Professional Documents
Culture Documents
Morfologi Dan Sintaksis
Morfologi Dan Sintaksis
Morfologi Dan Sintaksis
MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO E-MAIL LEARNING CENTRE NAME TUTOR
: 750620126206001 : 750620-12-6206 : 0135571200 : rohanajukarna@yahoo.com.my : SANDAKAN BRANCH : ROHANA BT HJ JUKARNA : MOHD SYADAT YAP BIN YAHYA YAP
Page 1
Isi Kandungan
PERKARA 1.0 Pengenalan MUKA SURAT 3
4-5
5-8
9-22
23
Page 2
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 1.0 Pengenalan Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata, dan golongan kata. Menurut Tatabahasa Dewan, ( Edisi Baharu, muka surat 237 ), Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Manakala sintaksis pula ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk struktur, dan binaan atau konstuksi ayat serta hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untukmembentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsi sebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Pada akhir penulisan tugasan ini adalah diharapkan saya akan dapat : 1. Mengetahui secara terperinci tentang kajian tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis ; 2. Mendefinisi dan konsep kata tugas ; 3. Membincangkan penggolongan kata tugas dalam bahasa Melayu; 4. Menghuraikan setiap jenis kata tugas.
Page 3
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 2.0 Definisi dan Konsep Kata Tugas Berpandukan Ahli Bahasa dan Akademik Secara mudahnya, kata tugas ialah perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri kecuali apabila digunakan dalam ayat sahaja. Sebagai contoh salah satu jenis kata tugas ialah kata sendi, antara perkataannya ialah 'dari' dan kata hubung seperti 'yang'. Jika kita guna secara tunggal, perkataan tersebut amatlah tidak munasabah. Lain pula halnya dengan kata nama seperti 'kasut' ataupun kata kerja seperti 'makan'. Jika kita guna kata 'kasut' atau kata 'makan' secara solonya pun sudah memberi makna yang lengkap. Walaubagaimanapun, mari kita lihat definisi dan konsep kata tugas berpandukan ahli bahasa dan akademik . a. Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan ( 2006 ) Kata tugas adalah perkataan yang mempunyai fungsi tatabahasa. Ini bermaksud kata tugas tidak mempunyai makna tetapi digunakan dalam ayat dan frasa bagi menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Kata tugas tidak boleh menjadi unsur inti bagi mana-mana frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. b. Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2008) Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.Walaupun tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa, namun kata tugas amat berguna dalam mendukung sebarang tugas sintaksis. c. Asmah Hj. Omar Kata tugas tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat dan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Kata Penuh dan Kata Partikel d. Asraf ( 2007 ) Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugastugas lain. e. Siti Hajar Hj Abdul Aziz ( 2008 )
Page 4
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 Kata tugas dapat dikelaskan kepada sepuluh tugasan iaitu penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri.
