Download as doc
Download as doc
You are on page 1of 19

BAB 2 : PERMINTAAN DAN PENAWARAN

1.1 Permintaan
1.1.1 Hukum Permintaan
i) Definisi Permintaan
Keinginan seseorang pengguna terhadap sesuatu barang yang disertai dengan
kemampuan dan kesanggupan untuk membayar pada suatu tingkat harga dan jangka
masa tertentu.
ii) Hukum Permintaan

P ( RM )
D

P1

P0

D
Q ( unit )
0 Q0 Q1

• Menyatakan apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah.Sebaliknya, apb


harga meningkat,kuantiti diminta akan berkurangan.
• Berdasarkan rajah, apb harga jatuh dari P1 ke P0, kuantiti diminta bertambah dari Q0
ke Q1. Apb harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q1 ke Q0.
• Keluk permintaan yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan
antara harga dengan kuantiti adalah negatif.

a) Persamaan permintaan

Qx = a - bPx @ P - P1 = P2 - P1
Q - Q1 Q2 - Q1

b) Jadual permintaan

Harga Kuantiti yang diminta (unit)

(RM) Individu 1 Individu 2 Pasaran

2 5 8 13
3 10 13 22
c) Keluk permintaan
Keluk permintaan menunjukkan kuantiti yang sanggup dibeli oleh pengguna pada
setiap tingkat harga.

P ( RM )
D

P1

P0

D
Q ( unit )
0 Q0 Q1

• Menyatakan apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah.Sebaliknya, apabila


harga meningkat,kuantiti diminta akan berkurangan.
• Berdasarkan rajah, apabila harga jatuh dari P1 ke P0, kuantiti diminta bertambah dari
Q0 ke Q1. Apb harga naik dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q1 ke Q0.

d) Permintaan individu dan permintaan pasaran

i) Perbezaan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran

Perbezaan Individu Pasaran

Pembentukkan Terbentuk daripada keluk Terbentuk daripada


utiliti sut. Campuran keluk-keluk
permintaan individu

Keanjalan kurang anjal Lebih anjal

Bentuk lebih curam lebih landai

Bilangan pengguna Satu banyak

Kuantiti diminta kurang lebih banyak


ii) Pembinaan keluk permintaan pasaran daripada permintaan individu
dengan menggunakan jadual dan gambar rajah

Harga Kuantiti yang diminta (unit)

(RM) Individu 1 Individu 2 Pasaran

2 5 8 13
3 10 13 22

• Permintaan pasaran merujuk kepada jumlah kuantiti sesuatu barang yang


diminta oleh semua individu dalam masyarakat pada sesuatu tingkat harga
tertentu.

P (RM) P (RM) P (RM)

D D D

3 3 3

2 2 2

D D D

0 5 10 Q (unit) 0 8 13 Q (unit) 0 13 22 Q(unit)

• Andaikan dalam pasaran terdapat 2 individu.


• Keluk permintaan pasaran dibentuk dengan menjumlahkan semua permintaan
individu secara mendatar.
• Pada RM2, jumlah yang diminta oleh individu A ialah 10 unit. Jumlah yang diminta
oleh individu B adalah 12 unit. Jumlah permintaan pasaran adalah 22 unit.
• Pada RM3, jumlah yang diminta oleh individu A ialah 5 unit. Jumlah yang diminta
oleh individu B ialah 8 unit. Jumlah permintaan pasaran ialah 13 unit.
• Keluk permintaan pasaran adalah lebih landai daripada keluk permintaan individu.

1.1.2 Faktor yang mempengaruhi permintaan


1. Harga barang itu sendiri

P (RM)

D
0 Q0 Q1 Q Barang X (unit)

• Apabila harga jatuh dari P1 ke P0, kuantiti yang diminta bagi barang X bertambah
dari Q0 Ke Q1.
• Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta bagi barang X berkurangan
dari Q1 ke Q0.

P (RM)
D1
D0
D2

D1
D0

D2
0 Q2 Q0 Q1 Kuantiti Barang X (unit)

2. Δ Harga Barang Lain


• Apabila harga barang pengganti menigkat, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke
D1D1. Kesannya, pada harga yang sama kuantiti barang X bertambah dari Q0 ke
Q1.
• Apabila harga barang penggenap menigkat, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke
D2D2. Kesannya, pada harga yang sama kuantiti barang X berkurangan dari Q0 ke
Q2.
Barang Pengganti Barang Penggenap
Contoh : teh dan kopi Contoh : kereta dan petrol
Apabila harga the naik, Apabila harga kereta naik,
permintaan kopi akan permintaan petrol akan
meningkat. jatuh.

