Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Isu Perekrutan Staf Akademik Khusus Bagi Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan: 1)Guru bukan opsyen 2)GSTT Pembentang:

Zurrizaty Bt Zolkepli

Isi kandungan

Tajuk 1 2 Pengenalan Pengertian Standard guru Rasional

Muka surat 2 3

Isu prinsip perakaunan: Perekrutan Guru 1)Guru Bukan Opsyen 2)GSTT

4 5 6

Implikasi Cadangan penambahbaikan Penutup

13 14

16 7 Rujukan 17

1. Pengenalan

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang perlu dijaga, dipelihara dan ditambah nilai kualitinya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
2

serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

2. Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.

Rajah 1

Standard Standard merangkumi tiga aspek berikut: Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Domain Diri-Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. Domain Profesion-Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilainilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. Domain Sosial-Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kemahiran guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran tersebut ialah kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran ,kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Perlu juga kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.Terakhir ialah Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Keperluan Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur . Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan kurikulum latihan ,sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi ,program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah,sumber pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa. Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti sekolah,institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara,badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan Keperluan 5: Jaminan Kualiti Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: pemastian jaminan kualiti terhadap Standard, penandaarasan latihan perguruan dan pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Rasional Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
6

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

3. Isu Perekrutan Guru Setiap tahun, KPM menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya 7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3% pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Dalam keadaan terdapat permintaan yang tinggi terhadap program persediaan guru seperti ini, mereka yang memohon datang daripada latar belakang disiplin yang sangat pelbagai dan sesetengahnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mata-mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika terdapat ramai mereka yang akhimya dipilih untuk mengikuti program dan seterusnya menjadi guru sebenarnya tidak menjalani pengajian dalam mata pelajaran yang mereka akhirnya mengajar di sekolah. Ringkasnya, mereka mengajar di luar bidang pengkhususan mereka{out-of-field teaching). Guru Buka Opsyen Perakaunan Dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang ditekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diumumkan baru-baru ini, isu pengajaran di luar bidang pengkhususan perlulah diberi perhatian yang lebih serius. Jika seperti yang ditekankan oleh Ingersoll (2000), data menunjukkan sumber pengajaran di luar bidang pengkhususan terletak pada"a lack of fit between teachers' fields of training and their teaching

assignments"(him. 3), perlu difikirkan dan dilaksanakan mekanisme untuk memastikan guru diberi tugasan mengajar mata pelajaran yang menjadi pengkhususan mereka. Di samping itu, dan mungkin lebih penting lagi, adalah memastikan calon yang diterima untuk mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran telah membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan. Perkara ini dijangka tidaklah begitu sukar dilaksanakan dalam situasi permintaan terhadap tempat dalam program sedemikian tersangat tinggi seperti yang disebut pada awal perbincangan. Standard guru yang telah saya terangkan di awal-awal tadi menunjukkan pembentukan guru yang berkualiti dan memenuhi piawaian pendidikan guru bermula sejak awal lagi. Namun, berlaku juga gejala yang tidak sihat apabila penempatan guru terutamanya guru perakaunan tidak mengikut opsyen dan keperluan sekolah menengah. Siva Subramaniam (1995) dalam kertas kerjanya bertajuk Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan menyatakan, dalam sesi penempatan dan pertukaran guru perakaunan contohnya, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran selain dari perakaunan yang di luar bidang pengkhususannya.

Amalan ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan tekanan kepada guru. Sebagai contoh, apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut (Rahmad & Norani, 1995). Fenomena ini dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon dalam Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 1995. Guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan alasan tiada guru. Ini menyebabkan status seseorang guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan negara maju melalui penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepada masalah kekurangan guru-guru terlatih dalam bidang berkaitan (Robiah, 1998). Jika penguasaan asas lemah, bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai. Banyak masalah yang timbul akibat daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambi alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihan dengan bersandarkan kepada minat mahupun paksaan tidak akan
8

menghasilkan pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999).

Mata pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika,berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Melihat kepada asas pembinaan mata pelajaran ini, kita dapat bayangkan bahawa keadaan juga menjadi semakin sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas dalam mata pelajaran Prinsip perakaunan diminta mengajar mata pelajaran tersebut kerana mata pelajaran Prinsip Perakaunan kerana ia melibatkan penggunaan pembelajaran kognitif dan psikomotor secara serentak. Aspek teori yang memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan perakaunan.Keaddaan ini bukan hanya berlaku pada mata pelajaran Prinsip Perakaunan sahaja malahan pada mata pelajaran yang lain juga.

Guru Perakaunan Adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih

Kita sedang mengalami kekurangan guru terlatih dalam bidang-bidang tertentu seperti sains, perdagangan dan sebagainya. Pada masa ini, kekurangan ini diisi oleh guru-guru sementara. Guru-guru tersebut tidak mempunyai latihan dan pengajaran sudah tentu mempengaruhi mutu pelajaran. (Senarai Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1979 : 171)

Berdasarkan perakuan di atas, ternyata masalah kekurangan guru akan mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru bukan opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran-mata pelajaran tertentu seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pengkhususan bidang pengetahuan membolehkan seseorang guru mengajar mengikut bidang latihan yang diterima termasuk kelayakan akademik dan juga kelayakan profesional dalam bidang tertentu.