3.0 Kelompok Jenis Kata Tugas Terdapat 17 jenis kata tugas iaitu : 1. Kata hubung 2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu 7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi 10. Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12. Kata pembenar 13. Kata arah 14. Kata bilangan 15. Kata adverba 16. Kata penekanan 17. Kata pembenda Oleh yang demikian, bagi memudahkan penghuraian, jenis-jenis kata tugas ini bolehlah dikelompokkan kepada empat kelompok berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat seperti berikut : a. Kata penyambug ayat b. Kata praklausa c. Kata prafrasa dan pascafrasa d. Kata pasca kata 3.1 Kata Penyambung Ayat
Page 5
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 Kata hubung penyambung ayat ialah kata hubung yang bertugas menghubungkan dua atau lebih binaan ayat sehingga menjadi ayat majmuk. Kata penyambung ayat terdiri daripada jenis kata hubung berikut : a. Kata hubung gabungan Contoh : i. Pelajar lelaki menjalani kursus tahan lasak dan pelajar wanita menjalani kursus sukan mempertahankan diri .( perkataan dan adalah penggabung ayat ) b. Kata hubung pancangan : keterangan, relatif, dan komplemen Contoh : i. Pelajar yang keracunan makanan itu dimasukkan ke hospital. ( perkataan yang adalah kata hubung relatif ) ii. Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan. ( perkataan hingga adalah kata hubung keterangan ) iii. Mereka tahu bahawa pekerjaan semakin sukar didapati ( perkataan bahawa adalah kata hubung komplemen ) 3.2 Kata Praklausa Kata praklausa hadir di hadapan klausa bagi tujuan menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Kata praklausa terdiri daripada jenis-jenis kata yang berikut : a. Kata perintah Contoh : Harap saudari dapat datang petang ini. b. Kata Tanya Contoh : Apakah maksud kata-kata awak tadi? c. Kata seru Contoh : Aduhai, sukanya dia ! d. Kata pembenar Contoh :
Page 6
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 Ya, itu adalah kenyataan beliau tadi. e. Kata pangkal ayat Contoh : Maka, baginda yang sekian lama gering itu pun mangkat. 3.3 Kata Prafrasa dan Pascafrasa Kata prafrasa dan pascafrasa hadir sebelum dan sesudah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi. Kata-kata ini berfungsi menekankan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menunjukkan arah, dan membilang. 1. Kata prafrasa terdiri daripada jenis kata berikut : a. Kata sendi Contoh : Dia pergi ke kantin. b. Kata adverb Contoh : Mereka meninggalkan majlis itu cepat benar . c. Kata arah Contoh : Mereka menuju ke tepi sungai. d. Kata bantu Contoh : Kakak sedang menyiapkan tugasan itu. e. Kata pemeri Contoh : Angin ialah udara yang bergerak. f. Kata penguat Contoh : Bayi itu sangat comel. g. Kata penegas Contoh : Kami juga ingin ke bandar.
Page 7
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 h. Kata nafi Contoh : Dia bukan teman lelaki saya. i. Kata bilangan Contoh : Dia meminjam beberapa buah buku di perpustakaan. 2. Kata pascafrasa yang hadir sesudah frasa terdiri daripada jenis kata yang berikut : a. Kata penguat Contoh : Bunga itu cantik sungguh. b. Kata penegas Contoh : Dia datang juga. c. Kata adverba Contoh : Ibu pulang lewat. 3.4 Kata Pascakata Kata pascakata hadir sesudah perkataan tertentu bagi membuat penekanan dan juga menerbitkan kata benda. Kata pascakata terdiri daripada dua jenis kata berikut : a. Kata penekan Contoh : Pokok rambutan itu nampak berbuah lebat. b. Kata pembenda Contohnya : Bukan kepalang sakitnya.
Page 8
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 4.0 Huraian Setiap Jenis Kata Tugas Berikut merupakan perincian setiap jenis kata tugas yang terdapat dalam bahasa melayu. 4.1 Kata Hubung Kata hubung atau kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga membentuk ayat selapis atau ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. a. Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung gabungan disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah :
dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian
b. Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menyambung klausa tak setara pada klausa utama. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : i. ii. iii. (i) Kata hubung pancangan relatif; Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan keterangan
Kata Hubung Pancangan Relatif Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Contoh ayat : 1. Puan Rohana seorang guru yang berdedikasi. 2. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi
(ii)
Page 9
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 Kata Hubung Pancangan Komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat : 1. Semua pihak perlu mengetahui bahawa perkara yang sedang dihadapi adalah amat mencabar. 2. Untuk menguruskan badan, seseorang itu perlu mempunyai disiplin yang tinggi. (iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan Kata Hubung Pancangan Keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contoh kata keterangan adalah seperti berikut : kerana sekiranya C kalau o Contoh ayat : 1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 3. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. 4. Kami akan membuat rayuan andai kata permohonan kami ditolak. 4.2 Kata Seru Kata seru ialah kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contoh kata seru ialah : aduh cis Contoh ayat : 1. Wahai anak-anaku,berbaktilah kepada negara ! 2. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka ! 3. Celaka,habis tanamanku dimusnahkannya ! celaka wah aduhai amboi oh eh syabas wahai ketika sementara hingga walaupun agar semoga setelah tatkala semasa sebab untuk apabila
Page 10
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 4.3 Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu,contohnya mengapa,bila,berapa,bagaimana dan sebagainya. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada prdikat. Sekiranya kata tanya didepankan, maka partikel kah hendaklah disertakan. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut : 1. Harga jam tangan itu berapa ? 2. Siapakah nama ayah kamu ? 4.4 Kata Perintah Kata perintah ialah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata perintah ialah : jangan usah sila jemput minta tolong harap
Contoh ayat : 1. Jangan berludah di sini. 2. Tolong temankan adik saya ini. 3. Sila ambil makanan di sana. 4.5 Kata Pembenar Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan . Contoh kata pembenar ialah : ya benar betul
Contoh ayat : 1. Ya,itulah orangnya. 2. Benar,itulah guru yang baharu. 3. Betul, sayalah orang yang dimaksudkan itu.