3. Δ Pendapatan
• Apabila pendapatan pengguna meningkat, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke
D1D1. Kesannya, pada harga yang sama kuantiti barang X bertambah dari Q0 ke
Q1.
4. Δ Citarasa
• Apabila citarasa terhadap barang X meningkat, keluk permintaan beralih dari
D0D0 ke D1D1. Kesannya, pada harga yang sama kuantiti barang X bertambah dari
Q0 ke Q1.
5. Δ Saiz Penduduk
• Apabila saiz penduduk bertambah, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1.
Kesannya, pada harga yang sama kuantiti barang X bertambah dari Q0 ke Q1.

1.1.3 Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan


Perbezaan ∆ kuantiti diminta dengan ∆ permintaan.

P (RM) P (RM)

D D

P1 P1

P0 P0

D D
0 Q0 Q1 Q (unit) 0 Q0 Q1 Q (unit)

* Apb P meningkat dari P0 ke P1, * Apb P jatuh dari P1 ke P0,


Q akan jatuh dari Q1 ke Q0. Q akan bertambah dari Qo ke Q1.

Penguncupan Permintaan Pengembangan Permintaan

Pertambahan dan pengurangan Permintaan


P (RM)
D1
D0
D2

D1
D0
D2
0 Q2 Q0 Q1 Q (unit)

Jila berlaku Δ dalm faktor-faktor selain drp P barang itu sendiri, keluk permintaan akan
beralih sama ada ke kiri atau ke kanan.

Pertambahan Permintaan : Peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 (Ke kanan)
Pengurangan Permintaan : Peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D2D2 ( Ke kiri )

1.1.4 Keluk Permintaan Luar Biasa


Keluk permintaan luar biasa bertentangan dengan hukum permintaan. Ia berlaku
untuk 3 jenis barang.
I ) Barang Berprestij / Mewah

P (RM)

P1 D
Bahagian keluk permintaan
yang luar biasa
P2

0 Q0 Q1 Q (unit)

• Apabila harga barang berprestij menigkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta bertambah
dari Q0 ke Q1. Barang berprestij ini biasanya dibeli oleh golongan elit untuk menjaga
status mereka dalam masyarakat.
• Contoh barang : barang antik, kereta Rolls Royce.
II ) Barang Bawahan

P (RM)

P1

P0 Bahagian keluk permintaan


D y yang luar biasa

0 Q0 Q1 Q (unit)

• Apabila harga jatuh dari P1 ke P0, kuantiti diminta berkurangan dari Q1 ke Q0.
• Contoh barang bawahan : beras hancur
• Apabila harga jatuh, pendapatan benar golongan miskin akan bertambah. Jadi dengan
wang berlebihan mereka akn membali beras yang lebih bermutu.

III ) Barang Mesti

P (RM)
D

P2

P1

P0

0
Q0 Q (unit)

• Sebarang Δ harga tidak akan mempengaruhi kuantiti permintaan barang mesti.


• Contoh barang mesti : garam.

IV) Jangkaan Harga


a) Harga akan naik

P (RM)

P1 D
Bahagian keluk permintaan
yang luar biasa
P2

0 Q0 Q1 Q (unit)

• Apabila dijangka harga akan naik pada masa depan, pada masa kini walaupun harga
naik sedikit dari P2 ke P1, pengguna akan menambahkan kuantiti yang diminta pada
masa sekarang.

b) Harga akan jatuh

P (RM)

P1

P0 Bahagian keluk permintaan


D y yang luar biasa

0 Q0 Q1 Q (unit)

• Apabila dijangka harga akan jatuh pada masa depan, pada masa kini walaupun harga
turun sedikit dari P1 ke P0, pengguna akan mengurangkan kuantiti yang diminta pada
masa sekarang.

1.2 Penawaran
1.2.1 Hukum penawaran
Deifinisi : Kesanggupan dan kemampuan firma untuk menjual sesuatu barang atau
perkhidmatan pada sesuatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa
tertentu.

P (RM)
S

P1

P0

0 Q0 Q1 Q (unit)

• Menyatakan bahawa apabila harga jatuh, kuantiti ditawar berkurangan.


