Pantang Larang Kaum India

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PANTANG LARANG KAUM INDIA

ASPEK MAKANAN DAN KEHIDUPAN

a) Babi tidak boleh dimakan.

b) Lembu juga tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai haiwan suci atau tuhan. c) Sekiranya berpuasa untuk Thaipusam, semasa berbuka seseorang individu tersebut hanya makan makanan mengikut niat @ nazar mereka. d) Sebagai contoh meminum susu dan buah pada malam hari e) Sebelum seseorang pergi ke kuil, mereka perlu memakan sayur untuk menyucikan diri.

ASPEK KEHIDUPAN
Perempuan tidak digalakkan keluar pada waktu malam.

Perempuan yang dalam keadaan datang bulan tidak boleh keluar pada waktu malam dan rambut tidak boleh dilepaskan.

Perempuan yang dalam keadaan datang bulan juga tidak boleh bersembahyang dan masuk ke kuil.

Sebelum masuk ke dalam rumah hendaklah membasuh kaki terlebih dahulu.

Kanak-kanak tidak digalakkan keluar bermain antara jam 1-2 petang dan pada waktu senja.

Tidak boleh menyapu sampah dan memotong kuku pada waktu malam (tiada ong).

Pinggan mangkuk yang sumbing tidak boleh digunakan lagi.

Kenderaan yang baru di beli perlu disembahyangkan oleh sami di kuil bagi mengelakkan berlaku sebarang kecelakaan.

Tidak boleh bersiul dan bermain alat muzik seperti seruling pada waktu malam ditakuti ular akan datang.

Tidak boleh bangun lewat kerana dikhuatiri membawa sial dan rezeki tidak masuk kepada penghuni rumah.

Gambar-gambar dewa tidak boleh dilangkah dan mesti diletakkan di tempat yang bersih dan suci.

Sehari sebelum perayaan Deepavali, ahli keluarga perlu bersembahyang untuk nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Kasta rendah tidak boleh masuk ke rumah kasta tinggi melalui pintu hadapan.

Kasta tinggi tidak boleh makan di rumah kasta rendah.

Sebelum masuk ke hutan, mereka dikehendaki bersembahyang dari hati bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

Tidak boleh memakai kasut semasa masuk ke dalam kuil.

Golongan perempuan tidak boleh potong rambut botak. Tidak boleh menyalakan lampu ibadat selepas pukul 9.00 malam. Golongan muda tidak boleh menyilang kaki di hadapan orang tua.

You might also like