Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 29

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan

pendidikan pemulihan. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966), berpendapat pengajaran pemulihan mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematis dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Menurut Collins lagi ; Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and number. Albewhite (1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan - gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa: By remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures. Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Menurut Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalahmasalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa. Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagaithe ambulance of educational system. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira

sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid. Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau: Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is, learning failure which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience. Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat. Selain itu,Koh (1979), dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanakkanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun. Chua (1977) dalam laporannya menyatakan pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan

ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Latar Belakang Pendidikan Pemulihan


Oleh Mohd Isa Abd Razak

Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970. Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan. Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran pemulihan. Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masingmasing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah rendah. Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan. Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran.

Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak menguasai 3M. Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu. Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang lain. Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita bahawa 85,000 orang pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Data yang di bawah pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan.*

Jadi, bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Bibliografi Terpilih Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR

(Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M).Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Koh Boh Boon, 1981a. Pendidikan Imbuhan, Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon, 1981b. Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENDIDIKAN PEMULIHAN

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian:

Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan.

Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN Yang tidak bermotivasi untuk belajar Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar Lebih mudah berputus asa Lebih mudah mengganggu persekitaran Lebih mudah ragu-ragu Cepat lupa Kurang cerdas dalam pemikiran Belajar secara lambat Mundur Pencapaian akademik yang tidak tinggi Kekurangan sosial Kerencatan akal

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN Faktor psikologi Kecerdasan mental Emosi yang tidak stabil

Faktor biologi/kesihatan Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah neurologi, iaitu sukar mengeja,membaca dan menulis.

Faktor persekitaran Terdiri daripada bahasa Terdiri daripada amalan sekolah

Faktor emosi dan social

CARA-CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Pemerhatian Melihat pada rekod prestasi Profil peribadi Ujian kertas dan pensel Latihan harian

PERANAN GURU KELAS BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan Menentukan strategi p&p Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN

Kumpulan: berlaku apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid yang lain pula menjalankan aktiviti penggayaan.

Individu: apabila sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru akan bergilir-gilir membetulkan kesalahan secara individu, manakala murid yang lain menjalani pengukuhan.

PENYEDIAAN BAHAN SESI PEMULIHAN Aspek pendengaran Sebutan guru jelas, hanya sebutan bunyi yang hendak dipelajari sahaja yang diajarkan

Aspek penglihatan BBM besar, ringkas, menarik, dan haruslah menggunakan warna untuk perkara penting sahaja.

Aspek psikomotor Benda maujud, bentuk huruf atau nombor hendaklah timbul agar murid dapat menyentuhnya, gunakan warna untuk aktiviti menulis.

PENDIDIKAN PENGGAYAAN

KONSEP PENGGAYAAN Iaitu sejenis pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGAYAAN Objektif penggayaan untuk murid adalah:

Menggunakan kemahiran-kemahiran yang dikuasai dalam kelas biasa Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka Menyemai sifat berdikari dan minat untuk belajar Memperkembangi bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGGAYAAN Membaca (bacaan) : bahan yang lebih tinggi Menulis (tulisan) Mengira (kiraan) : ayat yang lebih panjang : kiraan yang lebih mencabar

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih . Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371

satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa . iii) Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. iv) Albertwhite (1977) pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanakkanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .

Pendidikan pengayaan Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

OBJEKTIF PENGAYAAN

1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman. 2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.

3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.

4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.

5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.

6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.

7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN

1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks. 2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran dan pertuturan. 3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. 4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif. 5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. 2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. 3. Menggunakan daya usaha sendiri 4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial

5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah 6. Melibatkan pembacaan luas

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan. Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, muridmurid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakanrakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada muridmurid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru

Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktivitiaktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan: 1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari. 2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran 3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran 4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN

1. Bacaan Tambahan

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak Majalah pelajar Surat khabat / keratan Risalah-risalah

2. Kerja-kerja Projek

Lawatan Melapor Peristiwa Menulis Cerita Membuat Zoo Mini Sekolah Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap Mengadakan pameran bilik darjah Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

3. Permainan dan Rekreasi

Teka Silang Kata Teka Benda Teka Teki

Mencari Jalan Keluar Menyambung Titik Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita Mencari benda tersembunyi Meneka bunyi Dam Catur Sahiba Bingo Ular dan Tangga Jigsaw Puzzle Bermain bentuk geometri Rubic Cube

Definisi Pengayaan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman

dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

Konsep Pemulihan

Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)

Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah.

Koh Boh Boon (1982 :2)

? Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.

? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

? Kurikulum yang diubahsuaikan.

? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken perinciannya.

? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.

? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.

? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian.

? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

Pelaksanaan Program Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati atau membuat ujian saringan.

? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara memerhati atau membuat ujian diagnostik.

? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan untuk murid

? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan dan daya penyerapan murid.

? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai.

? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan

? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi ia tetap mempunyai perbezaan yang tertentu.

? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada barangbarang yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.

? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa imbuhan membawa maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala pemulihan pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan pembaikan.

? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkah yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan di kalangan murid.

? Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.

Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Pekara Berikut.

1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat awal pembelajaran.

2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.Pangajaran disusun dengan rapi dan teliti.

3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.

4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

Rumusan dan Kesimpulan

Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan.

Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan. Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.

Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahirankemahiran asas. Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan.

Pendidikan Pemulihan Dalan KBSR Dan KBSM

? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan pelajarpelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza.

? Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar KBSR dan KBSM,

Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah ditumpukan pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan amali pendidikan pemulihan.

? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-kes yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas. Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

? sesi pemulihan kelas biasa.

? pengenalpastian pelajar .

? penganalisisan masalah.

? Perancangan.

? Pengajaran.

? Penilaian.

? tindakan susulan.

1. Pengenalpastian Pelajar

? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.

? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

2. Penganalisisan Masalah

? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan

? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.

? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan

1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar.

You might also like