Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selepas menamatkan bab ini, anda seharusnya boleh: Menyediakan bahan pembelajaran dalam bentuk halaman teks dan laman web Menyediakan pautan kepada bahan pembelajaran dalam bentuk fail atau laman web Menyedia ruang direktori terbuka untuk capaian pengguna Menguruskan bahan pembelajaran dalam sistem dengan lebih sistematik dan tersusun

Pengenalan Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus kursus, fail PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem dan seterusnya dicapai oleh pengguna. Bab ini akan menerangkan kepada anda kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan beberapa panduan bagaimana untuk menguruskan bahan pembelajaran atau maklumat yang dimasukkan agar lebih sistematik dan mudah dicapai oleh pengguna.

Sepintas lalu : Menyediakan dan Menguruskan Bahan Bahan pembelajaran boleh disedia atau dimasukkan ke dalam sistem menggunakan Add a resource. Bagi tujuan tersebut, anda perlu berada dalam mod penyuntingan terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan mengaktifkan arahan Turn editing on seperti mana yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini. Seperti yang dapat diperhatikan, Add a resource menyediakan 5 pilihan atau kemudahan yang membolehkan bahan disedia atau dimasukkan ke dalam kursus kendalian anda. Setiap satunya mempunyai peranan tersendiri dan ianya akan dijelaskan lebih lanjut dalam latihan kerja seterusnya.

2 pilihan yang pertama iaitu Compose a text page dan Compose a web page merupakan pilihan yang membolehkan anda menyediakan bahan menerusi sistem. Arahan Link to a file or web site pula membolehkan anda membuat pautan ke fail bahan yang disediakan seperti fail PDF, Word, PowerPoint, Flash, Zip, laman web dan sebagainya. Arahan Display a directory pula membolehkan

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN


satu direktori terbuka disediakan dalam sistem. Anda seterusnya boleh memasukkan apa juga bahan ke dalam direktori tersebut untuk capaian pengguna.

Menyediakan Maklumat Awal Maklumat awal bagi aktiviti kuliah pada setiap minggu perlu disediakan terlebih dahulu sebelum penyediaan sumber bahan yang dilaksanakan. Penyediaan maklumat awal ini perlu untuk memberi ide awalan kepada pengguna apakah topik atau aktiviti yang akan dibincangkan pada setiap minggu. Ikuti langkah kerja yang berikut bagi mencuba membina maklumat awalan bagi kursus anda. 1. Sebelum bermula, klik butang Turn editing on. 2. Seterusnya pilih minggu yang ingin dimasukkan maklumat awalan yang dikehendaki dan klik ikon bagi membuka tetingkap Summary.

Ikon Summary 3. Taipkan ringkasan mengenai topik dan aktiviti kursus yang akan dilaksanakan pada minggu tersebut.

Kotak Summary

4. Setelah selesai, klik butang Save changes untuk menyimpan maklumat tersebut.

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

Hasil Summary yang telah dimasukkan

5. Anda boleh mengulangi setiap langkah di atas bagi memasukkan maklumat awalan ke dalam minggu-minggu yang lain.

Menyediakan Bahan Berbentuk Halaman Teks Teks merupakan elemen utama dalam persembahan sesuatu maklumat. Halaman yang mengandungi teks boleh terus disediakan dalam kursus kendalian anda menerusi kemudahan yang disediakan oleh sistem. Ikuti latihan kerja seterusnya bagi melihat bagaimana helaian teks boleh disediakan. 1. Seperti biasa, klik Turn editing on untuk membolehkan proses penyuntingan mula dilaksanakan. 2. Pada bahagian atau minggu yang diperlukan, pilih menu Add a resource dan seterusnya pilih arahan Compose a text page.

Compose a text page 3. Skrin Compose a text page akan dipaparkan. Terdapat 3 medan masukan teks yang disediakan iaitu Name, Summary dan Full Text. 4. Pada medan Name, masukkan nama halaman teks yang ingin disediakan. Nama yang dimasukkan ini akan bertindak sebagai pautan yang akan diaktifkan oleh pengguna untuk mencapai maklumat yang disediakan. Ia sewajarnya menggambarkan isi yang disediakan dalam halaman teks yang disediakan. 3

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

5. Pada medan Summary, taipkan secara ringkas apa yang akan disediakan dalam halaman teks yang akan dihasilkan. Ia bertindak secara ringkasan kepada isi kandungan yang akan disediakan. Anda boleh mengabaikan medan ini sekiranya tidak diperlukan.