Oleh sebab kurikulum atau sukatan pelajaran yang menentukan apa yang diajar di sekolah memberi tumpuan kepada mata pelajaran tertentu, maka guru yang mengkhusus dalam bidang tertentu juga diperlukan. P&P seringkali tergendala dan tidak berjalan dengan sempurna disebabkan tidak mempunyai guru yang terlatih dalam bidang yang diperlukan. Walaupun pihak pengurusan sekolah boleh mengatasi masalah ini dengan mengarahkan guru yang tidak terlatih dalam bidang tersebut mengajar subjek yang bukan pengkhususan mereka, namun cara ini adalah penyelesaian yang tidak profesional yang sering dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. Dari segi perancangan pendidikan, masalah ini merupakan masalah pengurusan perancangan sumber manusia. Menurut Ishak dan Koh Boh Boon (1983), untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak dapat dinafikan, banyak kursus-kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika guru tersebut bukan dari bidang mata pelajaran tersebut tetapi sejauhmanakah kursus jangka pendek tersebut dapat menyediakan guru-guru bukan opsyen dengan pengetahuan dan kemahiran sama sempurna dan berkesan seperti guru yang memang dari opsyen mata pelajaran tersebut.

Menurut Masrizal (2003), kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan di dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal yang demikian, pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru Prinsip Perakaunan tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian mata pelajaran tersebut .

Isu GSTT

10

Pendapat saya, memang wajar GSTT yang mempunyai 1 tahun mengajar tidak diambil untuk diserap. Tahukah anda semua, dari tahun 2000-2011, ada berapa ramai GSTT yang mempunyai 1 tahun mengajar? Jika yang 3 bulan bagaimana pula? Sebab itu, GSTT yang bakal diserap ini adalah 2 tahun dan ke atas. Kita perlu faham, bukan semua pihak boleh terima GSTT. Guru KPLI, Guru DPLI, guru-guru dari Universiti seperti UPSI, graduan IPG dan maktab cemburu dengan GSTT. Tapi atas jasa baik pihak kerajaan, mereka buka tawaran dan serap GSTT pada tahun ini. Ini adalah kes khas. Bukan semua orang layak dan ada kriteria serta syarat tertentu dinilai sebelum GSTT , 2 tahun ke atas dipilih.

Untuk GSTT yang mempunyai pengalaman 1 tahun mengajar,inilah tahun terakhir anda mengajar kerana selepas ini tiada lagi pengambilan GSTT baru. Mungkin selepas ini, GSTT sifar dapat dilaksanakan. Untuk pengetahuan, kerajaan tidak melantik sesiapa lagi untuk jawatan baru khusus untuk penjawat awam untuk tahun 2011. Baik dari guru, PPD atau mana-mana sektor kerajaan. Mereka cuba berjimat dan kes GSTT ini mereka dah cukup bertolak-ansur. Saya yakin angkanya lebih dari 10 ribu.

Jika diamati,ianya nampak sangat tidak adil jika GSTT 1 tahun sudah boleh diberi latihan untuk diserap. Minimum untuk belajar di IPG dan Universiti adalah 4-5 tahun. Jadi,
11

bayangkan, jika 1 tahun pengalaman ditambah 16 bulan latihan KDC(Kursus Dalam Cuti)? GSTT akan pergi belajar di Maktab Perguruan semasa cuti sekolah. Tempoh belajar bagi calon KDC ini adalah satu tahun. Kelebihan KDC ini ialah guru berkenaan tetap berkhidmat di sekolah yang sama dan tidak akan ditukarkan ke sekolah lain bagi tempoh 3 tahun. Gaji guru KDC juga akan berjalan penuh seperti biasa sepanjang tempoh kursusnya.Bukankah itu satu tempoh yang sekejap? Kalau 2 tahun mengajar dan ke atas ditambah 16 bulan latihan KDC, menghampiri 4 tahun bukan? Jadi, kita boleh kata ianya menghampiri syarat untuk menjadi graduan guru. GSTT bukan short-cut untuk menjadi guru tetap.

Keratan akhbar KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seramai 972 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi-institusi pengajian tinggi awam pada Disember ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, 2,821 orang lagi akan mengikuti latihan di institusi-institusi pengajian guru (IPG) bagi ambilan Januari 2012. Guru-guru tersebut merupakan mereka yang layak dilantik semula secara contract of service daripada sejumlah 7,258 orang GSTT yang belum dilantik. "Bagi yang mengikuti kursus di IPG, mereka yang mempunyai ijazah akan mengikuti latihan 18 bulan dan yang tidak berijazah akan mengikuti latihan 66 bulan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidkan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, kedudukan baki 3,465 orang daripada kumpulan guru tersebut akan ditentukan selepas mereka disahkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Katanya, ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas semakan semula ke atas maklumat mereka selesai dijalankan. "Bagi yang dikenal pasti tidak layak dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos 2011.

