Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN KEBUDAYAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK. LAPORAN MENONTON TEATER TRAGEDI SALMAH DI ASWARA.

Pada 29 September 2012, Persatuan Seni dan Kebudayaan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah mengadakan sebuah lawatan ke Akademi Seni dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA) yang terletak di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Lawatan ini diadakan bertujuan menyaksikan sebuah pementasan semula Persembahan Tahun Akhir (PeTA) Terbaik Teater 2012 pelajar ASWARA yang bertajuk Tragedi Salmah. Teater ini dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA. Selain daripada memenuhi tuntutan silibus Gerak Kerja Kokurikulum Semester 6, lawatan ini juga bertujuan untuk menyemai rasa cinta terhadap seni persembahan teater secara khasnya dan juga bagi mendidik jiwa untuk menghargai nilai estetika yang terkandung di dalam sesebuah pementasan teater. Semua ahli dan juga Pensyarah Penasihat, Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman telah berhimpun dan berkumpul di hadapan teratak IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 6.00 petang bagi menantikan bas untuk ke ASWARA. Makanan dan minuman telah ditempah terlebih dahulu daripada pihak Kafeteria IPG Kampus Pendidikan Teknik. Setibanya di ASWARA pada pukul 7.00 malam, semua pelajar yang beragama Islam telah menuju ke surau ASWARA bagi menunaikan solat fardhu Maghrib. Sementara itu, pelajar yang bukan beragama Islam telah menuju ke kafeteria ASWARA untuk menjamu makan malam. Selesainya menunaikan solat fardhu Maghrib, pelajar-pelajar yang beragama Islam turut menuju ke kafeteria ASWARA bagi menjamu makan malam yang telah diagih-agihkan oleh ahli jawatankuasa. Sebelum memasuki Panggung Eksperimen, kesemua pelajar dan juga tetamu luar yang turut dijemput telah menunggu di luar panggung sebelum dibenarkan masuk. Tepat pada pukul 8.30 malam, kesemua tetamu dibenarkan masuk ke dalam Panggung

Eksperimen ASWARA bagi menyaksikan pementasan teater Tragedi Salmah. Teater ini mengisahkan tentang keberanian Salmah yang sanggup mendedahkan rahsia peribadinya demi memperjuangkan hak kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam. Salmah, 26 tahun, mengaku kesalahannya melakukan hubungan seks bersama tertuduh iaitu Sham. Kekhilafan Salmah berpunca daripada keluarganya yang tidak memberikan kasih sayang sewajarnya. Salmah dipaksa berkahwin dengan Zali (seorang bisu) yang menyebabkan jiwa Salmah semakin memberontak dan akhirnya terjerumus ke dalam kancah maksiat bersama Sham. Keberanian Salmah sebenarnya memerangkap dirinya. Tuduhan ke atas Sham tidak dapat dibuktikandan akhirnya kes Salmah terkubur begitu sahaja. Teater tersebut habis dipentaskan pada pukul 10.30 malam. Kesemua pelajar telah bertolak pulang ke IPG Kampus Pendidikan Teknik pada pukul 11.00 malam dengan menaiki bas. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat kita menyemai rasa cinta dan menghargai nilai estetika dan kesenian serta mesej yang terkandung di dalam persembahan teater tersebut, agar dapat kita memahami sesuatu perkara dari sudut dan perspektif yang berbeza.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

( Azrul Izzat bin Mokhtar ) Naib Setiausaha Persatuan Kebudayaan 2012

(Shafiq Aizatullah B Shaharuddin) Pengerusi Persatuan Kebudayaan 2012

Tarikh:

You might also like