6. Seterusnya pada medan Full text, taipkan teks atau isi kandungan yang ingin disampaikan kepada pengguna. Anda juga boleh copy and paste teks yang diperlukan daripada aplikasi lain (seperti MS Word). 7. Anda juga boleh menetapkan format teks yang akan dipaparkan menerusi pilihan Formatting yang disediakan di bahagian bawah medan Full Text. Maklumat lanjut mengenai setiap pilihan yang disediakan boleh diperolehi dengan memilih butang bantuan disediakan. yang

Format teks 8. Anda juga menetapkan sama ada halaman teks yang disediakan akan dipaparkan dalam tetingkap (Window) yang sama atau tetingkap yang baru. Ini boleh diperolehi menerusi pilihan Window. Sebelum memilih arahan New window, klik butang Show Advanced untuk memaparkan pilihan arahan yang lebih lengkap.

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

Pilihan window 9. Dalam contoh ini, pilihan tetingkap baru atau New window akan digunakan. Anda seterusnya boleh memilih penetapan tetingkap baru mengikut keperluan masing-masing. Bagi menyembunyikan kembali paparan pilihan arahan di bawah ruangan Window, klik butang Hide Advanced.

Show Advanced 10. Dalam beberapa keadaan yang memerlukan, adalah digalakkan bahan pembelajaran yang disediakan dipaparkan menggunakan tetingkap baru agar ianya lebih selesa dilayari oleh pengguna. 11. Apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return to course. 12. Hasilnya, pada satu pautan ke halaman teks dengan nama yang telah ditetapkan akan dipaparkan seperti yang berikut:

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

13. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru yang mengandungi teks yang telah dimasukkan akan dipaparkan seperti berikut:

Memasukkan Pelbagai Bentuk Dokumen Selain daripada menyediakan bahan dalam bentuk halaman teks seperti mana yang telah dijelaskakn dalam aktiviti kerja sebelum ini, sistem ini juga menyediakan kemudahan yang membolehkan anda membuat pautan kepada fail mahupun laman web sedia ada. Ikuti latihan kerja seterusnya untuk melihat bagaimana ianya boleh dilaksanakan.

Memasukkan Fail untuk Capaian Pengguna Nota kuliah atau bahan pembelajaran boleh disediakan dalam pelbagai format. Fail Word, Power Point, Flash, PDF merupakan antara contoh format fail yang sering digunakan. Bagi menyebarkannya menerusi sistem, ianya perlu dimuat naik (upload) ke dalam sistem terlebih dahulu. Ikuti langkah kerja yang berikutnya bagi memasukkan sesuatu fail untuk capaian pengguna. 1. Pada bahagian minggu yang diperlukan, aktifkan pilihan menu Add a resource dan seterusnya pilih arahan Link to a file or web site.

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

2. Skrin Link to a File or web site akan dipaparkan. Terdapat 3 medan masukan maklumat yang disediakan iaitu Name, Summary dan Location.

3. Seperti biasa masukkan maklumat yang diperlukan pada medan Name dan juga Summary. 4. Pada medan Location, biarkan ianya tidak berisi. Seterusnya klik butang Choose or upload a file. 5. Tetingkap seperti yang berikut akan dipaparkan. Ianya menunjukkan senarai fail yang ada dalam kursus tersebut dan ianya sedia untuk digunakan. Buat masa ini, tiada sebarang fail yang ada.

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN


Anda boleh membuat direktori atau folder sekiranya perlu bagi menguruskan fail-fail yang akan dimasukkan. Ini akan dibincangkan lebih lanjut dalam latihan kerja yang seterusnya. 6. Klik butang Upload a file untuk memulakan proses memasukkan fail atau bahan ke dalam sistem.

7. Klik butang Browse untuk mencari fail yang diperlukan daripada sistem komputer masingmasing. 8. Apabila menemui fail yang diperlukan, pilih fail tersebut dan klik butang Open. Seterusnya klik butang Upload this file.

9. Apabila selesai proses muat naik fail, ianya akan dipaparkan seperti berikut. Aktifkan kotak di sebelah kiri fail yang diperlukan dan pilih arahan Choose.

10. Fail yang terpilih akan dipaparkan di bahagian Location seperti berikut:

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

11. Sekiranya perlu, anda juga boleh menentukan kaedah bagaimana nota atau bahan yang dimasukkan akan dipaparkan menerusi pilihan Window seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Dalam banyak keadaan, nota kuliah atau bahan yang disediakan sesuai dipaparkan menerusi tetingkap atau skrin yang baru (New window) agar ianya lebih mudah dan selesa untuk dibaca. 12. Seterusnya, apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return to course. 13. Hasilnya, satu pautan ke fail yang dipilih dipaparkan seperti mana berikut: dengan nama yang telah ditetapkan akan

14. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru mengandungi fail yang muat naik akan dipaparkan.