• Sebaliknya apabila harga meningkat, kuantiti yang ditawar bertambah.
• Berdasarkan rajah, apabila harga jatuh dari P1 ke P2, kuantiti yang ditawar
berkurangan dari Q1 ke Q0.
• Apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti bertawar bertambah dari Q0 ke Q1.
• Keluk penawaran yang bercerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan
antara harga dengan kuantiti adalah positif.

a) Persamaan penawaran

Qx = a + bPx @ P - P1 = P2 - P1
Q - Q1 Q2 - Q1

b) Jadual penawaran

Harga Kuantiti
(RM) (unit)

1 5
2 10

Berdasarkan jadual di atas, pada harga RM1, kuantiti yang ditawarkan ialah 5 unit.
Jika harga naik ke RM2, kuantiti yang ditawarkan bertambah menjadi 10 unit dan
sebaliknya.

c) Keluk penawaran
Keluk penawaran menunjukkan kuantiti yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar pada
setiap tingkat harga.
Pembentukkan keluk penawaran firma berdasarkan jadual.

P (RM)
D

0 5 10 Q (unit)

• Menyatakan bahawa apabila harga jatuh, kuantiti ditawar berkurangan.


• Sebaliknya apabila harga meningkat, kuantiti yang ditawar bertambah.
• Berdasarkan rajah, apabila harga jatuh dari P1 ke P2, kuantiti yang ditawar
berkurangan dari Q1 ke Q0.
• Apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti bertawar bertambah dari Q0 ke Q1.

d) Penawaran firma dan pasaran


i) Perbezaan antara penawaran firma dengan penawaran pasaran

Perbezaan Firma Pasaran

Pembentukkan Terbentuk daripada keluk Terbentuk daripada keluk


Kos sut. Penawaran firma

Keanjalan kurang anjal Lebih anjal

Bentuk lebih curam lebih landai

Bilangan firma Satu banyak


Kuantiti keluaran kurang lebih banyak

ii) Pembinaan keluk penawaran pasaran daripada penawaran firma dengan


menggunakan jadual dan gambar rajah.
• Permintaan pasaran merujuk kepada jumlah kuantiti sesuatu barang yang
diminta oleh semua individu dalam masyarakat pada sesuatu tingkat harga
tertentu.

Harga Kuantiti yang ditawarkan (unit)

(RM) Firma 1 Firma 2 Pasaran


1 3 5 8
2 5 8 13

P (RM) P (RM) P (RM)


S S
S

2 2 2

1 1 1

S S S

0 3 5 Q (unit) 0 5 8 Q (unit) 0 8 13 Q (unit)

Firma 1 Firma 2 Pasaran

1.2.2 Faktor yang mempengaruhi penawaran

a) Harga barang itu sendiri

P (RM)
S
P1

P0

S
0
Q0 Q1 Q(unit)

• Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti ditawar bagi barang X bertambah
dari Q0 Ke Q1.
• Apabila harga jatuh dari P1 ke P0, kuantiti yang ditawar bagi barang X berkurangan
dari Q1 ke Q0.

P (RM)

S2 S0 S1
P0

S2 S0 S1

0 Q2 Q0 Q1 Q (unit)

b) Harga barang lain.


• Contoh penawaran bertanding : Daging ayam dan telut ayam. Sekiranya
harga ayam meningkat, penawaran gaging ayam akan meningkat. Penawaran telur
ayam akan jatuh. Jadi keluk penawaran telur ayam akan beralih dari S0S0 ke S2S2.
Kesannya, kuantiti ditawar akan berkurangan dari Q0 ke Q2.
• Contoh penawaran bersama : Daging lembu dan kullit lembu.
Sekiranya harga daging lembu menigkat, penawaran daging lembu akan meningkat.
Penawaran kulit lembu juga akan meningkat. Jadi keluk penawaran kulit lembu akan
beralih dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, kuantiti ditawar akan bertambah dari Q0 ke Q1.

c) Δ Harga Input
• Apabila harga input meningkat, kos pengaluaran akan meningkat. Keluk
penawaran alan beralih S0S0 ke S2S2. Kesannya, kuantiti ditawar akan
berkurangan dari Q0 ke Q2.

