Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

PERATURAN PERTANDINGAN KARNIVAL SUKAN ICU JPM, 2012 BATU SEREMBAN

55

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

P.P.B.S/ KSICUJPM 2012 PERATURAN PERTANDINGAN BATU SEREMBAN KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012 1.0 NAMA 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012

2.0

UNDANG-UNDANG/PERATURAN 2.0 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Batu Seremban dan Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

3.0

PENYERTAAN 3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

4.0

YURAN PENYERTAAN 4.1 Sila rujuk perkara 4 Para 4.6.2, 4.7 dan 4.8 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

5.0

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN 5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan; Setiap pasukan hanya dibenar mendaftarkan tidak lebih dari 4 orang pemain wanita sahaja termasuk pemain simpanan. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini;

5.2

6.0

ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN 6.1 Pertandingan ini dijalankan seperti berikut : i) ii) iii) 3(tiga) orang pemain berpasukan 3(tiga) pusingan bagi peringkat awal 5(lima) pusingan bagi peringkat Separuh Akhir dan Akhir.

56

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

7.0

PAKAIAN PERTANDINGAN 7.1. Sila rujuk Perkara 7 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012. Pemain hendaklah berpakaian kemas, bermain tanpa memakai kasut, berseluar pendek atau menggunakan selipar atau memakai kemeja T tanpa kolar atau tanpa lengan adalah tidak dibenarkan.

7.2.

8.0

SISTEM PERTANDINGAN 8.1. 8.2 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 para 6.2 (a) Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012; TAHAP SATU ; Buah Satu Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah yang terkumpul dikiri ke tangan kanan. TAHAP DUA ; Buah Dua 8.4 8.5 8.6 Sama seperti buah satu; Cuma pungut dua buah setiap kali lambung TAHAP TIGA ; Buah Tiga Sama juga seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga. TAHAP EMPAT ; Buah Empat Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung. TAHAP LIMA ; Buah Lima Serakkan biasa. Ambil 3 buah ditangan kanan dan 2 buah ditangan kiri.
57

8.3

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

8.7 8.8 8.9 8.10

Lambung satu buah yang ditangan kanan sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-kedua tangan dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan (dua ditangan kiri dan dua ditangan kanan). Sambut buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ketangan kanan TAHAP ENAM ; Buah Sentuh Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung pungut kesemua buah. TAHAP TUJUH ; Buah Pungut Sama seperti tahap enam, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan kanan semula. TAHAP LAPAN ; Buah Tukar Serakkan buah, ambil satu, lambung dan pungut satu buah. Sekali lagi lambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah di lantai. Ulang hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah. TAHAP SEMBILAN ; Buah Lambung Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke tangan kanan. Ulang hingga habis buah di lantai. Sekali lambung kumpul ketangan kanan.

58

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

8.11

TAHAP SEPULUH ; Buah Timbang Untuk menentukan mata/point timbang buah kebelakang tapak tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima

8.12

PENENTUAN KEMENANGAN Pasukan yang memungut mata terbanyak Pihak lawan dibuang gelanggang

8.13

LARANGAN/DENDA Mati Jika pemain tidak dapat menyambut cakak yang dilambung. Ketika memungut cakak, tersentuh cakak lain atau cakak-cakak lain yang terhimpit bergerak.

Pada tahap sepuluh (buah timbang), jumlah cakak tidak sam ketika ditimbang semula ke dalam tapak tangan.

Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula jalan. Buah Gelanggang Mana-mana pemain yang dikira tiga (3) kali berbuat tak sopan. Mana-mana pemain yang berbuat bukan-bukan dalam permainan

Catatan: Dalam teks ini, pemainan menggunakan tangan kanan. Jika pemain menggunakan tangan kiri, semua perkataan kanan menjadi kiri dan sebaliknya
9.0 PERTUKARAN PEMAIN 9.1 Perkara 4 Para 4.9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012 digunapakai;

59

Peraturan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan ICU, JPM 2012 Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

10.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH 10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012 digunapakai;

11.0 BANTAHAN 11.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

12.0 PERCANGGAHAN 12.1 Perkara 17 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012 digunapakai.

DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PELAKSANA serta JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN , KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012 LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

60

You might also like