Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

[A] Skel

 Skel adalah koleksi pic yang disusun secara menaik atau menurun. Skel digunakan
untuk menunjukkan bagaimana not-not muzik digunakan untuk membentuk melodi.

Contoh skel C Major:

'&=r=s=t=u=v=w=x=y=.
[B] Skel Diatonik (Diatonic Scale)
 Dalam teori muzik, skel diatonik mengandungi lapan not-not muzikal yang dijarakkan
atau dipisahkan oleh tone dan semitone. Skel diatonik terdiri daripada lima tone dan
dua semitone.

semitone

tone

Pada gambarajah keyboard di atas:


 C – C# adalah 1 semitone
 C – D adalah 1 tone

semitone semitone

tone
tone tone
tone tone

Pada skel C Major di atas:


 Terdapat 5 tone dan 2 semitone
 E – F, B – C adalah 1 semitone
 C – D, D – E, F – G, G – A dan A - B adalah 1 tone

[C] Skel Major


 Skel major adalah salah satu contoh skel diatonik. Skel major mengandungi tujuh not dan
ditambah dengan not pertama (tonic) sebagai not ke lapan iaitu oktaf.

 Skel major terbentuk daripada gabungan 5 tone dan 2 semitone. Untuk membentuk skel
Major, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, T, S, T, T, T, S (T=Tone,
S=Semitone).

semitone semitone

tone
tone tone
tone tone

Skel di atas menunjukkan bagaimana skel major terbentuk dengan


gabungan tone, semitone dan mengikut susunan T, T, S, T, T, T, S.

1
[D] Skel Minor
 Skel minor juga merupakan salah satu contoh skel diatonik. Skel minor mengandungi
tujuh not dan ditambah dengan not pertama (tonic) sebagai not ke lapan iaitu oktaf.

 Skel Minor terdiri daripada:


a) Minor natural
b) Minor harmonik
c) Minor melodic

 Skel minor natural terbentuk daripada gabungan 5 tone dan 2 semitone. Untuk
membentuk skel minor, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, S, T, T, S,
T, T (T=Tone, S=Semitone).

semitone semitone

tone tone
tone tone
tone

Skel di atas menunjukkan bagaimana skel minor terbentuk dengan


gabungan tone, semitone dan mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T.

 Skel minor harmonik juga terbentuk mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T, tetapi not ke


tujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone.

'&=p=q=r=s=t=u=v=w=.
A Minor Natural

'&=p=q=r=s=t=uÖv=w=.
A Minor Harmonik (not ketujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone)

 Skel minor melodik juga terbentuk mengikut susunan T, S, T, T, S, T, T, not ke enam


dan ke tujuh dinaikkan sebanyak 1 semitone apabila skel disusun secara menaik, not ke
enam dan ketujuh akan diturunkan sebanyak 1 semitone apabila disusun secara
menurun.

'&=p=q=r=s=t=u=v=w=.
A Minor Natural

'&=p=q=r=s=t=uÖv×w!=w=v=u=t=s=r=q=p=.
A Minor Melodik (not ke 6 dan 7 dinaikkan sebanyak 1 semitone apabila disusun secara menaik,
not ke 6 dan 7 akan diturunkan semula sebanyak 1 semitone apabila disusun secara menurun)

2
[E] Relatif (relative key) di antara Major dan Minor
 Gambar rajah di bawah menunjukkan perhubungan di antara major (nada dengan huruf
besar) dan minor (nada dengan huruf kecil).

 Relative key bermaksud tanda nada yang mempunyai bilangan tanda yang sama tetapi
mempunyai nada yang berlainan.

 Sebagai contoh relatif minor bagi G Major ialah E Minor (relatif major bagi E Minor ialah G
Major), kedua-duanya mempunyai satu sharp sahaja, tetapi dengan nada berlainan.

* Pic: Ciycle of Fifths


Taken from http://en.wikipedia.org/wiki/minorscale

Reference: 1) http://www.wikipedia.org/wiki/majorscale
2) http://www.wikipedia.org/wiki/minorscale
3) http://www.wikipedia.org/wiki/diatonicscale
Prepared by: Jerry Ubin [UiTM, Practicum 05 Jan – 03 April 2009]
Created on: 10 Feb. 09, 20:48:25

You might also like