Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

JKA 417 : PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN KAWALAN SOSIAL

Salam Sejahtera, Pelajar-pelajar adalah disaran untuk meluangkan sedikit masa membaca dan memahami risalah Perancangan Akademik ini. Perancangan Akademik akan memberikan panduan ringkas yang berguna sebelum anda memulakan kursus dan sebagai persiapan untuk mengetahui matlamat kursus, liputan kursus, keperluankeperluan serta syarat-syarat khusus yang dituntut di dalam kursus. Pengenalan Salah satu persoalan utama di dalam kajian Penyelewengan, Konflik dan Pengawalan Sosial ialah mengapa sesetengah individu melakukan penyelewengan dan jenayah, iaitu tingkah laku yang bercanggah dengan nilai, norma dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Mengapa pula sebahagian masyarakat lagi dapat menjalani kehidupan secara normal dengan mengikuti peraturan-peraturan sedia ada. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan tingkahlaku penyelewengan? Apakah pula faktor yang menghalang seseorang itu daripada terlibat dengan tingkahlaku yang menyalahi norma dan undang-undang?. Pelbagai persoalan tingkahlaku penyelewengan wujud bukan semata-mata untuk mengetahui alasan dan faktor penyumbang kepada perlakuan devians tetapi juga untuk memahami dan seterusnya merungkai masalah yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Penyelewengan merupakan satu penyakit sosial yang sekiranya tidak dibendung boleh merosakkan seluruh sistem masyarakat dan tidak mustahil boleh meruntuh sesebuah negara. Seringkali dan hampir setiap hari kita disogok oleh pelbagai kes penyelewengan dan jenayah. Tingkahlaku penyelewengan tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu tetapi jelas ia telah menembusi pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai peringkat umur. Perlakuan devians tidak pernah surut malah terus meningkat

dan semakin menakutkan dari sehari ke sehari. Misalnya perbuatan mendera bukan sahaja berlaku pada golongan wanita malah semakin berleluasa dilakukan ke atas kanak-kanak, golongan tua terutama ibu bapa, jiran dan juga ke atas individu yang tidak dikenali. Kalau dahulu kes bohsia menggemparkan negara tetapi kini dengan istilah yang berbeza seperti minah rempit, pengkid, tomboy, didapati bahawa masalah sosial di kalangan remaja dan belia masih berleluasa. Dalam menghadapi masalah tingkahlaku devian dan kemorosotan nilai dan norma masyarakat, peraturan dan kawalan sosial seharusnya diperkukuhkan bagi menghadapi, mengawal dan seterusnya menghalang gejala devian daripada terus berleluasa. Semua pihak sedar peri pentingnya peranan pendidikan dalam menyemai rasa tanggungjawab kerana dengan asas pendidikan yang baik dan kukuh ia dapat menjadi benteng kepada sebarang tingkahlaku yang tidak bermoral. Selain itu, organisasi sosial juga mampu memain peranan penting dalam menangani isu gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Renungkan petikan berikut: Religion affects publics affairs because it offers a unifying set of beliefs and practices, because it lends spiritual authority to social norms and values, and because it is a means of social control (Coser) OBJEKTIF KURSUS Kursus ini akan memperkenalkan konsep-konsep asas dan pendekatan-pendekatan utama penyelewengan dalam disiplin Sosiologi. Persoalan-persoalan mengenai definisi penyelewengan, punca-punca penyelewengan menurut perspektif yang berbeza dan usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat dan kerajaan untuk mengawal tingkah laku ini akan dibincangkan sepanjang kursus ini. Pendekatan-pendekatan yang pelajari akan diaplikasikan dalam memahami senario penyelewengan yang berlaku di Malaysia.