Menyediakan Pautan ke Laman Web Selain daripada pautan ke bahan pembelajaran dalam bentuk fail yang dimuat naik ke dalam sistem, anda juga boleh menyediakan pautan kepada sumber rujukan lain seperti laman web d internet. Caranya hampir sama dengan menyediakan pautan untuk bahan pembelajaran dalam bentuk fail. Ikuti langkah kerja yang berikutnya. 1. Seperti biasa, guna arahan Add a resource dan seterusnya pilih arahan Link to a File or web site.

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

2. Apabila skrin Link to a File or web site dipaparkan, masukkan maklumat yang diperlukan pada medan Name dan juga Summary.

3. Di medan Location, taipkan nama alamat atau URL laman web yang ingin dicapai.

Laman web ini merupakan ensiklopedia atau direktori digital yang mengandungi maklumat berkaitan dengan teknologi. Ianya sesuai untuk dijadikan rujukan bagi kursus dalam latihan ini. 4. Sekiranya perlu, anda juga boleh menentukan kaedah bagaimana laman web yang dicapai akan dipaparkan menerusi pilihan Window seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Dalam banyak keadaan, laman web untuk capaian pengguna sesuai dipaparkan menerusi tetingkap atau skrin yang baru agar ianya lebih mudah dan selesa dibaca. 5. Seterusnya, apabila berpuas hati dengan pilihan yang dilakukan, klik butang Save and return to course. 6. Hasilnya satu pautan ke laman web dengan nama yang telah ditetapkan akan dipaparkan seperti berikut:

10

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

7. Apabila pautan tersebut diaktifkan oleh pengguna, satu tetingkap baru mengandungi laman web yang telah ditetapkan akan dipaparkan seperti yang berikutnya.

11

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN


Menyediakan Sumber dalam bentuk Direktori Terbuka Direktori terbuka merupakan kemudahan sumber yang disediakan oleh sistem bagi memudahkan proses memuat turun nota yang melibatkan lebih daripada satu fail. Menerusi kemudahan ini, satu direktori yang mengandungi beberapa fail nota perlu dihasilkan terlebih dahulu. Ikuti langkah kerja yang berikut bagi menyediakan sumber dalam bentuk direktori terbuka. 1. Pastikan butang Turn Editing On diaktifkan terlebih dahulu. 2. Klik pada pilihan arahan Files.

3. Bina satu direktori yang sesuai bagi meletakkan semua fail yang ingin dipaparkan nanti dengan memilih butang Make a folder.

4. Seterusnya taipkan nama direktori yang sesuai ke dalam ruangan yang disediakan dan klik butang Create.

12

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

5. Setelah selesai, direktori yang terhasil kelihatan seperti berikut:

6. Seterusnya, klik pada direktori Kajian_Kes untuk membukanya. Gunakan butang Upload a file untuk menghantar semua fail yang diperlukan ke dalam direktori tersebut. 7. Dalam contoh ini, 3 fail akan dimasukkan sebagai rujukan pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Anda terpaksa memasukkan setiap fail satu persatu dalam proses ini.

8.

Apabila selesai, kembali ke halaman utama kursus dengan memilih pautan nama kursus tersebut pada menu navigasi.

9. Seterusnya, gunakan Add a resource dan seterusnya pilih arahan Display a directory.

13

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

10. Apabila skrin Display a directory dipaparkan, masukkan maklumat yang diperlukan pada medan Name dan juga Summary.

11. Seterusnya, pilih direktori yang ingin dibuka untuk capaian pelajar di dalam ruangan Main Files directory.

12. Setelah selesai, klik Save and return to course. Hasil berikut akan terpapar.

13. Apabila pengguna memilih direktori Kajian Kes, fail yang terdapat dalam direktori tersebut akan dipaparkan seperti berikut:

14

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

14. Menerusi paparan tersebut, pengguna boleh membuka atau memuat turun fail tersebut jika perlu.

Proses Menyunting dan Mengemaskini Bahan Setelah beberapa sumber bahan dimasukkan ke dalam sistem, berkemungkinan proses menyunting dan mengemaskini bahan perlu dilaksanakan. Proses menyunting dan mengemaskini bahan di dalam sistem boleh dilaksanakan menggunakan beberapa ikon yang disediakan di setiap bahagian kanan setiap sumber bahan atau elemen. Ikon yang digunakan adalah seperti berikut:

Menetapkan kedudukan Elemen pada Skrin Ada masanya apabila bahan pembelajaran atau aktiviti kerja pelajar telah selesai dimasukkan, anda mungkin bercadang untuk menukar kedudukan atau aturan. Untuk melaksanakan proses tersebut, anda perlu menggunakan ikon .

1. Pastikan butang Turn editing on telah diaktifkan.

2. Seterusnya, klik tanpa lepas pada ikon di sebelah kanan mana-mana sumber bahan pembelajaran yang telah dibina sebelum ini dan heret sumber tersebut ke lokasi lain yang dirasakan sesuai. 3. Seharusnya, sumber bahan pembelajaran tersebut akan bertukar lokasi yang dikehendaki.

