Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kerajaan Demokrasi Pengenalan 1.

Demokrasi bermaksud sistem pemerintahan negara oleh rakyat menerusi wakil-wakil yangdipilih menerusi pilihan raya. 2. Kata demokrasi berasal daripada bahasa Yunani 'demo' yang bermaksud Rakyat dan 'kratos'yang bermaksud kekuasaan. 3. Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 4. Prinsip-prinsip dalam pembentukan kerajaan demokrasi:(a) pemerintahan kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya; (b) kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan dasar-dasar negara demikesejahteraan rakyat dan keamanan negara; (c) hak asasi setiap rakyat termaktub dalam perlembagaan negara; (d) persamaan dan keadilan dalam aspek politik, ekonomi, sosial, dan undangundang; (e) warga yang patriotik; (f) amalan kepelbagaian budaya; (g) ketelusan pemerintahan.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia 1. Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. 2. Kerajaan demokrasi berparlimen adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat.

3. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. 4. Rakyat berkuasa untuk menyokong, mengekal, dan menukar kerajaan menerusi pilihan raya. 5. Raja berperlembagaan pula ditakrifkan sebagai sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan Malaysia. 6. Di Malaysia, Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. 7. Ketua kerajaan pula ialah Perdana Menteri. 8. Setiap warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan yang sudah layak mengundi, perlulahmengundi pemimpin negara dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab kerana pilihan andapenentu masa hadapan negara.

Cara Rakyat Menghargai Amalan Demokrasi di Malaysia 1. Amalan demokrasi membenarkan rakyat bebas bersuara dan melakukan sebarang aktiviti asal sahaja aktiviti tersebut tidak menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain dan menyebabkan huru-hara. 2. Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah :(a) tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain sama ada melalui perkataan mahupunmelalui tindakan; (b) tidak melakukan rusuhan; (c) tidak terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan negara huru-hara; (d) berbaik-baik dengan semua kaum

You might also like