d) Matlamat pengeluar
• Matlamat pengeluar mempengaruhi penawaran sesuatu barang.Jika pengeluar
bertujuan meningkat promosi keluarannya,maka penawaran bertambah,kesannya
keluk penawaran barang X beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1.
Kesannya kuantiti ditawar akan bertambah Q0 ke Q1.

e) Teknologi
• Penggunan teknologi yang lebih baik dapat meningkatkan pengeluaran. Jadi keluk
penawaran akan beralih dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, kuantiti ditawar akan bertambah
dari Q0 ke Q1

f) Dasar kerajaan
• Cukai terhadap Input.
Apabila cukai terhadap unput meningkat, harga input akan menigkat. Kos
pengeluaran akan meningkat. Keluk penawaran akan beralih dari S0S0 ke S2S2.
Kesannya, pada harga yg sama kuantiti ditawar akan berkurangan dari Q0 ke Q2.
• Pemberian Subsidi
Apabila subsidi diberi kepada pengeluar, keuntungan firma akan meningkat.
Keluk penawaran akan beralih dari S0S0 ke S1S1.Kesannya kuantiti ditawar akan
bertambah Q0 ke Q1.

g) Jangka harga masa depan


• Jangka masa pendek
Pertambahan output terjadi akibat pertambahan penggunaan input berubah shj.
Cth : buruh dan bahan mentah.
• Jangka masa panjang
Semua faktor pengeluaran merupakan faktor berubah.
Cth : Firma boleh menambah mesin dan tanah selain buruh untuk menambah
output. Dengan itu penawaran firma akan bertambah dengan skala yang besar.

h) Bilangan pengeluar
• Bilangan pengeluar dalam industri menentukan penawaran pasaran. Oleh itu,
pertambahan bilangan pengeluar menyebabkan pertambahan penawaran pasaran.
Dengan itu, pengalihan keluk penawaran pasaran ke kanan menyebabkan
pertambahan kuantiti penawaran pasaran.

i) Daya Produktiviti Buruh


• Sekiranya daya produktiviti buruh meningkat, lebih banyak barang dapat dikeluarkan.
Jadi keluk penawaran akan beralih dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, kuantiti ditawar akan
bertambah dari Q0 ke Q1.

1.2.3 Perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran


Perbezaan ∆ kuantiti ditawarkan dengan ∆ penawaran.

P (RM) P (RM)
S S

P1 P1

P0 P0

S S
0 0
Q0 Q1 Q (unit) Q0 Q1 Q (unit)

* Apabila harga meningkat dari * Apabila harga jatuh dari P1 ke P0


P0 ke P1, kuantiti ditawar kuantiti ditawar akan
bertambah dari Q0 ke Q1. berkurangan dari Q1 ke Q0.
Pengembangan Penawaran Penguncupan Penawaran

Pertambahan dan Pengurangan Penawaran

P (harga)

S2 S0 S1

P0

S2 S0 S1

0
Q2 Q0 Q1 Q (unit)

• Jika berlaku Δ dalam faktor-faktor selain daripada harga barang itu sendiri, keluk
penawaran akan beralih samada ke kanan atau ke kiri.

Pertambahan Penawaran : Peralihan keluk SS dari S0S0 ke S1S1.


Pengurangan Penawaran : Peralihan keluk SS dari S1S1 ke S0S0.

1.2.4 Keluk Penawaran luar biasa


Keluk penawaran luar biasa bertentangan dengan hukum permintaan. Ia berlaku
untuk 3 dalam 3 keadaan.

I ) Penawaran Faktor Buruh

Upah (RM)

W2 S Bahagian keluk penawaran


yang luar biasa
W1
W0
S

0 L0 L1 Jumlah jam bekerja

• Apabila upah meningkat dari W0 ke W1, buruh sanggup menggantikan masa rehat
dengan masa bekerja. Jadi jumlah jam bekerja meningkat dari L0 ke L1.
• Apabila upah meningkat dari W1 ke W2, buruh akan menggantikan masa kerja dengan
masa rehat. Ini kerana pendapatannya sudah tinggi dan dapat memenuhi keperluan
hidup. Mereka memerlukan masa rehat yang lebih. Jadi jumlah bekerja berkurangan
dari L1 ke L0.

