Hubungan Etnik

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

HUBUNGAN ETNIK

ASMA AZYYATI BINTI ABUSENIE 014-6952932 PISMP SEM 3 PENDIDIKAN KHAS 3

SOALAN

Membincangkan tentang isu pluraliti

selepas merdeka dari perspektif pendidikan

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka


Sebelum merdeka, tidak ada satu pendidikan yang

seragam di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem pendidikan vernakular. Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu.

PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA


CIRI-CIRI Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja. Setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berbeza. Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang, bandar dan kampung. Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal


a)

b)
c) d)

Akibatnya, terdapat empat jenis sekolah di Tanah Melayu, iaitu : Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil Sekolah Inggeris.

Sistem pendidikan yang sedemikian tidak dapat

melahirkan perpaduan antara kaum di negara ini. Tumpuan taat setia setiap kaum adalah kepada negara asal mereka.

Sekolah Melayu

Sebelum wujudnya sekolah Melayu, pelajaran agama dan bahasa Arab sangat dititikberatkan.

Sekolah Melayu pertama ditubuhkan ialah Sekolah


Melayu Gelugor pada 1816 di Pulau Pinang Mata pelajaran yang diajar di sekolah Melayu ialah membaca, menulis dan mengira.

Sekolah Melayu
Ciri-ciri:Kemudahan yang disediakan tidak memuaskan. Hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah Menyediakan pendidikan setakat darjah enam. Dibina di kawasan luar bandar Matlamatnya untuk mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.

Pendidikan yang diberikan hanyalah menjadikan

anak-anak orang Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Lepasan sekolah Melayu tidak berpeluang memegang jawatan tinggi. Mereka sekadar menjadi pelayan pejabat sahaja. Mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat menengah terpaksa memasuki latihan perguruan. Selepas itu barulah mereka boleh memasuki sekolah menengah aliran Inggeris melalui Darjah Khas Melayu (Special Malay Class)

Sekolah Cina

Penubuhan sekolah Cina dikelolakan oleh

masyarakat Cina tempatan. Pada awalnya, sistem pendidikan di sekolah Cina tidak teratur. Sistem pendidikan Cina ini bertujuan memupuk semangat kesetiaan terhadap negara Cina.

Pada 1920, kerajaan British telah meluluskan

Enakmen Pendaftaran Sekolah-sekolah Mengikut Enekmen ini, semua sekolah dan guru wajib didaftarkan. Tujuannya untuk menghalang murid-murid sekolah diresapi ideologi komunis.

Sekolah Cina
Ciri-ciri:Bahasa pengantar mengikut dialek masing-masing. Mengambil sukatan pelajaran dari negara Cina. Buku teks dan guru diimort dari negara Cina. Menyediakan pendidikan rendah, menengah rendah dan menengah atas.

Sekolah Tamil
Sekolah Tamil kebanyakannya didirikan di ladangladang getah. Ia dibina oleh pihak majikan dan mubaligh Kristian. Pada 1912, Enakmen Buruh telah mewajibkan setiap ladang menyediakan sekolah jika terdapat lebih sepuluh anak pekerja yang layak bersekolah. Pendidikan Tamil yang disediakan bertujuan mengekalkan anak-anak pekerja menjadi buruh di ladang tersebut.

Sekolah Tamil
Ciri-ciri:-

Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sukatan Pelajaran dan buku teks diambil dari India Menyediakan pendidikan peringkat rendah sahaja.

Sekolah Inggeris
Kerajaan British memberi perhatian dan bantuan

kewangan kepada sekolah Inggeris. Sekolah ini dibina sama ada oleh kerajaan atau Badan Mubaligh Kristian. Sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah Melayu ialah Penang Free School pada 1816. Matlamat pendidikan Inggeris ialah untuk memenuhi keperluan pentadbiran British seperti kerani. Bagaimanapun, bilangan orang Melayu yang memasuki sekolah ini amat terhad.

Sekolah Inggeris
Ciri-ciri :-

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantar. Terbuka kepada semua kaum. Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan menengah. Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak seimbang.

CADANGAN PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN


Rancangan Cheeseman Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Inggeris di bawah Rancangan Cheeseman cuba menyusun semula sistem pendidikan di Tanah Melayu. Tujuan utamanya ialah membaiki sistem pendidikan dan menyatukan aliran yang berlainan dalam sukatan pendidikan. Tetapi Rancangan Cheeseman hanya menumpukan perhatian peringkat sekolah rendah sahaja. Rancangan ini ditolak kerana sekolah-sekolah menengah masih dibentuk mengikut aliran bahasa ibunda masing-masing.

Penyata Barnes (1950)


Mengikut saranan Barnes,persekolahan rendah ialah alat bagi perpaduan dan penyatuan masyarakat. Pada bulan Ogos 1950, sebuah jawatankuasa dibawah L.J Barnes telah ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan Tanah Melayu.

a) b)

c) d) e)

Hasilnya beberapa saranan telah dibuat oleh Penyata Barnes, iaitu: Dibentuk satu pendidikan yang bercorak kebangsaan Menubuhkan hanya satu corak sekolah rendah, yang disebut sekolah kebangsaan (National School) untuk semua kaum. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum. Menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil dihapuskan di peringkat menengah dan selanjutnya digunakan bahasa Inggeris sahaja.