Page 11
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 4.6 Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat adalah seperti berikut : hatta kalakian maka sebermula syahdan alkisah adapun arakian
Contoh ayat : 1. Hatta istana itu pun siaplah. 2. Maka panglima itu pun diberi persalinan. 3. Syahdan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. 4. Arakian bersemayamlah baginda di istana baharu itu. 4.7 Kata Bantu Kata bantu yang hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek dan ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. (i) Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan semasa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini , atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek ialah : telah sudah baru pernah sedang masih akan mula belum
Contoh ayat : 1. Pekerja itu telah pulang. 2. Murid-murid itu baru tiba. 3. Kami pernah melawat ke Batu Tulug. 4. Emak belum pulang dari kebun.
Page 12
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 (ii) Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh kata bantu aspek ragam ialah :
hendak dapat
mahu enggan
harus patut
mesti mungkin
boleh
Contoh ayat : 1. Kanak-kanak itu enggan makan ubat. 2. Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas. 3. Kita boleh masuk ke dewan itu sekarang. 4. Mereka mesti ke balai raya sekarang. 4.8 Kata Penguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang, dan kata penguat bebas. (i) Kata Penguat Hadapan Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh kata penguat hadapan ialah :
terlalu
paling
agak
cukup
makin
kurang
Contoh ayat : 1. Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi untuk di panjat. 2. Pemandangan di kampung itu cukup indah. 3. Harga komoditi sawit makin menurun. 4. Sungai itu agak dalam.
Page 13
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 (ii) Kata Penguat Belakang Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat belakang ialah :
sekali
benar
betul
nian
Contoh ayat : 1. Disiplin pelajar-pelajar itu baik sekali. 2. Lambat benar kura-kura itu berjalan. 3. Indah nian pemandangan di waktu senja. 4. Keputusan UPSR pada tahun ini teruk betul. (iii) Kata Penguat Bebas Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat bebas ialah :
amat
sangat
sungguh
Contoh ayat : 1. (a) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. (b) Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. 2. (a) Pemandangan di kampung sungguh indah. (b) Pemandangan di kampung indah sungguh. 4.9 Kata Penegas Kata penegas yang juga disebut sebagai partikel atau penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu : (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat .Contohnya;-kah, tah, dan -lah.
Page 14
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat.Contohnya,
juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Contoh ayat : 1. Apatah daya kita. 2. Hanya dia sahabat karibku. 3. Ketua saya yang sentiasa sibuk itu datang jua ke majlis pertunangan saya. 4. Rombongan pengantin lelaki belum tiba lagi. 4.10 Kata Nafi Kata nafi hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak. Contoh ayat : 1. Makanan itu bukan untuk saya. 2. Saya tidak akan datang lagi. 3. Ucapannya bukan menghina kita,sebaliknya hanya menegur. 4.11 Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan tersebut boleh dilakukan melalui dua cara iaitu : (i) Secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan
menggunakan kata pemeri ialah. Contoh ayat : 1. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. (ii) Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan menggunakan kata pemeri adalah . Contoh ayat : 1. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan.