Menyunting atau Mengemaskini Bahan Selain memindahkan lokasi sumber bahan pembelajaran ke lokasi yang baru, sistem ini juga membenarkan pengguna menyunting atau mengemaskini bahan tersebut sekiranya perlu.

15

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN


1. Untuk memulakan proses penyuntingan bahan atau maklumat yang telah dimasukkan, klik ikon Edit Summary yang telah disediakan pada elemen yang ingin disunting. Sebagai contoh, klik pada ikon yang berada di bawah maklumat awalan yang berikut:

2. 3.

Skrin yang berkaitan dengan ringkasan minggu akan dipaparkan. Seterusnya, ubahsuai ringkasan di ruangan Summary dan klik butang Save and return to course. Anda akan dapat melihat paparan yang telah diubahsuai. Sekiranya anda ingin melaksanakan proses pengubahsuaian ke atas sumber bahan pembelajaran yang telah dimasukkan, klik pada ikon Update yang berada di sebelah kanannya seperti berikut:

4.

5.

Buat pindaan yang sesuai jika perlu dan klik butang Save and return to course setelah selesai.

Memadam Bahan Selain daripada proses pengubahsuaian, anda juga boleh memadam sebarang elemen yang telah dimasukkan ke dalam sistem menerusi ikon Delete mempelajari cara untuk memadamkan elemen tersebut. 1. 2. 3. . Ikuti langkah kerja yang berikut bagi

Pastikan butang Turn Editing On telah diaktifkan. Klik pada ikon Delete .

Sebuah kotak dialog akan terpapar untuk bertanyakan kepastian sama ada anda ingin memadamkan item tersebut. Klik butang OK sekiranya anda benar-benar pasti untuk memadamkannya.

16

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN

4.

Perlu diingat, proses memadamkan sumber bahan pembelajaran hanya akan memadam nama dan pautannya sahaja. Fail yang telah dipadam umumnya masih kekal di dalam direktori anda. Anda juga perlu mengambil perhatian bahawa memadamkan sumber bahan pembelajaran tidak boleh diperolehi kembali menerusi arahan Undo dan Redo.

5.

Memapar atau Menyembunyikan Bahan Sesuatu sumber bahan pembelajaran yang dibina boleh disembunyikan daripada dipaparkan jika perlu menerusi ikon Show/Hide yang diwakili oleh imej mata Pastikan butang Turn Editing On telah diaktifkan. 1. Seterusnya, klik pada ikon Show/Hide yang diwakili oleh ikon kanan elemen yang ingin disembunyikan. yang berada di sebelah .

2.

Setelah mengklik ikon tersebut, sumber bahan tersebut akan kabur dan imej mata kelihatan tertutup menunjukkan ianya telah disembunyikan daripada paparan pengguna.

3.

Untuk memaparkan kembali sumber bahan yang telah disembunyikan, klik kembali pada imej mata yang tertutup tersebut. Perlulah diingat, proses menyembuyikan elemen hanya boleh dilaksanakan pada sumber bahan pembelajaran sahaja. Ianya tidak boleh dilaksanakan pada ringkasan dan maklumat awalan. Perlulah diingat juga, proses ini hanya menyembunyikan sumber bahan pembelajaran dari paparan pengguna sahaja. Proses penyembunyian sumber bahan pembelajaran ini banyak membantu pelaksanaan SmartUMS dan menjadikan proses penyediaan bahan pembelajaran untuk semester berikutnya lebih mudah dan efektif.

4.

5.

17

MENYEDIA DAN MENGURUSKAN BAHAN PENGAJARAN DAN MODUL 3 PEMBELAJARAN


Sebagai contoh, penyediaan sumber bahan pembelajaran boleh dilaksanakan secara keseluruhan bagi semua minggu kuliah dan pensyarah hanya perlu memaparkan sumber bahan yang dikehendaki sahaja. Sumber bahan pembelajaran yang tidak dikehendaki boleh disembunyikan buat sementara. Sumber bahan pembelajaran yang telah dipaparkan sebelum ini untuk pengguna juga boleh disembunyikan untuk sementara bagi menggalakkan pengguna yang tidak aktif menjadi lebih peka terhadap proses pembelajaran menggunakan sistem ini.

Penutup Bab ini telah pun membincangkan proses kerja asas yang perlu difahami dan seterusnya dikuasai dalam mengendalikan bahan pembelajaran atau sumber maklumat bagi sesuatu kursus. Kemahiran yang diperolehi amat diperlukan bagi anda yang ingin menjadikan sistem ini sebagai saluran perkongsian maklumat. Bab yang seterusnya akan menunjukkan pula bagaimana sistem ini boleh digunakan bagi membentuk aktiviti pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang lebih ceria, efektif dan bermakna.

18

You might also like