12

"Bagi mereka yang dilantik semula, penempatan tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau opsyen asal, katanya. Muhyiddin berkata, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). - Bernama

4. Implikasi Tidak Ketara.

Kreadibiliti seorang guru sering dipertikaikan apabila pelajar mencatatkan keputusan peperiksaan yang kurang menyerlah. Keputusan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan di beberapa negeri beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan namun terdapat sekolah-sekolah luar bandar yang menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Keadaan ini dikaitkan dengan pengambilalihan pengajaran oleh guru-guru bukan opsyen atau guru sandaran tidak terlatih kerana guru asal telah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

13

5. Cadangan penambahbaikan Fokus dan strategi memartabatkan profesion keguruan adalah 1 Menambahbaik pemilihan calon guru system Memperketatkan syarat dan criteria

pengambilanm calon guru Pemantapan proses pelantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum latihan Menaiktaraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menwarkan Ijazah

Memantapkan perguruan

14

Sarjana mUda Pendidikan Merekabentuk dan menggubal kurikulum

pendidikan IPG secara berpusat dan mendapat persetujuan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru Meningkatkan kursus/latihan Meluas dan meningkatkan Penyeliaan & Pemantapan dan peluasan

pembangunan (R&D)3 3 Memantapkan kerjaya guru Menambah baik penjawatan guru Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/ JPN/ PPD/G 4 Menambahbaik persekitaran Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif kerja dan kebajikan guru (projek membina & menaiktaraf) Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk menjaga kepentinagn dan kebajikan guru Mensifarkan GSTT Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan Mengakaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru pedalaman Mewujudkan tambahan jawatan Kumpulan Sokongan bagi meringankan beban tugas gurudalam kerja-kerja pentadbiran 5 Memantapkan & perancangan Penyediaan mekanisme bekalan guru sumber Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru Memantapkan mekanisme unjuran guru Menambahbaik system maklumat guru (EMIS) Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman yang berkhidmat di kawasan

pengurusan

manusia

Penambahan cadangan lain ialah supaya setiap sekolah yang mempunyai kapasiti 30 hingga 50 pelajar dalam satu kelas,dikehendaki memohon kepada kerajaan membina tambahan
15

kelas,bagi memberi persekitaran kondusif kepada pelajar dan ini akan membantu mengurangkan lebihan guru. Contohnya,jika sebelum ini satu kelas perakaunan dengan 50 orang pelajar mempunyai bilangan guru 2 orang.Selepas penambahan kelas,maka akan diperlukan 2 orang lagi untuk mengajar prinsip perakaunan.

6. Penutup

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Diharap isu ini membuka mata semua pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan, khususnya pendidikan guru di Malaysia, terhadap fenomena pengajaran di luar bidang
16

pengkhususan. Perkara ini adalah kerana, sama seperti di Amerika Syarikat Ingersoll (1996,2000,2001), walaupun masalah ini telah sekian lama wujud, ia seperti tidak diakui keseriusannya seperti yang jelas tergambar daripada situasi semasa yang tidak menunjukkan pengurangannya. Sikap ini juga tergambar daripada amalan pemilihan calon bagi mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah yang seolah-olah tidak mengambil kira langsung pengkhususan calon pada peringkat ijazah pertama. Oleh sebab jangka masa program pendidikan guru lepasan ijazah yang singkat, iaitu kira-kira 10 bulan sahaja, tumpuan terhadap aspek pengetahuan isi kandungan adalah sangat cetek dan ini dikhuatiri akan memberi kesan negatif terhadap kualiti pengetahuan isi kandungan yang akan guru sampaikan kepada pelajar. Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang digariskan dalam PIPP, dan pada masa yang sama bertambahnya bukti empirikal akan kepentingan pengetahuan isi kandungan dalam asas pengetahuan bagi pengajaran, semua pihak yang terlibat perlulah mengambil langkah untuk mengurangkan pengajaran di luar bidang pengkhususan. Perkara ini adalah kerana latar belakang pengkhususan guru boleh mempunyai kesan langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.

7. Rujukan http://www.scribd.com/doc/13720679/Megajar-Di-Luar-Bidang-Pengkhususan http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NORAIDAAP030259D2006TTP.pdf http://www.scribd.com/doc/13720661/Ulasan-Standard-Pengajaran-Matematik

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991).Laporan kajian kedudukan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah,Kuala Lumpur: Penulis. Murray, F. B. (Ed.) (1996).The teacher educator's handbook: Building a knowledge base

17

for the preparation of teachers.San Francisco: Jossey-Bass. Penempatan guru tidak seimbang. (2006, 27 Januari).Utusan Malaysia, Dimuat turun pada 20 Mei 2007, daripada http://www.utusan.com.my Seastrom, M. M., Gruber, K. J., Henke, R., McGrath, D. J., & Cohen, B. A. (2002

18

You might also like