Page 15
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 4.12 Kata Sendi Nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Huraian kata sendi nama dan contoh ayat adalah seperti berikut :
Contoh Ayat Ibunya mengajar di sekolah itu. Tempat : Mereka akan ke Sandakan esok. Arah : Mereka menuju ke Utara. Waktu : Ali menunggu dari pagi ke petang.
Dari
Angin bertiup dari arah selatan Tempoh kempen pilihanraya bermula dari esok. Punca : Dia menerima surat itu daripada kakaknya. Sumber atau asal kejadian : Ukiran itu diperbuat daripada logam. Perbezaan atau perbandigan : Ana lebih pandai daripada Rita. Sasaran : Sila kembalikan borang itu kepada kerani. Pecahan : Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Perubahan keadaan : Pastikan anakanak kita tidak terdedah kepada bahaya dadah.
Daripada
Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, unsur mujarad, asal kejadian, perbezaan, perbandingan. Menyatakan dan
Kepada
sasaran
menyatakan perubahan.
Pada
Menunjukkan
Page 16
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 keterangan waktu dan tempat Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu atau diperuntukan. Demi Bertugas Membawa rujukan Seperti, Bagai,Umpama, Laksana Membawa maksud membawa tujuh pagi. Tempat : Tuliskan nama anda pada kertas ini. Untuk, Bagi Rumah untuk/bagi pekerja sedang diperbaiki. Hadiah ini untukmu. Kita hendaklah bersatu demi Negara. Mereka berbincang tentang masalah negara. Hatinya keras (seperti, bagai,
perbandingan : Seperti, Bagai,Umpama, Laksana Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa. Membawa penanda masa.
Dengan
Bersama-sama : Ayah ke pekan dengan ibu. Cara sesuatu dilakukan : Dia memulakan majlis dengan doa. Memakai atau menggunakan : Ani melukis potret itu dengan cat air. Menyatakan perbandingan : Dia sentiasa bercanggah pendapat dengan ayahnya. Kami
Sejak, Semenjak
tinggal
di
kampung
itu
sejak/semenjak dua tahun lepas. Wanita anaknya. Kuih itu dibeli olehnya.
Akan
Mendahului
kata
itu
sangat
rindu
akan
Page 17
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 pembuat hubungan Pemain bola baling itu kalah sebab kurang latihan.
dalam ayat pasif, dan hubungan membawa sebab. Hingga, Sampai Membawa maksud yang maksud
perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat. Dalam, Antara Membawa pengertian
Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan. Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dan pendapat saya.
4.13 Kata Arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah :
Contoh ayat : 1. Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur. 2. Ali menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia. 3. Dia duduk di antara Ramli dan Ramlah.
Page 18
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 4.14 Kata Bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat di bahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknanya seperti yang tertera di dalam jadual berikut :
Kata Bilangan
Contoh Ayat
1. Kata
Dua hari lagi saya akan berangkat ke Rusia. Jumlah penduduk di Bandar itu mencecah angka sejuta ringgit. Segala
yang menunjukkan tiga ratus, sejuta, jumlah yang tentu dan sebagainya. sifatnya disebut
persiapan pilihan
untuk raya
menghadapi Semua
seluruh,banyak, sedikit sebagainya. 3. Kata yang bilangan beratus-ratus, membawa ketigatiga,berabad-abad, dan sebagainya. dan
dibenarkan mengambil cuti esok. Beratus-ratus orang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. Setiap pelajar dikehendaki membawa makanan masingmasing.
maksud himpunan.
4. Kata yang
maksud pisahan.
dan sebagainya.