LIPUTAN KURSUS 1 2 Definisi dan Konsep-konsep Asas Teori-Teori Penyelewengan Teori Fungsionalis Teori Penyaluran Budaya Teori Penglabelan Teori Kawalan Sosial Teori Konflik dan Kriminologi Marxist Teori Ekologi Bentuk-bentuk tingkah laku penyewelengan Dalam kalangan remaja Penderaan dan Penganiayaan kanak-kanak/wanita Gangsterism Jenayah kolar putih Jenayah seks rogol, gangguan seksual Kawalan Sosial undang-undang, peranan organisasi sosial, mekanisma kawalan sosial dan lain-lain dalam menangani isu devian

SIDANG VIDEO Tujuh sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Pembelajaran anda di PPPJJ akan dibantu dengan pelbagai cara. Salah satu daripada cara formal adalah menerusi sidang video. Pertemuan dengan pengurus kursus boleh dilakukan ketika kursus intensif.

SIDANG VIDEO Sidang 1 Sidang 2 Sidang 3 Sidang 4 Sidang 5 Sidang 6 Sidang 7

TAJUK PERBINCANGAN Memperkenal Matlamat Kursus Teori Fungsionalisma E. Durkheim Teori Anomie - Merton dan Penyaluran Budaya Teori Ekologi dan devian Teori Labelling dan Peranan Masyarakt Kawalan Sosial Kawalan Sosial dan rumusan

PENILAIAN Tugasan Peperiksaan berterusan Peperiksaan Akhir (20%) (20%) (60%)

PEPERIKSAAN BERTERUSAN Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif. Soalan-soalan adalah berbentuk esei dan struktur. Sila baca modul dan rujuk kuliah sidang video sebagai persediaan. PEPERIKSAAN AKHIR Peperiksaan akhir akan diadakan pada bulan Mei/Jun 2013 dan akan dinilai menerusi soalan berbentuk esei

KURSUS INTENSIF Sila ambil perhatian bahawa Kursus Intensif akan diadakan pada bulan Jan /Feb 2013 E-PORTAL Sila rujuk ruangan forum dari masa ke semasa. Pelajar juga digalak memanfaatkan email untuk berkomunikasi dengan pengurus kursus. TUGASAN : PILIH SATU TAJUK SAHAJA Tajuk Tugasan: 1. 2. Budaya hedonisme dan penularan tingkahlaku devian. Kemunculan budaya songsang dalam masyarakat hari ini : Suatu analisis sosiologikal.

3. Kajian kes : kenalpasti satu tingkahlaku devian di tempat anda. Bincangkan faktor penyumbang dan bentuk-bentuk kawalan sosial yang boleh dilakukan.

ARAHAN Tugasan haruslah mematuhi perkara-perkara berikut: i.


ii.

Pilih SATU TAJUK yang disenaraikan. Perbincangan anda haruslah mengutamakan pendekatanpendekatan sosiologi penyelewengan dan elakkan daripada perbincangan umum. Anda dikehendaki mengaplikasikan mana-mana teori penyelewengan yang dianggap bersesuaian dengan tajuk tugasan.

iii.

iv. v.
vi. vii.

viii.

Tarikh akhir penyerahan tugasan adalah 15 JAN 2013. Tugasan perlu sampai di PPPJJ pada atau sebelum tarikh tersebut. Tugasan yang lewat tidak akan diterima. Esei anda tidak melebihi 15-20 mukasurat, tidak termasuk lampiran Esei mesti bercetak komputer, ditaip selang dua baris di atas kertas A4 yang berwarna putih sahaja Setiap rujukan mesti dinyatakan sumber. Cara menulis bibliografi mengikut format APA style dan mestilah konsisten Anda dikehendaki menggunakan sekurang kurangnya 10 bahan rujukan buku-buku, journal, majalah, internet dan lain-lain semasa menjawab soalan tugasan. Perlu diingatkan markah akan dipotong jika bahan bahan rujukan tidak dinyatakan dan rujukan tidak selari dengan bibliografi. Sila tulis nama, nombor pendaftaran dan tajuk tugasan pada muka hadapan rasmi tugasan yang disediakan oleh PPPJJ.

Pengurus Kursus Pn. Zurina Radzi (umnabilah@yahoo.co.uk)

You might also like