Mee Bandung

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

MEE BANDUNG Satu bungkus mi kuning (mi basah) Sedikit daging lembu (di hiris) Sedikit daging ayam

(di hiris) 5 ekor udang basah (agak agak laa) Sedikit taugeh 10 biji cili kering di kisar (nak pedas lebihkan lah) 1 ulas bawang putih diketuk 1 mangkuk stok ayam 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kicap cair Sedikit kacang tanah ditumbuk 1 biji limau kasturi Telur ayam Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang Bunga jagung, bunga gobis, buah tomato belah empat... Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah... Minyak masak, garam & gula pasir Cara membuat 1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan cili kisar. 2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan gula pasir. Biarkan merenih... 3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih... 4. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, daging, daging ayam dan sawi 5. Apabila mendidih, pecahkan telur dan biarkan hingga telur keras. 6. Masukkan mi dan semua sayuran... 7. Akhir sekali masukkan sikit tepung jagung yang siap dibancuh untuk pekatkan kuah. 8. Tutupkan api. 9. Hidangkan bersama hirisan cili merah, daun bawang, daun sup dan limau kasturi.

Apa yang diperlukan? Mini biskut roll coklat *beli yang bertimbang yg terdapat dipasaraya sebab sekut timbang tu tak kaya sangat dgn rasa coklat. Jadi bila disaalut dengan coklat diluar tu mmg maasyukkkk. Kalau kat giant ritu tengok 100gm harganya rm2 hegget ++. Tapi saya beli timbang kilo kat kedai borong.

Cooking coklat Terdapat di kedai baking berdekatan dengan anda atau ada juga dijual dipasaraya2 besor. Untuk celup sekut, elok gunakan cooking coklat sebab cepaat kering n rangup coklt tu xlembab ngan coklt. *Anna Qawina yang bagitau..:-P Almond Nibs Sangai dulu atas api hingga warne nampk sikit berubah atau bakar dlm oven pda suhu 170 c selama 6-7minit. Caranya: Cairkan cooking coklat secara double boiling. Amik sekut mini roll, celup ke dlm coklat dan taburkan almon nib ke atas salutan tadi. Keringkan coklat n nikmatinya.

Bahan-bahan untuk kuah: Utk dimesin 5 ~ 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang puteh 10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus 1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah 300 gram daging ~ potong nipis 4 biji telur 2 sudu sos tomato 4 sudu sos cili Sedikit minyak masak ~ utk menumis Garam secukup rasa 2 sudu besar gula air secukupnya 1 ikat sawi ~ dicelur 2 helai daun kubis ~ tak letak 4 batang jagung muda ~ tak letak 2 bungkus mee kuning ~ dicelur limau kasturi ~ optional daun sup ~ optional tauhu goreng ~ optional bawang goreng ~ optional Bahan-bahan untuk cili jeruk 3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal 3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal

sedikit air panas 1 sudu cuka sedikit garam Cara2. 1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup. 2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya. 3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging) 4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi. 5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa. Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak 6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk. 7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak. 8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi. Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe 9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging) Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.

Mee Bandung
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21 Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur) 300 gm daging (dipotong) 300 gm daging ayam (dipotong) 300 gm udang 200 gm tauge Garam & minyak masak 2 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 5 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 mangkuk stok ayam 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus) 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 1 biji limau kasturi

1 biji telur Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris) Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit. Cadangan Hidangan: Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

You might also like