Sejarah Pengasas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH BSMM

1. SEJARAH PENGASAS- JEAN HENRY DUNANT (1828-1910) Sejarah Palang Merah dimulakan oleh Jean Henry Dunant yang terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang berjaya dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliau telah mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat dewasa. Pada usia yang masih muda lagi, beliau telah mula patuh kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau juga bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi. Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai League of Aims di Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai para banduan. Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Association (YMCA). Pada awal tahun 1853, satu pergerakan untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi, telah dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan mencadangkan sebuah gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan

beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855. Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan, namun beliau tidak hanya menghadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja. Beliau juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai Colonies Suisses de Setif. Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan bank tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.

Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan, untuk sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dan persidangan-persidangan telah diadakan. Tetapi, dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya. Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum ini, menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melangsaikan hutanghutangnya. Tidak lama kemudian, beliau telah meninggalkan Geneva buat selamalamanya ketika beliau berusia 39 tahun. 20 tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana beliau terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecil dari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan diri di kalangan orang ramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau bersabit dengan projek-projek lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland. Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya yang saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan dan di situlah beliau tinggal selama 18 tahun. Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden, telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara beliau. Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk membantu beliau semakin mencurah-curah. Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis. Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hidden.

You might also like