dalam pembentukan sekolah cemerlang adalah: Kepemimpinan pengetua guru besar yang mampan, iklirn sekolah yang kondusif, guru yang berdedikasi dan bcrkemahiran dalam pengajaran, pelajar yang bermotivasi untuk belajar dan sekolah yang mempunyai infrastruktur yang sempurna dan lengkap. Jika ciri-ciri tersebut dapat diwujudkan di sesuatu sekolah, maka sekolah itu dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan seterusnya menjadi sebuah sekolah yang cemerlang atau berkesan. Rujukan Abdul Shukor Abdullah. (1991). Pengurusan organisasi: Perspekiif, pemikiran dan teori, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

36

Masalah Pendidikan Jilid 27

Brookover, W. B., & Lezotte, L. W. (1979). Changes in school characteristics coincident with change in student achievement. East Lansing: Michigan State University, College of Urban Development. Carroll.J, B. (1989). The Carroll Model: A 25 year retrospective and prospective view. Educational Researcher, 18(1), 26-31. Edmonds, R. R. (1977). Search for effective schools: The identification and analysis of city schools that are instructionally effective for poor children. Boston, MA: Harvard University Press. Edmonds, R. (l979a). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1), 15-27. Hopkins, D., Ainscow, M., & West, M. (1994). School improvement in an era of change. London: Cassell. Hopkins, D., & Reynolds, D. C. (1999). Moving on and moving up: Confronting the complexities of school improvement in The Improving Schools Project. Educational Research and Evaluation, 4. 23-51. Hussein Mahmood. (1993). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Levine, D., & Lezotte, L. (1990). Unusually effective schools. Madison, WI: The National Center for Effective Schools Research and Development. Mortimore, P. (1991). Effective schools from a British perspective: Research and practice. Dalam 1. Bliss & W. Firestone (Ed.), Creating effective schools. London: PrenticeHall. Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Kertas dibentangkan dalam Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis., S., & Ecob, R. (1988). School matters: The junior years. Somerset: Open Books. Rahimah Haji Ahmad & Zulkifli A. Manaf. (1996). Towards developing a profile of effective and less effective schools. Jurnal Pendidikan, 17, 51-64. Reynolds, D., Creemers, B. P. M., Hopkins, D., Stol1, L., & Bollen, R. (1996). Making good schools: Linking school effectiveness and school improvement. London: Routledge. Reynolds, D., Creemers, B., Nesselrodt, P. Schafter, E., Stringfield, S., & Teddlie, C. (Eds). (1994). Advances in school effectiveness research and practice. Oxford: Pergamon. Rosenholtz, S. J. (1985). Effective schools: Interpreting the evidence. American Journal of Education, 93, 353-387. Rutter, M., Maughan, B., Mortimore, P., Ouston, .T., & Smith, A. (1979). Fifteen thousand hours: Secondary schools and their effects on children. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Masalah Pendidikan Jilid 27

37

Scheerens,1. (1992). Effective schooling: Research, theory and practice. London: Cassell. Sergiovani, T. J. (1982). Ten principles of quality leadership. Educational Leadership, 35(9),234-245. Sergiovani, T. J. (1984). Leadership and excellence in schooling. Educational Leadership. 41(5),23-40. Sharifah Md. Nor. (2000). Keberkesanan sekolah: Satu perspektif sosiologi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Shahril @ Charil Marzuki. (1997). Kajian sekolah berkesan di Malaysia: Model lima faktor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis kedoktoran tidak diterbitkan). Slater, R. 0., & Teddlie, C. (1992). Toward a theory of school effectiveness and leadership. School Effectiveness and School Improvement, 8(4), 247-257. Slavin, R. (1997). A theory of school and classroom organization. Educational Psychologist, 22, 89-108. Stoll, L., & Fink, D. C. (1996). Changing our schools. Buckingham: Open University Press. Stringfield, E, & Teddlie, C. (1988). A time to summarise: The Louisiana School Effectiveness Study. Educational Leadership, 46(2), 43-49. Sweeney, J. (1982). Research synthesis on effective school leadership. Educational Leadership, 39(5), 346-352. Teddlie, C., Kirby, P. C., & Stringfield,.S. (1989). Effective versus ineffective schools: Observable differences in the classroom. American Journal of Education, 97(3), 221236. Teddlie, c., & Reynolds, R, (2002). The international handbook of school effectiveness research. London: Falmer. Teddlie, c., & Stringfield, S. (1985). A differential analysis of effectiveness in middle and lower socioeconomic status schools. Journal of Classroom Interaction, 20, 38-44. Teddlie, C., & Stringfield, S. (1993). Schools make a difference. New York: Teachers College Press. Weber, G. (1971). Inner city children can be taught to read: Four successful schools. Washington, DC: Council for Basic Education. Witte, J., & Walsh, D. (1990). A systematic test of the effective schools model. Educational Evaluation and Policy Analysis, 12(2), 188-212.

You might also like