Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV -TEORI KOGNITIFDisediakan Oleh: Nor Julia Binti Shafie

Khairun Nisak Binti Samsudin Nur Hafizah Binti Abdul Hamid Nur Izzati Binti Mat Zin Wan Nor Amira Binti Wan Darus

Teori-Teori Kognitif
Kognitif merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah, ingatan dan juga pembelajaran bahasa. Perkembangan Teori Pembelajaran

Behaviorisme

Kognitivisme
Konstruktivis

TEORI KOGNITIF

Edward C Tolman
Teori Kognitif

Piaget

Menurut E.C Tolman(ahli psikologi terkenal dalam kajian peta kognitif haiwan), berpendapat pembelajaran individu mempunyai tujuan yang bermakna.

Pembelajaran individu bukan tindakan yang membabi buta tetapi mempunyai hasrat mencapai sesuatu objektif.

Menurut beliau, di dalam proses pengajaran, pembelajaran individu akan beransur maju melalui tandatanda yang memimpinnya ke arah mencapai objektif yang ditentukan.

Kebolehan individu yang dapat mengenal pasti tanda-tanda dalam proses pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan persepsi dan kognitifnya.

Selepas objektif telah dicapai kali pertama, maka apabila situasi pembelajaran yang sama berlaku semula, gerak balas yang diharapkan akan diikuti dengan bertambah kukuh.

Dengan ulangan yang telah dijalankan, maka tingkah laku individu dianggap telah berjaya dibentuk.

Jika objektif tidak diiringi dengan kewujudan tanda-tanda berkaitan dahulu, maka gerak balas individu yang diharapkan menjadi lemah.

TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman


Tolman menyimpulkan bahawa syarat yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran ialah kefahaman individu terhadap ransanganransangan iaitu kefahamannya terhadap perhubungan tandatanda dengan objektif yang hendak dicapai. Menurut beliau, untuk menjadikan tingkah laku seseorang individu mempunyai tujuan, maka dia harus memahami situasi yang dihadapi.

TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman


Berikut menggambarkan situasi eksperimen yang dijalankan oleh Tolman dan Honzik dalam tahun 1930 ke atas kajian cara pembelajaran sekumpulan tikus putih.
A,B,C T P Q X Y = LORONG-LORONG = TEMPAT PERMULAAN = SEKATAN LORONG A = SEKATAN LORONG B = KOTAK MAKANAN = PINTU

EKSPERIMEN T-MAZE
Di dalam eksperimen, sesuatu jenis reka bentuk jalan sesat yang dibina terdapat 3 batang lorong A, B dan C yang menyambung sebuah kotak diisi makanan. Di antaranya, hanya lorong C yang tidak ada sebarang sekatan, iaitu membolehkan tikus menggunakannya sahaja untuk mendapat makanan yang diharapkan. Tikus-tikus yang di dalam keadaan lapar, mulanya cuba menggunakan lorong A yang dianggap dekat sekali untuk mendapat makanan, tetapi terpaksa berpatah balik kerana disekat di tempat P.

EKSPERIMEN T-MAZE
Kemudian, mereka cuba menggunakan lorong B dan menemui masalah yang sama pula di sekatan Q. Mereka terpaksa menggunakan lorong C yang dianggap sebagai jalan panjang sekali, tetapi berjaya mendapat makanan akhirnya. Selepas itu, kebanyakan tikus putih terus memilih lorong C apabila mereka diletak semula dalam tempat permulaan T dihujung T-maze tersebut.

Mengikut huraian Tolman, tikus putih dapat memilih jalan yang membolehkannya memperoleh makanan kerana semasa dalam perjalanannya, ia telah berusaha mempersepsikan perhubungan tanda-tanda dengan tempat makanan.

Tanda-tanda seperti belok, kadar cahaya, sekatan, muka licin atau kasar, saiz lorong seperti sempit, lebar, tinggi, rendah serta baunya, setiapnya menjadi ransanganransangan yang membolehkannya bergerak balas untuk mencapai objektifnya.

Situasi pembelajaran ini yang diulangi beberapa kali kemudian, tikus putih yang berkenaan telah mendapati sesuatu peta kognitif yang berkaitan dengan perhubungan ransangan-ransangan yang terdapat dalam perjalanan.

Selepas itu, apabila situasi yang sama timbul semula, ia akan terus menggunakan peta kognitif yang diperolehi untuk menuju ke arah objektifnya.

RUMUSAN
Tingkah laku tikus putih yang diperhatikan jelaslah tidak boleh dihuraikan dengan menggunakan teori ransangan-gerak balas sahaja.
Tikus putih yang boleh memilih jalan tepat adalah kerana ia telah memahami keseluruhan situasi yang sebenar.

RUMUSAN

Di samping itu, mereka berpendapat bahawa motivasi yang kuat dan juga boleh membawa kepuasan, akan berlakunya pembelajaran yang berkesan.

Bagaimanapun, mengikut kajian lain, kesimpulan ini hanya berasaskan keperluan fisiologi sahaja. Bagi pelajar, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, motivasi sosial, seperti ganjaran atau hukuman, harus digunakan.

You might also like