II ) Jangkaan Harga Naik

P (RM)
S
P1

P0

S
0
Q0 Q1 Q(unit)

• Apabila dijangka harga akan naik dengan mendadak pada masa hadapan, pada masa
kini walaupun harga naik sedikit dari P0 ke P1, pengeluar akan mengurangkan
penjualan masa kini dari Q1 ke Q0. Tujuannya adalan untuk mengaut keuntungan
yang lebih besar pada masa hadapan.

III ) Jangkaan Harga Turun

P (RM)
S
P1

P0
S
0
Q0 Q1 Q(unit)

• Apabila dijangka harga akan turun dengan mendadak pada masa hadapan,, pada masa
kini walaupun harga turun sedikit dari P1 ke P0, pengeluar akan mennambahkan
penjualan dari Q0 ke Q1. Tujuannya adalan untuk mengglekkan kerugian yang lebih
besar pada masa hadapan.

Keseimbangan Pasaran

P (RM)

D S

c d
P2

E
P1

P
a b
S D

0 Q Q(unit)

• E adalah titik keseimbangan kerana permintaan sama dengan penawaran. P1 adalah


harga keseimbangan. Q adalah kuantiti keseimbangan.
• Pada harga P, Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana permintaan melebihi
penawaran sebanyak ab unit. Jadi melalui mekanisme harga, harga akan didesak
menigkat dari P ke P1.
• Pada harga P2, ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana penawaran melebihi
permintaan sebanyak cd unit. Jadi melalui mekanisme harga, harga akan didesak
jatuh dari P2 ke P1.
1.2.4 Keseimbangan Pasaran
1.2.5 Penentuan keseimbangan

P (RM)

D S

c d
P2
E
P1

P
a b
S D

0 Q Q(unit)

• E adalah titik keseimbangan kerana permintaan sama dengan penawaran. P1 adalah


harga keseimbangan. Q adalah kuantiti keseimbangan.
• Pada harga P, Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana permintaan melebihi
penawaran sebanyak ab unit. Jadi melalui mekanisme harga, harga akan didesak
menigkat dari P ke P1.
• Pada harga P2, ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana penawaran melebihi
permintaan sebanyak cd unit. Jadi melalui mekanisme harga, harga akan didesak
jatuh dari P2 ke P1.

1.2.6 Perubahan keseimbangan


a) ∆ permintaan sahaja

P(RM)
D1 S

D0 E1
P2

E0
P1

D1
S D0

0 Q1 Q0 Q (unit)

• E0 ialah titik keseimbangan asal, P1 ialah harga keseimbangan asal


Q1 ialah kuantiti keseimbangan asal
• Keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1. Kesannya, harga keseimbangan
meningkat dari P1 ke P2.Kuantiti keseimbangan bertambah dari Q1 ke Q2.

b) ∆ penawaran sahaja

P (RM)
D S0 S1

E0
P2 E1
P1

S0 S1 D

0 Q1 Q2 Q (unit)

• E0 ialah titik keseimbangan asal, P1 ialah harga keseimbangan asal


Q1 ialah kuantiti keseimbangan asal.
• Keluk penawaran beralih dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, harga keseimbangan
akan jatuh dari P2 ke P1. Kuantiti keseimbangan akan bertambah dari Q1 ke
Q2.

c) ∆ permintaan & penawaran secara serentak

P (RM)

D1
D0 S0 S1
E0
E1

P0

S0 D1
S1 D0
0 Q1 Q2 Q (unit)

• E0 ialah titik keseimbangan asal apabila keluk D0D0 dan SoSo bersilang, P0
ialah harga keseimbangan asal. Q1 ialah kuantiti keseimbangan asal.
• Apabila permintaan dan penawaran berubah secara serentak, keluk D0D0 dan
S0S0 beralik ke kanan menjadi D1D1 dan S1S1.
• E1 ialah titik keseimbangan baru ,harga kesimbang masih kekal iaitu P0.
Kuantiti kesimbangan meningkat daripada Q1 ke Q2.

1.2.7 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran untuk menentukan


keseimbangan

Berdasarkan persamaan, keseimbangan dicapai apabila QD = QS dengan


QD = kuantiti diminta
QS = kuantiti ditawar

Contoh : QD = 100 – 5P
QS = 20 + 3P dengan
P = harga (RM)

Hitung harga dan kuantiti keseimbangan

QD = QS
100-5P = 20+3P
-8P = -80
P = RM10

Kuantiti keseimbangan = 100 – 5 (10)


= 100 – 50
= 50 unit

You might also like