Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Mohd.

Amsyar Shahari Tingkatan 1 Analitis Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan, saya telah dapat menyiapkan satu tugasan buku skraf yang diamanahkan oleh Guru Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Ribuan terima kasih kepada cikgu Fairuzi Sakimin dan Puan Pengetua Puan Hamimah Ariffin atas bantuan yang diberikan,terima kasih juga pada rakan-rakan yang memberi idea untuk menyiapkan tugasan ini. Saya banyak merujuk di laman internet , buku-buku rujukan , dan perbincangan dengan rakan-rakan. Saya berharap kerja kursus ini dapat menepati cita rasa cikgu Fairuzi Sakimin. Saya tahu banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu saya perbaiki. Segala teguran dan cadangan daripada cikgu amat saya hargai. dan saya ucapkan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

Disediakan Oleh :

MOHD. AMSYAR SHAHARI

PENGENALAN

Kerja kursus ini dihasilkan untuk lebih mengetahui tentang kepelbagaian cerita kaum yang berada di Malaysia.Ini juga dihasilkan untuk mengatahui cerita nenek moyang dahulu kala.Ini juga akan bertujuan untuk memberitahu remaja zaman sekarang tentang betapa pentingnya kita untuk mengatahui cerita kaum di Malaysia.

PENDAHULUAN Cerita Rakyat

Cerita rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, cerita rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Cerita rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

Jenis-jenis cerita rakyat

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Cerita rakyat naratif

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

a)

Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.

b)

Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam. Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah. Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di

c)

kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman

Cerita rakyat bukan naratif

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari kewujudannya.

a) Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, perbilangan dan kiasan.

b) Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan. c) Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Kegunaan Cerita Rakyat

Secara ringkasnya, cerita rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut: Sebagai alat hiburan Sebagai alat pengajaran Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah. Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera. Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan

Cerita 1: Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang - Warisan Budaya Sarawak

Puteri Santubong merupakan cerita rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsurunsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Konon ceritanya pada zaman dahulu kala di sebuah negeri Sarawak terdapat dua buah kampung yang berjiran tetapi sentiasa bermusuhan. Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih.

Bagi menamatkan permusuhan tersebut, Dewata Mulia Raja mengutuskan dua orang puteri kayangan bersaudara pupu turun ke bumi dan memimpin penduduk kampung berusaha menuju kearah kemakmuran. Puteri Santubong memimpin Pasir Kuning, Puteri Sejinjang pula Kampung Pasir Putih. Mereka sendiri telah bersumpah tidak akan bermusuhan sesama sendiri dengan terikut-ikut dengan perangai penduduk yang dipimpin. Keduadua kampung mulai mengecap kemakmuran. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dapat dijual dengan harga yang mahal. Sementara tanaman padi di Kampung jiran begitu subur dan menjadi.

Kemasyuran Kampung Pasir Kuning memikat kehadiran orang dagang, termasuklah Putera Serapi dari Matang yang segak dan tampan yang akhirnya bercinta dengan Puteri Santubong sementara Panglima Putih sakit hati kerana pinangannya ditolak. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang kerana kecewa cinta ditolak Puteri Sejinjang. Puteri itu lari ke istana Puteri Santubong, bersua Putera Serapi lalu jatuh cinta. Akibat permusuhan lantaran cemburu telah membawa kepada perkelahian kedua mereka. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.

Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong d mana kuala Santubong menjadi pusat

kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.

You might also like