Walau bagaimanapun,penyata Barnes telah ditolak oleh semua kaum. Sebab penolakan
Kaum Melayu -Mereka tidak puas hati dengan pendidikan Melayu yang tidak diberi kedudukan yang wajar -Pendidikan Melayu seolah-olah menumpang di sekolah Inggeris. Kaum Cina -Mereka menentang penghapusan pendidikan Cina kerana mereka menganggap pendidikan Cina sebagai salah satu kebudayaan mereka. -Menghauskan pendidikan Cina bererti menghapuskan salah satu kebudayaan kaum Cina.

Kaum India -Mereka sependapat dengan kaum Cina.

Orang-orang Cina meminta supaya diadakan satu jawatankuasa mengkaji kedudukan pendidikan aliran Cina di Tanah Melayu.
Penyata Fenn-Wu

Dr William P.Fern, Setiausaha Eksekutif Bersekutu Lembaga Amanah bagi institus Pengajian tinggi di Cina.

Dr. Wu Teh-Yao Seorang pegawai PBB ke Tanah Melayu untuk menyelidik tenta Pendidikan Cina.

Pada tahun 1951, Dr. W.P. Fern dan Dr. Wu Teh Yao telah dilantik untuk mengkaji sistem pendidikan Cina. Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengkaji penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan sekolah Cina Penyata Fern-Wu tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu terutama daripada kalangan pemimin UMNO kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini.

Penyata Fern-Wu tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu terutama daripada kalangan pemimin UMNO kerana cadangan itu tidak menguntungkan orang Melayu dan negara ini Orang-orang India pula meminta diadakan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pendidikan Tamil seperti yang dibuat kepada pendidikan Cina. Tetapi cadangan itu ditolak. MIC telah menubuhkan sendiri jawatankuasa Penasihat Pusat untuk mengkaji kedua-dua laoran tersebut.

Jawatankuasa Penasihat Pusat dan Ordinan Pelajaran 1952. Lanjutan daripada Laporan Barnes dan FernWu, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pusat untuk mengkaji kedua-dua laoran tersebut. Jawatankuasa tersebut yang ditubuhkan pada tahun 1951 dianggotai oleh: a) 12 orang pendidik b) Pegawai-pegawai Tanah Melayu c) Wakil-wakil tidak rasmi setiap kaum (Melayu, Cina dan India)

a) b)

Jawatankuasa ini telah menyetujui beberapa perkara dalam Laporan Barnes dan Fenn-Wu iaitu: Sistem sekolah kebangsaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Di samping bahasa ibunda diajar di sekolahsekolah Cina dan Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan digunakan juga sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 1952, sebuah Jawatankuasa khas telah dibentuk untuk mengkaji ketiga-tiga laporan jawatankuasa sebelumnya dan membuat beberapa syor baru. Jawatankuasa ini dianggotai oleh sebelas ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Draf perundangan dari jawatankuasa khas itu telah dibawa ke Dewan Perundangan Persekutuan, diluluskan, dan kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1952.

Laporan Razak ( 1956 )


Setelah kerajaan Perikatan memerintah pada 30 September 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh ersekutuan. Jawatankuasa itu mengandungi 15 orang ahli dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak,Menteri Pendidikan ketika tu setelah dipilih menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan.

Tugas-tugas yang akan dilakukan oleh jawatankuasa itu ialah: a) Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menyatupadukan kanak-kanak berbilang kaum di seluruh negara. b) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. c) Memastikan sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tetap wujud dan bahasa mereka diajar sebagai satu mata pelajaran.

Laporan Razak telah diterbitkan dalam bulan Mei 1956 yang kemudiannya dikenali sebagai Penyata Razak. Beberapa perkara dalam Penyata Razak telah menjadi panduan untuk membentuk dasar pendidikan negara kemudiannya

PENDIDIKAN RENDAH

Sekolah Rendah Kebangsaan


Bahasa Melayu ( Bahasa Pengantar)

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan


Bahasa Cina/Tamil/Inggeris (Bahasa Pengantar) Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan

Mengikut Laporan Razak, kanak-kanak akan terus menerima pendidikan rendah mereka di sekolah vernakular yang berasingan. Jawatankuasa itu berusaha meningkatkan bahasa Melayu ke tahap yang paling atas dengan mewajibkan pengajaran bahasa Melayu di semua jenis sekolah. Kesan daripada cadangan ini, murid-murid Melayu akan mahir dalam dua bahasa dan murid bukan Melayu akan mahir dalam tiga bahasa.

Pendidikan Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Pengantar Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina)(SMJK) Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris

Bagi memastikan bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah menengah, bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib di dalam peperiksaan, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Lower Certificate of Education (LCE) serta di peringkat Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysian Certificate of Education (MCE) Penyata Razak telah berjaya memikat masyarakat bukan Melayu kerana tidak mengubah penggunaan bahasa Cina (Mandarin) atau bahasa Tamil.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like