Page 19
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 5. Kata yang bilangan setengah,sepertiga, membawa seperempat, pertiga sebagainya. dua dan Setengah-setengah penduduk bandar tinggal di rumah pangsa. Pakatan Rakyat akan dapat mengambil pemerintahan alih teraju sekiranya
maksud pecahan
4.15
Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi dari segi cara, masa, dan tempat . Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk seperti berikut :
Contoh Kata
Contoh Ayat Sejak peristiwa itu dia sering sakit. Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu. Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand.
daripada kata kerja kali,kadangkala, dan frasa kerja, sekali gus, jarang
kata adjektif dan sekali,sempat, frasa adjektif atau nyaris,agaknya, frasa sendi nama, begitu, nanti, dan yang tidak sebagainya.
termasuk ke dalam
Page 20
HBML2103 M0RFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU 2012 mana-mana golongan kata lain. b. Kata Adverba dari Kata Adjektif Berfungsi sebagai Berjalan penerang kata kepada ketawa kata hampir laju, besar, terjatuh, berhati Fatimah terjatuh hampir ketika
kerja,
panjang. Ketam ialah haiwan yang mengiring. Layang-layang tinggi melangit. itu berjalan
Berfungsi sebagai Terbang meninggi, penerang kata kepada merah kata hitam menyala, berkilat,
kerja,
adjektif, atau frasa putih sendi nama berseri,tinggi mengawan sebagainya. Perkataan terhasil proses dan
Kulit tuan puteri itu putih berseri. Dia gembira kepulangan anaknya sekian terpisah. Sepandai-pandai tupai melompat setelah lama betul-betul dengan
yang i.Kata
adverba
menerangkan kata ii. Kata adverba kerja, kata adjektif penggandaan atau frasa nama. separa.(berdikitdikit,teresakesak,gilagilaan,habishabisan) iii.Kata berentak.( sedan, adverba seduhingar-
Pencuri
itu
lari
bingar,serta-
Page 21
4.16
Kata Penekan Kata penekan ialah bentuk yang member penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh ayat : 1. Sokongan kepada Pakatan Rakyat sesungguhnya semakin padu.
4.17
Kata Pembenda Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya, lajunya, sakitnya, lantangnya. Contoh ayat : 1. Bukan kepalang sakitnya. 2. Lajunya ialah 100 km sejam.
Page 22
5.0 Penutup
Secara keseluruhannya,bagi memudahkan pemahaman tentang kata tugas, maka semasa memperincikannya, kata tugas ini bolehlah di pecahkan kepada empat ketegori iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan pascafrasa, dan yang terakhir kata pasca kata. Kata penyambung ayat ataupun kata hubung berfungsi untuk menyambung ayat ataupun klausa. Kata hubung ini terdiri daripada kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan relatif, keterangan, dan komplemen. Manakala, kata praklausa pula ialah kata yang hadir di hadapan klausa bagi tujuan pertanyaan ( kata tanya ), seruan ( kata seru ), pengiyaan ( kata pembenar ), dan penerang ( kata pangkal ayat ). Kata prafrasa dan kata pascafrasa pula berfungsi sebagai penekanan kepada maksud yang terdapat dalam ayat seperti membantu ( kata bantu ), menguatkan ( kata penguat ), menegas ( kata penegas ), menafikan ( kata nafi ), memerikan ( kata pemeri ), menunjukkan arah ( kata sendi ), dan membilang ( kata bilangan ). Kata pascakata pula ialah kata yang hadir sesudah perkataan tertentu agar dapat membuat penekanan atau penegasan kepada kata yang digandinginya ( kata penekanan ), dan juga menerbitkan kata benda iaitu menjadikan kata bukan kata nama sebagai kata nama ( kata pembenda ). Oleh yang demikian, walaupun kata tugas dari segi konsepnya tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan oleh kata tugas ini sangat mustahak.
Page 23
Rujukan
Buku
Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. (1968). Morfologi-Sintaksis Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2003). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Laman Web
http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm
Page 24